The first 200 lines.
Ayah pernah berkata kepada saya bahawa
kehidupan ibarat sebuah perjalanan yang tak diketahui.
Perjalanan itu dipenuhi pelbagai cabaran.
Tiada sesiapa yang dapat menjangka kesudahannya.
Begitu juga dengan perlumbaan kuda.
Jangan menyertai perlumbaan kuda semata-mata demi menang atau kalah.
Itu cuma satu pengalaman menunggang dalam perjalanan hidup awak.
Itulah jalan milik awak,
angin yang menjadi milik awak
dan langit yang menjadi milik awak.
Kak Xu Yuan.
Helo, Yangmu.
Terima kasih kerana sudi menerima temu bual saya sebelum perlumbaan.
Saya patut cakap apa?
Temu bual bukan tentang cara bercakap,
kita borak-borak saja.
Kalau begitu, mari kita tukar tempat dan berbual di tempat lain.
Boleh.
Baiklah.
Jom ke sana.
Awak ialah penunggang wanita pertama dari kawasan penggembalaan awak
yang menyertai perlumbaan kuda tradisional.
Ada apa-apa kisah?
Rasanya tak ada apa-apa kisah pun.
Cerita saja apa-apa.
Boleh mula dari masa awak belajar menunggang kuda pun.
Semasa saya belajar menunggang kuda, saya masih kecil.
Waktu itu...
Aduhai,
hampir kena!
Ke tepi, biar saya buat.
Hebatnya!
Haha!
Mereka semua kata saya macam ala lelaki.
Saya pun tak tahu kenapa saya selalu berambut pendek.
Sehinggalah suatu hari, secara kebetulan,
saya mengetahui perkara yang sebenar.
Rupa-rupanya, itu ialah rahsia yang telah lama disembunyikan.
Giliran saya, kan?
Cih!
Tunggulah.
Oh, dia kalah.
Langsung tak melontarkan ia pun.
Kamu menipu!
Sengaja melontar saya dengan topi,
kamu tak boleh terima kalah!
Dah kalah pun masih tak nak mengaku.
Pergilah main dengan budak-budak perempuan.
Si pembawa malang,
kami tak alu-alukan awak di sini.
Cepat pergi!
Kalau nak pergi, saya pergi! Ingat saya kisah nak main dengan kamu?
Cepat pergi!
Nak main dengan kami buat apa?
Betul itu.
Pergilah main benda yang budak-budak perempuan macam awak main.
Tak malu?
Tak malu?
Tak malu?
Tak malu?
Tak malu?
Kalau difikirkan semula, memang pelik.
Saya sebenarnya tak begitu suka
permainan yang dimainkan oleh budak-budak perempuan.
Bergusti,
mengambil anak burung dari sarang
dan melontar batu dengan tali,
itulah yang saya suka.
Bergaduh pun boleh tahan.
Yang ini kena hayun kuat-kuat.
Kena guna tenaga.
Saya tunjukkan kepada kamu.
Kuat tak bunyinya?
Kuat!
Aduhai, apa benda ini?
Tahi kambing!
Ketua, itu Yangmu!
Betul,
dia ada di belakang batu itu!
Yangmu yang tak guna.
Kejar dia!
Dazhu, cepat tengok.
Si pembawa malang itu bersembunyi di dalam kandang kambing biri-biri!
Yangmu yang tak guna itu
berani baling saya dengan tahi kambing!
Kejar dia!
Kalau berani, jangan lari!
Berhenti!
Dazhu, dia tak ada di sini.
Dia mungkin ada di sana.
Tengok, dia ada di atas bumbung.
Si pembawa malang itu ada di atas bumbung, cepat!
Kita berpecah dan cari dia.
Yangmu!
Saya nampak awak!
Jangan sembunyi lagi!
Aduhai, Dazhu, topi saya!
Aduhai, cari orang dulu, takkan hilang punya!
Aduhai, Dazhu,
kalau saya tak ada topi, saya akan kena pukul!
Aduhai, menyusahkan betul!
Yangmu yang tak guna,
tunggulah awak!
Jom,
kita pergi cari topi!
Si pembawa malang.
Adik lelaki awak?
Pada mulanya, saya pun tak tahu.
Namun, bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru.
Mereka selalu kata saya si pembawa malang...
Kata adik lelaki saya mati disebabkan saya.
Sebenarnya,
[Stesen Perkhidmatan Bergerak Sukarelawan Dandanan Rambut Lei Feng]
Saya pun sangat ingin tahu jawapannya.
Datang nak potong rambut?
Ya.
Abang, ini untuk awak.
Potong rambut bukannya mahal pun.
Potong saja di kampung, takkan tak boleh?
Awak kejar sampai ke sini, hebat betul awak!
Pandai dia potong.
Hampir botak terus.
Apa yang bagus atau tak bagusnya?
Saya rasa
awak ini dah terlalu rindukan anak lelaki sampai naik gila.
Amoi, jangan bergerak.
Jangan bergerak.
Jangan bergerak, mari.
Mari.
Dengar cakap, jangan bergerak.
Baik.
Ayah.
Ya?
Saya sebenarnya ada seorang adik lelaki, kan?
Kemudian barulah saya tahu bahawa
soalan saya pada hari itu
telah membongkar kebenaran yang disembunyikan selama bertahun-tahun.
Ya,
memang saya ada seorang adik lelaki.
Kami pasangan kembar berlainan jantina.
Namanya Zhuozhuo.
Ayah dan mak dah lama menyiapkan nama untuknya.
Namun, disebabkan tali pusat terlilit pada lehernya,
adik lelaki saya tak dapat diselamatkan.
Sebab itulah
budak-budak itu memanggil saya si pembawa malang.
Ayah dan mak bukannya tak mahu beritahu awak.
Cuma ada perkara yang memerlukan masa.
Kami sedang menunggu.
Menunggu sehingga awak dewasa
dan dah boleh memahami semua ini,
barulah kami cerita kepada awak.
Dahlah,
tidurlah,
dengar cakap.
Saya dapat rasakan
yang ayah bukannya tak suka saya.
Dia cuma menginginkan seorang anak lelaki yang boleh berlumba kuda.
Ayah awak juara perlumbaan kuda?
Mestilah!
Dia juara perlumbaan kuda yang paling terkenal di tempat kami.
Selama lima tahun berturut-turut,
ayah saya menjadi juara.
Mak kata
mereka berkenalan semasa pesta perlumbaan kuda.
Pada masa itu,
ayah ialah wira dalam hati ramai gadis,
jejaka idaman mereka.
Saya dapat merasakan hasrat ayah.
Dia sentiasa memikirkan tentang perlumbaan kuda.
Api yang terpendam jauh dalam hatinya itu
tak pernah padam.
Jadi, awak memilih untuk meneruskan impiannya?
Bukan hanya demi ayah,
tapi juga demi adik lelaki saya.
Seolah-olah
ini ialah misi saya...
Ini jalan pulang kami.
Saya sentiasa percaya bahawa
adik saya, Zhuozhuo
telah memberikan kekuatannya kepada saya
supaya saya dapat merealisasikan impian ayah
yang belum sempat dicapainya bagi pihaknya.
Ya,
impian ayah.
Tiba-tiba,
semuanya menjadi jelas.
Macam rambut pendek saya,
melontar batu dengan tali
dan segala perkara yang diajarkan ayah kepada saya...
Segala sesuatu yang sepatutnya diketahui oleh seorang anak lelaki.
Ayah mendambakan seorang anak lelaki
yang dapat meneruskan cita-citanya,
menunggang kuda dengan gagah di padang rumput
dan menjadi juara perlumbaan kuda.
Anak kuda.
Takdir memihak kepada saya.
Kebetulan pula,
saya dipertemukan dengan Zhuozhuo dan Nida.
Zhuozhuo?
No comments yet. Be the first to leave one.