The first 200 lines.
Ketika saya masih bergelut sebagai seorang pelakon,
saya buat kerja yang memerlukan saya memakai
kostum Spider-Man untuk majlis hari jadi.
Saya pilih jadi Spider-Man adalah kerana
saya orang Asia dan tak boleh tunjuk wajah saya.
Maklumlah, tiada adiwira orang Asia.
Jadi, saya memilih adiwira yang memakai topeng penuh.
Kini siapa sangka,
Shang-Chi bukan saja ke layar perak, tapi dia juga tidak memakai topeng.
Wajahnya tidak ditutup.
Penonton filem ini pasti tak terlepas daripada rasa ingin tahu,
sama ada saya lakonkan sendiri lagak ngeri dan seni mempertahankan diri?
Untuk anda semua, hanya satau saya ingin katakan.
DI SEBALIK TABIR SHANG-CHI DAN LEGENDA SEPULUH CINCIN
TANGAN SHANG-CHI, GURU KUNG FU
Apabila mereka umumkan Shang-Chi, saya benar-benar teruja
dan pada masa yang sama, saya mengkaji watak tersebut.
Saya tahu dia macam guru seni mempertahankan diri
dan dia seorang lelaki Asia.
Saya tertanya cara mereka akan lakukannya.
Komik ini asalnya diterbitkan pada tahun 1970-an.
Ketika itu Kung Fu menjadi kegilaan ramai,
dan melanda seluruh Amerika.
Ia bukanlah sumber bahan
paling progresif yang kami ada.
Sejak daripada mula lagi,
kami segera tahu ada yang perlu diubah.
Apabila kami baca komik itu, banyak yang kami belajar.
JONATHAN SCHWARTZ PENERBIT
Ada yang tak perlu dilakukan.
Watak Shang-Chi pada tahun 1973 telah dihidupkan
oleh peminat tegar filem Kung Fu,
tapi tak semestinya faham keseluruhannya.
Sangat penting bagi filem ini diceritakan sendiri oleh Asia-Amerika.
Dave Callaham sebagai penulis dan Destin sebagai pengarah,
kami rasa kami dalam jagaan yang baik dalam memastikan
kami menghargai pengalaman itu.
Ya, kalau awak curahkan lebih perasaan...
Apabila dia kata, "Adakah awak..."
Destin sememangnya terbukti sebagai pengarah yang amat hebat,
KEVIN FEIGE PENERBIT
terutamanya bekerja dengan pelakon handalan.
Jadi, kami tahu itu.
Apa yang kita tak tahu ialah,
adakah mereka berminat menyertai proses pembikinan Marvel?
Adakah mereka berminat menggalas sesuatu
yang lebih besar berbanding kerja mereka sebelum ini?
Saya sampai dan nampak kren ini...
Saya tak pernah nampak kren sebesar ini,
dan ada dua pula. Ya, skala projek ini sangat besar.
Semasa membesar, tiada sesiapa lagi selain daripada
DESTIN DANIEL CRETTON PENGARAH
Bruce Lee, Rufio,
Ricky "The Dragon" Steamboat yang menjadi tema pakaian saya semasa Halloween.
Tiga itu saja pilihan saya.
Saya bukan saja dapat menambah satu lagi watak,
tapi saya dapat tambah sekumpulan besar wajah orang Asia/
Hanya melihat watak orang Asia muda ini
berlakon bawah tunjuk ajar saya dan kawan-kawan,
adalah sesuatu yang tak pernah saya saksikan sebelum ini.
Saya amat teruja menjadi sebahagian daripadanya.
Saya ada banyak pengalaman menulis untuk filem aksi
DACE CALLAHAM PENULIS
dan menulis filem aksi komedi.
Hingga kini, saya dah bekerja secara profesional selama 18 tahun.
Kerja saya pada asasnya menulis tentang orang lain.
Saya akan bayangkan kehidupan bagi lelaki kacak bergaya bernama Chris.
Kemudian saya tulis watak tersebut melalui dunia sebegitu.
Buat julung kalinya, saya diberikan peluang pertama
untuk menulis sedikit tentang kisah saya.
Bagi watak Shang-Chi, kami amat bertuah
kerana wataknya tidak terlalu terkenal.
Tak ramai yang tahu tentang dia.
Kisah asal usulnya pula tidaklah ikonik
seperti kisah Bruce Wayne dan Batman
atau Spider-Man digigit oleh labah-labah radioaktif.
Apa yang menyentuh hati saya dalam komik tersebut
AYAH
ialah hubungan yang sangat menarik
ANAKKU
antara seorang ayah yang melatih anaknya menjadi pembunuh,
kini anaknya sudah pulang dan sudah dewasa.
Mereka perlu saling berhadapan. Itu sangat menarik bagi saya.
Itulah idea asas yang saya lontarkan kepada mereka.
Ia juga suatu idea yang amat peribadi.
Destin mengutarakan kisah latar yang amat menarik tentang seorang anak
yang mempunyai perasaan terhadap ayahnya,
dan cuba melihat ayahnya dari sudut lain.
Ia sungguh penuh dengan emosi sehingga kami kata begini,
"Kalau kita dapat ketengahkannya sepanjang pembangunan skrip
"dan terjemahkannya ke dalam filem, impian kita tercapai."
-Apa... Yang mana satu? -Funyuns.
-Funyuns dan rokok. -Ini?
-Ini dipanggil Fun... -Sebutannya "Funyuns."
Macam onion , tapi lebih fun.
Ini hari pertama pembikinan filem.
Sebuah babak keluarga,
dan saya rasa semua orang sangat gemuruh, cemas dan teruja.
Tapi sebaik saja kami masuk set, kami dapat rasakan keserasian,
kami lebih tenang dan kini kami mula menjiwainya.
Harap kami kekal begini sepanjang rakaman kerana suasana ini bagus.
Lukislah.
Saya Cina-Amerika. Saya membesar di sini.
Saya tidak rasa begitu banyak hubungan dengan China,
dan itu sesuatu yang memalukan sebenarnya.
Saya berminat untuk meneroka perjalanan kisah ini
jika watak ini pernah membesar di kedua-dua tempat.
Dia mempunyai latar belakang etika dan budaya China.
Dia diajar supaya menjaga keluarga.
Dia diajar supaya mematuhi ibu bapanya.
Itu tempat duduk Waigong.
Namun disebabkan dia membesar di Amerika dan disebabkan masanya di Amerika
dihabiskan dengan menyembunyikan masa silamnya,
dia telah membina mekanisme bela diri di dalam dirinya.
Okey.
Dia seorang yang suka main-main seperti orang dungu di sebalik
wataknya yang sebenar
KYM BARRETT PEREKA KOSTUM
yang terselindung sehinggalah nanti.
PERCUBAAN KOSTUM
Jadi, kami cuba beri dia pakaian seperti orang Amerika
kerana dia sememangnya menyembunyikan masa silamnya.
Sebenarnya dia memakai kostum ketika kami berjumpa buat kali pertama.
Berikan saya loket itu dan tiada sesiapa akan cedera.
Saya tak tahu apa yang awak cakap.
Watak kami tidak menemui kuasa supernya dengan
terjatuh ke dalam lubang lumpur misalnya.
Dia menemuinya dengan masuk ke dalam
dan bersemuka dengan benda yang selama ini dia elak dan lari daripadanya.
Itu sememangnya sesuatu
yang menjadi asas dalam kebanyakan cerita orang Cina.
Kami menjalankan pencarian yang amat mendalam untuk cuba mencari
seseorang yang dapat memahami watak ini
20 Julai 2019
dengan semua dimensi yang selayaknya
dan ia berjalan lancar.
Kami dah jumpa dia.
-Boleh beritahu siapa dia? -Awak semua nak jumpa dia?
Seperti biasa, pencarian kami diketuai oleh Sarah Finn yang hebat
yang sangat hebat dalam
mencari pelakon untuk Marvel Cinematic Universe.
Destin, Jonathan dan Sarah berjumpa dengan ratusan orang,
kami lalui banyak saringan dan bertemu dengan orang hebat.
Tapi tiada sesiapa yang...
Di Marvel ada benda yang apabila awak tahu maka awak tahu.
Semua orang setuju dan kami masih belum menemuinya.
Nama sebenar saya Shang-Chi.
Ujian Skrin Simu
Shang-chi?
Shang-Chi.
Saya hanya orang biasa.
Tak pernah berlakon filem sebelum ini.
Hai, nama saya Simu Liu, tinggi saya enam kaki.
Saya tak sangka saya akan terpilih
kerana bagi saya ada lagi 20 lelaki
yang lebih tinggi dan sasa daripada saya,
dan artis seni bela diri yang lebih baik.
Saya cuma boleh kata,
saya boleh buat beberapa lagak ngeri
dan boleh melawak sebab saya muncul dalam rancangan di Kanada
iaitu Kim's Convenience.
Simu terus menjadi pilihan utama.
Cara dia melakonkan watak tersebut sangat kelakar dan dia sungguh beremosi.
Boleh nampak dia amat mendalami emosi itu.
Kami tahu dia seorang peminat,
dia sangat menginginkannya dan bekerja keras untuk mendapatkannya.
Semasa saya, Destin dan Kevin menghubungi Simu,
beritahu dia dapat watak itu.
Ia antara panggilan telefon yang paling seronok.
Saya tonton Endgame di pawagam pada April 2019,
hanya sebagai peminat,
tak tahu yang tiga bulan kemudian,
saya akan berada di Comic Con,
di depan 8,000 peminat dan diperkenalkan sebagai adiwira Fasa Empat seterusnya.
Dengan segala hormatnya saya perkenalkan kepada anda Simu Liu yang hebat.
Reaksi pertama saya semasa membaca skrip, saya menangis.
Saya menangis kerana hubungan yang sangat akrab
antara Shaun dan watak ahli keluarganya.
Saya menangis kerana kita dapat melihat adiwira Asia
menyelamatkan dunia daripada bencana.
Ia adalah detik yang begitu mendalam
sebagai seorang peminat, pelakon dan orang Asia.
Biar saya perkenalkan diri saya dulu.
Boleh?
Nama saya Simu Liu.
Saya dilahirkan di Harbin dan dibesarkan di Toronto.
Saya amat berterima kasih kepada Marvel
kerana memberi saya peluang memegang watak Shang-Chi.
Awak semua faham tak?
Tak faham langsung. Menarik.
Apa yang menghubungkan saya dengan watak Shaun ini,
ialah kami berdua adalah manusia yang berada di tengah-tengah.
Kami berdua bergelut dengan dua bahagian diri kami.
Ibu bapa saya berasal dari China. Saya dilahirkan di China.
Tapi saya rasa seperti orang asing apabila melawat negara itu.
Saya berbual dengan saudara-mara saya
dan mereka ketawakan bahasa Mandarin saya.
Hai semua!
Tapi di Kanada dan di Amerika pun saya tak rasa sepenuhnya di rumah.
Kami rasa yakin walaupun
No comments yet. Be the first to leave one.