Pinocchio

Pinocchio (피노키오)

Download Malay Subtitle

Release info

피노키오 Pinocchio E17 150108 XviD HDTV H264 720p-WITH-iPOP-BarosG-LIMO-CHAOSrel
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami : malaysub.com

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
XviD
HD
Published on: 2016-05-14
Downloads: 30
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Mak, mak di mana?

Il-joo.

Apa? In-ha.

Kenapa awak tak berada di daerah awak?

Maafkan saya tapi saya ada hal mustahak.

Tahu ketua ada di mana?

Dia di bilik persidangan.

Kenapa dengan dia?

- Puan sejahat inikah? - Apa awak buat di sini?

Saya dah pulihkan semua mesej yang puan padam dari telefon lama puan.

Jelaskan ini apa.

Dah 13... Tak, 14 tahun berlalu.

Saya ingatkan puan...

...terbawa-bawa oleh sentimen orang ramai dan tersilap.

Serta saya ingat puan ada keyakinan puan sendiri, tapi...

...ini sebabnya?

Puan cuma tulis apa saja yang pengerusi itu suruh?

Puan!

Betulkah puan seorang pemberita?

- Macam mana kamu... - Tolong jelaskan...

...mesej-mesej yang mak hantar kepada Ketua Song ini...

...untuk menganiaya Ahli Bomba Ki Ho-sang.

Apa ini?

Beritahu saya yang itu tak benar.

Beritahu saya yang mak tak menakutkan begini.

Beritahu saya yang mak tak sejahat ini! Tolonglah!

Ada sesiapa lagi tahu pasal ini?

- Betulkah mak lakukannya? - Siapa lagi tahu pasal ini?

Itu pentingkah?

Kenapa mak lakukannya?

Sama ada jelaskan atau reka satu alasan!

Mak dah beritahu kamu sebelum ini.

Kalau kamu berhenti jadi pemberita, mak akan beritahu kamu.

Editor Kim, saya ini, Seo Bum-jo.

Saya berhenti kerja di MSC mulai hari ini.

Puas hati?

Saya rasa saya berhak dengar penjelasan mak sekarang.

Ya, mak hantar mesej-mesej itu.

Seorang ahli dewan yang menjaga...

...perniagaan mak hadapi masalah disebabkan kebakaran itu.

Dia yang menjaga loji dan syarikat...

...yang membuang sisa kimia itu.

Masa itu masa yang sukar bagi dia sebab akan ada pemilihan semula.

Jadi...

...mak menganiaya Ki Ho-sang untuk melindungi dia?

Kami cuma perlu alih perhatian orang...

...sampai pilihan raya tamat.

Tapi...

...mak tak tahu keadaan jadi di luar kawalan.

Tapi, bila difikirkan tentangnya...

...mak tak buat apa-apa yang haram.

Mak cuma bantu orang yang tolong perniagaan mak.

Perniagaan ini macam bertani.

Menanam benih tak cukup. Ia tak membesar sendiri.

Kena pegang baja yang busuk dan pestisid yang beracun...

...supaya ia berbuah.

Kita akan ambil alih sebuah kedai bebas cukai lapangan terbang...

...dan kita akan dapat kelulusan bina pusat beli-belah di Yeonju.

Kedua-duanya perniagaan bernilai lebih 100 juta dolar.

Itu adalah ladang yang mak usahakan selama 20 tahun...

...menabur baja dan menyembur pestisid.

Mak cuma perlu memetik buah...

...tapi serangga asyik datang. Itu sangat menyakitkan hati.

Apa yang akan terjadi...

...kalau dunia tahu tentang mesej itu?

Orang akan menyumpah mak.

Tapi ini 14 tahun lepas.

Tiada undang-undang melarangnya...

...dan kalau ada pun, statut had masa dah luput.

Ia takkan menjejaskan mak langsung.

Apa yang mak dapat untuk...

...buat semua ini untuk mereka?

Semua yang kamu nikmati selama ini.

Juga...

...semua yang kamu akan nikmati mulai sekarang.

Saya ingatkan puan buat kesilapan sebagai seorang pemberita.

Saya ingat puan cuma berkawan dengan mak Bum-jo.

Tak...

Itu apa yang saya nak percaya.

Tapi macam mana boleh puan buat perkara begitu?

Macam mana boleh pemberita... Tak, seorang manusia buat begitu?

Dari mana...

...awak dapat itu?

Puan kata datang berhujah dengan bukti.

Saya tak boleh bayangkan bukti lebih kukuh daripada ini.

Jawab soalan saya. Kenapa puan buat perkara begitu?

Perlahankan suara. Awak akan timbulkan kekecohan.

Tak, saya nak timbulkan kekecohan.

Saya akan siasat ini dan...

...laporkan perbuatan keji...

...puan dan...

...mak Bum-jo.

Saya akan beritahu dunia.

Saya akan dedahkan semuanya.

Sebab saya dah tahu perkara sebenar, saya tak boleh diamkan diri.

Saya akan laporkan semuanya termasuk...

...hubungan tuan dengan pengerusi itu.

Awak ingat saya akan biarkan awak buat begitu?

Awak fikir itu boleh dilakukan?

Tak, saya pasti itu mustahil dilakukan di MSC.

YGN akan laporkannya.

Apa?

Saya percaya tindakan yang betul ialah laporkannya.

Jadi, saya putuskan untuk beri YGN segalanya.

Awak rancang nak jadi pembocor maklumat?

Awak tahu apa kesannya kepada hidup awak?

Saya tahu dan saya dah bersedia.

Awak takkan jadi pemberita lagi.

Saya tak tahulah kalau awak bersedia untuk itu juga.

Awak fikir awak ada kuasa untuk laporkan ini?

MSC tak akan laporkan ini.

- Saya tahu, jadi YGN akan... - Awak akan jadi pembocor maklumat?

Awak tahu tak yang awak akan dipecat...

...serta-merta?

Saya tak takut.

Kalau syarikat dengan hubungan kotor begini...

...memang bagus pun kalau saya dipecat.

Saya akan bermula semula di syarikat yang bereputasi baik.

Awak betul-betul fikir awak boleh jadi pemberita semula?

Ya.

Siapa yang nak ambil pembocor maklumat bekerja?

Siapa yang akan alu-alukan seseorang yang dedahkan...

...keburukan syarikatnya?

Tiada organisasi yang...

...senaif dan...

...sebaik yang awak fikir.

14 tahun lepas...

...saya pun sama macam awak.

Fikir masak-masak.

Awak boleh ubah fikiran awak di sini.

Kalau awak tutup hal ini, saya boleh beri awak lebih kuasa.

Saya boleh letakkan awak di tempat di mana awak boleh bersuara...

...dengan lebih lantang.

Contohnya, editor urusan wanita pertama...

...dalam sejarah media berita.

Peluang begitu.

Pilihan itu bawa saya ke sini hari ini.

Tentulah, awak boleh buat pilihan berbeza.

Awak boleh berhenti jadi pemberita...

...dan bekerja di kedai mudah beli sepanjang hidup awak...

...menurutkan suara hati awak.

Tempoh latihan awak...

...hampir tamat.

Awak tak nak jadi pekerja sepenuh masa?

- Puan. - Fikirkan tentangnya.

Adakah awak akan jadi...

...seorang pemberita berkuasa yang akan kata satu perkara...

...mereka nak awak katakan tapi katakan 99 perkara benar?

Atau awak akan jadi seorang yang tak berupaya...

...tanpa suara?

Saya tak nak awak jadi seseorang yang tak berupaya.

Saya bukan cakap ini sebagai ketua awak...

...tapi sebagai mak awak.

Saya nampak dari dekat macam mana hidup seseorang musnah...

...selepas jadi pembocor maklumat.

- Siapa? - Ayah awak.

Awak mungkin tak ingat sebab masa itu awak masih kecil...

...tapi ayah awak dulu pengurus bank yang ada masa depan cerah.

Dia dapat tahu presiden bank pinjamkan duit secara haram...

...dan dia beritahu satu akhbar dan dipecat kerananya.

Apa pendapat awak? Hidup siapa lebih menyedihkan...

...saya atau ayah awak?

Saya tak pernah sekali pun fikir hidup ayah menyedihkan.

Kalau itu sebab beritahu perkara sebenar, saya bangga dengan dia.

Saya akan ambil pilihan berbeza daripada puan.

Budak itu. Macam mana boleh dia dah ada perempuan baru?

Hei.

Boleh kamu luangkan masa untuk pak cik?

- Apa khabar? - Kamu bangga sangat kamu tinggi?

Duduklah.

Kamu nampak berseri.

Mesti hidup kamu gembira.

Entahlah. Tak juga.

In-ha tahu yang kamu ada perempuan baru?

Apa? Perempuan baru? Apa maksud pak cik?

Pak cik nampak sehelai rambut panjang...

...di rumah kamu tempoh hari.

Pak cik faham sekarang kamu berdarah muda, tapi sanggup kamu?

Sehelai rambut panjang?

- Oh, itu... - Apa?

Kamu nak cakap itu rambut kawan lelaki yang berambut panjang?

Kamu langsung tak setia.

Kamu cakap kamu suka In-ha lebih lama dari kamu boleh ingat.

Macam mana kamu boleh berubah begitu cepat?

Itu rambut In-ha.

- Apa? - In-ha datang hari itu.

Bukan perempuan lain.

Betulkah? Itu rambut dia?

Aduhai, patutlah.

Okey.

Nanti, itu rambut In-ha?

Budak-budak itu.

Boleh In-ha pergi ke rumah lelaki macam itu?

Ayah? Ayah di mana?

Memang tepat pada masanya, budak.

Ayah, saya nak tanya ayah sesuatu.

Ayah nak tanya kamu sesuatu juga.

Ayah dengar dari Dal-po yang kamu pergi ke rumah dia sebelum ini?

Kamu mungkin membesar sebagai pak cik dan anak saudara...

...tapi dia tetap seorang lelaki.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left