The first 200 lines.
SIRI ASLI NETFLIX
Kita buat mesyuarat ini supaya saya dapat maklumat tepat daripada awak.
Saya selalu cakap, persaingan akan jadi sengit.
Jadi kenapa setiap artikel yang saya baca
menyatakan pihak kepimpinan yakin rang undang-undang itu akan lulus?
Awak kenal Janine Skorsky?
Dulu dia wartawan Rumah Putih bagi The Herald .
Saya kenal Janine.
Dia tulis satu artikel untuk Slugline
tentang kiraan undi yang dah disahkan.
Sebaik saja pihak media dapat tahu, berita itu tersebar.
Saya tak tau mana dia dapat kiraan itu. Mungkin dia reka.
Tak pentinglah dia reka atau tidak.
Ahli Demokrat nampak berpecah. Kepimpinan kelihatan lemah.
Tapi dibandingkan dengan bajet dan Akta Pendidikan kita,
ini satu undang-undang kecil, tuan.
Dah jadi tumpuan seluruh negara.
Memang itu matlamat awak.
Saya tersalah kira undi.
Jarang berlaku, tapi ia berlaku juga.
Saya risau pengaruh Rumah Putih
tak nampak dalam sokongan di Dewan Kongres.
Penglibatan Linda tak beri kesan?
Saya rasa bukan itu masalahnya.
Ini satu tindak balas negatif, kesan kegagalan Akta Pendidikan?
Tuan, sebenarnya saya tak berada di sana.
Saya terpaksa pergi California untuk jumpa
Pegawai Pentadbir Stanford bagi pihak anak saya.
Saya beritahu minggu lepas.
Itu keputusan saya, tuan.
Saya yang buat keputusan
undang-undang itu diluluskan tanpa bantuan dia.
Tapi dengan undian sengit begini, kita boleh buat analisis macam orang gila.
Tapi akhirnya, kita akan gagal.
Salah saya, bukan orang lain.
Dah tentu bukan salah Linda.
Saya yang sepatutnya pergi.
Perjumpaan itu tak berkesan pun.
Saya ingat awak cakap mereka mempertimbangkannya.
Tak. Saya dapat e-mel pagi tadi.
Mereka buat keputusan untuk tak melawan keputusan pemasukan.
Oh Tuhan. Saya minta maaf, Linda.
Bukan hari yang baik setakat ini.
Tapi saya hargai tindakan awak mempertahankan saya di dalam tadi.
Mungkin ada cara nak ubah nasib malang Linda
menjadi keuntungan saya sendiri.
Tapi saya kena uruskan pengkhianatan yang berlaku dalam semua peringkat.
Dua pembelot yang tak sokong undang-undang ini.
Saya tak boleh bertolak ansur dengan pengkhianatan
dan mereka akan diajar cukup-cukup.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Saya tahu kenapa awak kalah undian itu.
Ada orang hasut Vanderburgh dan Abrams.
Remy Danton.
Isteri awak.
Saya ada kenalan dalam kumpulan kakitangan mereka.
Ada satu perjumpaan antara mereka bertiga.
Saya tahu. Saya yang aturkan.
Dia suruh mereka untuk undi tidak.
Tak betul.
Sumber daripada dua kakitangan berbeza
cakap perkara yang sama?
Tak masuk akal.
Saya bukan beritahu awak perkara yang masuk akal.
Saya beritahu awak fakta.
Ini cerita hangat, Francis.
Carly mesti suka.
Isteri ketua dewan mengkhianati dia.
Hati-hati, Zoe.
Saya beri awak maklumat.
Sekarang awak kena beri apa yang saya nak.
Jadi beri saya sesuatu yang lebih baik.
Adakah awak akan jawab soalan saya?
Dia jawab atau tak?
Beritahu saya sekarang. Kalau tak, saya bersumpah yang
ini akan jadi misi dalam hidup saya untuk bukan saja hancurkan kerjaya awak,
tapi untuk musnahkan semua harapan dan kebahagiaan yang awak capai.
- Dia cakap, tak apa kalau... - Mengkhianati saya?
Melakukan apa yang kami rasa betul.
Jadi dia beritahu awak supaya undi tidak.
Dia cakap, dunia takkan kiamat kalau undang-undang itu tak diluluskan.
Itu ayat dia.
Jangan beritahu sesiapa. Faham?
Adakah awak rasa bersalah sebab tak berada di Washington untuk undi?
Hal ini perlukan kerjasama kumpulan. Ada ramai penaja.
Tapi awak penaja dan pengurus rang itu.
Betul.
Bukankah awak patut berada di Washington?
Saya bertanding untuk gabenor.
Saya ada komitmen di daerah saya.
Adakah awak tahu bahawa kempen Swofford
keluarkan iklan hari ini dan menyatakan,
"Kalau Peter Russo tak boleh mengetuai kongres,
boleh dia teruskan dengan serius?"
Itu saja. Terima kasih.
Awak nak beri komen?
- Terima kasih. - Yang Berhormat!
Saya suruh mereka undi ikut apa yang mereka rasa betul.
Awak beri mereka galakan untuk tentang saya.
Saya jumpa mereka. Itu yang awak suruh...
Tak, bukan itu yang awak buat.
Saya beritahu, saya perlukan undian mereka untuk rang undang-undang ini.
Tak sepatutnya disalah tafsir.
Ini satu penipuan sengaja.
Tak perlu nak beri alasan.
Saya perlukan pertolongan Remy. Awak bukan nak tolong pun.
Sekejap.
Awak buat begini demi Remy?
Tak. Untuk diri sendiri.
Untuk penghantaran saya keluar dari Sudan.
Dia beri pertolongan.
Menggagalkan rang undang-undang itu sebagai balasan.
Sebagai balasan untuk tak membantu menjayakan rang undang-undang itu.
Sama saja.
Awak telah membahayakan
semua usaha kita selama ini, tahu tak?
Kita kena ikut rancangan.
Kita perlukan momentum yang kuat hingga semuanya selesai.
Saya tak boleh beroperasi berdasarkan rancangan yang saya tak tahu.
Kalau begitu awak patut tanya saya.
Tak, saya takkan minta restu awak untuk setiap keputusan saya.
Kita buat keputusan bersama.
Kita dah tak buat begitu sejak enam bulan lepas.
Saya tak rasa macam saya berada di sisi awak.
Orang lain tahu, Claire.
Masalah ini boleh jadi buah mulut orang nanti.
- Kita takkan boleh sorok lagi. - Dari siapa?
- Ia akan menghantui hidup kita. - Siapa tahu?
Zoe.
Bukankah awak cakap dia boleh dipercayai?
Kepercayaan antara kita pula?
Awak tak boleh kawal dia, bukan?
Dia takkan jadi masalah kalau awak tak tipu.
Dia takkan jadi masalah kalau awak tak buka seluar awak.
Awak pula datang ke pejabat saya dan hentam saya
padahal awak yang mendedahkan rahsia kita.
Jangan nak cari salah saya pula.
Saya buang separuh pekerja saya untuk kita.
Saya tolak sumbangan untuk kita. Saya rangka rang undang-undang Peter.
Saya alih masa dan tenaga saya daripada matlamat saya sendiri demi kita.
Saya tak nak cakap tentang hal ini lagi, tapi mungkin awak patut dengar.
Saya tahu, IAB memang penting.
Tapi ia tak setanding dengan apa yang kita cuba capai.
Awak kena faham!
Saya cuma bersikap jujur.
Baik awak cakap saja, awak gunakan saya
macam awak gunakan orang lain.
Itu bukan sebahagian daripada perjanjian kita.
Adakah ini simptom menopaus?
Keluar.
Keluar.
Kita jumpa di rumah nanti.
Saya menuju ke pejabat. Nanti saya telefon awak.
Tak. Kita kena bincang sekarang.
Saya tahu awak kecewa, tapi itu tak boleh ubah apa-apa.
Saya lebih daripada kecewa, Frank.
Ubah nada suara awak. Angin saya tak baik.
- Saya tak peduli! - Selamat tinggal, Peter.
Awak letak telefon, awak takkan suka siapa saya akan telefon lepas ini.
- Apa dia? - Saya dah janjikan peluang pekerjaan.
Awak janji awak boleh luluskan rang undang-undang ini.
Awak tak tepati janji. Saya tak nak memungkiri janji saya.
Macam mana pun awak nak betulkan,
awak fikirlah sendiri.
Kalau tak,
saya berterus terang dengan Kapeniak dan editorial Kern.
Awak kena bersabar dan fikir betul-betul tentang apa yang awak cakap tadi.
Awak tak faham. Saya tak takut dengan awak lagi.
- Kalau begitu, awak silap. - Masa silam saya dah terdedah.
Awak tak boleh ugut saya dengan itu lagi.
Mereka tak tahu semuanya.
Awak musnahkan saya, bermakna awak musnahkan diri sendiri.
Betulkan keadaan.
Apa awak nak saya buat?
Kita kena buat kerja dengan cepat.
Bukankah terlalu awal?
Dah hampir dua bulan sejak pilihan raya.
Rumah Putih ada banyak masa untuk tapis orang.
Peter dah melampau.
Kita buat dia yakin, sekarang kita tak dapat kawal dia.
Agaknya dia marah sangat.
Tak, dia bertekad. Kita kena bertindak sekarang.
Awak ada semua yang diperlukan?
Beritahu saya bila dan di mana.
Saya lagi suka persekitaran bersosial.
- Ada lagi? - Saya perlukan wang tunai.
Dalam tiga ribu.
Saya akan letak dalam laci paling atas esok pagi.
Tuan...
- Kita tak boleh berpatah balik nanti. - Saya tahu.
Saya tak boleh jangka tindak balas dia.
Saya takkan diugut.
Helo?
Zoe Barnes?
Ya. Siapa itu?
Claire Underwood.
Zoe?
Maaf sebab tak tekan loceng. Ada orang masuk dalam bangunan ini
masa saya ada di bawah, jadi saya fikir...
Menarik. Tangga kecemasan.
No comments yet. Be the first to leave one.