Release info

계룡선녀전 Mama Fairy and the Woodcutter E12 NEXT-VIU
A Commentary by King_2

Tags

other
Published on: 2019-05-02
Downloads: 22
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sekali lagi,

seperti selalu, cahaya bersinar dari tangan awak.

Seolah-olah menyampaikan kerinduan,

angin mesra bertiup dari...

timur ke barat.

Selama saya melihat awak,

saya masih belum katakan sesuatu.

Dan hari ini, saya menulis tentang perasaan saya pada awak.

Alkaid,

awak satu-satunya perempuan...

yang saya akan hargai dan cintai sepenuh hati saya.

Tapi, walaupun awak dekat dengan saya,

dan perasaan saya pada awak sudah jelas,

saya tiada keberanian untuk mendekati awak.

Tapi saya berjanji satu perkara.

1,000 tahun mungkin berlalu...

dan gunung mungkin pisahkan kita,

tapi...

saya akan...

Saya akan tetap cintakan awak.

Jeom Soon.

Saya...

rasa sangat marah.

Kenapa saya rasa...

lebih serasi dengan Cik Pari-Pari berbanding Profesor Jung?

Encik Kim, adakah awak menangis?

Kenapa saya rasa...

seperti kami ditakdirkan bersama?

Tidak kira berapa banyak kali saya dilahirkan semula,

saya hanya akan cintakan dia.

Kenapa saya rasa dia juga sama seperti itu?

Jika ini perasaan saya,

saya tidak boleh berputus asa terhadap Cik Pari-Pari.

Saya patut tanya...

jika hatinya betul-betul untuk Profesor Jung dan bukan untuk saya.

Saya patut begitu, bukan?

- Saya akan beritahu dia. - Apa?

Saya akan beritahu dia semuanya.

Saya...

Saya tidak tahu kenapa,

Saya tidak tahu bagaimana...

saya akan terangkannya,

tapi saya akan beritahu dia...

bahawa dia sepatutnya milik saya.

- Jeom Soon, saya jumpa awak nanti. - Awak betul-betul akan pergi?

Jeom Soon, terima kasih kerana beritahu saya apa yang berlaku.

Saya akan pastikan hati awak tidak terluka lagi.

- Jadi, bertahan... - Encik Kim!

Saya tahu itu akan terjadi.

Jangan risaukan saya.

Saya jumpa awak nanti!

Encik Kim,

saya harap awak juga tidak terluka.

Kami makan tengah hari bersama.

Adakah ianya aneh untuk ajak dia makan malam juga?

Tapi saya mahukannya.

Adakah ia masih keterlaluan?

Tidak guna, saya berfikir tentang ini juga ialah aneh.

Geum...

Kenapa dengan si tidak guna itu?

Apa yang buat dia sibuk sepanjang hari?

Oh Tuhan.

- Oh Tuhan, kaki saya. - Profesor Jung.

- Ada apa? - Helo.

Sebenarnya,

saya mahu beritahu awak sesuatu.

Ianya tentang apa?

Kemudian.

Saya akan beritahu awak kemudian.

Cik Seon.

- Boleh awak luangkan masa... - Cik Pari-Pari.

Kenapa bukan saya?

Saya juga ada di air terjun.

- Hei, Geum. - Cik Pari-Pari,

saya...

Ada sesuatu yang saya mahu beritahu awak.

Jadi...

saya...

Sebenarnya,

- Tentang hati saya... - Encik Geum.

Boleh saya kata sesuatu dahulu?

Cik Cho.

Cik Cho.

Adakah dia pergi ke suatu tempat?

Saya masuk ke bilik untuk ambil sesuatu...

dan telur Jeom Dol bergoyang dan retak seperti ini.

Saya telah rasa susah hati kerana ia retak sebelum ini.

Bagaimana jika sesuatu yang buruk terjadi pada dia?

Saya rasa sangat risau.

Awak risau banyak perkara sekarang ini. Ia tidak seperti awak.

Awak hanya perlu simpankan ia pada suhu bilik.

Adakah awak simpan ia dalam peti ais,

atau yang sewaktu dengannya?

Tidak.

Tapi ia tidak pernah retak sebanyak ini.

Jangan terlalu risau.

Awak tahu...

makhluk apa yang tidak disangka akan menepati masa?

Bayi yang baru lahir.

Mereka tidur dengan sangat nyenyak,

tapi mereka akan bangun...

tepat selepas dua jam untuk meminta makanan.

Apabila awak membesar, awak akan lupa tentang masa,

jadi awak berjanji...

dan dihukum kerana tidak menepati janji-janji itu.

Tapi kanak-kanak akan kembali pada ibu mereka...

selepas mereka selesai bermain...

walaupun tidak dipanggil.

Ada masanya mereka akan rindukan ibu bapa mereka.

Ianya penjelmaan semula Jeom Dol yang pertama...

selepas ayahnya mati, bukan?

Mungkin ini masa untuk dia mahu melihat ayahnya.

Lebih baik awak cari ayahnya cepat.

Awak kata dia sangat rindukan ayahnya.

Dia akan kecewa jika dia menetas...

tanpa melihat ayahnya di situ.

Ibu.

Apa yang akan berlaku pada ayah?

Ayah awak...

kembali pada keadaan sewaktu dia belum dilahirkan.

Ayah.

Ayah.

Saya rindukan awak.

Jeom Dol.

Adakah awak mahu menetas sekarang?

Awak bekerja keras untuk pecahkan telur itu,

tapi saya telah sesat tanpa buat persiapan untuk kelahiran awak.

Saya minta maaf.

Saya betul-betul minta maaf.

Encik Geum.

Sifat tamak saya buat hidup awak keliru.

Saya cuba berdepan dengan perasaan takut...

untuk tinggal di tempat baru dengan bergantung pada kebaikan awak.

Saya tertarik dengan sifat baik awak...

dan membuka hati saya untuk awak.

Tapi saya mesti cari suami saya.

Itulah sebab saya berada di sini.

Itu juga menjadi alasan paling penting...

untuk kehidupan saya yang panjang.

Jadi jangan pedulikan saya,

dan fokus pada kehidupan awak yang indah.

Adakah...

suami awak...

Profesor Jung?

Saya yakin begitu.

Geum.

- Selamat datang. - Selamat tinggal.

- Sup ekor lembu? - Itu pesanan dia.

- Berapa banyak? - Helo.

Selamat tinggal.

Selamat menjamu selera.

Ini seperti makanan raja.

Awak punya ialah sup ekor lembu.

Makanlah. Saya dengar awak beri makanan bungkus belut awak...

pada orang lain. Jung Min beritahu saya.

Ini sangat enak. Cubalah rasa.

Boleh kami dapatkan sebotol soju dan pelbagai suyuk?

Saya, Jung Ji Hyun, mengatakan...

bahawa awak tidak perlu tuang minuman sendiri dengan saya.

Jika awak tuang sendiri minuman awak,

Saya terpaksa hidup bujang selama-lamanya...

tanpa sebarang sebab, tapi duduk di hadapan awak.

Adakah awak anggap...

saya cuma mengganggu hubungan awak...

yang telah ditakdirkan dari awal?

" Hubungan yang ditakdirkan"?

Saya tidak pasti.

Itu bukan sesuatu yang saya boleh pastikan.

Seperti yang awak tahu,

saya cuma yakin dengan perkara yang telah dipastikan.

Bagaimana saya boleh yakin dengan perkara yang samar-samar?

Saya juga ragu-ragu dengan apa yang telah disahkan.

Itulah moto hidup saya.

Apa perasaan awak terhadap Cik Pari-pari?

Perasaan itu tidak bermaksud apa-apa?

Geum.

Awak lihat,

Saya menderita akibat insomnia dan mimpi ngeri sepanjang hidup saya.

Orang yang naif seperti awak...

tidak akan faham apa maksudnya.

Apabila malam tiba,

saya akan pejamkan mata untuk tidur.

Kemudian...

saya jadi seorang kanak-kanak...

terkurung dalam tempat yang sama setiap hari.

Sesiapa, tolong bantu saya.

- Saya ditinggalkan setiap hari. - Tolong.

Saya rasa marah akibat perasaan benci setiap hari.

Selamatkan saya.

Hantu yang sama muncul...

dan menyumpah saya dengan cara yang sama sepanjang masa.

Saya cuma...

tidak boleh biasakan diri dengannya.

Saya selalu ketakutan.

Kenapa?

Kenapa ini berlaku? Kenapa ia berlaku terhadap saya?

Saya fikirkannya beratus-ratus kali.

Tapi...

Saya tidak menemui jawapannya.

Kemudian satu hari, Seon Ok Nam muncul dalam hidup saya.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left