The first 200 lines.
Awak gembira berada di sini, bukan?
Ya.
Awak selalu cakap ingin pergi bercuti,
- akhirnya tertunai juga. - Ya.
Awak selalu pergi bercuti?
Ya.
Ada percutian bermakna?
Percutian yang tak dapat awak lupakan?
Walaupun ingin saya lupakan,
tapi ada satu percutian
Awak tak dengar?
Ia juga melibatkan…
Hei, Ung!
DUA HARI SEBELUM UNG PERGI
Hei, Ung.
…Yeon-su.
Ung.
Ung.
Awak tak pedulikan saya?
Bukan kita dah berpisah?
Berpisah? Yakah?
Sampai hati awak suruh saya pergi begitu saja?
Awak patut pergi kerana program ini dibiayai universiti.
Awak tak kisah berjauhan selama enam bulan?
Ini peluang yang baik untuk awak timba pengalaman.
Tentulah kena pergi.
Ayuh pergi bercuti.
Pergilah. Saya akan pergi buat masa yang lama.
Cepat. Kita kena bertolak sekarang.
Ke mana?
Awak nak ke pantai. Ayuh.
Sekarang?
Sama seperti sekarang,
Ya. Saya dah tempah tiket bas. Ayuh.
Kenapa tak beritahu lebih awal?
SUWON, JANGAN, HOGOK-RI
Ada bau laut, bukan?
Percutian ala kadar.
Percutian ini untuk siapa?
Kita tak ada masa. Jika ingin pulang hari ini juga, kita perlu cepat.
Inikah maksudnya?
Percutian terakhir?
Tak mungkin saya lupa.
Ayuh. Kita perlu cepat.
Terima kasih.
- Makanlah. - Ya.
Tengok ini. Nampak sedap, bukan?
Saya belanja, makanlah.
Nah.
Ini sepertiThe Last Supper?
Tengok isinya. Saya tak pernah rasa.
Awak bawa saya ke sini dan belanja makan
sebelum awak tinggalkan saya?
Makan sajalah.
Makan cepat. Perjalanan kita masih panjang.
Dia buat sesuka hatinya.
Sedia.
Saya seorang saja?
Senyumlah. Ramai menunggu.
- Kenapa saya seorang saja? - Sedia.
Betulkah ini percutian terakhir kita?
Sebelum kita berpisah?
Dia tak boleh dijangka.
Satu, dua, tiga.
Sudah. Ayuh.
Tak bolehkah kita tengok laut saja?
Perlu ambil gambar sebagai kenangan.
Saya perlukan masa berfikir.
Tentang apa?
Tentang masa depan kita.
Aduhai. Buat apa fikir tentang itu di sini?
Itulah yang saya fikirkan di rumah, tapi awak heret saya ke sini.
Hei, tengok ini. Awak nampak seperti rusa liar.
Awak tak dengar apa yang saya cakap tadi?
Sayangnya. Patut ambil ketika langit cerah.
Dia tak mendengar dan buat sesuka hati.
Hei, senyumlah.
Saya rasa seperti bercakap dengan tembok.
Sudah tak banyak masa. Kita kena ke pasar.
Hei, ayuh.
Tengoklah.
- Cari apa? - Itu sotong gurita.
- Sotong ini segar. - Boleh saya pegang?
Tentulah.
Jangan!
- Aduhai, dia penakut. - Hei, awak nak ke mana?
Ayuh.
Juga…
Tengok ketam itu.
SUWON, JANGAN, HOGOK-RI
Hari ini seronok, bukan?
Awak tidur?
Awak selalu berkerut ketika tidur.
- Nah. - Terima kasih.
Selepas ini, kita patut pergi bercuti lebih lama.
Saya terlalu sibuk sebab kerja sambilan saya bertambah.
Saya nak ambil cuti pagi ini, tapi tak dapat.
Agak tergesa-gesa, bukan?
Lagipun, ini percutian pertama saya.
Selepas ini, kita boleh bercuti lebih lama dan pergi lebih jauh.
Awak nak bercuti dengan saya lagi?
Habis, dengan siapa? Seorang diri?
Itulah cara Yeon-su.
Hei, awak memang dungu?
Kenapa kita nak berpisah?
Awak patut beritahu saya. Kenapa buat saya risau tanpa sebab?
Perlukah saya cakap?
Awak tak nampak?
Tak. Saya masih tak boleh agak.
Kalau awak tak cakap, saya tak tahu apa yang awak fikir.
Choi Ung.
Ung.
Pandang saya.
Kita takkan berpisah.
Jika kita bertengkar atau berpisah lagi,
awak cuma perlu datang kepada saya macam hari ini.
- Selepas itu? - Selepas itu…
Awak patut senyum dalam gambar tadi.
Saya nak tengok sewaktu awak tiada.
Itu sebabnya awak ambil gambar?
Tak boleh jadi. Mari ambil sekeping lagi.
- Di sini? - Ya.
Okey. Senyum.
Ada masanya dia terasa begitu jauh.
Ada masa dia begitu dekat…
Kenapa tak ambil?
Kenapa? Senyuman saya nampak buruk?
Saya rasa saya cintakan awak.
…dan menghentikan masa.
Awak dah tahu?
Tak.
Saya tak tahu.
Jadi, awak kena ingatkan saya.
Mustahil saya akan lupa saat itu.
Waktu itu, saya tak sedar.
Entahlah.
Saya tak begitu suka bercuti.
Janji-janji yang pernah awak taburkan…
Tiada yang bermakna.
semuanya bohong.
EPISOD 8 SEBELUM MATAHARI TERBENAM
Sebenarnya, saya tak pasti apa yang berlaku. Saya saja ikut.
Tapi saya dapati ada sesuatu yang mencurigakan antara mereka berdua.
Ung memang tak bertanggungjawab,
jadi biasalah jika dia tak jawab telefon atau menghilang.
Tapi Yeon-su turut menghilang.
Itulah yang membuatkan saya terfikir ada sesuatu antara mereka berdua.
Apa pun, saya di sini bukan untuk bercuti.
Secara ringkas, saya datang untuk memerhati mereka.
Tugas pengurus adalah untuk memastikan
kesihatan mental artisnya terjaga.
Tahulah mereka uruskan.
Mereka dah dewasa, bukan budak-budak.
Melihat mereka masih kebudak-budakan,
mungkin saya seorang saja yang matang.
Aduhai, saya terbawa baju ini.
Di sini ada tempat untuk berenang? Ada kolam renang?
Apa pun, baguslah awak bawa mereka berdua ke sini.
Mereka memang tak bertanggungjawab.
Di mana ubat mabuk saya?
Saya dengar awak dah lama kenal mereka.
Pada pandangan awak, mereka dah berubah?
Secara jujurnya, mereka masih sama seperti dulu.
Kalau dulu mereka memeningkan saya,
sekarang pun sama.
Mereka memang gemar memeningkan kepala semua orang.
Oh, ya. Mereka ke mana?
Jangan kata mereka bertengkar.
Ini cuma memburukkan keadaan.
Kenapa kami perlu diheret
Kalau nak larikan diri, awak patut pergi lebih jauh.
Kalau dah tahu, kenapa awak tak buat begitu?
Jadi? Awak dah mengalah?
Awak akan teruskan dokumentari ini?
Saya tak ada pilihan lain.
Awak cakap awak dah muak.
Kalau itu yang awak rasa, awak tak kisah berada di sini?
Tak sangka kita bercuti bersama.
Kita boleh bercuti lebih lama…
Percutian ini lebih lama.
dan pergi lebih jauh.
Tempat ini juga jauh.
Apa?
Tentu awak pun sama. Tentu awak juga dah jelik.
Kita bertengkar, mengelak dan melarikan diri.
Itulah kita.
Akhirnya, kita di sini.
Apa boleh buat?
Awak perlukan ruang?
Tak, saya akan pergi.
Kenapa saya teringat pada kenangan itu?
Pemandangan di sini memang cantik.
Perlukah awak berdiri terlalu dekat?
Saya ingin gunakan peluang ini untuk belajar daripada awak.
Saya akan perhatikan setiap pergerakan awak.
Lebih baik awak jauhkan diri sebelum awak disuruh pulang.
Saya pernah cakap, tapi saya sangat gembira dapat sertai awak.
Awak dan Cik Jung sangat berbakat, jadi tentu banyak
untuk saya pelajari.
Saya tak suka benda yang diulang.
No comments yet. Be the first to leave one.