The first 200 lines.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Ia macam cacing.
Cacing yang macam mana?
Macam cacing,
ia di mana-mana.
Cacing dalam badan?
Ya, dalam badan.
Cacing tanah?
Tak.
Cacing jenis lain.
Saya kaku.
Tapi ada orang tarik saya.
Itu awakkah, David?
Awak kena berjaga, Amanda.
Awak kena faham apa yang penting.
Apa yang penting, David?
Kenapa kita saksikan semua ini?
Sebab apa awak nampak,
kami semua nampak.
Kita perlu kembali ke taman itu, Amanda.
Amanda.
Amanda.
Saya di taman itukah?
Tak.
Tapi mak awak, Carola, ada di sana.
Saya jumpa dia tempoh hari semasa kami tiba di rumah itu.
Kami baru balik dari sungai.
Apa mak saya buat?
Dia habiskan lemonad
dan tinggalkan gelasnya atas rumput, di sebelah kerusi.
Dia bangun dan berlalu pergi.
Dia tertinggal seliparnya yang berada di tangga kolam.
Tapi saya tak cakap apa-apa.
Kenapa?
Sebab saya nak perhatikan apa dia buat.
Apa dia buat?
Dia sandang tas tangannya
dan jalan ke arah kereta dengan bikini emasnya.
Dia jalan keliling kereta itu sambil menyentuhnya.
Dia tak pandang saya,
tapi dia buat saya bangun untuk pergi ke arah dia.
Apa lagi?
Kenapa awak diam?
Saya perhatikan Nina yang masih tidur di anjung.
Ini tak penting.
Kita kena cerita dari awal.
Hari pertama awak di situ.
Saya menjeritkah?
Ya, betul.
- Selamat sejahtera. - Helo. Awak mesti Geser.
- Ya. Selamat datang. - Mujurlah awak ada.
Saya tak boleh cari sendiri rumah itu.
Saya sedia membantu.
Berhenti, Bronco. Berhenti.
Saya ikat anjing ini dulu, ya?
Baik.
Ini penting.
Tapi apa yang penting?
Saya perlu faham apa yang penting dan apa yang tak.
Butirannya, Amanda.
Butiran itu penting.
Rumahnya tak jauh dari pekan.
Jalan kaki 20 minit dah sampai.
Si kecil ini boleh naik basikal juga.
Cantik kereta ini.
- Ayah saya punya. - Ayah awak orang Argentina, ya.
Saya nampak awak buat kali pertama.
Tangan saya menggeletar.
Saya sedang tengok tangan awak. Tak menggeletar pun.
Itukah rumah kami?
Tak, jauh lagi.
Awak mesti suka. Kolam renangnya bagus.
Ada kolam renang.
Itulah harinya awak jumpa mak saya.
Ia macam satu jelmaan.
Dia letak baldi untuk buka pagar,
kemudian letak lagi untuk tutup pagar.
Saya suka dia.
- Selamat pagi. - Selamat pagi.
Maaf mengganggu. Saya bawa air.
Air paip kadangkala tak boleh minum.
Sebab awak baru pindah, saya bawa sikit.
Terima kasih.
- Carola. Selamat datang. - Selamat berkenalan. Amanda.
Ini Nina, anak saya.
Helo, Nina.
Kami boleh buat lemonad. Nak sedikit?
Ya, boleh juga. Sekarang panaslah.
Awak datang seorang saja?
Kami awal. Suami saya dalam perjalanan.
Mereka kemas rumah ini beberapa hari. Nampak cantik.
Kami jarang dapat jiran yang baik.
- Lamakah awak duduk di sini? - Untuk musim panas saja
dan saya nak Nina tengok.
Awak pun bukan dari sini, betul?
Kenapa awak ingat dia bukan orang sini?
Susah-susah saja memuji.
Dia nampak rumit.
Saya lahir di sini.
Saya ingat lagi cara dia gerakkan tangan dalam kereta.
Lengannya, bunyi gelangnya.
Wangian krim pelindung surianya semasa dia gerakkan tempat duduk.
Jangan mengelamun. Ayuh kembali ke taman itu.
Kenapa kena kembali ke taman itu?
Masa itulah mak saya beritahu saya tentang awak buat pertama kali.
Beginilah cara ia bermula.
Jika saya beritahu, awak mesti tak nak jumpa saya lagi.
Awak tak benarkan dia main dengan Nina.
Siapa?
David?
Awak tak benarkan, Amanda.
Dia anak awakkah?
Dulu.
Sekarang tak lagi.
Dia bukan milik saya lagi.
Dia maksudkan awak, David.
Saya tahu. Teruskan.
Saya tak faham, Carola. Dia selamanya anak awak.
Tak, sayang.
Saya nak merokok.
Kami ada sejenis tarikan sesama sendiri.
Kadangkala, ada rasa benci sebentar.
Masa David baru lahir, dia budak yang baik.
Tentulah.
Di klinik, kali pertama saya pegang dia,
saya jadi marah.
Saya yakin dia hilang satu jari.
Jururawat kata itu cuma kesan anestesia.
Ia buat saya sedikit paranoid.
Tapi setelah kira jari dia dua kali…
Saya tak yakin dia okey.
Saya sanggup buat apa saja untuk kembalikan jari itu.
Kenapa dengan dia?
Dia manis sangat. Apabila dia ketawa…
Mana tempat abu rokok?
Situ.
Kemudian David sakit.
Ceritanya lebih kurang tujuh tahun dulu.
Saya mula bekerja dengan suami saya.
Ini kali pertama saya bekerja dalam hidup saya. Tahu tak?
Saya uruskan kira-kiranya, tapi itu tiada kaitan.
Saya buat kerja suruhan di pekan ini sambil berpakaian cantik.
Ini berbeza bagi awak. Awak bukan dari sini.
Sini awak perlukan alasan untuk nampak glamor, dan saya ada alasan terbaik.
Suami awak kerja apa?
Omar ternak kuda.
Ya, betul.
Dulu Omar lain.
Kali pertama jumpa dia, dia masih tersenyum.
Kami ada dua kuda betina hebat.
Kuda cantik bernama Tristeza Cat dan Gamuza Fina.
Tapi rahsianya bukan kuda-kuda betina itu.
Rahsianya ialah memiliki kuda jantan yang bagus, tapi harganya mahal.
Satu pertiga tak cukup.
Saya tak nak tunggu sampai awak jual. Bayar semua semasa ia mengawan.
Separuh dulu, selebihnya lepas anak kuda lahir.
Percayalah, saya boleh dapat paling kurang dua ratus ribu.
Tiada siapa akan tahu.
Putera segala putera.
Cita rasa awak bagus, Omar.
Saya perhatikannya sejak ia lahir lagi.
Tapi jika apa-apa berlaku kepadanya, habislah kita.
Tiga hari. Jika bos pulang awal,
saya nak kuda ini semula dalam setengah jam.
- Bolehkah percayakan dia? - Ya.
Awak suka warna apa?
Saya dah kaya nanti, dapur pun ada permaidani.
- Ajaibnya… - Memang ajaib…
Tengoklah.
Cantik, bukan?
Tengok.
Itu si hitam.
Tengok cara si betina gerakkan ekornya.
Si betina nak si jantan sukakannya. Barulah ia boleh beranak.
Kuda jantan itu lagi.
Awak cemburu.
Awak pula kesejukan.
Selamat pagi, sayang.
Hai.
Saya nak keluar sekejap.
Boleh perhatikan dia?
Awak pentingkan kuda itu saja.
Dalam pukul lima saya balik, janji.
Saya pasti ia akan mengawan lagi hari ini.
Satu kuda.
- Yang ini. - Ya, itu si ibu.
Yang ini?
- Anak. - Anak.
- Kamu apa? - Anak.
Lari, si kuda kecil
- dari padang rumput ke - Ke laut
Sayang kamu.
Lari, si kuda kecil
- Mana but kamu? - Tak tahu.
- Apa maksud kamu? - Dah hilang.
- Mak. - Jalan, David. Ayuh, jalan.
Mak, tengok.
Kamu buat apa? Pergi dari situ.
Awak dah gila? Jika awak hilang, saya hilang rumah itu juga.
Jom.
No comments yet. Be the first to leave one.