The first 200 lines.
Ia nampak seperti syurga, tapi hakikatnya,
padang pasir paling berbahaya di dunia,
Kalahari.
Selepas musim hujan singkat,
terdapat banyak lubang air dan malah sungai.
Selepas beberapa minggu,
air menyerap ke dalam pasir Kalahari yang dalam.
Lubang air mengering dan sungai berhenti mengalir.
Rumput bertukar menjadi kuning
yang enak untuk diragut oleh haiwan.
Tapi sembilan bulan berikutnya, tiada air untuk diminum.
Jadi kebanyakan haiwan akan pergi,
meninggalkan rumput kuning tak dimakan.
Manusia mengelak Kalahari yang luas seperti wabak
sebab manusia perlukan air untuk hidup.
Jadi, landskap yang indah ini tak dihuni oleh manusia...
kecuali orang kecil Kalahari.
Cantik, kecil molek, comel dan sopan,
orang Bush.
Orang lain boleh mati kehausan dalam beberapa hari di tempat ini,
tapi mereka hidup bahagia di padang pasir yang tak seperti padang pasir ini.
Mereka tahu tempat untuk menggali akar, bebawang dan tuber
serta tahu beri dan lenggai yang bagus untuk dimakan.
Sudah tentu mereka tahu cara untuk mendapatkan air.
Contohnya, kumpulkan titisan embun daripada daun di awal pagi
yang diletakkan pada petang sebelumnya.
Balung rumput juga boleh menjadi takungan.
Kalau tahu caranya,
sekelompok ranting terbiar boleh jadi petanda tempat untuk digali.
Anda boleh menemui tuber yang besar.
Kikis tatalnya dengan kayu
yang terbelah untuk menajamkan hujungnya.
Ambil segenggam tatal,
halakan ibu jari ke mulut dan picit.
Tentulah mereka manusia yang paling bahagia di dunia.
Mereka tiada jenayah, tiada hukuman,
tiada keganasan, tiada undang-undang,
tiada polis, hakim, peraturan atau ketua.
Mereka percaya bahawa dewa hanya letak benda baik dan berguna
di atas muka Bumi untuk mereka gunakan.
Dalam dunia mereka, tiada kejahatan atau syaitan.
Malah, ular berbisa pun bagus.
Cuma perlu mengelak daripada dipatuk.
Sebenarnya, ular sangat bagus.
Malah, ia sedap,
kulitnya boleh jadi kantung yang elok.
Mereka tinggal di Kalahari yang luas dalam kumpulan keluarga yang kecil.
Satu keluarga mungkin berjumpa keluarga yang lain
sekali dalam beberapa tahun.
Pada kebanyakan masa mereka tinggal dalam pengasingan,
tak tahu ada orang lain di dunia ini.
Di Kalahari yang luas, terdapat orang Bush
yang tak pernah nampak atau mendengar tentang manusia bertamadun.
Ada kalanya mereka dengar bunyi guruh
ketika tiada awan di langit,
dan mereka menganggap dewa makan terlalu banyak
dan perut mereka berderam-derum di atas sana.
Ada kalanya mereka boleh nampak bukti dewa kembung.
Bahasa mereka ada idiosinkrasi yang tersendiri.
Ia mengandungi banyak bunyi klik.
Mereka manusia yang sangat lembut.
Mereka tak pernah menghukum kanak-kanak atau bercakap kasar dengannya,
jadi, sudah tentu kanak-kanak itu berkelakuan baik,
dan permainan mereka comel dan berdaya cipta.
Apabila keluarga memerlukan daging,
pemburu akan celup anak panah kecilnya ke dalam bru yang menjadi ubat penenang,
jadi rusa jantan yang dipanah hanya rasa sengatan,
dan anak panah terjatuh.
Haiwan itu lari tapi tak lama kemudian rasa sangat mengantuk
dan berhenti berlari.
Selepas seketika, haiwan itu akan tidur.
Pemburu meminta maaf kepada mangsanya.
Dia menjelaskan yang keluarganya memerlukan daging.
Satu ciri yang benar-benar membezakan
orang Bush daripada semua bangsa lain di muka Bumi ini
ialah hakikat yang mereka langsung tiada rasa pemilikan.
Tiada apa boleh dimiliki di kawasan kediaman mereka,
hanya ada pokok, rumput dan haiwan.
Malah, orang Bush ini tak pernah lihat batu atau batuan seumur hidup mereka.
Benda paling keras yang mereka tahu ialah kayu dan tulang.
Mereka hidup di dunia yang lembut,
tiada apa-apa yang keras seperti batu atau keluli atau konkrit.
Hanya 600 batu ke selatan, ada sebuah bandar besar.
Di sini anda temui manusia bertamadun.
Manusia bertamadun enggan menyesuaikan diri dengan persekitarannya.
Sebaliknya, dia menyesuaikan persekitarannya untuk dirinya.
Jadi dia membina bandar, jalan, kenderaan, jentera,
dan dia memasang talian elektrik untuk menjana peranti jimat buruhnya.
Tapi dia tak tahu waktu untuk berhenti.
Semakin dia baiki persekitarannya untuk memudahkan kehidupannya,
dia menjadikannya semakin rumit.
Jadi, kini anak-anaknya dihukum untuk bersekolah sepuluh hingga 15 tahun
hanya untuk belajar cara untuk hidup dalam habitat kelahiran mereka
yang kompleks dan bahaya.
Manusia bertamadun yang enggan menyesuaikan diri
dalam persekitaran semula jadi sedar perlu sesuaikan diri
dan menyesuaikan semula dirinya sepanjang masa
dengan persekitaran ciptaannya sendiri.
Contohnya, jika hari itu disebut Isnin
dan angka 7:30 muncul,
anda perlu menyahsuaikan diri
daripada persekitaran domestik anda
dan sesuaikan semula diri anda dengan persekitaran yang berbeza.
Angka 8:00 bermaksud semua orang perlu nampak sibuk.
Ada kisah yang bagus tentang kanak-kanak kurang upaya.
Kanak-kanak kurang upaya? Tidak!
Jangan cetak bahan yang menyedihkan!
Ya, baiklah. Maafkan saya.
Saya cetak yang bahagia saja, walaupun ia membosankan mereka.
Angka 10:30 mengatakan anda perlu berhenti nampak sibuk selama 15 minit.
Kemudian anda perlu nampak sibuk semula.
-Hai, Kate. -Hai, Pete.
Boleh awak gunakan ini?
Ia tentang kekurangan guru di Botswana.
-Cerita yang bagus? -Ya.
Terdesak, mereka terima sesiapa yang boleh baca dan menulis.
Entahlah.
Saya diherdik kerana terbitkan cerita tentang samun.
Katanya halaman saya hanya patut ada bahagia saja,
macam Liberace dan Jackie Onassis. Maaf.
Hari anda dipotong menjadi kepingan kecil,
dalam setiap segmen masa,
anda perlu sesuaikan diri dengan keadaan baharu.
Boleh saya kongsi meja?
Tak hairanlah ada orang yang berkelakuan pelik.
Bunyi dalam kepala saya mengganggu awak?
Tidak.
Pete, awak masih ada cerita tentang kekurangan guru di Botswana?
Ya. Awak nak menggunakannya?
Tak. Mungkin mereka boleh gunakan saya.
Tapi di Kalahari, harinya sentiasa Selasa atau Khamis, kalau anda suka,
atau Ahad.
Tiada jam atau kalendar yang memberitahu anda untuk buat itu atau ini.
Kebelakangan ini, ada kalanya benda aneh muncul di langit,
burung bising yang terbang tanpa mengibaskan sayapnya.
Suatu hari, sesuatu jatuh dari langit.
Xi tak pernah lihat benda begini seumur hidupnya.
Ia nampak seperti air tetapi ia lebih keras
daripada benda lain di dunia ini.
Dia tertanya sebab dewa menghantar benda ini
ke Bumi.
Ia adalah benda paling aneh
dan paling cantik yang mereka pernah lihat,
dan mereka tertanya sebab dewa menghantarnya kepada mereka.
Jari Xabo tersekat di dalam benda itu,
dan anak-anak anggap itu sangat lucu.
Pada awalnya, Xi cuba benda itu untuk membaiki tali kulit.
Bentuk dan beratnya sangat tepat.
Ia juga licin
dan ideal untuk mengawet kulit ular.
Xabo juga dapati alat itu boleh menghasilkan muzik.
Setiap hari mereka menemui cara baharu untuk menggunakan benda itu.
Ia lebih keras, berat dan licin daripada apa-apa yang mereka tahu.
Ia adalah benda paling berguna yang dewa pernah beri kepada mereka,
peranti yang sangat menjimatkan tenaga.
Tapi dewa telah cuai.
Mereka hanya hantar satu.
Kini, buat pertama kali dalam seumur hidup mereka,
inilah benda yang tak boleh dikongsi kerana hanya ada satu.
Tiba-tiba, semua orang memerlukannya hampir sepanjang masa.
Benda yang tak pernah diperlukan sebelum ini menjadi keperluan.
Emosi yang aneh mula bergolak,
perasaan ingin memiliki dan tak mahu berkongsi.
Kini muncul perasaan baharu,
marah, cemburu, benci dan kejam.
Xi marah terhadap dewa.
Jeritnya, "Ambil balik barang ini! Kami tak mahu!
"Lihatlah masalah yang ia cetuskan!"
Tapi dewa tak mengambilnya balik.
Jeritnya, "Kamu gila kerana menghantar benda ini kepada kami! Ambil balik!"
Kemudian dia menjerit, "Awas!"
Tetapi dia terlambat.
Benda itu menimpa anak perempuannya, Xani.
Xi membawa benda itu pergi daripada tempat tinggal dan menanamnya.
Petang itu, tiada ketawa
dan celoteh di sekeliling unggun api.
Perasaan malu yang aneh menyelubungi keluarga itu,
lalu mereka terdiam membisu.
Xi berkata, "Saya dah tanam benda itu.
"Ia takkan buat kita tak bahagia lagi."
Malam itu, seekor dubuk terhidu bau darah pada benda itu
dan mengoreknya.
Tapi khinzir kutil yang garang menghalau haiwan itu
dari wilayahnya dan benda itu terjatuh.
Keesokan harinya, Xani menemuinya.
Adiknya, Xoma terdengar dia memainkannya,
katanya, "Biar saya cuba! Saya pun nak cuba juga!"
Malam itu, keluarga itu sangat tak bahagia.
Mereka mula bercakap tentang benda yang muncul dalam kehidupan mereka itu.
Mereka tiada nama untuknya. Mereka menggelarkannya benda jahat.
Kata Xabo, "Mungkin dewa tak sengaja
"waktu mereka menjatuhkan benda jahat itu ke Bumi.
"Biasanya mereka hanya hantar benda baik kepada kita seperti hujan, pokok
akar dan beri untuk dimakan
"sebab kita anak mereka dan mereka sayang kita.
"Tapi sekarang mereka hantar benda jahat kepada kita."
Kata Xi, "Tempat benda itu bukan di Bumi.
"Esok saya akan membawanya ke hujung Bumi dan membuangnya."
Kata Xabo, "Saya rasa penghujung Bumi tentu sangat jauh.
"Rasanya awak perlu berjalan selama 20 atau 40 hari."
No comments yet. Be the first to leave one.