The first 200 lines.
Ini adalah Pulau Hikayat Dongeng.
Sebuah pulau ajaib dengan para putera dan puteri,
ahli sihir dan raksasa.
Kemalangan dan peristiwa aneh berlaku setiap masa.
Dan waktu itulah orang memanggil kami.
Tujuh Pahlawan Berani, wira terhebat di Pulau Hikayat Dongeng.
Terutamanya saya, Merlin.
Tapi segalanya berubah pada hari kami menewaskan naga itu
dan selamatkan seorang Puteri.
Kami ingat kami dah selamatkan ahli sihir, jadi kami serang dia.
Tapi kami salah.
Dia bukan ahli sihir, dia seorang puteri.
Puteri Pari-pari!
Macam mana kami nak tahu? Dia nampak macam ahli sihir,
dan semua orang tahu yang seorang puteri tak nampak macam ahli sihir.
Apapun, dia mahu mengajar kami, maka dia meletakkan sumpahan pada kami.
Dan ini sumpahan yang buruk.
Yang mengubah kami menjadi raksasa hijau kecil bila orang melihat kami.
Dan satu-satunya cara untuk leraikan sumpahan itu
adalah dengan mendapatkan ciuman daripada wanita paling cantik dalam dunia.
Biar betul?
Dengan muka ini?
Snow White dan Tujuh Orang Kerdil
Red Shoes dan Tujuh Orang Kerdil
Helo, Tuanku.
- Selamat pagi, Puan. - Selamat pagi, Puan.
Pokok magik, pokok magik...
Biarlah pagi ini menjadi masa untuk kau menjalankan kerja kau,
bawakan padaku kasut bagi kecantikan keremajaan... abadi.
Ya!
Ubahlah diriku!
Akhirnya!
Takkanlah lagi! Berapa lama lagi aku mesti tunggu?
- Tidak. - Buang benda ni.
Uh-oh.
Kepala tercabut.
Cantumlah diri awak sendiri.
Ini dia.
Oh? Terima kasih!
Itu tiada di sini sebelum ini. Apa yang dia buat sekarang?
Huh?
Huh?
Awak tiada di sini tadi.
Biarkan sajalah.
Oh! Aduh!
Ya!
Aku macam tak percaya anak perempuanku Snow White telah mencapai umur 18 tahun.
Aku hanya berharap ibunya boleh melihat yang dia telah menjadi wanita muda yang bijak dan cantik.
Perkara pelik berlaku sewaktu majlis itu.
Pengawal istana membawa masuk seorang wanita bernama Regina.
Mereka kata dia merupakan ahli sihir, tapi dia terlalu cantik untuk menjadi ahli sihir.
Aku telah mengahwini Regina. Segalanya rasa sempurna!
Kecuali cermin Regina yang pelik itu. Ada sesuatu yang tak betul.
Orang di sekitar istana semakin menghilang, satu demi satu.
Adakah sebab cermin yang pelik itu?
Aku nampak dengan mata kepala sendiri, Regina bercakap dengan sebatang pokok.
Dia mesti seorang ahli sihir!
Aku patut hantar Snow ke tempat yang selamat.
Wahai Snow, bila awak dah membaca tulisan ini, takdir ayah dalam ketidakpastian.
Dia mencari ayah sekarang.
Ayah hanya boleh harap awak mencari Tujuh Pahlawan Berani, dan minta bantuan mereka.
Epal...
... buah yang paling meragukan.
Oh.
Ayah, di mana awak?
Tapi ia tak nampak bahaya.
Regina?
Tidak, kasutku! Tangkap dia!
- Boleh saya pinjam ini? - Okey.
Terima kasih!
Apa?
Tidak!!!!!
Pendek, tembam, dan hijau.
Hijau macam gergasi.
Biru atau kuning boleh buat kita nampak comel. Dan boleh dipeluk.
Berhentilah merungut, Merlin!
Aku tengah fikir macam mana nak buang sumpahan ini buat selama-lamanya.
Dengar sini, kita perlu cari puteri yang paling cantik untuk cium kita,
dan kita dah hampir tiada pilihan.
Macam mana wanita cantik nak nampak kau, Encik Halimunan?
- Apa tadi tu? - Sejenis burung?
Cermin magik, penuh kebijaksanaan,
siapa yang tercantik dalam kerajaan?
Wanita yang pakai kasut merah itu.
Dan juga, kebijaksanaan dan kerajaan tak sama rentak sangat.
Berhenti cakap kosong dan beritahu aku namanya!
Macam mana aku nak tahu? Aku tak selalu keluar.
Kau kan cermin magik.
Magik itu cuma nama pertama aku, ia singkatan untuk Magichard. Macam Richard.
Jadi apa yang kau boleh buat?
Aku cuma pantulkan apa yang aku nampak, kebenaran. Kebenarannya adalah,
yang kau patut lihat diri kau sekarang. Sekarang!
Jaga sikit.
Edarkan poster buruan ke setiap pekan, kampung, lembah, ke serata kerajaan ini,
dan cari dia!
Aku rasakan kuasaku semakin lemah.
Aku dah tiada banyak masa. Penuaan ini semakin pantas.
Dan hanya ada tiga budak tak guna ini untuk membantu.
Mungkin kau patut rekrut seorang lagi. Seseorang yang mendapat faedah dari kejayaan kau.
Macam mana dengan dia ni?
Menarik.
Beritahu aku lagi, Magichard.
Hei, hei, di sini! Di sini!
Tengok, tengok. Mari! Lekas.
Tengok ni. Tengok, tengok.
Apa dia tu?
Aku tahu banyak pasal bentuk benda,
dan aku rasa bentuk itu adalah ahli sihir.
Jangan cepat melatah. Ya, boleh jadi ahli sihir.
Atau...
Ya. Itu adalah ahli sihir.
Ahli sihir yang sumpah kita?
Mari tangkap dia dan paksa dia leraikan jampi itu!
Serang!
Tunjukkan tongkat kau, ahli sihir!
Wanita bujang!
Tak, tak! Berhenti!
Aku akan balas dendam!
Cantiknya!
Aku tak tahu ada sesiapa yang boleh jadi cantik sangat.
Macam mana dia boleh terkandas dengan kita?
Helo, wahai wanita. Selamat datang ke rumah/pangkalan saya.
Saya ada enam teman sebilik tapi geran atas nama saya.
Saya yang bayar sewa.
Rumah awak? Alamak. Saya... saya minta maaf sangat.
Saya sangat lapar dan...
Tak perlu meminta maaf.
Kami tak berniat ganggu awak makan makanan curi itu.
Kalau awak masih lapar, saya boleh masakkan sesuatu yang istimewa.
Saya boleh perapkan...
Siapa itu?
Uhh...
Siapa?
Wah...
Saya nampak sangat lain.
Maksud saya, muka saya, pinggang saya, dan pinggang saya dan...
Pinggang saya?
Alamak! Apa dah jadi pada saya?
Oh, saya mesti bangun terlalu cepat sampai buat belakang saya sakit.
Maksud awak kepala awak, bukan?
- Awak perlukan bantuan? - Tak, saya tak apa-apa.
Memang macam itu ke rupa saya? Dalam cermin itu? Korang nampak benda yang sama?
Awak memang cantik, cik.
Macam bidadari!
Betul ke?
Adakah...?
Tumpang tanya, siapa awak ya?
Oh... saya Snow...
Snot?
Tak, tak, tak.
Nama saya ialah...
R-Red Shoes.
Yep. Ini saya. Red Shoes.
Nama yang indah, tapi adakah ianya Puteri Red Shoes?
Mestilah dia seorang puteri!
Macam mana dia boleh jadi sangat cantik kalau dia bukan puteri?
Jelas sekali! Betul tak, cik?
Memang jelas sekali, saya memang seorang puteri.
Siapa korang ni?
Saya Merlin.
Wira secara sambilan, romantik sepenuh masa.
Dan ini ialah Jack, Hans, Arthur, Pino, Noki dan Kio.
Tak mungkin. Nama korang sama dengan si Tujuh Berani.
Tujuh Pahlawan Berani. Saya sedang mencari mereka.
Biar saya teka, Merlin adalah kesukaan awak?
Tak, tak juga.
Tak, Merlin bukan jenis yang awak suka.
Awak nampak lebih kepada peminat Putera Arthur pada saya.
Sejujurnya, kesemua mereka bukan jenis yang saya suka.
Oh.
Baik. Tak apalah.
Kerana kami bukan mereka, kami sebenarnya orang yang lain.
Tak mungkin kami orang yang sama, disumpah, dan diubah menjadi bentuk yang lain,
tapi hanya kalau orang melihat kami. Itu sangat merumitkan.
Baik. Kami semua jelas.
Jadi macam mana saya boleh membantu awak, wanita cantik?
Saya perlu cari ayah saya,
dan saya tahu si Tujuh Berani boleh tolong.
Kami kenal si Tujuh Berani dengan sangat baik, dan jadual mereka dah penuh.
Serahkan pada saya, saya akan cari ayah awak dalam sebulan.
Saya boleh buat dalam seminggu.
- Empat hari! - Tiga hari!
- Dua hari! - Satu!
Oomph!
Saya dah pun jumpa ayah awak dalam dua minggu lepas.
Betul ke?
Saya cuma perlu beberapa hari untuk bawa dia merentasi sempadan negeri.
Saya betul-betul perlu cari ayah saya.
Tunggu. Tiada siapa pernah nampak si Tujuh Berani lebih dari setahun, bukan?
Awak takkan jumpa mereka sekarang, kamilah harapan terbaik awak.
Wah. Dah lama tiada siapa menawarkan diri untuk membantu saya.
Korang memang terbaik.
Betul ke? Awak fikir kami terbaik?
Yeah, korang prihatin, dan baik dan...
Dan tak terlalu hodoh untuk dilihat?
Tak, korang memang comel.
Aku rasa aku pukul dia terlalu kuat.
Tapi dia memang cantik.
Dia boleh tolong aku leraikan sumpahan itu.
Siapa yang datang ke majlis hari jadi aku?
No comments yet. Be the first to leave one.