The Farewell

The Farewell

Download Malay Subtitle

Release info

The Farewell-2019 BLURAY (01:39:55)
The Farewell-2019 720p/1080p BluRay x264-AAA
The Farewell-2019 720p/1080p BluRay x264-[YTS LT]
The Farewell 2019 WEB-DL (01:40:14)
The Farewell 2019 720p WEBRip 800MB x264-GalaxyRG
A Commentary by Sanzoryu
🔹SUBS MALAY PENUH --- ALL BLURAY/WEB-DL --- "Kini tak perlu kerut dahi." | Runtime 01:39:55 (Bluray) / 01:40:14 (WEB-DL) | Manual translated from explosiveskull | Rate kalau suka🙂

Tags

BluRay
x264
720p
720
1080
TS
YTS
Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
webrip
BRip
Published on: 2019-11-10
Downloads: 38
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sarikata oleh Sanzoryu

Helo?

Nai Nai, hai!

Billi!

Dah tengah malam ni, kenapa kamu tak tidur lagi?

Tidur? Saya 12 jam lebih ke depan!

Bukan ke sekarang 7 pagi di China?

Dah hampir 7:30!

Sejuk ke di sana?

Kamu pakai baju tebal?

Kamu pakai topi tak?

Saya pakai satu.

Jangan risau pasal saya, Nai Nai!

Kamu perlu berhati-hati.

Nenek dengar yang...

di New York, orang akan curi anting-anting kamu.

Mereka akan rentap!

Kemudian kamu perlu pergi ke hospital untuk pembedahan.

Saya tak pakai anting-anting pun.

Ah. Jadi kamu dah tahu jugalah ya.

Bunyi apa tu?

Nenek ada di mana?

Nenek di rumah nenek saudara kamu.

Apa yang kamu sedang buat?

Saya sedang pergi ke rumah Ibu dan Ayah...

Kamu ada masa sebentar untuk selamatkan hidupan laut?

Sebentar ya, Nai Nai.

Baiklah.

Saya nak cakap sesuatu yang pelik, tapi...

saya pernah buat kerja ini.

Ooh, apa yang terjadi? Kamu dipecat ke?

Saya berhenti!

Sebab saya dah nak dipecat.

Siapa tu, Billi?

Uh, taklah, kawan tadi.

Apa tu?

Tiada apalah.

Nenek akan hubungi kemudian, okey?

Okey.

Yeah, hubungi saya semula ya, Nai Nai...

Nai Nai?

Mana adik saya?

Dia ada dengan doktor.

Okey kak. Mari pergi.

Kamu dah bercakap dengan doktor?

Sudah. Kamu sihat walafiat.

Betul ke?

Macam mana dengan imbasan CT tu?

Macam mana dengan tompok yang mereka nampak sebelum ni?

Semuanya dah tiada.

Rupanya bukan apa-apa pun.

Ia hanya tompok baik.

Tompok baik? Apa maksudnya tu?

Itulah apa yang doktor kata.

Kamu tak apa-apa. Mari pergi, kak.

Jadi pada satu hari, si isteri keluar ke pekan.

Dan bila dia balik, suaminya kata...

sayang, kucing tu dah mati.

Dan dia berkata "Kenapa awak beritahu saya pasal ni dengan tiba-tiba?"

Awak perlu tenangkan saya bila nak beritahu berita buruk."

Macam "sayang...

kucing itu, dia naik ke bumbung."

Jadi...

sekarang...

beberapa bulan kemudian, si isteri keluar ke pekan lagi.

Dan dia pulang, dan suaminya menyambutnya lagi.

Tapi kali ini dia dah ambil pengajaran.

Dan bila isterinya masuk menerusi pintu itu, dia pun berkata,

"Sayang, ibu awak, dia naik ke atas bumbung."

Macam mana kamu boleh masuk dalam ni?

- Nai Nai? - Billi!

Maafkan nenek letakkan telefon tadi.

Tak apa. Apa yang terjadi?

Tiada apa. Nenek baik saja.

Air awak tertumpahlah.

Air awak tertumpah!

Ooh!

Orang tua ni. Sangat cuai!

Maksud nenek En. Li?

Nenek tak patut setuju untuk bersama dengan dia!

Nai Nai...

Dia bukan boleh dengar nenek pun.

Dia sama saja seperti pekak.

Kenapa nenek masih bersama dia?

Lagipun dah bertahun dah.

Lebih baik dari tinggal seorang diri.

Sekurangnya ada tubuh lain yang bernyawa dalam rumah ni.

Kalau tak, bila nenek bangun ke tandas...

apa yang nampak hanya bayangan nenek.

Nak...

kamu dah ada kawan ke?

Saya ada banyak kawan, Nai Nai.

Maksud nenek kawan yang istimewa.

Kamu sendirian saja. Nenek risau pasal kamu.

New York tu tempat yang besar.

Saya dengan dukacitanya memaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Guggenheim kamu tidak berjaya.

Billi?

Kamu tak apa-apa?

Saya baik saja...

Saya cuma penat.

Kalau kamu penat, pergilah tidur!

Baik.

Saya sayang kamu, Nai Nai.

Nenek sayang kamu. Nenek sayang kamu.

Untuk bulan berapa?

Untuk bulan ni, Mei?

Apa jadi dengan yang bulan April?

Ibu aku kata kamu tak bayar lagi yang bulan April.

Kamu tahu tak kalau kamu pindah sekarang, kami boleh gandakan sewanya?

Jadi kenapa, kamu pokai lagi?

Kamu masih mahu selalu hidup macam ni ke?

Miskin tapi seksi, mungkin.

Kenapa kamu tak cuba menyimpan, huh?

Kamu patut ubah cara hidup mewah kamu tu.

Ibu, kalau ibu mahu membebel pada saya setiap kali

saya balik rumah, saya takkan balik rumah lagi.

Rendahkan suara kamu. Ayah sedang tidur.

Tidur? Baru 6:00 petang. Apa kena dengan Ayah?

Tiada apa. Dia cuma penat.

Ayah tak apa-apa ke?

Dia tak apa-apa, kami cuma sibuk, itu saja.

Sibuk dengan apa? Apa yang berlaku?

Hao Hao nak kahwin dah, jadi kami kena pergi ke China.

Apa? Sejak bila?

Bukan ke dia baru saja keluar dengan perempuan itu?

Kamu tak perlulah pergi.

Tiada siapa harapkan kamu pergi.

Dia satu-satunya sepupu saya.

Ibu tak fikir saya patut ada di sana?

Baik, baik.

Ibu rasa dia dah buat perempuan tu mengandung?

Berapa banyak wantan yang kamu nak?

Lima.

Lima? Itu tak cukup.

Buatlah 12.

10 dah cukup.

Baiklah.

Kenapa ni, Ayah?

Tiada apa.

Ayah dan Ibu bergaduh ke?

Ayah asyik minum arak ke?

Tolonglah beritahu apa yang berlaku ni.

Ayah buat saya takutlah.

Ada sesuatu yang berlaku.

Beritahu sajalah apa yang sedang berlaku.

Nenek kamu dah tak lama dah.

Dia ada kanser paru-paru tahap empat.

Doktor kata dia hanya ada tiga bulan.

Boleh jadi lagi cepat, kita takkan tahu.

- Saya perlu hubungi dia. - Kamu tak boleh buat begitu.

- Saya perlu jumpa dia. - Tak boleh buat begitu.

Dia tak tahu.

Keluarga mereka fikir lebih baik jangan beritahu nenek.

Jadi kamu tak boleh cakap apa-apa.

Saya tak faham.

Nenek dah tak banyak masa lagi, dia patut tahu, bukan?

Tiada apa yang mereka boleh lakukan.

Jadi semua orang putuskan untuk tidak beritahu dia.

Kenapa itu lebih baik?

Orang Cina ada pepatah mengatakan,

"bila orang dapat kanser, mereka mati."

Bukan kanser itu yang membunuh mereka, tapi ketakutan itu.

Okey, bila kamu berdua cadang nak beritahu saya pasal ini?

Sanggup kamu biar saya tahu dengan cara ini?

Macam mana Ibu patut beritahu kamu? Oh, nenek kamu di atas bumbung?

Macam mana dengan majlis perkahwinan itu?

Majlis tu hanya alasan untuk semua orang pergi jumpa dia.

Kami akan bertolak pagi nanti.

Saya kena pergi.

Billie.

Saya kena pergi.

Semua orang rasa lebih baik kamu tak pergi.

Tengoklah kamu.

Kamu tak boleh sembunyikan emosi kamu.

Kalau kamu pergi sekarang, Nai Nai akan dapat tahu dengan segera.

Siapa tu?

Ini saya, Billi.

Siapa?

En. Li?

Billi.

Billi?

Nak, macam mana kamu boleh datang ke sini?

Lekas, masuk dalam!

Hulurkan itu pada saya.

- Billi! - Huh?

Billi dah pulang...

Billi, anak nakal!

Mari, biar nenek lihat kamu.

Oh kamu taklah kurus sangat!

Ibu kamu kata kamu dah kurus,

tapi taklah kurus sangat!

Oh, cucu nenek.

Kenapa tak beritahu kamu nak datang?

Nenek dah hubungi kamu sepanjang minggu ni.

Tapi kamu tak jawab!

Ibu kamu kata kamu terlalu sibuk untuk datang.

Apa masalahnya?

Kenapa kamu tak bercakap?

Saya rindu nenek.

Nenek tahulah.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left