Release info

May It Please the Court S01E06 DSNP ms
A Commentary by furosty
Disney Hotstar Retail

Tags

other
Published on: 2022-10-05
Downloads: 10
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

May It Please The Court

Episod 6

Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.

En. Do. Boleh beri saya alamat Cik Choi Yoonjung?

Dia tak jawab. Saya patut bawa dia sendiri.

Ya, saya akan hantar sekarang.

Ini Peguam Noh Chakhee.

Saya Daehan.

Tentu awak dapat nombor telefon saya daripada pengarah.

- Kamu kenal siapa mak cik? - Kenal.

Mak cik kawan peguam mak saya.

Saya dah dapat hadiah hari jadi yang awak hantar.

Terima kasih.

Sama-sama.

Mak cik akan cari tempat untuk kamu tinggal.

Kamu boleh jumpa mak kamu tak lama lagi, jadi jangan risau.

Jaga adik kamu baik-baik.

Mak cik akan jumpa kamu hujung minggu ini.

Baiklah. Ya, telefon mak cik kalau kamu perlukan apa-apa.

Baiklah.

- En. Jwa. - Ya?

Awak lapang hujung minggu ini?

Mungkin ya, mungkin tidak.

Apa maksudnya?

Jawapan saya bergantung pada sebab awak perlukan masa saya.

Apa ini, kucing Schrodinger?

Bukan. Ini anjing Shih Tzu Schrodinger.

Ada apa hujung minggu ini?

Kalau awak ada masa, boleh awak ikut saya ke rumah anak yatim?

Saya nak pergi jumpa anak-anak Soonyoung.

Saya ingatkan anak-anak dia tinggal dengan jiran mereka.

Tepat sekali. Itu yang saya fikir,...

...jadi, saya bayar dia sejuta won setiap bulan.

Kemudian dia hantar anak-anak itu tanpa berbincang dengan saya.

Saya tak rasa dia nak beritahu saya pun...

...jika saya tak melawat mereka untuk hari jadi Daehan.

Mereka tinggal di rumah anak yatim mana?

Polis Siasatan Tempat Jenayah Korea

Tumpang lalu.

- Kamu tak boleh ambil gambar. - Tolong berundur!

Oh, Tuhan.

Bagaimana pengarah rumah anak yatim boleh jadi begini?

Hei. Bagaimana?

Kami pergi ke rumah pengarah.

Tiada tanda-tanda pencerobohan.

Tapi salah seorang budak dari rumah anak yatim...

...ditemui tidur di rumah pengarah pagi tadi.

Budak lelaki dari rumah anak yatim? Berapa umur dia?

Pelajar sekolah tinggi?

Tidak, dia 10 tahun.

10?

Awak kenal dia, bukan?

Siapa dia?

Peguam Farmaseutikal Kangsung.

Awak kenal dia juga, bukan?

Ya.

Dia peguam saya. En. Jwa Sibaek.

Bagaimana Peguam Jwa Sibaek boleh mewakili kes awak?

Selepas saya dipecat,...

...saya tak tahu nak buat apa.

Saya terfikir untuk mengupah peguam dan...

...ketika itulah saya terima panggilan daripada Peguam Jwa.

Dia kata dia akan ambil kes saya secara percuma.

Maksud awak, dia hubungi awak dulu?

Ya.

Adakah itu satu masalah?

Adakah En. Jwa Sibaek tahu...

...tentang hubungan sulit awak dengan En. Cho Hyunsik?

Saya tak pernah beritahu sesiapa,...

...tapi peguam Kangsung dapat tahu dan gunakannya di mahkamah.

Maksud awak, Peguam Noh Chakhee dedahkan fakta itu di mahkamah?

Ya. Begitulah...

Saya nampak.

En. Cho menampar mukanya selepas perbicaraan.

Peguam Jwa juga nampak ketika kami keluar dari mahkamah.

Bilik Rakaman Temu Bual B

Helo.

- Ya, Sungtae. - Kyungjin!

Saya di Jeongha sekarang dan...

...tempat ini mengingatkan saya...

...kepada kes pembunuhan di padang golf.

Siapa mangsanya?

Pengarah rumah anak yatim. Dia ditemui di pantai.

Dia diikat dengan tali nilon...

...dan mati lemas juga, sama seperti kes-kes lain.

Namun dia mempunyai latar belakang sosial...

...yang berbeza dan menetap di bandar lain.

Saya rasa ini bukan pembunuhan bersiri.

Baik. Terima kasih, saya akan ke sana sendiri.

Jumpa nanti.

"Nampaknya ada jurang antara undang-undang dan realiti.

Saya akan pertimbangkannya."

Jika hakim kata begitu, awak terlepas.

Oh, begitu.

Mereka tak jual insurans am kepada pemandu forklift.

Itu bukan salah awak.

Betul, ya.

Walaupun hukuman tergantung bermakna awak bersalah,...

...sekurang-kurangnya tak ada denda.

Ya, terima kasih. Saya pergi dulu.

Cuma satu perkara.

- Ya? - Sebenarnya...

...pihak media mungkin nak temu bual awak nanti.

Kalau ya, tolong beritahu mereka betapa bersyukurnya awak...

...atas semua kerja keras yang saya lakukan bagi pihak awak.

Beritahu mereka dengan jujur.

Okey. Kalau begitu, hubungi saya. Selamat tinggal.

Mesej Baru. Panggilan Diterima daripada 010-0932-6212

Apa?

Kenapa saya terima banyak mesej?

Do Youngsoo

- Ya, En. Do. - Perbicaraan dah selesai?

Ya, baru saja selesai. Ada apa-apa berlakukah?

Ada orang muat naik khabar angin tentang awak di Internet.

- Khabar angin? - Mereka tak sebut nama awak.

Tapi jelas sekali mereka bercakap tentang awak.

Saya akan hantar pautannya sekarang.

Apa?

Khabar angin apa?

Apa yang berlaku?

Siapa Bunuh Cho Hyunsik, Hubungan Sulit dengan Peguamnya?

Peguam itu bekerja di Jang...

- ...selama tujuh, lapan tahun. - Apa ini?

Ketika itu, dia uruskan semua kes Farmasi Kangsung.

Dia menang kes sebelum Cho Hyunsik dibunuh.

Awak tahu bagaimana dia lakukannya?

Dia dedahkan hubungan sulit Cho dengan setiausahanya di mahkamah.

Firma Guaman Jangsan CEO Jang Gido

Kita perlu gunakan Noh Chakhee tak lama lagi,...

...tapi ini akan merosakkan imejnya.

Kita boleh cari pengganti.

Hakikat yang kita selesaikan masalah Farmasi Kangsung...

...takkan membantu kita.

Jika Chakhee dipersalahkan, itu perkara yang baik untuk kita.

Sementara orang marah dia tentang hubungan sulit,...

...saya akan terus usahakan perbicaraan semula...

...dan semua tuntutan mahkamah yang memihak kepada syarikat...

...akan menjadi agenda peribadi...

...Peguam Noh Chakhee.

Gido.

Awak tak buat begini, bukan?

Pentingkah siapa yang buat?

Helo?

Saya faham.

Rancangan awak untuk bina imej di rumah anak yatim...

...mungkin takkan berlaku.

Pengarah ditemui dibunuh.

Pekerja dia yang telefon.

Dia tanya jika kita masih boleh datang dan buat rakaman.

Beritahu dia, kita akan ke sana.

Awak pasti?

Pengarah mereka dibunuh.

Budak-budak itu kehilangan ayah mereka.

Buat kali kedua.

Mereka kehilangan ayah kandung mereka...

...dan sekarang tokoh bapa mereka.

"Ahli Dewan Jang Gido akan menjadi pelindung kanak-kanak."

Cik Noh!

Tolonglah, bukan di pejabat.

Maaf.

Awak tak boleh merokok di sini.

Saya akan saman mereka semua.

Tak guna. Cho Hyunsik dan saya...

Kenapa mereka kaitkan saya dengan Cho Hyunsik?

Saya akan tutup saluran itu sebab menyebarkan maklumat palsu,...

...jadi, jangan risau.

Dia cuma pempengaruh gosip tanpa kesan sebenar.

Apabila dia disaman,...

...dia akan ubah sikap serta-merta dan minta maaf.

Tapi apa yang berlaku sehingga itu?

Orang percaya apa yang mereka nak percaya.

Sesuatu yang menarik dan penuh skandal.

Kenapa saya perlu jadi topik perbualan mereka?

Satu-satunya kesalahan saya ialah bekerja keras.

Mungkin jenayah awak ialah awak bekerja terlalu keras di Jangsan.

Awak nak cari gaduh dengan saya?

Tidak.

Maafkan saya. Saya tak sensitif. Saya tak patut cakap begitu.

Polis sedang siasat kes ini,...

...jadi, pembunuh akan ditangkap tak lama lagi.

Kemudian, motif mereka akan terdedah...

...dan perhatian awam akan beralih kepadanya.

Ini takkan bertahan lama. Ia akan reda tak lama lagi,...

...jadi, jangan risau.

Aduhai.

Siapa yang bunuh Cho Hyunsik?

Maafkan saya.

Saya tak tahu kenapa, tapi saya sentiasa lapar.

Awak nak lagi?

Tak apa. Saya dah kenyang.

Jadi, apa seterusnya?

Nak saya hantar awak balik?

Awak tahu di mana saya tinggal?

Ya.

Saya...

...tak ingat apa-apa.

Tak mengapa.

Awak akan ingat tak lama lagi. Awak selalu begitu.

Apabila awak bangun...

...atau tiba-tiba semasa makan.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left