The first 199 lines.
[Rancangan ini mungkin tidak sesuai untuk penonton di bawah 15 tahun]
Sub bY iQIYI
[Ketika itu, saya sudah pun terima takdir saya.]
[untuk Jung Ha-eun, wanita yang menerangi hidup saya,]
[hidup saya yang tak bernilai dan bermakna.]
[Saya sanggup buat apa saja untuk dia, walaupun mati.]
Apa ini?
Saya sedar yang saya tak layak untuk jadi seorang pendakwa.
Saya mahu perbetulkan keadaan,
semua kesalahan yang saya dah lakukan sebab terlalu angkuh.
Saya juga akan bertanggungjawab kerana tak ikut arahan awak.
Awak nak bertanggungjawab selepas jatuhkan saya begitu?
Biar saya tanya satu soalan.
Kenapa awak begitu terdesak untuk tahan Gong In-woo dan Baek Sang-a?
Awak tahu berapa banyak pembunuhan yang mereka dah lakukan.
Baek Sang-a cuba bunuh wanita yang saya cintai.
Bagi penangkapan Gong In-woo pula,
anggaplah ia sebagai satu penebusan seorang detektif
yang terlibat menuduh Gong Ji-chul sebagai pembunuh bersiri.
Detektif mana?
Apa-apa sajalah.
Melihatkan awak mahu bertanggungjawab, saya rasa dah tiba masa untuk berhenti.
Awak akan ditugaskan ke cawangan daerah. Pergi duduk di sana.
Jangan main-main di sana.
Saya nak tanya satu soalan.
Kenapa awak begitu terdesak untuk lindungi Gong In-woo
sehingga awak cuba bunuh saya?
Apa yang awak cakapkan ini? Awak dibunuh?
Adakah sebab ia kes yang awak siasat
atau sebab awak nak sembunyikan sesuatu?
Saya anggap awak dah terima surat peletakan jawatan saya.
Ini permintaan terakhir saya sebagai rakan sekerja awak.
Tolong pertimbangkan semua permintaan untuk perbicaraan semula yang saya buat.
Saya tahu sebab saya yang uruskan kes-kes itu.
[Jadi jangan mengaku apa-apa pada malam pertama awak dengan dia.]
[Mengaku tak bermaksud dia akan maafkan awak.]
[Bukankah mengaku salah merupakan tindakan berani?]
Ia lebih membebankan mangsa untuk minta mereka memaafkan
apabila mereka sudah terluka.
Saya takkan buat pengakuan begitu.
Jadi awak rasa pesalah perlu sembunyikan jenayahnya selamanya?
Tidak, mereka mesti lindungi mangsa.
Mereka patut berada di sisi mangsa dan mati demi mangsa
apabila ada peluang.
Boleh awak jumpa saya?
Ada sesuatu yang saya mesti beritahu awak.
Hari ini tak boleh.
Saya bersama ayah saya hari ini.
Saya akan telefon awak esok.
Awak tak perlu bawa banyak makanan.
Makanlah.
- Sedap, bukan? - Sudah tentu.
Ini susyi ikan sebelah kegemaran awak,
jadi makanlah!
Ia sedap. Ikan sebelah sangat sedap semasa musim bunga.
Pak cik memang terbaik.
Sa-bin pun makanlah. Ia sedap.
Kami akan jaga Sa-bin dengan baik, jadi awak jangan risau.
Makan sajalah sepuas hati awak hari ini.
Ayah, cubalah strawberi yang saya bawa ini. Ayah suka strawberi.
Sedap.
Ayah juga ada hadiah untuk kamu.
Ambillah.
Bukankah ini diari ayah?
Ayah tak tulis diari lagi. Ayah tak takut dengan Gong Ji-chul lagi.
Nampaknya, dia bukan pembunuh bersiri.
Betul, dia bukan pembunuh.
Dia telah difitnah.
Betul. Sebab itulah ayah tak perlukan diari itu lagi.
Jadi boleh saya baca ini?
Makanlah lebih banyak susyi ikan sebelah!
Minum air dulu.
Baiklah.
Bukankah ia sangat sedap?
[Ada sesuatu yang awak perlu lihat. Tunggu di rumah, nanti saya sampai.]
Apa yang saya mesti lihat?
Ini diari ayah saya.
Tengok sini.
Ia tertulis di sini.
Lelaki yang bunuh awak itu.
[Pendakwa yang uruskan kes itu bunuh Gong Ji-chul.]
[Apabila Gong Ji-chul muncul semula dari bilik mayat,]
[Dia ada perjanjian lain tanpa pengetahuan Gong Ji-chul.]
Ada seseorang yang awak perlu uruskan.
Apa awak nak saya buat dengan orang yang dah mati?
Mesti Cheon Seok-tae yang arahkan supaya awak dibunuh.
Jang Hye-mi beritahu saya
yang Cheon Seok-tae bunuh saya.
Saya tak percaya sebab saya tak percayakan dia.
Tapi saya rasa satu-satunya peguam yang saya percaya telah khianati saya
dan seorang pendakwa mengarahkan agar saya dibunuh
untuk tutup kesalahan dia.
Sekarang awak dah tahu yang dendam bukan dibalas dengan darah,
tapi buat mereka ingat kesalahan mereka sepanjang hayat
dan renung kesilapan mereka.
Ayah dari kehidupan saya yang lalu bunuh saya dari segi mental,
sementara ayah dari kehidupan saya yang sekarang
tamatkan riwayat saya yang lalu secara fizikal.
[mungkin memerhatikan awak dari sesuatu tempat.]
Jasadnya mungkin sudah tiada,
tapi jiwa yang berdendam selalu muncul kembali.
Masuklah.
Kenapa kamu datang ke sini?
Saya nak tanya ayah sesuatu.
Apa yang buat kamu datang ke sini pada waktu begini?
Saya terserempak dengan lelaki ini baru-baru ini
dan apabila lelaki itu nampak saya, dia mula alami sawan,
- mengatakan Gong Ji-chul hidup semula. - Apa?
Ayah pernah jumpa dia,
jadi ayah patut tahu.
Ayah rasa
saya mirip Gong Ji-chul jugakah?
Apa kamu kata?
Dia kata
yang Pendakwa Cheon Seok-tae beritahu dia
kalau dia tak tutup mulut,
dia dan anaknya akan berada dalam bahaya.
Awak siapa?
Adakah awak yang bunuh saya?
Cakaplah.
Awak bunuh seseorang untuk sembunyikan kesalahan awak?
Awak juga jadikannya sebagai batu loncatan
untuk sampai ke tahap ini?
Gong Ji-chul?
Betulkah awak Gong Ji-chul?
Ya, saya Gong Ji-chul, lelaki yang awak bunuh.
Keluar dari sini sekarang juga!
Kenapa? Apa yang berlaku?
Apa yang awak dah buat?
Dari mana awak dapat syaitan seorang budak ini?
Syaitan seorang budak?
Dia mempunyai genetik terbaik Korea!
Jadi awak langsung tak tahu
saya datang dari mana?
Apa yang kamu cakap ini?
Jang Hye-mi beritahu saya
sperma mahal yang mak dapat
telah ditukar dengan sperma seorang lelaki biasa.
- Apa? - Keluar.
Berhenti merepek
dan pergi dari sini.
Keluar, kamu berdua!
Cheon Seok-tae.
Saya tahu awak takkan berubah,
sebab itulah saya akan tengok awak saja.
Awak terpaksa hidup selamanya dengan hakikat yang saya masih hidup.
Saya pula nak balas dendam
dengan mengingatkan awak semua perkara buruk yang awak buat
untuk berjaya.
Awak masih ada peluang.
Lari dari sini.
Jangan benci mereka
sebab musnahkan awak nanti.
Okey.
Seseorang yang tak pernah disayangi.
Seorang lelaki yang disumpah oleh ayahnya
yang dia akan jadi pembunuh.
Saya sangat kasihankan awak.
Saya harap awak boleh bersemadi dengan tenang sekarang,
Gong Ji-chul.
Saya rindukan awak.
Saya juga.
Saya juga rindukan awak.
Boleh saya pergi jumpa awak?
Sudah tentu.
Jong-beom?
Nanti,
saya terlupa tentang perkara yang saya perlu buat.
Baiklah, saya akan tunggu.
Adakah awak
cuba musnahkan hidup saya?
Apa?
Adakah awak sengaja buat anak saya dilahirkan
mirip Gong Ji-chul?
Apa yang awak cakap ini?
Awak fikir saya Tuhan?
Saya hanya tukar sperma yang isteri awak dapat
dengan orang yang tak dikenali.
Bagaimana saya nak tahu yang dia dilahirkan dengan roh Gong Ji-chul?
Saya tanya, kenapa awak buat begitu?
Betulkah awak tak tahu?
Awak dah lupakan semua masa silam awak
apabila awak dah berjaya dengan begitu cepat?
Awak tak ingatkah awak merayu kepada saya supaya jangan tinggalkan awak
dan berjanji akan mencintai saya saja selama-lamanya?
Awak dah lupakan semuanya?
Awak cakap awak gembira makan mi segera dengan saya,
tapi apa yang awak buat?
Awak keluar dengan wanita daripada keluarga baik-baik,
kemudian tak pernah jawab panggilan saya sejak itu.
Awak buat semua itu
dan tanya kenapa saya buat begitu?
Waktu itu,
saya tak patut bunuh Gong Ji-chul.
Saya yang patut bunuh awak saja.
Hakikat yang awak bergantung kepada saya setelah sekian lamanya
memang keji.
Saya juga ada penyesalan saya.
Kalaulah saya tak beritahu awak di mana Gong Ji-chul berada,
No comments yet. Be the first to leave one.