Bliss

Bliss

Download Malay Subtitle

Release info

Bliss 2021 1080p AMZN WEB-DL DDP5 1 H 264-MZABI
A Commentary by ShasyaLala
Amazon Retail

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
Published on: 2021-02-05
Downloads: 31
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Saya ada gambaran sebuah tempat di minda saya.

Kediaman, seorang wanita.

Entahlah jika semua itu benar.

Tapi ada perasaan yang berkaitan dengannya.

Perasaan itu benar.

Kebahagiaan

Saya akan sambungkan. Tunggu sebentar.

SEMENANJUNG

BALAI CERAP

RUMAH IMPIAN

Kenapa dia tak jawab panggilan lagi?

EMILY WITTLE LUNGSUR UNTUK JAWAB

-Hai, sayang. -Hai.

Ayah gembira awak telefon balik.

Bagaimana bahu ayah?

Baik. Kaki ayah sakit sikit,

tapi ayah makan ubat. Sudahlah tentang ayah. Apa khabar awak?

Saya baik.

Saya nak bincang tentang majlis graduasi saya.

Tak sangka awak dah tamat pengajian.

Tak sangka, bukan?

Masa berlalu begitu cepat.

Ayah bangga dengan awak.

Mak buat tempahan di Cliff's Edge.

Bagus.

Saya nak ayah datang.

Mak nak ayah datang tak?

Saya nak ayah datang.

Mungkin ayah boleh bawa awak dan adik awak keluar keesokan harinya dan...

Ayah tak nak datang ke majlis saya?

Ayah akan datang. Ayah akan duduk di bangku tangga.

Ayah akan jumpa awak dalam gaun dan topi. Ayah akan bersorak.

Ayah cuma tak nak hal menjadi rumit dengan mak awak.

Ya, ayah tahu ayah buat salah dan ayah cuma nak...

Tumpuan harus pada...

-Ayah... -Ya?

Ada banyak benda yang ayah fikirkan, kalaulah awak nampak.

Ayah tak apa-apa?

Ya, ayah sangat baik. Cuma...

Biar ayah...

-Ayah telefon awak nanti? -Okey.

-Okey. Ayah sayang awak. -Saya sayang ayah juga.

Greg Wittle.

Bjorn nak jumpa awak.

Okey, saya ke sana.

-Hai, Wittle! -Hai.

Awak cuti di dalam?

Tak, saya baru habis bertelefon.

Bos nak jumpa awak.

Ya. Saya nak ke sana sekarang.

Apa itu?

Tiada apa-apa.

-Ini hal peribadi. -Yalah.

Alamak. Maaf.

Tak apa.

-Saya perlu jawab panggilan ini. Maaf. -Berikan diri awak...

-Sekarang, En. Wittle. -Ya, saya datang.

Boleh awak tutup pintu?

Untuk mengisi semula preskripsi awak, tekan lapan.

Sila masukkan nombor preskripsi dan lima nombor selepas sengkang.

Anda masukkan nombor lapan, sembilan, tujuh, sembilan,

tujuh, lapan, empat, empat, lima,

lima, sembilan, kosong, satu, satu, dua.

Jika ini betul, tekan satu.

Kami tiada rekod preskripsi nombor

lapan, sembilan, tujuh, sembilan,

tujuh, lapan, empat, empat...

-Maaf. -Ya, jadualnya ketat.

Saya turun sekarang. Saya cuma nak jawab panggilan ini.

Nombor, tekan lapan. Untuk jabatan farmasi, tekan satu.

-Farmasi. -Hai, saya Greg Wittle.

Saya ada masalah mengisi semula preskripsi.

Awak hanya boleh isi lima kali. Doktor perlu berikan preskripsi baru.

Saya faham. Saya hanya isi semula empat kali.

Awak perlu kira kali pertama.

Kenapa? Kali pertama bukan isian semula.

Boleh awak tunggu sekejap?

-En. Wittle! -Saya datang.

Saya faham. Maaf. Terima kasih.

Boleh tak saya... Helo...

KEDATANGAN SPONTAN DIALU-ALUKAN KLINIK PEMULIHAN SAFE HARBOR

MASALAH TEKNIKAL

Maaf awak mengalami masalah teknikal.

Apa masalahnya?

-Hai, Doris. Maaf. -Ikut saya.

Dia dah keluar. Awak boleh duduk di sana.

-Greg Wittle. Apa khabar? -Bagus, Bjorn.

Terima kasih.

Saya akan berterus-terang.

Kita ditewaskan oleh rakan sejawat India dan autobot,

-dan ini salah awak. -Apa?

Apa dalam fikiran awak?

Adakah awak melukis gambar rumah impian

dan tak jawab telefon?

-Itu... -Pukul berapa sekarang?

Maaf?

Awak patut kata begitu dari awal.

Kita selalu mula dengan "Maaf" di sini. Di Masalah Teknikal.

Tiada cara mudah nak cakap tapi

awak dipecat.

Greg, awak dipecat.

Greg?

Minda awak tentu menakjubkan.

Ini permulaan hidup baru awak.

Bjorn?

TANDAS

Sekejap lagi saya keluar!

-Dia tiada di sini? -Tiada.

Awak boleh masuk sekarang.

Saya nak pergi makan dan dia boleh telefon saya

selepas dia balik.

Maaf, awak mengalami masalah teknikal.

Maaf, awak mengalami masalah teknikal.

Maaf, awak mengalami masalah teknikal.

Maaf, awak mengalami masalah teknikal.

Apa masalahnya?

Maaf, awak mengalami masalah teknikal.

Saya nak wiski. Ganda. Tiada ais.

Baik, Greg.

Tunggu sekejap.

-Saya akan mulakan bil awak. -Baik.

Awak nyata.

Apa?

Awak tahu awak nyata, bukan?

Saya tunggu... Maaf, saya kenal awak tak?

-Awak memesongkan kuasa saya. -Maaf?

Jangan minta maaf.

Saya bukan meminta maaf. Saya tak dengar.

Saya tak faham apa awak cakap.

Saya tak cam awak.

Saya tak kenal awak.

Mula-mula memang mengelirukan.

Saya Isabel. Mari duduk dengan saya.

Tak apa. Saya nak minum sendiri.

Awak perlukan alibi, bukan?

Apa?

Pemandangan menarik?

Langkah seterusnya sangat penting.

Awak tak nak habiskan sepanjang hayat di penjara.

Itu tak baik. Pandang saya.

Saya akan bantu awak

kerana saya rasa bertanggungjawab atas situasi awak.

Kenapa pula?

Anggaplah salah saya dunia ini wujud.

Jangan risau. Tak apa-apa. Saya akan uruskan.

Terlebih dahulu, awak perlu bantu saya.

Saya ada bekas teman lelaki.

Dia sangat teruk. Dia ada di bilik air.

Okey.

Dia ada sesuatu milik saya. Awak dengar tak?

-Ya! Tentang teman lelaki awak. -Bekas.

Dia ada rantai azimat saya. Saya perlukannya.

Kenapa awak tak gunakan kuasa awak?

Sebab dia nyata, seperti kita.

Awak asyik sebut nyata. Apa maksud awak?

Apa kita mahu?

Awak nampak orang-orang di luar? Mereka tak nyata.

Penjaga bar? Bukan nyata.

Semua ini tak nyata. Hanya ada beberapa orang seperti kita.

-Awak perlukan bantuan. -Tidak. Awak yang perlukan bantuan.

Dapatkan rantai saya dan saya akan selesaikan masalah awak, Greg.

Bagaimana awak tahu nama saya?

Saya baca fikiran awak.

Saya bergurau. Penjaga bar sebut nama awak tadi.

Tolonglah, Greg.

Awak tak rugi apa-apa.

Kenapa rantai ini begitu penting?

Ia mengandungi kristal kuning khas

yang berkuasa untuk memanipulasi dunia palsu ini.

Bagus. Cepat juga. Dia beri awak masalah?

-Tidak, dia pengsan. -Yakah? Baguslah.

Masuk ke dalam dan ambil dompetnya.

Dia belanja minum.

Tidak, saya ada duit.

Dia berhutang dengan saya.

Baiklah, masa untuk selesaikan masalah awak.

Awak berhak diberi permulaan baru.

-Okey. -Saya akan selesaikannya.

Awak nampak ini?

Dunia cuma cahaya yang memantul di sekeliling neuron awak.

Ia dicipta dan boleh diubah.

Awak bebas.

Dia lompat! Dia lompat keluar jendela!

Di sana! Dia bunuh diri di siang hari.

-Apa awak buat? -Saya cuma beli snek.

Mari kita pergi.

-Itu angkara awak? -Buat apa?

Ramai saksi nampak dia lompat keluar jendela

dan nampak awak keluar dari bar di seberang jalan.

Awak percaya sekarang?

-Saya lupa dompet saya. -Tak apa.

Saya boleh balik. Saya tak bersalah.

Tak boleh. Awak perlu bersembunyi sehingga kes ini tutup.

Tapi ada saksi nampak saya di bar.

Betul. Biar mereka yang ceritakan hal ini.

Awak tak nak dikurung di dalam bilik gelap,

dengan cahaya lampu di muka dan polis menyoal awak

kerana awak akan tersasul.

-Bersembunyi. Awak ada telefon? -Ya, kenapa?

...ketidaksamaan pendapatan dan kekayaan semakin ketara kebelakangan ini...

More Malay subtitles for Bliss

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left