Guess Who

Guess Who

Download Malay Subtitle

Release info

Guess Who 2005 720p BrRip x264 YIFY
A Commentary by ShasyaLala
Amazon Retail.

Tags

brrip
x264
720p
720
Published on: 2021-12-03
Downloads: 25
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Okey, biar saya tengok.

"Sayang, aku suka..." Bukan.

"Sayang, aku suka kau punya..." Tak, bukan begitu.

"Sayang, aku suka gayamu.

Aku suka apabila kau tersenyum.

Kau patut muncul dalam majalah kerana kau seorang ratu.

Cinta kita adalah segalanya."

Percy.

- Bukan sekarang. Saya sibuk. - Percy, ada perempuan di dalam?

Percy.

Soalan jenis apa itu? "Ada perempuan di dalam?"

Saya tak tahu. Saya terdengar awak cakap.

- Saya sedang tulis ikrar. - Ikrar?

Ya, untuk majlis yang mengarut ini. Isteri saya dah gila tentangnya.

Reggie, majlis yang mewah ini memakan kos yang tinggi.

Sekarang, dia nak kami perbaharui ikrar perkahwinan kami.

Apa salahnya semasa kali pertama saya sebut? Apa salahnya dengan "Saya sudi?"

- Saya dah buat, kan? - Awak dah buat.

- Wanita, kawan. - Saya tahu. Wanita ialah satu makhluk...

Okey, tapi awak tahu apa, En. Jones?

Baguslah jika awak guna lirik daripada lagu itu.

- Saya tulis dalam perjalanan ke pejabat. - Awak tulis?

- Ya. - Adakah awak dengar radio

semasa awak menulisnya? Sebab itu lagu B2K, En. Jones.

Baiklah. Jika ini lagu, beritahu saya baris seterusnya.

Baris itu...

Sayang, pusinglah dan biarku lihat tubuhmu yang seksi itu jadi...

Bom, bom, bom

Itulah liriknya.

Reggie.

Melihat senyumanmu yang seksi Dan bom, bom...

- Tiga "bom". - Tiga "bom".

Melihat senyumanmu yang seksi Dan bom, bom...

Melihat senyumanmu yang seksi dan...

Bos, Theresa bawa teman lelaki baharunya ke majlis ulang tahun perkahwinan awak?

Ya.

Apa? Saya okey saja.

- Jadi, awak dah jumpa dia? - Tidak.

Saya dah lihat laporan kreditnya.

- Tak mungkin. - Saya dah buat.

Lelaki muda ini broker saham bagi JP Oliver.

Theresa? Saya tak percaya.

Marilyn kata dia gila tentangnya dan laporan kredit budak ini?

Biar saya beritahu awak, ia cantik sekali. Saya hampir menangis.

- Lelaki ini seperti terlalu bagus. - Mungkin.

Tapi dia ada kerja.

- Betul, kawan. "Kerja". - Tapi saya berhenti.

- Saya berhenti. - Simon, bertenang.

Saya cuma nak terangkan kepada awak realiti dunia pekerjaan ini.

- Klien itu. Saya cuma nak jelaskan... - Tiada klien saya yang peduli.

- Dia nampak tak kisah, kan? - Tolonglah, jangan sensitif sangat.

Itu bukan realiti dunia ini. Itu realiti dunia awak.

Simon, duduk. Simon!

Baiklah, saya buat sekarang.

Tak guna.

Saya tak perlukan awak, Nathan!

Saya tak perlukan JP Oliver.

Resume saya dah cukup bagus.

Saya boleh dapatkan kerja di mana-mana saya nak. Saya keluar dari sini.

Aduhai, saya takkan gelabah. Saya takkan gelabah.

Apa saya nak beritahu Theresa? Apa saya nak beritahu dia?

"Sayang, kan awak selalu cakap

yang saya terlalu kerap di pejabat? Jadi, ada berita baik!"

Saya jumpa bapa mentua saya dan beritahu dia saya menganggur. Bagus!

Okey, saya naik lif lain.

Saya tak boleh berhenti kerja!

- Saya takkan merayu! - Dua puluh dolar untuk dia patah balik.

- Saya pun rasa begitu. - Oh, Tuhan! Saya baru berhenti kerja.

Saya tak perlukan kerja ini. Tidak.

Dia datang.

- Hai. - Semoga bergembira.

- Helo. Liz, ini Simon Green. - Simon. Apa khabar?

Setiap pelaburan yang saya buat dalam enam bulan lepas.

Dengar, kerja yang awak tawarkan kepada saya.

- Cakaplah ia masih kosong. - Kenapa? Apa terjadi?

Saya beritahu awak nanti. Boleh awak beritahu Bartlett untuk saya?

Awak bergurau? Saya hantar e-mel kepada dia sekarang.

Jika dia dapat tahu awak tanya tentang ini, dia akan jadi gila.

Terima kasih.

Theresa? Sayang?

Hai.

Awal awak balik.

- Ya. - Sangat awal.

- Saya keluar pejabat awal. - Bagus. Mari tolong saya.

Tolong apa?

Tumi?

Ini bagus.

- Bila kita dapatkannya? - Dapat hari ini.

Gabungan pendapatan, kan?

Bersinar-sinar, sayang!

Ya, bersinar-sinar.

Sayang.

Aduhai, awak patut dengar suara ayah dalam telefon

apabila saya cakap yang awak kerja di JP Oliver.

Saya rasa dia lebih sayang awak berbanding saya.

- Ya? - Ya, awak tak faham.

Dari dulu lagi,

dia asyik bertanya begini, "Theresa, budak tu ada kerja?"

- Baguslah yang saya ada kerja, kan? - Itulah!

Saya sangat teruja. Awak tak teruja?

Theresa, tiada lelaki yang tak teruja berjumpa dengan bakal bapa mentuanya.

Saya terfikir, mungkin kita patut tangguhkan untuk beritahu dia.

- Apa? Itu idea awak. - Saya tahu.

Sekarang saya rasa, mungkin ia idea yang tak bagus.

Tak, saya rasa ia idea yang bagus.

Mengumumkan pertunangan kita di majlis ibu bapa saya

akan menjadi hadiah terbaik yang kita boleh beri mereka.

Sayang, ibu akan teruja.

Saya tak risau tentang ibu awak. Saya fikirkan tentang...

Tentang dia.

Ya, lihat. Pembuluh darahnya macam nak pecah

sebab kamu semua hampir kalah dalam pertandingan bola keranjang.

Tak. Kami hampir menang dalam pertandingan itu.

Ya.

Kita akan bawa masuk kanopi ke sini, dengan kain tulle dan hiasan berangkai,

karangan bunga ros, lantai tari parket di sini, tetamu akan duduk

di meja dan kerusi Chiacari. Sangat bersih, ringkas dan elegan.

Kelopak bunga ros di atas halaman dan bukan sedikit saja.

Banyak. Semasa perkahwinan saya, kami ada banyak kelopak dan ia menakjubkan.

Dalam perkahwinan itu, ada perempuan yang terlibat?

Sudah tentu. Jika dia bukan perempuan, kami berdua akan terkejut.

- Helo! - Tengok.

Saya rasa majlis ini akan menakjubkan, En. Jones.

- Dua puluh lima tahun perkahwinan. - Terima kasih.

- Semoga terus kuat, kawan. - Terima kasih.

- Hai. - Hai, sayang.

Maaf, saya lambat. Timbalan pengetua saya cuti sakit hari ini.

Jadi, saya saja ada untuk uruskan 208 orang pelajar sekolah menengah.

Saya rasa setengah daripada mereka makan gula saja untuk sarapan.

Hai, Dante.

Jadi Percy, yang mana awak suka?

- Saya suka yang... - Nama awak Percy?

- Yang mana lebih mahal? - Kedua-duanya sama harga.

- Nampak tak sama harga. - Yang ini dari Saks.

- Yang ini dari Macy. - Saks.

Terima kasih, sekarang saya boleh beri pendapat jujur saya.

- Saya suka yang itu, sayang. - Ya?

Malang sekali sebab saya akan pakai yang ini.

Hallelujah.

- Sayang. - Ya?

Dengar. Marilyn, kenapa awak susah-susah tanya saya?

Sebab ini hari penting kita dan saya nak awak rasa tak disisihkan.

Kenapa tak boleh libatkan saya tanpa si pelik itu?

Dante lelaki yang baik.

Lelaki yang baik.

Lelaki baik yang ada masa tidur dengan lelaki baik yang lain.

Hentikan. Boleh awak berfikiran terbuka, Percy Jones? Dante seorang metroseksual.

- Apa? - Dia lelaki normal dengan cita rasa.

Tak mungkin. Lebih baik beritahu saya dia tunggang unikorn.

Dengar. Wajah serius, detik serius. Saya perlu cakap dengan awak.

Saya tahu, saya sedang tulis ikrar saya. Ia hampir sempurna.

- Oh, baguslah tapi bukan itu. - Apa dia?

Lelaki yang Theresa bawa balik nanti, saya tak kenal keluarganya,

saya tak tahu tempat asalnya, saya tak apa-apa tentangnya.

Tapi yang saya tahu, Percy,

- saya nak awak jadi baik. - Saya sentiasa baik.

Baiklah, mari kita jadi baik dengan cukup lama untuk kenal budak lelaki itu.

Saya dah kenal dia.

- Awak periksa laporan kreditnya? - Tak.

Awak periksa laporan kreditnya, Percy?

Maksud saya, saya pandangnya sekilas.

Tapi laporan kredit tak menggambarkan perwatakan seseorang.

Tapi sebagai pegawai pinjaman selama 22 tahun, saya boleh nilai budak itu.

Awak pun tahu saya pandai dalam hal ini. Awak tahu itu.

Lima saat. Itu saja yang saya perlukan.

Itu saja yang saya perlukan.

- Saya tahu sangat. - Awak kata apa?

Saya tak kata apa-apa.

Saya tak baik dengan ayah-ayah, sayang.

Saya baik dengan ibu-ibu. Saya lebih baik dengan ibu-ibu.

Dia orang yang besar, kan?

Besar yang menakutkan. Dia juga ada jelingan tajam yang menusuk jiwa.

Jadi, jangan terlalu lama bertentangan mata, sekurang-kurangnya hari ini. Okey?

Sayang, saya bergurau.

Tenanglah. Nanti pasti menyeronokkan, okey?

- Awak dah beritahu mereka? - Apa? Beritahu apa?

- Sayang, jangan... - Apa?

- Awak tak... - Comel, cukur jambang, apa?

Awak beritahu mereka yang saya orang putih?

Awak orang putih?

Awak orang putih? Hentikan kereta!

Oh, Tuhan! Tengoklah apa awak...

Oh, Tuhan! Simon, saya minta maaf.

- Saya bergurau saja, encik. Bergurau. - Ya, adik. Awak kelakar.

Simon, Simon, awak okey?

- Awak siapa? - Awak serius?

Kenapa saya di Jersey?

Simon.

Janganlah.

- Jangan risau. Semuanya akan baik, okey? - Baik.

Saya minta maaf sangat. Maaf, gurauan itu teruk.

- Jadi, awak dah beritahu mereka? - Tak.

Saya cuma beritahu mereka perkara penting, okey?

Yang saya cinta awak, yang awak seorang lelaki hebat,

yang awak ada tanda lahir comel pada pinggul kiri awak.

Awak tak rasa penting untuk beritahu pinggul itu pinggul orang putih?

Simon, dengar. Saya tak beritahu sebab saya rasa ia tak penting.

Oh, itu penting. Itu penting.

Kami baik-baik saja, encik.

Ayah!

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left