The first 200 lines.
The First Responders Season 2
The First Responders Season 2
WATAK, LOKASI, ORGANISASI DAN KEJADIAN DALAM DRAMA INI HANYALAH REKAAN
PENGGAMBARAN PELAKON KANAK-KANAK DILAKUKAN SECARA SELAMAT
BABAK MELIBATKAN HAIWAN HANYALAH LAKONAN...
...DAN DIJALANKAN DENGAN MEMATUHI GARIS PANDUAN KEBAJIKAN HAIWAN
Detektif Jin!
Apa awak cakap?
Awak menolak jawatan sebagai ketua pasukan siasatan di PSN...
...dan akan kembali ke Balai Polis Taewon?
Saya tak suka warna bangunan ini.
Saya juga tak suka bunyi hon itu.
Apa pun...
...awak dah lihat berita ini?
Kenapa awak tanya tentang dia lagi?
Ada sesuatu yang mencurigakan.
Tolong periksa keadaannya.
Hei, Detektif Jin.
Kebelakangan ini, awak berhubung dengan ayah awak?
Tidak, kenapa?
Ini salinan laporan yang mengandungi semua maklumat tentang kes itu.
Terima kasih.
Namun, kenapa awak nak lihat dokumen...
...tentang kematian Ahli Dewan Ma sedangkan kes itu dah ditutup?
Saya tak nak menyusahkan awak.
Anggap saja pertemuan ini tak pernah berlaku.
Tiada apa-apa. Pergilah.
Mulai sekarang, jika awak tak nak beritahu, jangan tanya.
Motosikal yang bergaya.
PROSES UNTUK MEWUJUDKAN KEPERCAYAAN...
...ANTARA SUSPEK, SAKSI DAN PENYIASAT SEMASA SIASATAN
CHUNDONG
Awak berada di rumah, mak cik?
Kenapa biarkan pintu terbuka sedangkan cuaca sejuk di luar?
Mak cik?
Awak berada di rumah?
Mak cik.
Mak cik.
Mak cik!
Mak cik, kenapa...
Bangun, mak cik!
Seseorang tolonglah!
Mak cik!
Mak cik, tolonglah!
Saya rasa tempat kejadian ini agak mencurigakan.
Ada orang mati begini...
...tapi tempat kejadian terlalu tenang.
Tiada setitik darah pun.
Apabila difikirkan, memang tiada setitik darah.
Tiada kesan tapak kasut, hanya kesan stoking.
Namun, sebahagian saja.
Bagaimana dengan telefon bimbit mangsa? Awak patut jalankan forensik.
Saya dah cari di semua tempat...
...tapi tiada.
Apa?
Mereka bawa dia keluar.
- Aduhai, bagaimana ia boleh berlaku? - Aduhai.
- Aduhai. - Dia baik-baik saja malam tadi.
Saya dah agak ada sesuatu akan berlaku kepada dia.
- Malang sekali. - Betul.
- Awak merokok lagi? - Baiklah, saya tak merokok.
- Berhenti merokok. - Aduhai.
Ada sesiapa nampak atau dengar perkara yang pelik malam tadi?
Saya tak rasa mereka ada masa untuk jaga tepi kain orang lain.
Ada jiran...
...yang rapat dengan si mati?
Kadangkala saya nampak dia tapi saya tak rapat dengan dia.
Maafkan saya tapi saya juga agak sibuk.
Ya. Helo?
Pada pendapat saya,...
...dia mati akibat tekanan dan kemarahan.
Dia membuatkan seluruh kejiranan huru-hara dengan mencari gaduh.
Akibatnya, dia dipulaukan oleh semua orang.
Semua orang di vila ini...
...pernah bergaduh dengan dia.
Termasuk awak?
Awakkah itu, sayang?
Ayah Chul.
Tidak, sebenarnya saya duda.
Saya dah kata hidup awak akan susah jika awak pergi, bukan?
Lihatlah, wajah kacak awak dah kelihatan berusia.
Sangat berkedut.
Rupa awak sajalah kelebihan awak sebelum ini.
Kenapa Chul tiada di sini untuk berjumpa ayahnya?
Chul!
Ayah kamu berada di sini.
Chul!
Boleh kami lihat catatan terkini pada lejar aduan dan log keselamatan?
Ia lebih tepat daripada soal siasat dalam penyiasatan dendam.
Log? Benda begitu tiada.
Apa maksud awak? Awak merekodkan log harian dan memfailkan aduan.
Jika ada sekalipun,...
...ia mengandungi maklumat peribadi penduduk.
Saya tak boleh dedahkan maklumat itu.
Seseorang dari bahagian pengurusan di Apartmen Mijoong...
...dipecat sebab dedahkan log pengurusan.
Awak terlalu risau.
Kami pegawai polis.
Lupakan saja! Saya tak peduli jika kamu polis.
Tiada benda begitu. Jadi, jangan buat kecoh dan pergi saja.
Aduhai, apa masalah kejiranan ini?
Sekejap. Maafkan saya, encik!
Cukuplah. Tiada apa-apa untuk saya kongsi.
Sudahlah. Pergi sajalah.
Kenapa? Ada apa?
Kenapa awak ekori saya?
Awak lelaki gatal atau pencuri?
Tidak. Saya menuju ke rumah saya.
Saya tahu semua perkara dan semua orang di Bangunan 103.
Saya baru berpindah hari ini.
Namun, saya tak nampak lori pindah rumah.
Begitu rupanya. Namun, rumah saya di belakang awak.
Tumpang lalu. Tidak, tolonglah. Jangan tiup.
Tumpang lalu.
Di sini.
Lihat?
Selamat malam.
Saya pegawai polis.
Dia memang tinggal di sini.
Makan sebelum basi.
Ia dah basi.
Helo, mak cik.
Semangkuk ramyeon pun patut dimakan dengan kimchi.
Namun, saya takkan dapat habiskan seorang diri.
Awak sedang memburu penjenayah arson bersiri, bukan?
Saya dengar bahagian atas tangki septik Apartmen Mijoong meletup.
Aduhai, orang itu memang kejam.
Makan kimchi ini dan kekal peka.
Tangkap si tak guna yang cetuskan kebakaran itu, okey?
- Awak faham? - Baiklah. Terima kasih.
- Makanlah, okey? - Okey, selamat jalan.
- Selamat tinggal. - Terima kasih!
Maafkan saya, mak cik.
Saya akan pastikan...
...saya tangkap si tak guna yang buat begini.
Esok ada autopsi.
Saya akan tunggu awak, Detektif Jin.
Apa perasaan setelah dibuang daripada organisasi?
Nampaknya kamu belajar lebih banyak jenaka sejak tolak kenaikan pangkat...
...dan kembali ke jawatan lama kamu.
Ayah percaya Ahli Dewan Ma mati mengejut?
Tiada pelawat pada hari kematiannya.
Kamera CCTV, rekod telefon bimbit...
...dan forensik komputer adalah bersih.
Tiada bukti yang menunjukkan ia bukan kematian mengejut,...
...jadi jangan masuk campur.
Bagaimana jika ia dilakukan oleh seseorang yang mahir...
...untuk ubah kes bunuh diri menjadi homisid arson?
Sejauh mana ayah tahu tentang dalang Ma Taehwa?
Ayah pasti tentang satu perkara.
Orang seperti kamu takkan mampu uruskannya.
Ayah masih kesal kerana kehilangan talian hayat?
Berapa lama lagi ayah nak menipu?
Ada pepatah lama yang mengatakan,...
..."Jangan kutip pisau yang telah jatuh."
Jangan masuk campur...
...selagi kamu masih ada peluang.
JFN JABATAN FORENSIK NEGARA
Pukul berapa autopsi akan bermula?
Pukul berapa autopsi bermula?
Kenapa awak datang ke sini, Ketua Pasukan Siasatan PSN?
Awak marah? Awak pula.
Kenapa asyik hantar mesej kepada saya? Awak terlalu rindukan saya?
Awak dah sampai. Ayuh.
Kenapa dengan dia? Saya dah sampai.
Dia kenal mangsa.
- Ayuh. - Baiklah.
Awak boleh tunggu di luar jika tak selesa.
Saya tak apa-apa.
Awak kata jangan terbawa-bawa dengan emosi apabila melibatkan bukti.
Awak masih ingat bangkai kucing yang awak bedah siasat sebelum ini?
Ia ditinggalkan di depan rumah orang itu.
Kedua-dua kes itu saling berkaitan.
- Saya akan ambil kira tentang hal itu. - Okey.
Mari buat pemerhatian luar dulu.
Di atas dahi,...
...fraktur benam bulat berdiameter sekitar satu inci, pelecetan kulit kepala.
Jika begitu, dia dipukul dengan tukul?
Tukul biasa berdiameter satu inci, bukan?
Patutkah saya batalkan autopsi?
Saya rasa awak dah ada jawapan.
Tidak, kami minta maaf. Tolonglah, tuan.
Bahan asing putih pada separuh muka,...
...berpusat di sekitar fraktur benam.
Tiada kelembapan.
- Kikis untuk buat analisis kimia. - Ya, puan.
Tolong berikan lup.
Ada kemerahan pada kulit.
Tiada bukti kebakaran di tempat kejadian, bukan?
Ya, betul. Kenapa? Kulitnya melecur?
Saya akan jalankan biopsi kulit.
Kita akan tahu jenis kerosakan itu.
Saya akan buang tisu kulit.
Mari periksa livor mortis.
KULIT BERUBAH MENJADI WARNA UNGU SELEPAS KEMATIAN
Ada livor mortis di bahagian belakang badan,...
...tertumpu pada belakang badan dan punggung,...
...jadi tiada perubahan posisi selepas kematian.
Tiada pendarahan konjunktiva.
Rongga mulut dan hidung adalah bersih.
No comments yet. Be the first to leave one.