The first 200 lines.
- Wartawan sudah sampai? - Mereka semua sudah sampai.
Adakah semua wartawan foto juga di sini?
Ya.
Sekejap. Awak ada benda itu?
Apa namanya? Benda yang buat awak menangis.
Stik tangisan?
Itu dia.
Maaf kerana lambat.
Saya terpaksa melawat ayah Cik Yoo di hospital.
Adakah ayahnya sedang sakit?
Ya,
dia menghidap kanser pankreas tahap keempat.
Dia pengsan selepas dengar yang Do Hak Young dibebaskan.
Seperti yang awak semua tahu,
dia satu-satunya suspek dalam kes bunuh Cik Yoo.
Saya tidak faham kenapa mereka menyiasatnya tanpa penahanan.
Fikirkan perasaan keluarga mendiang.
Saya dengar pihak pendakwaan merasakan...
ia mungkin sebuah kemalangan, bukan pembunuhan.
Tiada luka pergelutan atau kesan pembunuhan ditemui.
Awak rasa tiada kesan pergelutan bermakna bukan pembunuhan?
Banyak kes pembunuhan tanpa kesan pergelutan dilaporkan.
Ia dipanggil "serangan blitz".
Dalam serangan mengejut begitu,
tiada kesan pergelutan.
Jadi awak rasa pembunuh dapat buat...
lukisan darah di atas lantai dalam masa 13 minit?
Ia memang sukar.
Saya cuba simulasikan situasi tersebut dan ianya sukar.
Tapi awak tahu, Encik Bong?
Apa yang lebih mustahil?
Melukis dengan darah di atas lantai dalam masa 13 minit?
Atau lukisan itu muncul tanpa sesiapa mengetahui?
Jelas sekali...
ia menunjukkan siasatan tidak dijalankan dengan betul.
Saya tahu apa akan berlaku bila orang mula tidak minat dengan ini.
Pihak pendakwaan akan memutuskan untuk tidak mendakwanya.
Untuk pastikan pembunuh terima balasannya,
awak semua mesti terus menunjukkan minat dalam kes ini...
dan mendesak pendakwaan menyiasat dengan betul.
Siapa yang datang pada waktu begini?
Siapa yang datang?
Siapa yang menekan loceng pukul 3 pagi?
Jae Chan, ia Hong Joo.
Apa?
Hong Joo, kenapa datang lewat...
Hong Joo!
Mana bilik Jae Chan?
Di sana.
Hei, mana Hong Joo?
Dia masuk bilik awak. Apa yang berlaku?
- Hong Joo, apa awak buat? - Oh Tuhan...
Apa patut saya buat?
Saya tidak tahu apa harus saya buat.
Adakah sesuatu berlaku? Kenapa awak begini?
Jae Chan.
Apa patut kita buat? Apa kita akan buat, Jae Chan?
Dalam mimpi saya,
awak...
Awak...
Saya nampak awak berdarah...
akibat kecederaan, kecederaan serius.
Apa patut kita buat?
Apa patut kita buat sekarang?
Semuanya tidak apa-apa.
Buat segala yang awak mampu...
untuk mengelakkan situasi begitu, faham?
Jangan pakai sut.
Awak pakai sut ketika cedera.
Dan jangan melintas jalan.
Tidak, awak tidak patut jumpa saya lagi.
Awak mahu berjumpa saya...
Awak dalam perjalanan berjumpa saya ketika ia berlaku.
Jadi...
mulai sekarang, kita patut...
Saya tidak mahu.
Saya seorang pendakwa raya.
Saya harus memakai sut.
Dan saya nampak segak dalam sut.
Dan saya harus berjalan tanpa ikut undang-undang?
Itu tidak masuk akal.
Dan awak mahu saya mengelak dari awak?
Itu sangat tidak masuk akal.
Kita takkan dapat menghindarinya.
Awak pun tahu itu.
Jelaskan mimpi awak secara terperinci.
Saya ingin tahu kenapa ia berlaku.
Mari kita semak setiap butiran supaya boleh siasat sebabnya.
Barulah kita dapat mengelaknya, bukan?
Saya berdiri di depan lintas jalan.
Ada tanglung di belakang awak.
Awak berdiri di tengah-tengah orang ramai.
Kemudian,
ada seorang lelaki berpakaian serba hitam mendekati awak.
Kali ini, giliran saya untuk pastikan awak selamat.
Adakah saya akan dapat lakukannya?
Jangan risau.
Apa yang awak lihat dalam mimpi takkan berlaku.
Tolong.
Jangan sampai tercedera.
Baiklah.
Saya sukakan awak.
Kenapa awak semua begini?
Awak buat saya rasa seolah memang akan mati.
Mari kita makan, okey?
Makan sarapan awak.
Makan.
Siapa yang menikamnya? Awak nampak wajah orang itu?
Tidak.
Satu perkara yang saya pasti...
ialah dia berkait dengan Do Hak Young.
Dengan Hak Young?
- Kenapa? - Mimpi berubah selepas dia bebas.
Dalam mimpi pertama saya,
dia melintas jalan tanpa masalah.
Tapi dalam mimpi saya pada hari Do Hak Young dibebaskan,
Jae Chan tidak dapat melintas jalan dan pengsan...
walaupun ia tempat dan situasi yang sama.
Sesuatu berubah kerana Do Hak Young dibebaskan.
Ya, tuan. Kenapa awak telefon di waktu sekarang?
Berita?
Pihak pendakwaan telah membebaskan...
suspek kes pembunuhan Yoo Su Kyung kerana kekurangan bukti...
dan menyatakan kes itu akan disiasat tanpa penahanan.
Walaupun dengan rakaman CCTV,
pendakwaan memutuskan untuk bebaskan suspek utama kes itu.
Kelihatannya kontroversi dan kritikan tidak akan dapat dielakkan.
Encik Do juga pernah ditangkap atas kes serangan dan kecurian.
Jika mereka bebaskannya kerana kekurangan bukti,
dia mungkin akan lakukan lebih banyak jenayah di masa hadapan,
yang bermaksud akan ada lebih ramai mangsa.
Pihak pendakwaan harus bertanggungjawab ke atasnya.
Do Hak Young ada rekod jenayah? Untuk serangan dan kecurian?
Dakwaan mencuri itu...
Dia telah curi tandatangan G.O.D dari sebuah kedai snek.
Dia ingin menggantungnya di restoran gimbap ibunya.
Dia mencuri tandatangan? Adakah itu dikira kecurian?
Ya, dia dapat tahu dengan cara yang sukar.
Kemudian pemilik kedai snek mengamuk...
di restoran ibunya, dan dia cuba menghalangnya.
Sebab itu dia didakwa atas serangan.
Ia telah berlaku 10 tahun lalu.
Jae Chan,
maklumat peribadi awak tersebar dalam internet.
Orang mengatakan awak tidak menyiasat dengan betul.
(Sekolah Rendah Ilyoo, Sekolah Tinggi Donggang, Universiti Hankook)
(Pendakwa raya memang tidak guna. Adakah adiknya tidak apa-apa?)
Saya tidak tahu siapa yang menikam Jae Chan dalam mimpi saya,
tapi saya boleh menekanya.
Ia mesti seseorang yang marah dengan berita tersebut.
- Bagaimana suspek boleh dilepaskan? - Bagaimana suspek boleh dilepaskan?
- Pendakwaan bersubahat. - Pendakwaan bersubahat.
Ini adalah suara rakyat.
Mungkin peminat yang bersedih kehilangan bintang kesayangannya.
Hei, bukankah lelaki itu Do Hak Young?
Awak tahu.
Lelaki yang bunuh Yoo Su Kyung dan melukis dengan darahnya.
Ia mungkin seseorang yang terpaksa menghadapi...
kemarahan orang yang tidak adil terhadap dirinya.
Apa patut kita buat, sayang?
Bagaimana jika dia dibebaskan?
Kasihan Su Kyung.
Apa harus kita buat?
Ia mungkin juga seseorang yang tidak dapat...
menghukum sesiapa kerana kematian anak kesayangannya.
Apa yang pasti ialah...
untuk menghalang kejadian dasyat dalam mimpi saya,
kita mesti redakan kemarahan akibat salah faham ini...
dari menjadi pisau tajam yang bersedia menikam mangsanya.
Apa patut kita buat sekarang?
Kita mesti mengubah aliran masa.
Sayang...
Awak panggil itu artikel?
Adakah awak tahu apa dakwaan curi Do Hak Young?
Dia mencuri tandatangan G.O.D daripada kedai snek,
dan ia berlaku 11 tahun lalu.
Jadi? Adakah mencuri duit satu-satunya jenis kecurian?
Awak tahukah betapa bernilai tandatangan G.O.D 11 tahun lalu?
Itu sememangnya kecurian!
Apa kaitannya dengan kes Yoo Su Kyung?
Adakah dia dibunuh kerana tidak mahu berikan tandatangan?
Oh Tuhan.
Orang akan fikir awak adalah penyelia saya.
Awak patut lega yang awak penyelia saya.
Jika saya lebih senior daripada awak...
Hong Joo.
Dia mesti sudah hilang akal.
Helo? Adakah awak sampai dengan selamat?
Ya, saya sudah hampir sampai.
Semuanya baik sahaja, bukan?
Ya, tiada apa yang berlaku.
Saya dengar Pejabat Pendakwa Raya Daerah Hangang...
dikelilingi dengan orang yang menunjuk perasaan.
Mereka semua tahu muka awak,
jadi awak patut ikut pintu belakang atau menyamar.
Oh Tuhan, saya tidak buat apa-apa salah.
Mereka boleh serang saya.
Saya sangat yakin dalam berlawan atau bergelut.
Baiklah, jangan risau.
Tidak guna.
No comments yet. Be the first to leave one.