Release info

Solomon's Perjury E03 161223
A Commentary by ilovemassu
Terjemahan (Eng-Malay) secara manual oleh saya sendiri. Juga terdapat penambaikan daripada sub asal. Maaf jika ada sebarang kesilapan.

Tags

other
Published on: 2016-12-30
Downloads: 32
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

- Mari ke sini! - Aku akan bunuh kau!

Lee So-woo bukan bunuh diri. Aku nampak!

Lee So-woo tidak bertindak membunuh diri. Dia telah dibunuh oleh Choi Woo-hyuk.

- Apa perlu aku lakukan? - Jangan buat apa-apa.

Aku tak suka jika ada orang cuba mengacau siasatan kami.

Kau mungkin akan menghadapi masalah.

Penjaga Sekolah Tinggi Jeong-guk sudah kembali!

Apa kau boleh buat tanpa bantuan orang dewasa?

Sebab kenapa Lee So-woo mati, kami boleh cari sebabnya!

Terlalu berisiko.

Hospital ini.

Jika kau asyik datang ke sini...

ada orang akan cam kau.

Apa kau buat tu? Cepatlah!

OK! Aku datang!

Perlukah aku cakap lebih kuat untuk kau?

Supaya semua kawan kau boleh dengar.

Nak aku cakap dengan lebih kuat?

Mengenai masa lampau kau.

Ini sangat menarik.

Anak Ketua Jabatan Perundangan Yayasan Jeong-guk, yang membuat kerja amal di sini...

Satu masa dahulu adalah pesakit di sini, di wad psikiatri.

Bagaimana kalau orang dapat tahu?

Buatlah apa kau nak!

Hidup aku tak akan jadi lebih teruk daripada sekarang.

Sebarkan khabar angin, ceritakan semua kisah ku, buatlah apa kau nak.

Hei, Han Ji-hoon!

Kau dah bertambah tinggi! Lee So-woo!

Tapi kenapa kau tak berubah?

- Kau OK? - Ya.

- Kau macam mana? - Kau tak nampak apa yang aku pakai ni?

Kenapa kau tak jawab?

Ji-hoon! Mari makan malam.

So-woo...

Dia bukan orang yang akan bunuh diri.

(Solomon's Perjury Episod 3)

Siapa tu? Siapa tangkap gambar aku?

Siapa?! Hei!

Apa kau dah buat pada Cho-rong?

- Kau tak rasa bersalah menipu? - Apa dah terjadi pada Cho-rong?

Kami boleh lakukannya.

Sebab kenapa Lee So-woo mati, kami boleh cari sebabnya!

Aku baru sampai di rumah.

Kau nak jumpa tak? Kalau kau ada masa.

Oh, kau dah sampai! Mari duduk di sini!

Hai.

Hari ini hari istimewa ke? Semua kawan sekelas kita akan datang?

Bukan, hanya...

Kawan-kawan yang aku rasa selesa saja.

Hei!

Aku tak pernah terfikir yang aku begitu istimewa.

Apa kau cakap ni? Kau terhidu bau ayam dan kau datang ke sini sendiri.

Dia panggil aku dengan bau ini, walaupun bukan dengan suaranya.

Aku dapat merasainya!

Ada sesuatu yang tak kena, kan?

Kau boleh lihat?

Kau ingat kau boleh mengelak daripada deria aku?

Satu kesilapan besar!

Sekarang, cakap!

Silakan.

Kawan-kawan...

Aku...

Aku mungkin akan buat masalah besar nanti.

Kau? Masalah? Yang macam mana?

Kau tak perlu buat masalah, kita dah ada banyak masalah kebelakangan ini.

Boleh tak kalau kita dapat satu hari yang tenang?

Bukan masalah fizikal yang seperti itu.

Ada perkara yang aku sudah buat keputusan.

Apa perkara itu?

Buat masa sekarang, rahsia. Aku belum tahu detailnya lagi.

Jangan risau, ia tak akan jejaskan kau semua.

Alah, kau sudah rasa tertekan kerana apa yang aku cakap?

Ko Seo-yeon!

Walau apapun masalah yang kau buat, kami akan sokong kau!

Jangan beritahunya sekarang, mungkin akan buat kami sakit kepala.

Tapi bila kau sudah sedia, kami akan tolong!

- Betul? - Mestilah!

Kita semua adalah rakan subahatnya, OK?

Semua orang bersumpah dengan ayam!

- Sumpah! - Sumpah!

Oh, aku juga!

Sumpah.

Kami bersumpah!

Boleh pesan satu set lagi tak?

Tak boleh, berhenti makan dan balik sajalah.

Tengoklah kamu bertiga!

Kamu terlalu muda untuk ini semua.

Aku rampas ini semua.

- Apa hal pula hari ni? - Kau semua...

Apa yang kamu buat pada hari Krismas?

Oh, perkara itu lagi?

Aku tak akan jawab walau berapa kali pun kau tanya.

Sebab aku tak ingat!

Kau tak ingat?

Aku tak ingat langsung pasal malam tu.

Bagaimana dengan kau berdua?

Kamu juga tak ingat?

Tak.

Langsung?

Ya.

Kau ingat aku akan percaya?

Tak seorang pun daripada kamu yang ingat apa kamu buat pada malam kejadian itu?

Krimas sudah terlalu lama.

Kau masih ingat apa kau buat sebulan, dua bulan lalu?

Aku bukan bercakap mengenai apa kau buat minggu lepas, pukul berapa kau bangun,

apa kau makan... Ini bukan perbualan kosong.

OK.

Tak perlu cakap apa kau buat, cuma beritahu dengan siapa kau bersama.

Beritahu aku, siapa yang ada nampak kau semua pada hari kejadian, atau sesiapa yang ada bersama kamu.

Tak ada siapa.

Apa?

Hanya kami bertiga bersama.

Ya, hanya kami bertiga.

Kan?

Maaf, perut aku rasa tak selesa.

Aku pergi dulu.

Kau nak ke mana? Duduk.

- Duduk. - Choi Woo-hyuk!

Aku cakap duduk!

Kau fikir kau boleh berkelakuan begini di khalayak ramai?

Kau fikir kau siapa?

Apa yang buat kau takut?

Apa yang buat kau takut sampai tak boleh beritahu aku, kau ada bersama siapa pada 25hb Disember?

Aku juga tak fikir kau akan buat sampai begitu sekali.

Jadi beritahu aku apa yang sebenarnya terjadi.

Woo-hyuk.

Kau tak rasa marah, semua orang syak kau yang lakukannya?

Choi Woo-hyuk!

Kau faham tak situasi yang kau hadapi sekarang?

Kau tak ada alibi.

Kami perlukan maklumat di mana kau berada, apa kau buat, dan bersama siapa,

sewaktu Lee So-woo mati.

Itu caranya untuk buktikan kau tak bersalah!

Kau boleh buktikan aku bersalah?

Kau juga tiada bukti yang aku bunuh dia.

Jom.

Aku ada alibi yang berasingan.

Apa?

Aku tak bersama mereka.

Aku tak tahu apa yang mereka buat pada malam itu.

Beritahu dengan lebih teliti.

Hei, Kim Dong-hyun!

Aku dah cakap, aku tak ada apa nak beritahu!

- Sunbae-nim, apa khabar? - Hai, Detektif Oh.

- Mr. Kim ada di dalam? - Ya.

Kau rasa susah, kan?

Siasatan semula memang susah, kita terpaksa mula daripada awal.

Aku rasa, itu masih OK.

Yang susahnya adalah bila pihak atasan minta aku tutup kes dengan cepat.

Jerit saja pada mereka, aku akan sokong kau.

Suruh dia ke sini, aku cakap!

Siapa Detektif Oh Joo-hyeon?

- Sunbae-nim, apa khabar? - Hai, Detektif Oh.

- Mr. Kim ada di dalam? - Ya.

Kau rasa susah, kan?

Siasatan semula memang susah, kita terpaksa mula daripada awal.

Aku rasa, itu masih OK.

Yang susahnya adalah bila pihak atasan minta aku tutup kes dengan cepat.

Jerit saja pada mereka, aku akan sokong kau.

Suruh dia ke sini, aku cakap!

Siapa Detektif Oh Joo-hyeon?

Tolong bertenang.

Aku hanya mahu tengok mukanya. Oh Joo-hyeon, keluar!

Ada apa ni?

Kau detektif Oh Joo-hyeon?

Yang menyiasat kes Lee So-woo?

Ya. Ada apa?

"Ya. Ada apa?"

Kau tak tahu apa yang sedang berlaku?

Anak aku adalah mangsa!

Apa bukti yang kau ada untuk menganggu anak aku seperti ini?

Malahan, kes ini sudah pun ditutup!

Kes ini sedang di siasat semula.

Surat pengakuan sebagai bukti.

Surat pengakuan?

Oh, jadi semua ini disebabkan surat itu?

Aku perlu buat sesuatu dengan budak-budak itu!

Puan.

Kenapa kau lambat?

Apa peguam aku lakukan bila aku dimalukan begini!

Lupakannya. Jom, aku akan saman budak-budak yang menulis surat itu.

Ya?

Puan perlu berbincang dengan En. Choi...

Aku akan beritahu dia kemudian. Beritahu aku caranya!

Berapa lama kita nak hidup dimalukan begini?

Sungguh...

Aku bangun di tengah malam kerana terlalu marah!

Aku hampir pencen, penghinaan apa ni?

Biasanya aku akan saman mereka!

Aku perlu memikirkan nama yayasan.

Aku tak pernah terima surat itu!

Itu yang sebenarnya!

Ya, aku faham.

Aku minta kau kembalikan jawatan aku secepat mungkin.

Sila masuk sekejap.

Tuan panggil aku?

En. Han, ini adalah...

Ini adalah surat pengakuan yang dihantar pada Wartawan Park.

Kau nampak cop pos itu, kan?

Kau rasa kau boleh siasat siapa yang hantar?

More Malay subtitles for Solomon's Perjury

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left