The first 200 lines.
En. Magnussen, sila nyatakan nama penuh awak untuk direkod.
Charles Augustus Magnussen.
En. Magnussen.
Apakah pengaruh awak ke atas Perdana Menteri?
Perdana Menteri Britain?
Mana-mana Perdana Menteri Britain yang awak kenal.
Saya tidak pernah ada pengaruh ke atas mana-mana pun.
Kenapa pula?
Saya nampak awak ada tujuh mesyuarat di Downing Street tahun ini.
- Kenapa? - Kerana saya dijemput.
Adakah awak ingat tajuk perbincangan?
Tidak tanpa mendedahkan maklumat sulit.
Sebagai seorang pemilik akhbar...
...individu peribadi...
...dan warganegara asing...
...adakah awak boleh begitu kerap berjumpa Perdana Menteri kami?
Saya rasa tidak salah...
...jika seorang individu peribadi terima jemputan.
Namun, saya minta maaf kerana saya orang asing.
Itu bukan maksud saya.
- Itu langsung... - En. Magnussen.
Adakah awak ingat jika...
...kenyataan awak mungkin pengaruhi dasar kerajaan...
...atau pemikiran Perdana Menteri?
Tidak.
Awak pasti?
Daya ingatan saya hebat.
Kereta awak sedang tunggu di luar, tuan.
Jumpa lagi esok.
- Boleh saya sertai awak? - Saya rasa ini tidak sesuai.
Betul.
En. Magnussen, selain siasatan, kita tidak patut berhubung.
Langsung tiada komunikasi.
Tolong jangan buat begitu.
Pada 1982, suami awak berkirim surat dengan Helen Catherine Driscoll.
Saya belum kenal dia.
Surat-surat itu ghairah dan penuh kasih sayang.
Ada orang yang mungkin kata eksplisit.
Saya miliki surat-surat itu.
Tolong lepaskan tangan.
"Saya ingin, sayangku, kenali sentuhan tubuh awak."
Saya tahu kandungan surat-surat itu.
Gadis itu 15 tahun.
Dia nampak lebih tua.
Oh, dia nampak menggiurkan.
Kami ada gambar juga.
Gambar yang dia hantar kepada suami awak.
Sedapnya.
Dia tidak tahu tentang umurnya.
Mereka bertemu sekali saja sebelum surat-surat itu bermula.
Apabila dia dapat tahu, dia berhenti serta-merta.
Itulah faktanya.
Fakta adalah untuk buku sejarah. Saya kerja dalam bidang berita.
Tangan awak berpeluh.
Malangnya, selalu begitu.
- Saya ada penyakit. - Menjijikkan.
Saya sudah biasa.
Seluruh dunia ini basah bagi saya.
Saya akan panggil pengawal. Saya akan halau awak.
Apa bau itu?
Claire-de-la-lune?
Terlalu muda untuk awak, kan?
Awak mahu pukul saya?
Masih mampu? Awak seorang wanita tua.
Mungkin awak patut panggil seseorang.
Teruskan.
Tidak mahu?
Tentu tidak, ada akibatnya.
Saya miliki surat-surat itu maka saya kuasai awak.
- Ini peras ugut. - Ini bukan peras ugut.
Ini hak milik.
Awak tidak kuasai saya.
Claire-de-la-lune
Rasanya tidak seperti baunya, kan?
Saya akan bayar bil Lady Smallwood.
- Selesaikannya. - Ya, En. Magnussen.
Oh, Tuhan.
Oh, Tuhan.
- Awak tidak apa-apa, puan? - Baik saja, ya.
Magnussen.
Tiada orang boleh lawan dia.
Tiada orang yang berani, tiada orang yang cuba.
Tiada lelaki atau wanita di England...
...yang mampu halang makhluk menjijikkan itu.
- Puan? - Patah balik.
Kita akan kembali ke bandar. Patah balik.
Kita ke mana, puan?
Jalan Baker.
Awak sering lihat kecederaan? Kematian ganas?
Cukup untuk hayat ini.
- Mahu lihat lagi? - Oh, tentulah ya.
Mulalah permainan.
"Janjinya yang terakhir"
Saya tahu sekarang awal. Maafkan saya.
- Itu Kate? - Ya, itu Kate.
- Jemput dia masuk? - Maaf, ya.
- Sila masuk, Kate. - Okey.
Hei, kasihannya.
- Ini untuk awak. - Kerana Isaac.
Oh, suami awak.
- Anak lelaki. - Anak lelaki, ya.
Dia hilang lagi. Dia tidak kembali semalam.
Seperti biasa.
Dia ketagih dadah, ya?
Ya, betul, John.
Tapi awak cari Sherlock Holmes? Saya sudah lama tidak jumpa dia.
Lebih kurang sebulan.
- Siapa Sherlock Holmes? - Lihat, ada keadaan begitu.
Ada sebuah tempat di mana mereka berkumpul.
Dia dan kawan-kawannya.
Mereka buat di sana.
Suntik dadah.
- Dia di mana? - Sebuah rumah yang kotor.
Rumah itu hampir roboh.
Bukan, alamatnya.
- Mana tempatnya? - Betulkah?
Apa salahnya?
Dia tidak akan panggil polis. Kita perlu cari dia.
- Kenapa awak pula? - Saya jadi jiran baik.
- Sejak bila? - Sejak sekarang.
Sejak sekarang ini.
Kenapa awak begitu?
- Apa? - Saya tidak tahu.
Apa masalah awak?
Tiada masalah.
Bayangkan kata-kata saya tanpa jeritan.
Saya sedang cuba.
Awak tidak boleh datang. Awak mengandung.
Awak tidak boleh pergi. Saya mengandung.
- Apa itu? - Tuil tayar.
Kenapa?
Ada ramai penagih dadah di sana...
...dan salah seorang mungkin perlu bantuan tukar tayar.
Jika ada masalah, pergi saja. Jangan risau tentang saya.
John, John, John.
Ini sedikit seksi.
Ya, saya tahu.
Helo?
- Awak mahu apa? - Maaf.
Oh, tidak, awak tidak boleh masuk.
Saya sedang cari kawan.
Seorang kawan yang khusus.
Saya bukan tengok-tengok saja.
Awak perlu pergi. Tiada orang dibenarkan masuk.
Awak nampak Isaac Whitney?
Saya tanya sama ada awak nampak Isaac Whitney...
...dan awak tunjuk sebilah pisau.
Adakah itu petunjuk?
- Awak guna bahasa isyarat? - Pergi.
Jika tidak, saya akan tikam awak.
Oh, tidak dari jarak itu.
Biar saya bantu.
Tumpukan perhatian.
Isaac Whitney?
Okey, awak yang cari susah.
Baik.
- Sudah tumpukan perhatian? - Awak patahkan lengan saya.
Tidak, terkehel saja.
Rasanya lembut.
Adakah lengan sepatutnya lembut?
- Rasalah. - Ya, terkehel saja.
Saya seorang doktor. Saya tahu mengkehelkan orang.
Mana Isaac Whitney?
Saya tidak tahu!
- Mungkin di tingkat atas. - Itu saja.
Senang, kan?
Tidak, sakitlah.
Awak gila.
Tidak, saya biasa dengan penjenayah yang lebih handal.
Isaac? Isaac Whitney?
Isaac?
Helo, kawan. Bangun.
- Dr. Watson? - Ya.
Di mana saya?
Di hujung dunia dengan sampah masyarakat.
Pandang saya.
Awak datang cari saya?
Awak ingat saya kenal ramai orang di sini?
Hei, awak tidak apa-apa?
Oh, helo, John.
Tidak sangka akan jumpa awak di sini.
Helo, Isaac.
- Pn. Watson, boleh saya naik? - Ya, boleh, masuklah.
- Mana John? - Mereka sedang bertengkar.
Siapa?
Tidaklah, John, saya sedang siasat kes!
Sebulan saja! Satu!
Saya sedang bekerja.
Sherlock Holmes di sarang dadah!
- Bagaimana reputasi awak? - Saya sedang mengintip.
- Tidaklah! - Sekarang, tidak lagi!
Awak berdua, cepat naik!
Tolonglah.
Boleh saya datang? Saya rasa lengan saya patah.
- Tidak, pergi. - Tidak, biar dia naik.
- Kenapa? - Ya, naiklah. Terkehel saja.
Ada orang lagi?
Kita hantar semua orang balik, kan?
Apa khabar, Shezzer?
- Shezzer? - Saya mengintip.
No comments yet. Be the first to leave one.