The Good Detective

The Good Detective (모범형사)

Download Malay Subtitle

Release info

모범형사-The-Good-Detective E07-NEXT VIU
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-08-19
Downloads: 18
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sub bY VIU

Resynced == ANANG KASWANDI ==

(Semua lokasi, watak, agama, organisasi,)

(dan insiden dalam drama ini adalah fiksyen.)

(Soal Siasat Pembunuhan Yoon Ji Soo dan Jang Jin Soo)

(Kang Do Chang, Balai Polis Incheon Seobu)

Detektif Kang.

Saya dengar tentang awak di rumah tahanan.

Semua orang cakap awak adalah orang yang baik.

Saya rasa lega.

Saya rasa lega...

kerana seseorang seperti awak mengambil kes saya.

Berhenti merepek...

dan jawab soalan saya dengan jujur.

Ya, sudah tentu.

Saya akan beritahu awak perkara sebenar.

Saya bersumpah atas nama anak perempuan saya...

yang saya tidak akan berbohong.

Saya rasa kita tidak perlu risau tentang saksi.

Cerita dari anggota polis yang patut kita risaukan.

Bagaimana dengan ini?

Saya sudah semak dokumen ini.

Ya, saya ada tambah sesuatu kepadanya.

(Saya percayakan Guk Hyun tentang CCTV tanpa periksa sendiri.)

Saya berada di pejabat kurier pada waktu itu.

Awak boleh periksa. Saya beritahu perkara sebenar.

Ada berapa orang di sana?

Saya telah percayakan Nam Guk Hyun...

apabila dia cakap yang dia telah periksa CCTV pejabat kurier itu.

Sepatutnya saya pergi dan periksa sendiri.

Kenapa pula saya mahu bawa pisau? Untuk apa?

Pisau yang saya bawa...

adalah pisau yang sangat kecil untuk buka bungkusan,

Itu bukan pisau yang saya bawa.

Saya hanya anggap itu sebagai satu jenayah yang telah dirancang.

Sepatutnya saya periksa kemungkinan...

yang ia adalah sesuatu yang tidak disengajakan.

Awak cakap saya telah rogol seseorang dalam trak kurier...

dan membunuhnya?

Saya perlu pulangkan trak kurier menjelang waktu itu.

Jika tidak, pihak syarikat pasti akan tahu.

Saya hanya periksa dengan syarikat itu melalui telefon...

dan telah buat dia katakan apa yang saya mahu dengar.

(Saya hanya periksa dengan syarikat itu melalui telefon.)

Selepas tinggal dengan Eun Hye saya langsung tidak meludah.

Saya rasa terlalu malu dengan kisah silam saya.

Bagaimana seseorang seperti saya...

membunuh bukan hanya satu, tapi dua orang.

Adakah awak fikir...

saya mampu merenung tepat ke dalam mata Eun Hye?

Saya risau tabiat buruk saya mungkin muncul semula...

dan sering melihat gambar Eun Hye dalam telefon bimbit saya.

Saya beritahu diri saya yang dia sedang perhatikan saya...

setiap kali saya melihat telefon saya...

dan ucapkan terima kasih.

Saya ucapkan terima kasih kepada dia kerana jadi anak saya.

Saya melihat foto dia dan bercakap dengan dia seribu kali sehari.

Bukan saya yang lakukannya.

Bukan saya.

Saya...

berjanji dengan awak.

Saya bukan ayah yang teruk kepada Eun Hye.

Saya bukan seorang ayah yang mengerikan seperti itu.

Saya yakin...

Detektif Kang.

Saya nampak keikhlasan dalam mata dia.

Namun begitu,

saya sengaja abaikan fikiran itu.

Saya beritahu diri sendiri yang saya hanya selesaikan kes yang ada bukti.

(Saya abaikan kejujuran dia dan fokus kepada bukti.)

- Detektif Kang. - Ya?

Ini...

tidak akan banyak membantu dalam perbicaraan itu.

Ia terlalu subjektif.

Tapi...

Bukankah itu juga akan dipertimbangkan?

Sekurang-kurangnya ia membuktikan satu fakta penting.

Detektif Kang,

detektif yang telah menahan Lee Dae Chul,

yakin bahawa dia tidak bersalah.

Awak memang fikir begitu.

Baiklah.

Saya boleh cakap yang kita sudah bersedia...

untuk memenangi kes ini.

Oh Tuhan.

Awak sudah boleh mula berharap sekarang.

- Encik So. - Ya?

Tolong...

benarkan saya mati dengan tenang.

Apa?

- Dia sudah sampai. - Ayuh.

- Cepatlah. - Oh Tuhan.

Eun Hye.

- Berhenti di sana. - Kenapa?

Berhenti sahajalah. Saya perlukan udara segar.

Saya rasa loya.

Pasti kerana sesuatu yang saya makan.

Awak rasa tidak selesa...

dan menyesal, betul?

Kenapa pula saya patut rasa menyesal?

Apa lagi yang saya patut lakukan?

Saya telah lakukan semua yang saya mampu.

Saya boleh pergi jumpa dia bersendirian.

Beri saya masa sebentar. Saya cuma rasa loya.

Sudah berapa lama?

Bila awak mula fikir yang saya tidak bersalah?

Selepas langsung tidak beri saya ruang untuk bernafas dahulu?

Lihat. Dengar...

Pasti awak sudah salah faham,

tapi kami tidak yakin sepenuhnya yang awak tidak bersalah.

Namun begitu, ada bukti baru telah ditemui,

dan kami cuma menyiasat semula kes ini...

selepas putuskan ia berkaitan dengan kes itu.

Jika bukti itu...

gagal buktikan awak tidak bersalah dalam perbicaraan semula itu,

kami akan terima keputusan itu seadanya.

Ya, itu memang betul.

Namun begitu,

kami akan lakukan apa sahaja yang kami mampu.

Kami akan cari semua bukti yang ada.

Lupakannya. Batalkan kes itu.

Kenapa awak tidak mahu perbicaraan semula?

Saya tidak akan salahkan awak, jadi tolong hentikannya.

Saya...

telah bunuh awak dan detektif lain berkali-kali dalam impi saya.

Jadi awak boleh hentikan semua ini.

Jangan cakap apa-apa dan pergi dari sini.

Saya sering bertemu dengan Eun Hye.

Anak perempuan awak Lee Eun Hye.

Jangan risau. Detektif Kang jaga dia dengan baik.

Lee Dae Chul, bukankah awak patut lihat anak awak Eun Hye...

lama sedikit?

Saya tidak boleh berjanji untuk bawa awak keluar dari sini,

tapi sekurang-kurangnya...

Saya boleh buat hukuman awak dikurangkan.

Jadi awak boleh hidup untuk lihat Eun Hye.

Kenapa?

Kenapa awak libatkan gadis tidak bersalah itu ke dalam semua ini?

- Lepaskan dia. - Berani awak...

Awak yang telah buat dia berada di jalanan!

- Awak sedang buat apa? - Jawab soalan saya!

Kenapa Eun Hye jadi begitu, tidak guna!

Itu semua disebabkan saya.

Bunuh sahaja saya.

Kenapa?

Eun Hye minta bantuan saya.

Dia minta saya selamatkan awak.

Mari kita lakukannya.

Walaupun jika ia hanya untuk dia.

Awak perlu terus hidup, Lee Dae Chul.

Lepaskan dia.

Tidak mengapa. Kami akan bertanggungjawab.

Awak ada dengar tentang Eun Hye kebelakangan ini?

Siapa beritahu awak...

yang dia berada dalam keadaan yang teruk?

Tiada sesiapa.

Saya cuma risau tentang dia.

- Lee Dae Chul. - Jangan tanya saya apa-apa.

Awak tidak perlu buat apa-apa untuk saya.

Detektif Kang.

Ya? Kenapa?

Ada satu perkara yang awak boleh lakukan untuk saya.

Sudah tentu. Beritahu saya awak mahu apa.

Apabila Eun Hye berkahwin,

tolong...

iringi dia untuk saya.

Itu sahaja...

yang saya minta awak tolong lakukan.

Itu pasti tentang Eun Hye.

Awak kenal Oh Jong Tae?

Ya, betul.

Enam bulan lepas,

dia telah diberikan kebenaran untuk mulakan dana pelaburan hartanah.

Adakah awak juga sedar tentang itu?

Ya, saya memang ada mendengarnya.

Dana pelaburan hartanah dianggap sebagai angsa emas.

Tapi, Oh Jong Tae, yang tiada pengalaman dalam bidang kewangan,

telah menjadi satu-satunya orang di Incheon...

yang memulakan dana pelaburan hartanah.

Awak rasa siapa yang berada di sebalik semua ini?

Adakah itu kerana Oh Jong Tae tinggal di kawasan awak?

Latar belakang saya adalah perundangan.

Saya tidak tahu banyak perkara tentang dunia kewangan.

Saya juga tiada apa-apa kaitan.

Ketika itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan...

diketuai oleh Geum Jang Ho.

Dahulu dia adalah teman aktivis pelajar awak, betul?

Semasa zaman pemerintahan tentera,

awak berdua tetap bersama ketika susah atau senang.

Itu cuma satu kebetulan.

Ya.

Okey, baiklah.

Seperti yang dijangka,

nama awak telah disebut semasa sidang itu...

berkenaan pengesahan terhadap Pengurusan Amanah Jeil.

Pengerusi Jawatankuasa Perundangan dan Kehakiman...

telah perintahkan awak supaya menemani dia.

Apa yang saya patut lakukan?

Adakah saya patut larikan diri?

Tidak.

More Malay subtitles for The Good Detective

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left