The first 200 lines.
Saya sudah baca kedua-dua buku karya Pidi Baiq.
Rasanya seperti menemui hidup yang telah lama hilang.
Saya tak sangka seseorang akan menulis buku tentang saya dan Lia.
Dia gambarkan saya sebagai lelaki yang romantik
dan paling diingini di dunia.
Kemudian pada 15 Ogos 2015
Pidi Baiq berjumpa saya dan beritahu ideanya
untuk menulis buku baharu berjudul "Suara Dilan".
Saya ketawa mendengarnya.
Namun dia fikir orang boleh ambil pengajaran daripadanya, termasuklah saya.
Saya tahu saya patut hormati keputusan Lia.
Kami berdua ada hak bersuara.
JIKA CINTA TAK INDAH, KITA PILIH ORANG SALAH
Memandangkan ia kisah percintaan kami.
Begini cara saya ingat kisah itu tanpa bahagian yang telah diceritakan oleh Lia.
Namun, maafkan saya sebab tak pandai menggambarkan perasaan seperti Lia.
Ini ibu saya, "Subojawo" atau wanita Jawa kelahiran Sumatra.
Dia dilahirkan di Aceh. Saya memanggilnya Bunda.
Namun apabila saya perlukan wang, saya memanggilnya Bundahara, iaitu juruwang.
Apabila lapar, saya memanggilnya Saribunda.
Seperti nama restoran Padang.
Ini pula Mak Cik Halimah saya.
Apa cita-cita awak?
Berkahwin.
- Bijaknya dia. - Ya, saya bangga dengannya.
Saya pun bangga dengan Bunda.
- Tolong jangan rosakkan gambar ayah. - Saya akan cantikkannya.
Janganlah.
- Boleh mak masuk? - Ibu siapa di luar sana?
Ibu kamu.
Masuklah!
Ayah baru telefon.
Katanya sudah tiba masa untuk kamu tidur.
Kamu sayang bapa kamu, bukan? Ayuh.
Mak akan beri jampi tidur pada kamu.
Alakazam!
Ini bapa saya. Dia dari Bandung.
Semasa kecil saya ingatkan dia seorang nomad.
Namun hakikatnya dia seorang tentera
dan ditugaskan di bandar berbeza di seluruh negara.
Dia berkomunikasi dengan kami dalam pelbagai cara.
Termasuklah semasa dia tangkap saya pulang pada lewat malam.
- Siapa kamu? - Dilan.
- Siapa ibu kamu? - Bunda.
- Siapa bapa kamu? - Ayahlah!
Skuter kamu dibuat di Jepun.
Bekerja untuk orang Jepun zaman sekarang lebih baik berbanding zaman dahulu.
Mengapa?
Dulu jika kamu bekerja untuk orang Jepun, kamu akan dipanggil Romusha. Atau hamba.
Siapa akan cuci pinggan malam ini? Siapa hambanya?
Nampaknya, ayahlah Romusha malam ini. Kamu semua ketua Jepun.
Bibi pun.
Ayah pernah bawa kami bersamanya ke Timor Timur.
Namun cuma setahun.
Kemudian kami menetap di Bandung
sebab mak menjadi pengetua di sebuah sekolah.
- Skuter kamu masih di garaj? - Ya.
Mak rasa kamu anak bijak.
Maksud mak "anak mak"? Saya tak rasa saya anak Bijak.
Memanglah kamu anak mak.
Kamu boleh berkawan dengan budak-budak itu
sebab mak tahu mereka takkan beri pengaruh buruk terhadap kamu.
Pengaruh buruk apa?
Dadah, jenayah, jadi budak jahat...
Kamu tahu semasa mereka pukul dan tikam kamu sampai koma?
Bagaimana saya boleh tahu? Saya koma waktu itu.
Semasa kamu koma, hati mak hancur luluh.
Mak takut kehilangan kamu.
Secara peribadi, saya tak rasa geng motor seteruk seperti yang Lia fikir.
Dia fikir kami banyak habiskan masa untuk jadikan geng kami geng motor terbaik.
Itu tak benar.
Ini Bandung kami!
Tempat kelahiran kami!
Jangan cari masalah dengan bandar kami!
Geng motor bukan penjahat. Penjahat ialah orang kejam dan penjenayah.
Serta pegawai yang korup.
Mengemat. Sekolah yang patut dibubarkan.
- Hai, semua. - Hai.
Tolong berikan teh panas.
Kamu semua.
Akew mahu bubarkan sekolah.
Mustahil! Ibu saya pengetua sekolah.
Apa khabar Susi?
Masih seperti biasa.
- Maksudnya? - Masih seorang perempuan.
Lupakan tentang Susi. Ada pelajar baharu di sekolah. Kamu sudah jumpa?
- Pelajar baharu? - Namanya Milea.
- Dari mana dia datang? - Jakarta.
Dia pelajar aliran sains?
Comel orangnya.
- Bagaimana rupanya? - Awak akan lihat nanti.
Kamu bercakap tentang Remi?
Tunjukkan kad tarot awak.
Okey.
Awak sakitkan mata saya.
Mari baca ramalannya.
Saya sangat gementar!
Pilih sekeping kad.
PASANGAN KEKASIH
Pasangan kekasih.
Giliran saya.
- Secara percuma? - Bayar saya dengan mencium Burhan.
Tidak mahu. Terima kasih sajalah.
Kad ini.
- Awak pasti? - Ya.
Ya Tuhan!
Awak pilih kad Sepuluh Pedang,
maknanya tak lama lagi awak akan berubah menjadi Demi Moore yang sebenar.
Di mana teh saya?
Jumpa lagi.
Lan! Ke mana awak mahu pergi?
Saya mahu menonton wayang bersama Susi.
Awak tak mahu ajak kami juga?
Dilan.
Saya suka awak.
Piyan, siapa nama pelajar baharu di sekolah itu?
Saya rasa Milea.
Milea. Rasanya saya pernah nampak dia. Dia comel.
Mengemat.
Kamu rasa dia boleh jadi teman wanita saya?
- Jika diizinkan Tuhan. - Jika diizinkan Tuhan.
Jumpa esok. Selamat sejahtera.
- Kamu berbual dengan siapa? - Kawan.
Mak...
- Baca doa pada air ini. - Untuk apa?
Tolonglah.
Jawab dahulu soalannya.
Doa seorang ibu bukan untuk dibawa main.
Saya mahu kagumkan seorang gadis esok. Tolonglah.
- Amin. - Amin.
Terima kasih, mak.
Maafkan saya.
"Doa seorang ibu." Kata-katanya memang lapuk.
Betul, bukan? Dia memang lucu.
Selamat pagi.
Selamat pagi.
Awak Milea?
Ya.
- Saya boleh ramal masa depan awak. - Ramal masa depan saya?
Ya.
Saya ramal kita akan bertemu lagi tengah hari ini di kafeteria.
Itulah hari saya mula mencuba dapatkan perhatian pelajar baharu,
Milea Adnan Hussain.
Milea, awak cantik.
Namun saya belum cintakan awak lagi.
Mungkin tengah hari ini, siapa tahu? Kita tunggu dan lihat.
UNTUK MILEA
Bacalah, Milea!
- Awak tahu alamat rumah saya? - Saya tahu tarikh lahir awak juga.
- Malah saya kenal Tuhan awak. - Allah.
Tuhan saya juga. Jumpa lagi.
Tidak mahu ucapkan selamat tinggal?
- Selamat sejahtera. - Selamat sejahtera.
Mengapa potong semua nama kecuali nama sendiri?
- Semua orang akan gagal. - Kecuali awak?
Ya. Doakan saya berjaya.
- Selamat sejahtera. - Selamat sejahtera.
Kafeteria sekolah hantar saya untuk beritahu Milea
yang kini kami sediakan tiga perisa batagor .
Kami perlu beritahu sebab kami tahu dia amat sukakan batagor .
- Itu saja? - Itu saja, encik.
- Saya minta diri dahulu. - Okey.
- Selamat sejahtera. - Selamat sejahtera.
- Selamat malam. - Selamat malam.
- Boleh bercakap dengan Milea? - Saya Milea.
- Saya Dilan. - Hai.
- Saya ke rumah awak tadi. - Saya tahu. Awak jadi pekerja kafeteria.
Sebab saya tahu awak suka makanan.
- Awak di mana? - Siapa?
- Awak. - Maksud awak?
Dilan.
- Boleh saya ramal masa depan awak? - Apa ramalannya?
Saya begitu terpesona olehnya, dia beri saya kekuatan untuk mendekatinya.
Maafkan saya.
Selamat hari lahir, Milea.
Terima kasih.
Milea, Dilan ucapkan selamat hari lahir.
Dia doakan awak panjang umur. Dia sayang awak.
Selamat hari lahir, Milea. Ini hadiah awak.
Buku teka silang kata yang telah dijawab.
Saya sayang awak,
dan tak mahu awak bingung untuk menjawabnya.
Dilan.
- Milea. - Ya, Dilan?
- Rahsiakan jika ada orang sakiti awak. - Mengapa?
Saya akan kerjakan mereka.
Sukar untuk memenangi hati dia, tetapi berbaloi untuk mendapatkannya.
Usaha saya tak sia-sia. Akhirnya saya berjaya memenangi hatinya.
Dia Adi, tutor peribadi saya.
Jumpa esok.
- Helo? - Helo, Lia.
Awak sudah pulang?
Tunggu, biar saya tanya seseorang.
Tidak mengapa.
Adi masih di sana?
Ya, dia ajak saya ikut dia ke ITB esok.
Awak cemburu dia ajak saya keluar?
Cemburu untuk orang lemah.
Jadi?
Malam ini saya lemah.
No comments yet. Be the first to leave one.