The first 200 lines.
Saya lebih bencikan diri sendiri.
Saya jijik dengan diri sendiri.
Tapi saya tak boleh hidup begitu.
Sebab itulah saya terpaksa tinggalkan awak.
Maafkan saya.
Sebab tinggalkan awak semasa awak tak ada apa-apa.
Mungkin sebab itulah saya terima balasan atas dosa-dosa saya.
Tidak.
Awak tak buat apa-apa kesalahan.
Saya yang terima balasan atas dosa-dosa saya.
Sebab tak bersama awak hingga ke akhirnya...
Sayang...
Awak takkan percaya apa saja yang saya cakap.
Jadi, tumbuklah saya.
- Pergi sekarang. Saya akan... - Hentikannya.
Apa saja yang sedang berlaku.
Saya mahu ia berhenti.
- Sayang. - Saya...
boleh pura-pura tak nampak untuk saat ini saja.
Jadi hentikannya.
- Lepaskan saya, bukan dia. - Diam.
Ini salah saya, jadi...
Salah awak?
Kalau timbul masalah dalam kerjasama antara kita bertiga,
semuanya berakhir.
Keluar.
Saya kata keluar.
Ah-reum tak buat apa-apa salah.
Sayang!
Awak tak perlu pukul dia. Biar saya jelaskan.
Saya dah cakap jangan tipu saya.
Saya pandai berpura-pura tak sedar.
Mari selesaikan hal ini antara saya dan awak.
Selesaikan hal ini?
Saya boleh putuskan kaitan dengan awak dengan hanya satu panggilan.
Tapi saya tak buat sebab saya percayakan awak...
Jadi saya di sini
percayakan awak...
Apa yang awak dah buat untuk saya?
Sayang. Dengar dulu. Bukan begitu.
Ah-reum, awak patut pergi.
Jangan panggil nama dia!
Jangan panggil nama dia.
Jangan arah-arahkan dia.
Awak tak miliki dia.
Saya tak pernah fikir begitu.
Sebaliknya, saya rasa awak yang fikir awak memiliki dia.
Awak menggeletar macam budak yang mainannya dirampas.
Sudah-sudahlah merungut. Pergi dari sini, pengecut.
Hentikannya.
Kamu berdua!
Hei!
Kenapa mereka bergaduh di sini?
Kamu rosakkan benda di kedai kami lagi. Tolonglah!
Apa perasaan awak?
Melihat dua lelaki bergaduh kerana awak.
Awak boleh makan pil ini.
Saya mula rasa curiga dengan awak sekarang.
Awak dibayar untuk sabotaj kedai sayakah?
Berapa banyak awak dibayar?
Saya tak pernah nampak Derek begitu marah sebelum ini.
Dia tunjukkan dirinya yang sebenar sekarang.
Dia tak beritahu awak yang dia seorang pengintip.
Mungkin itulah sifat sebenarnya.
Awak tak sedar apa yang berlaku dalam perkahwinan awak.
Aduhai. Keadaan semakin rumit.
Saya ragu-ragu apabila kamu bertiga buat keputusan untuk bekerjasama.
Awak risau tentang Ji-hun sebaik saja awak keluar dari penjara.
Beritahu saya apa perasaan awak terhadap dia.
Saya tak ada perasaan terhadap dia.
Apa yang berlaku hari ini cuma kebetulan.
Saya kasihankan dia sedikit sebelum ini
dan sekarang saya rasa sangat bersalah.
Jadi perasaan itu bertambah?
Sekarang jelaskan bagaimana ia berlaku.
Awak perlukan salji dan gunung.
Awak ada Ji-hun di satu bahagian. Dan ini awak.
Kamu berdua terperangkap bersama.
Kamu berdua mula berguling menuruni bukit yang curam dan kemudian berlanggar!
Saya cuma perlu lepaskan sedikit emosi.
Kenapa awak perlukannya?
Tapi kenapa awak dedahkan emosi awak begitu?
Jauh di dalam lubuk hati awak?
Saya faham perasaan awak terhadap Ji-hun,
tapi jangan sampai terjerat.
Hidup ini aman apabila bos tak tahu
pandangan pekerjanya terhadap dia
si isteri tak tahu perasaan suaminya,
atau ibu mentua tak tahu yang menantunya tak suka dia datang melawat.
Faham?
Apa saya nak buat tentang Derek?
Mak!
Kamu dah balik.
Apa yang mak buat?
Tentu nampak cantik di sini, bukan?
Apa yang mak cuba buat?
Kamu nak biarkan ia di atas lantai?
Saya akan uruskannya, jadi tolong letakkannya.
Turun.
Kebelakangan ini, mak asyik kata
mak akan buat sesuatu, tapi tak pernah dapat.
Kamu berdua bergaduhkah?
Kamu menang, bukan?
Jangan
ganggu Ah-reum.
Adakah dia
tak tahu tentang kerja lain kamu?
Tidak.
Dia agak lembab.
Bagaimana dia boleh buat duit dengan sikap begitu?
Saya tak mahu dia tahu.
Derek.
Memang penat menyimpan rahsia
daripada isteri kamu.
Kenapa?
Kamu tak percayakan dia?
Kamu berkahwin dengan orang yang kamu tak boleh percaya?
Tolong
jangan ganggu dia.
Itu mak Derek.
Mak.
Saya nak berhenti buat kerja ini.
Sayang.
Saya nampak mak awak keluar.
Ada apa-apa yang berlaku?
Dia ada mesyuarat pagi
di hotel di Incheon, jadi dia perlu memandu ke sana.
Saya patut hantar dia ke sana sendiri.
Tapi...
Saya terjatuhkan bingkai itu.
- Awak cedera? - Jangan bergerak!
Saya minta maaf
atas apa yang berlaku tadi. Ia jelas sekali nampak mencurigakan.
Tentu ada orang mati, bukan?
Bukankah itu sebabnya
kamu berdua menangis?
Saya dan Ji-hun
sudah bercerai,
tapi kami berdua buat silap ketika itu.
Dan meninggalkan parut.
Kenapa saya dengar semua ini?
Saya tak perlu tahu dengan lebih lanjut.
Hidup saya penuh dengan perkahwinan yang kita ada sekarang.
Itu saja...
Jangan cakap tentang hal ini lagi.
Saya akan lupakan
apa yang saya nampak hari ini.
Kita perlu bincangkan...
Jangan bergerak!
Tunggu di situ.
Berdiri saja di situ.
Epal-epal itu
nampak cantik.
Jangan melangkah ke depan.
Awak akan cedera.
[ "Jangan melangkah ke depan. Awak akan terluka." ]
[ Saya rasa saya takkan lupakan kata-kata itu. ]
Siasat lagi.
Periksa sumber awak di Taiwan juga.
Secepat mungkin.
Awak tak apa-apa?
Ia masih sakit.
Hei, Young-gu! Awak tak apa-apa?
Tengoklah awak. Awak dibelasah teruk.
Ketua, saya ditikam di sini.
Siapa yang buat begini pada awak?
Orang-orang tak guna itu. Awak tak apa-apa?
Saya rasa dia okey.
Dia juga minta pic putih, bukan pic kuning.
Itu tin pic putih? Bukan yang kuning?
Ia jarang ditemui.
Jangan tumpahkan jus itu.
Tapi itu saya punya.
Di mana awak ditikam?
- Di mana? - Di sini.
Hei!
Apa awak buat di sini?
Ketua, tak apa.
Kang yang aniaya Ji-hun tentang segalanya.
Maaf.
Kenapa dia buat begitu?
Kenapa ketua tak percayakan saya?
Tunggu sekejap.
Awak berhubung dengan Ji-hun selama ini?
Adakah itu penting sekarang?
Saya yang dapat tahu En. Kang orangnya sebelum orang lain.
Kalau tak, Ji-hun mungkin masuk penjara
atas jenayah yang dia tak buat.
Betul. Young-gu mainkan peranan penting.
Maaf, Seo-ra.
Kalau bukan kerana saya, awak boleh tangkap Doo-bong.
Jangan risau. Saya akan tangkap dia tak lama lagi.
Saya akan belasah dia cukup-cukup.
Tak, jangan buat begitu.
Biar Ji-hun yang berlawan.
Ketua.
Mari berkumpul semula dan kembalikan jawatan Ji-hun.
Ia waktu yang sukar bagi Ji-hun.
Berikan dia pelukan yang erat.
Awak nak?
No comments yet. Be the first to leave one.