Release info

Haseen Dillruba 2021 720p NF WEB-DL DDP5 1 Atmos x264-TEPES
A Commentary by ShasyaLala
Netflix Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
x264
720p
720
Published on: 2021-07-02
Downloads: 42
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

SAYA TUJUKAN KEPADA AYAH SAYA, EN. LILARAM RAI SINGHANI

6 OGOS 1931 - 11 JULAI 2009

SEKALUNG PENGHARGAAN

NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

Rishu.

Rishu.

Rishu!

Rishu!

Rishu!

RANI

Nama, Rishabh Saxena.

Umur, 32 tahun.

Masa letupan antara pukul 4:00 dan 4:30.

Semuanya hangus.

Dia dipukul di kepala dengan objek berat, mungkin sebelum letupan itu.

Begitu. Siasat bila ia berlaku.

Tuan, kita ada cap jari di sebelah tangan.

Anggota lain dah terbakar sepenuhnya.

- Ada luka dalam di kepala. - Ya, tuan.

Badan hangus terbakar. Hanya tangan ini yang tinggal.

Ada luka dalam di kepala.

Nampaknya dia dah mati sebelum letupan itu.

Ada "Rani" dicacah di pergelangan tangannya…

Rani itu isterinya, dia duduk di sana.

Ini bukan kemalangan, tuan.

Sebaik saja kita dapat senjata pembunuhan, semuanya akan jelas.

ENAM BULAN SEBELUMNYA

Jangan merajuk lagi.

Kita akan jumpa calon isteri kamu.

Kita dah lakukannya selama dua tahun.

Ingat tak?

Betul.

Sudah dua tahun!

Kamu jumpa Meera dua minit, tapi masih tak boleh lupakan dia.

Beritahu saya, apa lagi yang awak suka?

Mahesh.

Saya sangat suka Mahesh.

Kami belajar bersama-sama di kolej.

Saya tak dapat beritahu ayah tentang dia.

Siapa yang jatuh cinta dengan gadis pertama yang dia jumpa?

Sejak itu, kamu asyik muram saja.

Ini satu lamaran yang bagus. Horoskop kamu juga padan.

Namanya pun cantik.

Rani Kashyap.

Rishu-Rani, namanya sedap disebut bersama.

Gadis itu cantik, sopan,

dia juga vegetarian dan berkulit mulus!

Dia tamat pengajian sarjana dalam Sastera Hindi.

Sudahlah, mak. Saya akan jumpa dia sekarang.

Tolong jangan guna alasan nak ke tandas untuk periksa rumah ini.

Mari.

Silakan, makanlah lagi. Rani masak semua makanan.

- Semua ini? - Ya.

- Kachori ini juga? - Sudah tentu.

Dia juga menyulam sarung sofa ini.

Kamu suka dia?

Dia jurutera di Lembaga Elektrik Jwalapur.

Entahlah.

Saya tak nak tinggal di Jwalapur.

Jangan fikir begitu.

Ingatlah teman lelaki lima tahun kamu, siapa namanya…

Neeraj Khaitan. Si gila itu lari ke Amerika.

Juga teman lelaki dua tahun kamu…

Mak cik, saya tahu, dia teman lelaki saya. Saya ingat jelas.

Berhenti bermimpi tentang wira novel romantik

dan pilih lelaki sederhana seperti dia.

Kamu bukannya semakin muda.

Sukar untuk cari calon sepada dengan horoskop kamu.

Ayah kamu cuma jumpa dua calon selama dua tahun ini.

Tengok pilihan lain.

Lelaki dari Mumbai ini.

Horoskop kamu padan dengannya.

Ini pula… Jwalapur.

Jwalapur?

Apa masalahnya?

Suami awak nampak pendiam, sama macam suami saya.

Rani nak bercakap dengan Rishu di dapur.

Silakan.

Jangan tanya apa lagi yang dia suka.

Marilah.

- Helo. - Helo.

Okey, biar saya mulakan dengan perkara penting tentang diri saya.

Saya belajar sastera.

Saya bekerja sebagai pengurus salun kecantikan sebagai hobi.

Saya tak suka buat kerja-kerja rumah.

Selain itu, saya wanita yang sopan dan sederhana.

Saya pakej lengkap, si cantik yang bijak dan seksi.

Kami cuma mahukan gadis yang ringkas dan sederhana.

Kalau begitu, mereka sepadan.

Awak pernah baca buku yang ditulis oleh Dinesh Pandit?

Dia penulis novel jenayah terbaik!

Dia memang hebat menulis tentang pembunuhan di pekan kecil

yang tak boleh diselesaikan sesiapa.

Awak pernah dengar nama dia?

Tak, saya baru saja dengar nama dia.

Ada apa-apa lagi yang awak nak tanya saya sekarang?

Atau awak nak kembali ke Delhi untuk teruskan perbualan ini?

Tak…

Tak apalah, ceritakan tentang hobi awak.

- Hobi saya… - Ya, apa hobi awak?

Saya nak ceritakanlah.

Itu…

Jiran saya telefon saya pada hujung minggu untuk baiki peralatan elektronik mereka.

Saya suka baiki alat elektronik, saya jurutera. Tentu mereka beritahu awak.

Baguslah. Tepat pada masanya!

- Terima kasih. - Biar saya uji awak.

Kipas ini dah rosak.

Baikilah.

Sekarang?

Perlukan apa-apa dari sini?

Beena, tandas di mana?

Ikut sini.

Jalan terus dan belok kiri.

Itu…

Mencari tandas.

Kami akan bincang dengan guruji dan beritahu awak.

Okey?

Dengar sini!

Jika kamu bertegas nak kahwini gadis ini, mak akan minum racun ini.

Mak, saya sangat suka Rani Kashyap.

Kalau begitu, mak akan gantung diri dan mati.

Kamu boleh berkahwin dengan dia selepas mak mati.

Baiklah, mak akan terjun bangunan.

Apa?

Awak tak nak halang?

Saya keliru macam mana nak halang awak.

Halang daripada meracun diri, gantung, atau terjun bangunan?

Putuskan dan beritahu saya.

Ingat kata-kata mak, kamu berdua takkan serasi.

Kamu tak sesuai untuknya.

Saya seorang jurutera, mak.

Saya pasang dawai hidup setiap hari.

Saya boleh uruskan dia.

Pak cik tahu tak?

- Dia cuma perlu dilatih. - Yakah?

Boleh latih dia dengan mudah dalam sepuluh hari pertama.

Lagipun dia nampak ceria.

Mereka semua nampak ceria pada mulanya.

Begitu juga dia, semasa ayah mengahwini dia.

Awak pun mulanya nampak ceria, kemudian saya meletup.

Semua orang memandangku penuh tanda tanya

Apabila aku memanggil namamu Siang dan malam

Kegembiraanku tiada batasan

Keinginanku melonjak tinggi

Melonjak tinggi

Saat mata kita bertemu

Api terus membara

Dan dalam nyalaannya

Hatiku cair

Saat mata kita bertemu

Api terus membara

Dan dalam nyalaannya

Hatiku cair

Lelaki itu dah menang emas!

Kasihan lelaki itu salah buat pilihan.

DINESH PANDIT KEMUNGKARAN KASAULI

Kekeliruan

Dia nakal tapi naif

Dia sangat naif

Aku juga merasakan keinginan dalam diriku

Keinginan yang terbuku

Hatiku berdebar-debar melihatnya

Tapi aku keliru jika dia benar-benar kacak

Benar-benar kacak

Hatiku membawaku ke sana dan ke mari

Buntu apa yang dimahukan

Semuanya berseri dan berkilau

Dia gadis yang baik

Lelaki itu jahat

Beberapa penipuan

Oh, ho, ho

Lelaki itu naif

Perempuan itu licik

Jadi kerana itulah

Tidak, tidak, tidak

Saat mata kita bertemu Api terus membara

Dan dalam nyalaannya

Hatiku cair

RISHU MENGAHWINI RANI

Hatiku cair

Siapa yang tutup lampu?

Pn. Rani.

Tuan akan tiba dalam masa lima minit.

Mangkuk tingkat tuan terjatuh.

Ini kes kegemaran saya.

Tapi kenapa, Rastogi?

Selepas semua kes rusuhan dan pecah masuk,

saya boleh berehat, minum teh dan makan snek sambil bincang kes ini.

Rastogi, kes ini satu nafas baru.

Ia seperti puisi, dengan cinta dan konflik.

Kes ini buat Tuan Kishore marah, jadi perasaan peribadinya…

Dia fikir ini kes mudah.

Wanita ini nampak seperti pembunuh.

Fail kes selesai. Pingat diterima.

Tapi dia…

- marah kerana perkara remeh! - Marah kerana perkara remeh!

Alamak.

Ada berita tentang budak lelaki itu?

Tiada, tuan.

Pasukan dah kembali hari ini.

More Malay subtitles for Haseen Dillruba

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left