Release info

All About My Romancee E01 130404 HDTV H264 720p-KOR-HANrel
A Commentary by Dazai

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
HD
Published on: 2019-04-15
Downloads: 35
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sejak mula saya sudah tahu yang medan politik ialah dunia yang penuh dengan sampah.

Begitu juga dengan ahli politik.

Tapi ia bukan sekadar sampah biasa.

Antara semua sampah lain, ia ialah sampah yang telah dijangkiti bakteria.

Saya, Gim Su Yeong, yang jujur dan berjiwa bersih,

tidak ingin lagi terus berhadapan dengan sampah yang dijangkiti bakteria ini.

Itu saja!

Wakil Rakyat Gim Su Yeong, awak dari parti mana sebenarnya? Betulkah awak dari Parti Utama Korea (GKP)?

Manifesto dasar ekonomi yang dicadangkan oleh parti kita

tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi negara kita sekarang.

Apa yang tak boleh diselesaikan? Kenapa awak asyik berbelah bahagi saja?

Berbelah bahagi?

Awak fikir ini peperangan antara Korea Utara dengan Korea Selatan?

Tengoklah, orang parti awak sendiri pun mengakuinya.

Maknanya awak mengakui yang awak salah, bukan?

Tapi itu tidak bermakna cadangan parti lain adalah betul sepenuhnya.

Saya mengakui cadangan awak itu agak bagus.

Tapi untuk melaksanakannya adalah agak mustahil.

Dengar, dia kata cadangan awak itu mustahil.

Tapi, kenapa pula cadangan mereka saja yang bagus?

Cadangan GKP juga bagus.

Tidak. Kita mesti mempunyai cadangan yang bagus dan ia mestilah tidak mustahil untuk dilaksanakan.

Tapi kenapa sejak tadi pendirian awak asyik berubah-ubah?

Sekejap awak kata kami betul. Sekejap lagi awak kata kami salah.

Awak fikir ini perkara main-main, kah?

Maksud saya adalah

sekarang kita ketepikan saja perbezaan parti dan ideologi antara kita semua

- serta bertukar-tukar pandangan-- - Nanti dulu.

Apa yang awak katakan itu kedengaran bagus sekali.

Tapi adakah itu realistik?

Baiklah, kita boleh berbincang dan bertukar-tukar pendapat.

Tapi siapa yang sering meminta supaya parti pembangkang bertolak ansur dengan semua idea parti pemerintah?

Kenapa awak nak buat kononnya seperti awak ini lebih baik daripada orang lain?

Wakil Rakyat Gim, adakah awak talam dua muka?

Adakah awak berpura-pura saja semasa menyertai parti kita?

Saya mahu bertanyakan satu soalan kepada Wakil Rakyat Gim Su Yeong dari GKP.

Untuk makluman, saya ialah lulusan dari universiti dan kursus yang sama dengan Wakil Rakyat Gim Su Yeong.

Selaku seorang junior, saya ingin bertanyakan satu soalan peribadi kepada tuan.

Sebenarnya, sebelum ini saya berasa amat bangga dengan tuan.

Semasa tuan menjadi seorang hakim, tuan telah membuat banyak penghakiman yang bagus.

Tuan telah diberi nama julukan sebagai 'Hakim Kiri Gangnam'.

Tetapi tanpa disangka-sangka, tuan tiba-tiba telah menyertai GKP.

Keputusan itu menjadikan saya amat terkejut.

Saya tahu ini mungkin kedengaran agak kurang sopan,

tapi apakah sebab sebenar tuan menyertai GKP?

Dan apakah sebenarnya ideologi tuan?

Saya tertanya-tanya tentang itu.

Kalau kamu tahu yang bertanyakan soalan seperti itu adalah kurang sopan,

maka itu bukannya kurang sopan, tapi kurang ajar namanya.

Saya takkan menjawab soalan yang kurang ajar dan tak layak untuk dijawab itu.

Baiklah.

Nampaknya saya bertanyakan soalan kepada seseorang yang tak layak menjawabnya.

Nampaknya disebabkan perbincangan yang agak tegang hari ini...

angin Wakil Rakyat Gim Su Yeong telah terganggu.

- Sekarang-- - Saya akan menjawab soalan itu.

Kamu kata saya ialah 'Hakim Kiri Gangnam'?

Ataupun 'Hakim Kanan'?

Saya berada di pihak atas pagar.

Kamu kata kamu ialah junior universiti saya?

Sudah pasti kamu seorang yang bijak.

Tapi orang yang pandai belajar tak semestinya dapat berfikir secara kritikal.

Biar saya tanya kamu satu soalan.

Adakah nilai IQ kamu 2 digit saja?

Ataupun kamu buta warna?

1 atau 2. Ya atau tidak.

O atau X. Itu sajakah yang kamu tahu?

Adakah dunia ini kelihatan hitam atau putih saja bagi kamu?

Adakah dunia ini hanya ada kiri atau kanan saja?

Ada atas, bawah, depan dan belakang juga!

Kamu bertanya kenapa saya menyertai GKP?

Tengoklah mereka.

Apakah bezanya antara parti pemerintah dengan parti pembangkang?

Mereka semua sama-sama menyedihkan, tidak berkualiti dan bodoh.

Parti pembangkang progresif?

Ya, sedikit sebanyak mereka berkemampuan untuk berbuat begitu.

Tetapi, usaha keterlaluan mereka untuk menjadi terkenal

serta rasa bangga diri yang kononnya hanya diri mereka saja yang betul...

sehingga mereka tidak sedar yang mereka hanya berada dalam dunia mereka sendiri.

Namun mereka berterusan berkelahi bagai nak rak antara satu sama lain.

Pada pandangan saya,

mereka kelihatan seperti ahli sihir yang bermata merah.

Jadi, adakah GKP yang kamu pandang rendah tadi lebih baik?

Ganas, mengambil kesempatan, menghalang keadilan,

menggunakan jalan pintas, penipuan dan pelbagai penyelewengan.

Mereka kata mereka melakukannya demi kebaikan rakyat,

tapi sebenarnya mereka hanya risaukan periuk nasi mereka.

Selain itu, apa yang mereka lakukan hanyalah berpuak-puak dan bertengkar antara satu sama lain.

Selain itu, apa yang mereka lakukan hanyalah berpuak-puak dan bertengkar antara satu sama lain.

Tetapi...

siapakah yang memilih mereka ini?

Rakyat yang bodohlah yang telah memilih mereka.

Anda semua sentiasa mengata ahli politik, tapi sama juga seperti mereka...

bagi anda semuanya hanyalah sama ada hitam atau putih, kawan atau musuh, itu saja.

bagi anda semuanya hanyalah sama ada hitam atau putih, kawan atau musuh, itu saja.

Warna saya?

Seperti yang saya katakan, saya berada di pihak atas pagar.

Saya berada di tengah-tengah.

Bergantunglah pada dasar atau isu yang dibincangkan,

saya boleh menjadi pihak penyokong ataupun pihak pembangkang.

Adakah itu salah?

Kalau itu salah, janganlah menyalahkan warna atau parti saya,

sebaliknya kritiklah saya berdasarkan tindakan saya.

Sekiranya itu juga tidak menjadi, maka hukumlah saya dalam pilihan raya yang akan datang.

Hukumlah apa yang salah, bukannya apa yang berbeza daripada pandangan anda.

Mempunyai pandangan yang berbeza bukanlah sesuatu yang memalukan.

Tetapi tidak tahu bagaimana untuk hidup bersama orang yang mempunyai perbezaan pendapat dengan kita

barulah satu perbuatan yang memalukan dan bodoh!

Tuan tahu yang tuan telah menimbulkan masalah?

Ini bukan setakat kekecohan biasa malah umpama membunuh diri.

Tuan baru saja memusnahkan kerjaya tuan sendiri.

Sebab itulah aku cakap aku tak nak buat perkara seperti ini.

Tuan juga yang kata ini lebih baik daripada mempercepatkan penggubalan rang undang-undang itu.

Kau fikir aku tahu ini yang akan terjadi?

Habis tuan fikir saya tahu, kah?

Bising betul, diam sajalah!

Tutup mulut kau. Jangan cakap apa-apa pun.

Jangan fikir apa-apa dan jangan bernafas pun.

Apapun, mungkin ini lebih baik.

Semuanya berlaku seperti yang aku rancangkan.

Rancangkan? Tuan kata tuan telah merancang segala kekecohan itu?

Ya. Kekecohan?

Aku nak meletak jawatan. Itulah rancangan aku.

Hei, kau dah gila, kah?

Tuan nak meletak jawatan?

Tuan meyakinkan saya untuk berhenti daripada pekerjaan yang bagus demi menjadi pembantu tuan.

Sekarang, tak sampai 2 tahun pun, tuan nak jadikan saya seorang penganggur?

Tuan... bukan, hyeong.

Hyeong tahu ada berapa banyak orang yang bekerja di bawah hyeong?

Ini bermakna hyeong akan turut menjejaskan periuk nasi mereka.

Di sana sini...

apa yang semua orang kisahkan hanyalah periuk nasi masing-masing.

- Sudah tentulah! - Maafkan saya.

Apa ini? Apa yang berlaku?

Bukankah awak hentikan kereta kerana saya?

Tidak!

Tidak?

Saya kata saya akan berikan peluang kepada awak untuk membaiki kesilapan.

Terima temu ramah peribadi saya.

Bukankah awak wartawan bagi parti pembangkang?

Tapi kenapa awak mencari saya yang merupakan dari parti pemerintah?

Bagi berita hangat seperti ini, apa yang nak dikisahkan sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang?

Saya dah tahu seonbae pasti akan menimbulkan masalah.

Awak masih ingat apa yang awak katakan kepada saya semasa awak berhenti menjadi hakim untuk menyertai politik?

Kenapa awak memilih GKP?

Bukankah masih ada banyak lagi parti lain yang boleh awak sertai?

Apalah bezanya air lumpur dengan air kumbahan?

Habis, awak ialah apa?

Saya?

Saya ialah air mata air yang bersih dan suci.

Jadi saya akan membersihkan mereka semua.

Jadi awak telah gagal untuk membersihkan mereka?

Airnya terlalu kotor untuk saya bersihkan.

Saya sudah tak tahan lagi.

Maknanya awak tak berkemampuan untuk melakukannya.

Hentikan kereta, Sang Su.

Tangan.

Omo!

Awak begitu seksi, seonbae.

Saya dah terpikat dengan awak.

Saya juga seorang yang budiman.

Bagus juga jadi begini.

Awak berhenti sajalah dan kahwini saya.

Saya akan menyara awak.

Awak tahu saya kaya, bukan?

Tunggu!

Cepat pergi!

Pada masa ini, bertempat di bangunan parlimen, berkenaan undang-undang baru media...

pihak parti pemerintah serta parti pembangkang masih sedang membahaskan isu ini.

Kakitangan dari setiap parti dillihat telah mengerumuni semua ceruk kawasan di sekeliling bangunan parlimen.

Tetapi ketua setiap parti telah mengarahkan ahli masing-masing

untuk berjaga-jaga di luar dewan persidangan parlimen andai kata ada perkara yang tidak dijangkakan berlaku.

Memandangkan masa untuk mengumumkan tentang rang undang-undang baru berkenaan media sudah semakin hampir,

suasana di sekitar bangunan parlimen ini dirasakan amat tegang.

Sekarang, dengar baik-baik. Andai kata mereka merempuh masuk ke sini, pergi ke pentas.

Andai kata pintu terbuka, sebaik saja pintu terbuka...

terus saja buat begini, faham?

Bagaimana dengan rundingan itu?

Tolong beri laluan.

Bagaimana nak berunding kalau mereka asyik bercakap saja tapi tidak mahu mendengar?

Bagaimana nak berunding kalau mereka asyik bercakap saja tapi tidak mahu mendengar?

Mereka menghalang keadilan dan menimbulkan konflik.

Saya tak boleh bekerja mahupun berunding dengan mereka.

Hal ini perlu diselesaikan mengikut undian majoriti.

Bukankah itu yang dimaksudkan dengan demokrasi?

Mereka tidak peduli tentang kebajikan orang ramai, yang mereka pentingkan hanyalah menggubal rang undang-undang.

Macam manalah boleh ada parti pemerintah yang begitu tidak cekap dan bodoh?

Undang-undang berkenaan media itu sendiri asalnya adalah tidak sah.

Kalau mereka masih bertegas untuk menggubal rang undang-undang berkenaan hal ini,

pakatan parti pembangkang akan menganggap ia sebagai satu penghinaan kepada prinsip demokrasi

dan kami akan mengisytiharkan perang untuk mempertahankan hak kami.

Kami akan menentang penindasan yang dilakukan oleh parti pemerintah--

Sudahlah tu. Wartawan Gim dah pergi.

Wartawan Gim. Mana boleh awak pergi begitu saja semasa saya sedang memberi kenyataan?

- Saya baru saja-- - Puan belum dengar berita tentang Wakil Rakyat Gim Su Yeong?

Dia memanggil wakil rakyat parti progresif sebagai ahli sihir bermata merah. Maaf ya.

Siapa? Dia kata apa?

Tuan telah menghina parti pemerintah, parti pembangkang dan juga rakyat.

Tuan telah menghina parti pemerintah, parti pembangkang dan juga rakyat.

Pendek kata, tuan telah menghina semua orang kecuali diri tuan sendiri.

=Mereka memberi tuan gelaran sebagai 'Pemusnah'.=

All About My Romance (Nae Yeonaeui Modeun Geot / 내 연애의 모든것) subtitles in other languages

More Malay subtitles for All About My Romance (Nae Yeonaeui Modeun Geot / 내 연애의 모든것)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left