Moonshine

Moonshine (꽃 피면 달 생각하고)

Download Malay Subtitle

Release info

꽃ㅡ피면-달-생각하고-Moonshine-E01-NEXT-VIU
A Commentary by Hennessey
Subtitle by Viu. Rate and Enjoy

Tags

other
Published on: 2021-12-21
Downloads: 21
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

(Watak dan tempat dalam drama ini adalah rekaan.)

Cuba rasa.

Tunjuk kepada mereka.

Pasti dia dah gila kerana beli arak dengan harga ini.

Disebabkan dia, kita untung besar.

Pindahkan cepat.

Sudah tentu, saya memang dah gila.

Siapa yang masih waras...

selepas larangan alkohol selama lebih 10 tahun?

Awak patut pergi makan di kuarters pembantu.

Terima kasih.

Saya dengar dia berdarah bangsawan.

Macamlah itu penting sangat.

Saya tak nampak apa-apa perbezaan...

di antara pembantu seperti kita...

dan seorang wanita yang perlu mencari rezeki.

Busuk betul bau baja.

Jadi awak akan beri saya 20 pun jika saya jumpa cincin awak?

Saya akan pegang janji awak.

Saya akan beri 20 pun jika awak jumpa.

Awak takkan dapat apa-apa jika awak gagal..

Jadi saya cuma perlu cari cincin itu sampai dapat.

Hei, bagaimana dia mahu cari cincin itu jika awak...

kehilangannya musim luruh yang lepas?

Sebab itu saya cakap yang saya akan beri dia 20 pun.

Saya bukannya dah gila. Saya bukannya benar-benar akan bayar dia.

Orang cakap nilai bangsawan yang miskin sama dengan najis.

Cuba awak lihat dia.

Oh Tuhan. Awak berbau najis!

Dari mana datangnya bau najis ini?

Jangan dekat!

Berikan 20 pun saya.

Masih tak cukup lima pun.

Itu sahaja yang saya ada, puan. Saya tak tipu awak.

Jika begitu,

awak boleh bayar dengan cara lain.

Oh Tuhan.

20 pun juga berharga.

Oh Tuhan.

Kenapa awak bawa busur dan anak panah...

sedangkan awak mahu pergi jawab peperiksaan perkhidmatan awam?

Jalanan dipenuhi perompak semasa zaman bonggol barli.

Sepatutnya itu perkara terakhir yang awak risaukan.

Jika orang di Hanyang dapat tahu yang awak dari kawasan pedalaman,

mereka akan bogelkan dan rompak awak.

Orang cakap awak boleh dirompak secara sedar dan terbuka.

Jika mata awak terbuka luas, awak takkan dirompak.

Itu cuma kiasan sahaja.

Lihat di sana.

Tuan, kita dah sampai!

Kita dah sampai di Hanyang!

Indah betul pemandangan di sini!

Oh Tuhan.

Pemandangan yang sangat indah!

Kita dah sampai di Hanyang!

Itulah Hanyang!

Mulut awak ternganga luas.

Awak mahu semua orang tahu yang awak bukan dari sini?

Saya hanya cuma pernah dengar tentang betapa besarnya Hanyang.

Tapi sekarang bila saya dah sampai di sini. Saya rasa terpegun.

Oh Tuhan. Pandang di mana awak berjalan. Laluan ini sempit.

Tuan.

Memandangkan kita di sini, apa kata jika kita makan seolleongtang Mapo?

Boleh, kenapa tak?

- Chun Gae! - Ya? Kenapa?

Apa yang berlaku kepada beg awak?

Duit saya.

Ada seseorang curi duit saya!

Oh Tuhan.

Oh Tuhan. Pandang di mana awak berjalan. Laluan ini sempit.

- Mereka penyeluk saku. - Penyeluk saku?

(Penyeluk saku: Mereka yang mencuri daripada poket orang lain)

Ini akan buat saya gila!

Saya akan pergi arah ini!

Oh Tuhan.

Ini jumlah yang besar. Mari kita lihat.

Apa pula ini?

Pencuri tak guna.

Tak guna! Lari!

Oh Tuhan!

Hei...

Awak tahu tak betapa berharganya duit ini?

Jika tuan muda saya gagal dalam peperiksaan perkhidmatan awam,

awak mahu bertanggungjawab?

Dia dapat markah tertinggi dari Wilayah Chungcheong.

Tuan!

Tuan! Di sini!

Ke tepi!

Tepi!

Di sini! Tuan!

Ke tepi!

Ke tepi!

- Awak terlepas. - Tak, bukan begitu.

Anak panah seorang sarjana melindungi manusia.

Bukan mencederakan.

Oh Tuhan, saya rasa dia cedera ringan.

Oh Tuhan.

Oh Tuhan. Awak bawa harimau itu sehingga ke Hanyang?

Sebenarnya...

saya cuma terjumpa dalam poket saya semasa dalam perjalanan ke sini.

Awak dah tak perlukannya untuk tidur, betul?

Tak masuk akal.

Itu sudah lama berlalu.

Awak tak ingat?

Awak kata harimau itu telah selamatkan nyawa awak...

Saya yakin bahawa saya tak pernah cakap begitu.

Awak mahu pergi mana?

Kuat lagi!

Tolong beri laluan.

Oh Tuhan!

Mari beli beras. Mari beli barli.

Mari beli beras. Mari beli bijirin.

Saya juga ada barli.

Mari beli beras. Mari beli bijirin.

Awak orang baru.

Siapa yang beri awak kebenaran untuk jual barang di sini?

Saya tak tahu saya perlukan kebenaran untuk menjual barang...

di kawasan tak berlesen.

Tempat ini mungkin nampak kelam kabut,

masih keadaan masih teratur kerana kami.

Awak perlu bayar setengah nyang untuk berniaga di sini.

Setengah nyang? Awak semua memang penipu.

Kenapa awak pakai itu atas kepala awak?

Awak buat apa sebenarnya?

Awak tak tahu yang Jabatan Kehakiman...

akan tangkap awak kerana mempersendakan seorang bangsawan?

Oh Tuhan.

Adakah awak seorang wanita bangsawan?

- Oh Tuhan. Saya tak tahu. - Saya juga.

Walau bagaimanapun, saya masih takkan berlembut dengan awak...

jika awak tak bayar cukai jalan.

Jadi sekarang,

apa yang awak sepatutnya lakukan?

Benda itu.

- Awak... - Apa?

Lepaskan. Lepaskannya.

Lepaskannya.

Saya suruh awak lepaskannya.

Awak tak apa-apa?

Jika awak tak mahu dirompak di siang hari,

lebih baik awak membuka mata awak luas-luas.

Baiklah.

Oh Tuhan.

Oh Tuhan.

Saya rasa seseorang sedang dirompak di sana.

Apa sebenarnya masalah Kota Hanyang ini?

Penyeluk saku, samseng...

Chun Gae, pergi cepat dan cari seorang pegawai tentera.

Baiklah.

Rakyat bawahan tak guna.

Awak masih berharap untuk dilayan sebagai seorang bangsawan...

walaupun selepas awak buka gerai di sini?

Ini cara kami lakukannya di sini.

Lepaskannya.

Apa ini?

Lepaskan. Lepaskan uncang ini.

- Lepaskan! - Jangan harap.

Lepaskan tangan itu!

Lepaskan.

Dia suruh awak lepaskan saya.

Lepaskan. Lepaskan saya.

Lepaskan ini. Lepaskan.

Ini memang jumlah yang betul.

Bagaimana awak boleh begitu kejam terhadap dia depan semua orang?

Dia cakap apa sebenarnya?

Apa yang awak lihat tadi ialah urusan yang adil.

Jika awak buka gerai, awak berhutang setengah nyang dengan saya.

Adakah itu sukar untuk difahami? Susah sangat?

Ini langsung tak sampai setengah nyang.

Tak guna.

Mari pergi.

- Awak buat apa? - Apabila seorang wanita diganggu,

dia cuma ada dua pilihan.

Sama ada dia perlu bunuh diri atau penggal penjenayah itu.

- Oh Tuhan. - Oh Tuhan.

Saya cuma ambil pilihan kedua.

Seorang sarjana takkan gunakan anak panahnya untuk cederakan orang lain.

Oh Tuhan, itu sangat mengejutkan.

Baiklah, bertenang.

Saya takkan kejam sangat dengan awak, cik.

Mari pergi.

Awak mahu ke mana sebenarnya?

Berikan saya uncang duit itu.

Ini langsung tak masuk akal.

Awak tahu tak...

apa yang saya terpaksa lakukan untuk duit ini?

Pulangkan semula duit saya!

- Apa? - Pulangkan semula.

Oh Tuhan, nanti dulu.

Pulangkan duit saya.

Oh Tuhan, apa yang sedang berlaku?

Lepaskan.

Pulangkan duit saya sekarang!

- Apa? - Lepaskan ini sekarang.

Awak buat apa? Lepaskan dia.

Boleh awak berdua tolong lepaskan saya?

Bagaimana seorang wanita boleh bertindak gila begini?

Semua orang sedang lihat awak. Awak tak malu?

Awak buat apa lagi? Rampas beg duit itu daripada dia!

Awak pandang apa? Paksa dia lepaskan saya!

More Malay subtitles for Moonshine

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left