The first 200 lines.
Nama saya Ralph, dan saya orang jahat.
Saya 9 kaki tinggi. Berat 643 paun.
Saya seorang yang panas baran. - Hei, awak alih tunggul saya!
Keghairahan saya membuak-buak.
Saya tak tipu.
Apa lagi, ya?
Saya pemusnah. Saya musnahkan benda.
Secara profesional. - Saya akan musnahkannya!
Saya mahir dalam kerja saya. Mungkin yang terbaik.
Masalahnya, membaiki (fix) adalah nama permainan ni.
Lebih tepat, Fix-It Felix, Jr. - Baikinya, Felix!
Saya boleh baikinya! - Jadi, kebiasaannya...
...lelaki yang bernama Fix-It Felix adalah orang baik.
Dia baik seperti lelaki lain. Hebat membaiki sesuatu.
Tapi kalau awak ada tukul ajaib dari ayah awak...
...ia taklah sesukar mana.
Kalaulah dia seorang kontraktor tukang kayu biasa...
...saya jamin, dia tak mampu...
...baiki kerosakan yang saya buat dengan begitu pantas.
Bila Felix lakukan tugasnya dengan baik, dia dapat pingat.
Tapi ada tak pingat untuk bidang merosakkan benda?
Untuk itu saya cakap, "Ha!"
Tak ada.
30 Tahun Lepas
Sudah 30 tahun saya lakukannya. Saya dah lihat banyak...
...permainan lain datang dan pergi. Menyedihkan.
Saya teringatkan pasal mereka dari permainan Asteroids.
Lenyap. Centipede? Siapa tahu di mana dia?
Permainan arked yang hebat tak boleh dipandang remeh.
Saya sangat bertuah. Saya mengakui...
...agak sukar untuk kita sayangkan kerja kita...
Kini
...apabila tiada siapa sukakan apa yang kita buat.
Dah kosong. Arked telah ditutup.
Penatnya. Nak pergi ke Tappers, Ken?
Itupun kalau awak belanja, kawan.
Masa untuk berehat.
Entahlah. Mungkin saya takkan rasa begini...
...kalau segalanya berbeza selepas bekerja.
Tapi ia sememangnya begini. - Syabas, semua.
Felix dan Nicelanders luangkan masa di rumah mereka...
...yang telah dia baiki, dan semua orang...
Mereka pergi ke rumah mereka, dan saya ke rumah saya...
...iaitu tempat sampah.
Bila saya cakap "sampah," bukan bermaksud tempat buruk...
Maksud saya tempat sampah betul, di mana sampah dibuang...
...dan longgokan bata serta sisa bangunan.
Itulah yang saya panggil rumah. Saya tak boleh terlalu cerewet.
Saya ada batu-bata saya dan tunggul saya.
Kelihatan tak selesa. Tapi sebenarnya okey.
Tapi kalau saya benar-benar jujur dengan diri saya...
Saya lihat Felix di atas sana ditepuk belakangnya...
...orang berikannya pai dan berterima kasih...
...saya sangat gembira melihat dia sepanjang masa.
Ada kalanya saya fikir...
Alangkah seronoknya menjadi orang baik.
Perkongsian yang hebat, Ralph. Sebagai rakan jahat...
...kami semua juga rasa begitu dan kami mahu luahkannya.
Betulkah? - Di sini.
Saya Zangief, orang jahat. - Hai, Zangief.
Saya juga seperti awak, Ralph. Ketika saya pukul lawan...
...hancurkan tengkoraknya seperti telur di celah paha saya...
...saya terfikir, "Kenapa awak perlu sejahat tu, Zangief?"
"Kenapa awak tak boleh jadi baik?"
Kemudian saya tersedar. Kalau Zangief orang baik...
...siapa yang akan hancurkan tengkorak seperti telur di celah paha?
Dan saya kata, "Zangief, memang awak orang jahat..."
...tapi itu tak bermakna awak orang "jahat."
Ya. Maafkan saya, saya kurang faham.
Zombi. Orang jahat. - Hai, Zombi.
Maksud Zangief, melabelkan orang takkan buat awak gembira.
Baik atau jahat, awak tetap perlu sayangkan diri awak.
Ya, di dalam sini.
Baiklah, saya faham. Hati-hati, ia menitis.
Soalan, Ralph. Sudah lama kami ajak awak ke Bad-Anon...
...dan akhirnya awak datang juga malam ni.
Kenapa? - Entahlah. Saya cuma rasa nak datang.
Mungkin ia ada kaitan dengan...
Hari ini ialah ulang tahun ke-30 permainan saya.
Selamat ulang tahun, Ralph. - Terima kasih, Satan.
Ia Sateen, sebenarnya. - Yalah. Tapi ini masalahnya.
Saya tak nak jadi orang jahat lagi.
Awak tak boleh mengubah program, Ralph.
Awak takkan bertindak Turbo, betul tak?
Turbo? Saya takkan jadi Turbo. Ayuhlah, kawan-kawan.
Turbokah kalau nakkan kawan? Atau pingat?
Atau sepotong pai sekali-sekala? Turbokah jika mahu sesuatu?
Ya. - Ralph, kami faham.
Tapi kita tak boleh ubah siapa diri kita.
Lebih cepat awak terimanya...
...lebih baik permainan dan kehidupan awak.
Satu permainan pada satu masa, Ralph.
Mari bersurai dengan ikrar Watak Jahat.
Saya jahat, dan itu bagus.
Saya takkan pernah jadi baik, tapi itu taklah teruk.
Saya tak ingin jadi sesiapa kecuali diri saya.
Kita jumpa lagi minggu depan. - Saya tak boleh bawa snek.
Tabahlah, Ralph.
Zombie, jangan lupa kapak awak. - Itu dia.
Selamat datang ke Stesen Pusat Permainan.
Sila ke tepi, encik. Pemeriksaan keselamatan rawak.
Rawak apanya. Awak selalu tahan saya.
Saya cuma jalankan tugas, encik. Nama? - Lara Croft.
Nama? - Wreck-It Ralph!
Awak dari mana? - Pac-Man.
Awak ada bawa apa-apa buah bersama? - Tak.
Baiklah. Awak nak ke mana? - Fix-It Felix Jr.
Ada apa-apa nak cakap? - Saya benci awak.
Saya memahaminya. Teruskan.
Si jahat datang.
Jika anda tinggalkan permainan, sentiasa berjaga-jaga...
...dan walau apapun anda buat, jangan mati.
Kerana jika anda mati di luar permainan anda...
...anda takkan hidup semula. Permainan tamat.
Ambillah, kawan.
Masih segar. Diambil dari tempat Pac-Man.
Tabahlah, kawan.
Nama?
"Selamat Ulang Tahun ke-30"?
Mereka adakan parti tanpa saya.
Pac-Man? Mereka jemput Pac-Man?
Pengunyah ceri tu bukannya sebahagian dari permainan ni pun.
Parti yang hebat, Felix. - Terima kasih, kawan.
Felix, awak diperlukan di lantai tarian.
Pasti itu Mario. Dia memang sentiasa lewat.
Biar saya bukakannya, Felix.
Ianya Ralph!
Dia akan musnahkan parti. - Halau dia, Felix.
Baiklah. Saya akan bincang dengan dia.
Teruskan, semua.
Ralph, boleh saya bantu? - Hei, Felix.
Cuma nak tengokkan awak. Saya ternampak letupan...
...di atas bangunan. - Oh, itu cuma bunga api.
Bunga api, okey. Hari jadi seseorang atau...
Lebih kepada ulang tahun.
Ulang tahun ke-30 permainan kita, sebenarnya.
Apa? Hari ni? - Saya tahu!
Macam manalah saya boleh lupa. Apa-apapun, tahniah.
Terima kasih, Ralph. Tahniah kepada awak juga.
Cuma nak beritahu, Felix. Mereka akan keluarkan kek kejap lagi.
Hei, Glen. - Ralph.
Kek? Saya ada dengar pasal kek.
Tak pernah dapat. Tiada siapa membuangnya...
...jadi, ia tak pernah ada di tempat sampah.
Saya tak pernah merasanya.
Saya teringin nak cuba kek. - Saya tak fikir awak nak...
...masuk dan makan sepotong, kan?
Hei, semua orang!
Saya okey. Saya tak apa-apa.
Awak semua dah kenal Ralph. - Selamat malam.
Selamat malam, Nell, Lucy, Don, Dana...
Deanna. - Big Gene!
Kenapa dia di sini? - Dia cuma nak sepotong kek.
Saya bahagian penting dalam permainan ni.
Kenapa awak di sini, Gene? - Tengok, kek!
Awak memang hebat, Mary.
Tengok. Kita semua ada di atas.
Setiap bilik apartmen ada perisa kegemaran semua orang.
Bilik Norwood ialah perisa baldu merah. - Sedapnya!
Dan perisa lemon untuk Lucy. Kek rum untuk Gene...
...dan untuk Felix... - Hei, Mary.
Perisa apa lumpur yang saya melekat tu?
Coklat.
Saya tak pernah sukakan coklat.
Oh, saya tak tahu pula. - Seperkara lagi.
Saya tak suka jadi cerewet, tapi si kecil pemarah ni...
Kek saya! - ...mungkin lebih gembira kalau awak letak dia...
...di atas bersama semua orang. Nampak? Tengok senyumannya.
Tidak. Ralph, tak ada ruang untuk awak di atas ni.
Bagaimana dengan ini? Kita boleh buat ruang.
Kita boleh tukar giliran. Mudah saja.
Apa kata kita makan saja kek tu? - Nanti dulu.
Felix perlu berada di bumbung sebab dia bakal dapat pingat.
Jadi, apa kata kita beri pingat kepada Ralph sekali-sekala?
Adakah dunia akan musnah, Gene? - Sekarang, awak merepek.
Cuma orang baik dapat pingat, dan awak bukan orang baik.
Saya boleh jadi orang baik kalau nak , dan boleh menang pingat.
Bila awak dah berjaya, datang dan cakap dengan kami.
Dan awak akan letak saya di atas kek?
Kalau awak menang pingat, awak boleh tinggal di apartmen ni.
Tapi itu takkan berlaku, sebab awak cuma orang jahat...
...yang musnahkan bangunan. - Tak, saya bukan pemusnah.
Ya, awak pemusnah. - Tak, saya bukan!
Ya, awak pemusnah.
Baiklah, Gene. Awak tahu tak?
Saya akan menang pingat.
Pingat paling berkilat yang awak pernah lihat.
Pingat yang sangat bagus...
...sehinggakan pingat-pingat Felix terkencing dalam seluar.
Selamat malam. Terima kasih untuk parti.
Dia serius? - Oh, tolonglah.
Mana ada orang jahat akan menang pingat.
Tentulah dia tak serius.
Saya tak pernah begitu serius tentang apa-apa dalam hidup saya.
Sebab tulah saya ke sini, Tapper. Awak tak pernah beri salah panduan.
Di mana orang seperti saya boleh menangi pingat?
Saya tak rasa permainan sebegitu wujud, Ralph.
Ayuhlah, awak kenal orang. Pasti ada...
Tapper, saya nak rutbir. - Datang ni. Tunggu kejap.
Okey, apa awak cakap? - Saya cakap, saya tak boleh...
No comments yet. Be the first to leave one.