The first 200 lines.
Awak masih belum belajar dari pengajaran lagi.
Awak sudah lupa apa akan berlaku kalau bercakap dengan orang lain?
Awak patut dipukul lebih teruk.
Perempuan di kedai serbaneka itu mati kerana awak.
Kerana awak membawa nasib malang.
Kerana awak membawa nasib malang. Tidak guna.
- Tidak guna... - Nama dia adalah Go Ji Young!
- Apa? - Dia bukan perempuan biasa.
Nama dia adalah Go Ji Young.
Biar saya bantu awak membuat pembayaran.
Selamat tinggal.
Dia senyum kepada saya.
- Dia seorang yang baik. - Lelaki dungu jenis apa awak ini?
Dia senyum kepada awak kerana awak adalah pelanggan.
Dia hanya senyum kepada semua orang, faham?
Tidak betul. Dia senyum kepada saya kerana...
Jadi apa?
Adakah sebab itu awak biarkan dia mati?
Awak tahu dia akan mati, bukan?
- Tidak. - Saya pasti awak dapat rasakannya.
- Tidak. - Awak selalu tahu,
tapi awak hanya mendiamkan diri!
Tidak!
Tidak guna...
Apa masalah dia?
Disebabkan kejadian semalam, keadaan di laut menjadi huru-hara.
Bagaimana kita hendak memancing ikan sekarang?
Kali ini, kita benar-benar perlu failkan aduan...
dan menyiasat apa yang berlaku dengan teliti.
- Siapa budak-budak ini? - Siapa?
Apa yang awak pencuri buat di sini?
Tidak, tunggu. Mereka bukan pencuri.
Saya dengar ada kejadian besar telah berlaku di pulau berdekatan.
Semua polis maritim dan helikopter kena pergi ke sana.
Awak rasa mereka dari sana? Oh Tuhan.
Mereka terlalu muda untuk berenang dari sana ke sini.
Oh Tuhan.
Hei, budak. Beritahu kami.
Adakah awak dari pulau itu?
Apa kita patut lakukan?
Tidak, ayah kami cakap dia akan datang mengambil kami.
Dia suruh kami menunggu di sini buat sementara waktu.
Kenapa awak bawa mereka ke rumah kita?
Encik Park mahu bawa mereka pergi ke balai polis,
tapi ayah mereka akan datang ambil mereka,
jadi, tidak perlu bawa mereka ke sana.
Siapa tahu jika mereka benar-benar ada ayah?
Muka mereka penuh dengan darah.
- Budak-budak itu akan dengar. - Bagaimana sekarang?
- Tidak mengapa jika ke balai polis? - Tidak boleh.
Awak sudah lupa, siapa yang membina kemudahan kita?
Tidak siapa akan benarkan kita hidup.
Awak dungu, jadi ikut saja saya.
Lebih baik bunuh mereka dulu...
daripada takut dibunuh, bukan?
Orang jahat yang memungkiri janji...
dan yang hanya mementingkan diri sendiri.
Mereka berdua tinggalkan saya dan melarikan diri.
Saya akan bunuh mereka semua.
Awak sudah besar!
Saya tidak akan dapat cam kalau terjumpa awak di jalanan.
Tidak perlu bergurau.
Saya yakin kita berdua tidak peduli tentang itu.
- Helo? - Ayah. Saya ada di makmal awak.
Awak berada di pejabat? Saya akan datang sekarang.
Saya tidak boleh berjumpa awak sekarang.
Apa maksud awak? Saya sudah hampir sampai.
Saya akan tinggalkan barang yang ibu suruh berikan.
- Dan berbual sekejap. - Kita boleh berbual di rumah esok.
Saya sudah hampir sampai.
Penghantaran.
Oh Tuhan. Awak memang tidak mendengar cakap.
Awak ada tong sampah.
Siapa yang buang bungkusan gula-gula di sini? Biadab sungguh.
Saya ada masalah serius.
Saya benar-benar mahu bercakap dengan awak.
Apa dia? Ada apa-apa masalah?
Awak tidak berminat dengan kehidupan saya?
Anak awak ini bakal dipecat.
Saya tidak kisah jika awak tinggalkan pasukan itu.
- Apa? - Dari mula lagi...
saya tidak suka awak menjadi polis.
Awak tidak pernah cakap begitu.
Saya anggap awak akan selamat dan jauh dari bahaya.
Tapi sudah berbeza sekarang.
Apa yang berbeza?
Adakah kerana kapten saya?
Ayah. Saya belum pasti lagi,
tapi ada banyak kes kapten yang tidak semudah yang disangka.
- Sebab itu saya menyiasat... - Kenapa awak menyiasat?
Ada banyak benda dalam hidup ini yang tidak semudah yang disangka.
Awak mahu masuk campur dalam semua itu?
Adakah lelaki yang awak suka itu adalah kapten awak?
Itu tiada kaitan dalam hal ini.
Saya sudah cakap, teruskan hidup awak.
Jika orang itu menolak cinta awak, awak kena menerimanya.
Bukan tentang itu.
Ada sesuatu yang mengerikan di sebalik kes sini.
Itulah alasan lebih kuat untuk awak tidak masuk campur.
Jika budak ketiga itulah pembunuhnya,
dan bukannya Penguasa Do,
kita terlepas sesuatu...
di lokasi jenayah ini.
Saya sudah agak. Bukan hanya berkunci.
Pengimbas yang hanya membenarkan akses kepada sesetengah orang.
Tiada di sini sewaktu kami menggeledah tempat itu.
Jika Penguasa Do yang mengubahnya...
pasti pembunuh yang telah memasangnya.
Pasti ada sesuatu yang salah.
Jika ada sesuatu yang salah, kita kena perbetulkannya.
Adakah awak mempunyai kuasa untuk buat begitu?
Awak tidak patut masuk campur.
Hye Won. Ini bukan sesuatu yang awak boleh tukar.
Ayah.
Maaf.
Saya terlalu sensitif.
Tidak. Saya pasti ada banyak benda di dalam fikiran awak.
Saya terlalu mementingkan diri.
Saya akan pergi sekarang.
Hati-hati balik ke rumah.
Awak juga patut berehat.
Nampaknya awak menambah Hye Won ke dalam pasukan awak kerana saya.
Adakah perlu untuk menyembunyikannya?
Kalau sayangkan anak awak,
jangan membazirkan masa saya, dan terus terang saja.
Apa yang awak mahu?
Lokasi bagi makmal yang menjalankan ujian itu...
dan rumah Ji Hyung Geun.
Saya dengar awak berkongsi formula saya bersama dia.
Sebab itu dia masih sihat walaupun usianya sudah melebihi 100 tahun.
Tapi, saya tidak tahu di mana dia berada dan apa yang dia lakukan.
Apa yang awak mahu lakukan?
Jika kesalahan telah dilakukan, saya kena perbetulkannya.
Dan saya ada kuasa untuk buat begitu.
Do Jung Woo.
Apa yang awak lakukan adalah satu keajaiban.
Semua orang mencari penyelesaiannya,
dan seorang budak berusia lapan tahun telah menjumpainya.
Awak jumpa formula untuk seseorang hidup selama-lamanya.
Kenapa awak padam formula yang lengkap itu?
Semua orang pasti boleh gembira.
Adakah awak hanya pentingkan formula itu?
Awak tidak rasa sedikit pun rasa bersalah?
Budak-budak kecil yang tidak dapat melihat dunia...
mati dalam kesakitan dan otak mereka meletup kerana ujikaji itu.
Awak tidak rasa tertekan melihat mereka mati begitu?
Orang yang rasa sedih melihat tikus makmal cedera...
tidak layak menjadi ahli saintis.
Sangat adil.
Kerana tikus makmal juga tidak rasa bersalah...
kerana mencederakan ahli saintis.
Kunci kereta saya.
Awak rasa Hye Won akan maafkan awak kalau awak bunuh saya?
Saya tidak perlukan kemaafan dia.
Apa anak awak akan rasa kalau dapat tahu saya yang bunuh awak?
Anak awak yang menderita kesakitan.
- Sebab itu saya simpan dia di sisi. - Kenapa awak buat begini?
Apa kebaikannya untuk awak?
Ada banyak perkara yang tidak adil di dalam dunia ini.
Satu-satunya perkara adil adalah hakikat yang kita semua akan mati.
Tapi saya sedar saya hampir boleh menukarnya.
Fikirkan tentangnya.
Awak rasa apa berlaku jika orang berkuasa saja dapat hidup selamanya?
Bukankah itu menakutkan?
Beritahu saya. Di mana makmal rahsia...
dan di mana Ji Hyung Geun?
- Awak tidak apa-apa, tuan? - Ya, saya tidak apa-apa.
Cari dia sekarang.
- Pergi ikut situ. - Baik, tuan.
Saya tertinggal kunci kereta saya...
Ke mana dia pergi?
Dia juga tinggalkan telefon dia.
(Ulang Tahun ke-20 Bioteknologi Malam Putih)
(Ulang Tahun ke-20 Bioteknologi Malam Putih)
Apa yang Son Min Ho buat di dalam gambar ini?
Rasa lebih lega dapat mengejar seseorang, daripada dikejar.
Sudah lama saya menjadi pelarian.
Akhirnya saya ingat awak selepas dengar cerita awak.
Awak sangat mementingkan diri dan tidak pernah membuka hati awak.
Awaklah nombor 113, bukan?
Awak masih ingat saya?
Itu bermakna, awak sudah tahu apa yang berlaku di sana.
Jadi, apa yang awak buat di sini?
Awak tidak dengar saya cakap apa?
Saya tanya, apa yang awak buat di sini.
Saya pilih pihak yang menang.
Nampaknya, saya juga mempunyai masalah dengan otak saya.
Tapi mereka menawarkan untuk merawat saya.
Dan terima kasih kepada ubat yang mereka berikan kepada saya,
saya sudah tidak terlalu sakit kepala lagi.
Jadi, awak buat keputusan untuk menjadi anjing setia mereka?
Saya sudah cakap. Saya hanya pilih pihak yang menang.
Ini sentiasa menjadi masalah.
Awak rasa diri awak lebih baik kalau pilih pihak yang betul.
Kalau rasa lebih baik hidup sebagai anjing, jadi teruskan.
Jaga kata-kata awak.
Bukan itu yang saya sedang lakukan.
Awak tidak peduli tentang apa yang betul dan apa yang salah.
Jadi, jangan harap ada orang akan menghormati awak.
Mereka pasang alat keselamatan agar kakitangan yang dibenarkan saja...
No comments yet. Be the first to leave one.