The first 200 lines.
Sari kata oleh ~Muhammad Najwan Bin Hamidi~
Ianya sebuah pulau misteri.
Pergunungan yang merbahaya di mana tiada manusia berani menghampiri.
Di sana, hanya makhluk misteri muncul dari semasa ke semasa.
Di Taman Cahaya Bulan, lagenda sedih baru bermula.
Apa awak kata? Awak mahu jadi manusia?
Ya, saya mahu jadi manusia.
Fikir betul-betul, Wol Ryung.
Ada pasukan mencari di mana-mana mencari perempuan itu.
Nak tahu siapa ketuanya?
Ianya pegawai Dam Pyung Joon.
Pegawai Dam Pyung Joon?
Ada beberapa manusia mampu mengalahkan suci.
Pegawai Dan Pyung Joon orang seperti itu.
Dia berbeza dari manusia biasa yang boleh awak takutkan.
Hantar perempuan itu balik cepat.
Kalau awak mendekati hatinya, awak yang akan terluka.
Dah jumpa!
- Periksa betul-betul. - Baik, tuan!
Maafkan saya.
Saya nak beritahu sesuatu.
Apa dia?
Saya rasa, saya patut pergi.
Kenapa?
Awak tahu, saya anak seorang pengkhianat.
Dan saya seorang hamba pelarian.
Jadi?
Selagi saya di sini, akan ada orang cari saya di hutan.
Dan akan membahayakan awak juga.
Jadi?
Saya tak boleh biarkan orang yang selamatkan saya begitu.
Jadi...
Saya mahu ucapkan selamat tinggal yang terakhir.
Mereka takkan boleh apa-apakan saya.
Dan selagi saya di sini, awak juga takkan apa-apa.
- Tapi... - Oh, ya!
Mesti awak lapar, jadi saya bawa makanan.
Mahu lihat?
Awak suka yang mana? Ini?
Atau ini?
Saya...
Suka yang ini.
Tunggu sebentar.
Kalau mahu rasa puas, awak perlu makan sebanyak ni.
Makanlah.
Tak cukup? Nak lagi?
Tunggu.
Bukan begitu.
Ini sudah lebih daripada cukup.
Terima kasih banyak.
Cantiknya.
Memang sangat cantik.
Awak cantik bila senyum.
Memang sangat cantik...
Sudah berapa lama awak tinggal di gunung?
Sudah lama sangat, saya tak ingat.
- Awak tak ada keluarga? - Ya.
Saya... seorang diri.
Sejak lama dahulu.
Saya ada adik lelaki.
Dan pembantu bernama Dam. Dia ibarat adik saya.
Hanya mereka keluarga saya yang masih tinggal.
Di mana mereka?
Adik lari bersama saya, kami berpisah dalam hutan.
Dam tolong kami dengan tinggal bersama Choon Hwa Gwan.
Setiap hari, saya risau, memikirkan mereka.
Tapi saya hanya mampu tinggal di sisi awak.
Kalau awak tahu keadaan mereka, awak akan rasa tenang?
Awak akan mampu tersenyum?
Kenapa... awak begitu baik dengan saya?
Saya mahu buat segalanya untuk awak. Itu hati saya mahu.
Apa maksud awak? Awak mahu mayat itu?
Sudah 4 hari sejak dia digantung.
Benarkan mayat itu dibawa turun.
Saya mahu biarkan dia 4 hari lagi.
Orang bawahan memang bodoh. Daripada guna kata-kata
baik gunakan contoh. Baru mereka nampak.
Dia anak Timbalan Menteri Yoon, kawan baik awak dahulu.
Sekarang dia cuma anak pengkhianat, dan hamba pelarian.
- Kenapa awak kejam sangat? - Awak pula?
Kenapa ambil berat anak pengkhianat tu?
Awak ada hubungan sulit dengan Timbalan Menteri Yoon?
Sanggup awak kata begitu?
Bukan masalahnya, diam dan tinggal di Choon Hwa Gwan.
Jika tidak, saya akan libatkan awak dengan hamba pelarian tu.
- Tuanku! - Apa berlaku?
Mayat tu... mayat hamba pelarian hilang.
Apa?
Awak dah balik.
Awak tahu apa-apa berkaitan adik saya?
Bagaimana Dam? Bagaimana mereka?
Mereka selamat?
Betul?
Kenapa ni?
Perkara buruk?
Betul?
Saya rasa mereka selamat.
Kedua-dua?
Ya.
Jadi, jangan risau. Jangan kata mahu pergi.
Sekarang, lebih baik awak tinggal dengan saya.
Mulai sekarang, saya akan lindungi awak.
Saya akan.
Terima kasih.
Terima kasih banyak.
Saya sudah boleh hidup.
Saya boleh bernafas semula.
Maaf.
Saya terlalu gembira...
Saya tak patut buat begitu.
Sudi awak...
mengahwini saya?
Saya...
Anak seorang pengkhianat.
Sudi awak mengahwini saya?
Saya seorang hamba pelarian.
Sudi awak mengahwini saya?
- Awak bergurau, kan? - Saya serius.
- Awak mahu mengahwini dia? - Ya.
Jadi, beritahu caranya. Cara mendapatkan Buku Keluarga Gu?
Sudah lama...
Saya rasa ada nampak di sini.
Yang ini?
Atau yang ini?
Kalau ia buku berkaitan saya, awak patut jaga baik-baik.
Siapa sangka awak mahu jadi manusia?
Saya masih tak faham keputusan awak.
Tentulah awak tak faham.
Awak tak pernah rasa kesunyian hidup selama seribu tahun.
Percaya saya.
Kematian lebih berharga dari terus hidup. Itu keindahan kehidupan manusia.
Tapi, kalau saya dapat terus hidup dan muka kacak awak...
Saya tak kisah hidup sunyi untuk 10 ribu tahun.
Nampak mudah, awak tahu betapa sunyi dan bosan?
Dia tahu identiti awak?
Tak.
Awak tak mahu beritahu?
Ya.
Sebelum dia tahu, saya akan jadi manusia.
Apa pun,saya menentang perkahwinan ini.
Tiada yang lebih perit daripada mencintai perempuan manusia.
Fikirkan. Kenapa agaknya saya tinggal dunia manusia?
Manusia lelaki pun tak mampu kawal manusia perempuan.
Kenapa awak...
Oh, di sini.
Mana?
Saya faham.
Ini bahagian berkaitan Buku Keluarga Gu.
Apa tulisnya?
Katanya tiada sesiapa pernah melihat Buku Keluarga Gu.
Kenapa?
Kerana tiada makhluk seperti awak mahu jadi manusia.
- Maknanya... - Maknanya susah mahu jadi manusia?
Betul, susah. Awak patut mengalah.
Teruskan.
Untuk dapatkan Buku Keluarga Gu, awak perlu berdoa 100 hari.
100 hari?
Dan perlu ikut 3 peraturan dalam tempoh itu.
3 perkara?
Pertama, awak tak boleh bunuh benda hidup.
Tolong!
Kedua, jika manusia minta tolong, awak kena tolong.
Awak yang pasang jerat ni? Bagi beg saya!
Awak!
Ketiga, jangan tunjukkan diri sebenar awak pada manusia.
Bagaimana? Susah, kan?
Memang susah.
Jadi lupakannya, terus hidup begini.
Tapi...
Jika saya ikut 3 perkara dalam 100 hari, saya dapat Buku Keluarga Gu?
Menurut buku ni, kalau awak selesai berdoa 100 hari...
antara Buku Keluarga Gu atau ikrar Hwan Woong akan muncul.
Ikrar Hwan Woong...
Tapi apa pun, akan ada kesan sampingan.
Kalau awak tak ikut peraturan-peraturan itu...
awak takkan boleh lagi menjadi manusia.
Awak juga akan menjadi seribu tahun roh kejahatan.
Seribu tahun roh kejahatan? Saya?
Tiada siapa pernah lihat Buku Keluarga Gu.
Begitulah susah untuk dapatkannya.
Awak masih mahu lakukannya?
Saya rasa sejarah baru akan tertulis pada buku tu.
Makhluk kedua menjadi manusia selepas Woong Nyu...
Gu Wol Ryung!
Terima kasih, kawan. Awak banyak membantu.
Begini, Gu Wol Ryung.
Sebagai kawan, saya minta awak fikir semula.
Mungkin akhirnya awak yang akan terluka.
Untuk pertama kali dalam seribu tahun...
Saya jumpa perempuan yang buat hati saya berdebar 2 kali.
Kalau saya hilang dia, saya perlu tunggu seribu tahun lagi.
Jumpa seribu tahun lagi.
Seribu tahun roh kejahatan.
Melihat kotoran baru ni, kubur ini mungkin baru satu bulan dibuat.
Itulah masanya mayat itu hilang.
Perempuan tu mesti masih hidup.
Dia mesti masih hidup.
Menghairankan.
Bagaimana perempuan mampu bawa mayat ke dalam hutan?
Sayang.
No comments yet. Be the first to leave one.