The first 200 lines.
Subtitle bY VIU Resynced == ANANG KASWANDI ==
(Semua lokasi, watak, agama dan organisasi,)
(dan insiden dalam drama ini adalah fiksyen.)
Ya.
Peguam minta gambar tambahan tempat kejadian.
Ya, saya akan buat permintaan waran sebaik saja saya kembali.
Baik.
Awak sudah ingat sekarang?
Awak beritahu saya...
untuk lakukan dengan tangan sendiri jika mahu bunuh awak.
Berani awak cuba masukkan saya dalam penjara?
Tidak mungkin.
Itu takkan berlaku.
Awak fikir saya akan masuk penjara kerana bunuh awak?
Tidak, saya takkan. Seperti kali terakhir,
mereka tidak akan jumpa bukti.
Awak akan mati sama seperti ayah awak.
Kenapa?
Kerana orang yang bunuh awak juga tidak akan ditangkap.
Jadi kenapa awak memandang rendah pada saya?
Dulu awak meminta-minta di rumah saya seperti pengemis.
Kenapa pandang rendah pada saya?
Kenapa?
Awak tidak berguna...
Semasa ayah saya mahu mati, dia kata...
perkara yang paling dia sesali adalah menghantar awak pergi.
Oh Tuhan.
Dia tidak menganggap seseorang seperti saya sebagai anaknya.
Saya satu-satunya anak kandung...
yang dia ada, tapi kenapa?
Kenapa saya mesti dilayan seperti itu...
kerana sampah seperti awak?
Sakitlah!
- Kenapa awak... - Tidak.
Mati, awak tidak guna.
Mati!
- Mati. - Tidak!
Pergi dari pandangan saya!
Mati.
Mati, awak tidak guna!
Tidak!
Jangan main-main dengan detektif.
Awak akan mati.
Saya takkan mati.
Saya hampir mati di sini. Datang tolong saya.
Ia di pangsapuri terbengkalai...
di Gayang-Dong, Seo-Gu, Incheon.
Awak tidak boleh mati sekarang.
Awak perlu membayar dosa awak sebelum mati.
Ya.
Siapa?
Oh Ji Hyuk?
Ya, dia detektif pasukan kami.
Kenapa awak tanya?
- Satu, dua, tiga. - Dia kehilangan banyak darah.
Ya, mujurlah dia masih hidup.
Ke mana awak mahu pergi, Do Chang?
Adakah awak yang membedah Oh Ji Hyuk?
- Tidak. - Jika begitu...
boleh saya tahu bagaimana pembedahannya?
Sila tunggu. Doktornya akan beritahu bila sudah ada keputusan.
Okey, terima kasih.
Ia di sini.
Apa yang berlaku, Do Chang?
Dia masih dalam pembedahan.
- Bagaimana keadaannya? - Nyawanya tidak dalam bahaya.
Itu melegakan. Itu sangat melegakan.
Awak sudah tahu di mana Oh Jong Tae?
Sebenarnya...
Dia mengekori Ji Hyuk dan menikamnya.
Saya tahu itu.
Kita mesti tangkap dia cepat.
Cepat tangkap dia sebelum dia menghilang.
Dia juga berada di hospital.
Dia ditikam seperti Ji Hyuk.
- Apa? - Dia ditemui...
di tempat pembunuhan Park Gun Ho.
Nyawanya juga tidak dalam bahaya.
Nampak seperti mereka saling menikam.
Apa yang doktor cakap?
Dia kehilangan terlalu banyak darah dan terkejut.
Pembedahannya berjalan lancar, jadi kita tidak perlu risau.
Ada awak hubungi keluarganya?
Dia tiada sesiapa.
Apa?
Saya akan berada di sini seorang. Awak boleh balik.
Saya akan maklum bila dia sudah sedarkan diri.
Dia pura-pura kuat tapi jiwanya sunyi.
Saya dengar dia mewarisi duit dan kaya.
- Apa yang dia risau jika ada duit? - Hei.
Apa gunanya ada duit...
bila tiada keluarga yang datang untuk menjaganya?
Apa maksud awak dia tiada keluarga?
- Kitalah keluarganya. - Awak mesti bergurau.
Jika keadaan saya jadi seperti itu,
awak fikir mereka akan risaukan saya?
Mereka mungkin akan ingat duit yang saya berhutang dulu.
Oh betul. Jae Hong.
Kenapa awak tidak bayar saya selepas pinjam duit untuk pertaruhan?
Beberapa dolar tidak menjadi masalah bagi ahli keluarga.
Awak boleh sahaja berikan pada saya.
Kami dilayan seperti orang asing, tapi panggil keluarga kerana duit?
Ji Woong, awak sudah dewasa sekarang,
bila menjawab saya seperti itu.
Mari tentukan siapa yang akan...
mengambil syif seterusnya esok. Siapa yang mahu datang dulu?
Serius?
- Awak tidak mahu kerja, bukan? - Tolonglah.
Jika tidak main, awak kalah, batu, kertas, gunting.
- Batu, kertas, gunting. - Batu, kertas, gunting.
- Batu, kertas, gunting. - Batu, kertas, gunting.
Awak sepatutnya belajar lagi dan...
dapatkan pekerjaan dalam undang-undang.
Awak tidak nampak seperti detektif.
Awak nampak lebih pucat dari sebelum ini.
Pergilah berkahwin sebaik sahaja kita selesaikan kes ini.
Awak harus bina keluarga terlebih dahulu.
Saya bukan dalam keadaan untuk risaukan orang lain.
Serius.
Saya Go Gyung Ho dari...
Bahagian Petisyen Sivil di Agensi Polis Metropolitan Incheon.
Sekarang kami akan mulakan taklimat.
Rakaman suara yang menjadi berita dalam akhbar baru-baru ini...
diikuti dengan...
prosedur pemeriksaan yang sesuai dengan undang-undang.
Saya kecewa kerana pihak media...
sunting bahagian rakaman dan buat laporan yang diputarbelitkan.
Jika begitu jelaskan untuk kami atau kongsi keseluruhan rakaman itu.
Rakaman itu adalah sebahagian dari siasatan yang sedang berlangsung,
dan saya minta pemahaman awak kerana kami tidak boleh kongsikan.
Bagaimanapun, pihak polis...
akan menghukum orang yang mendedahkan...
tentang maklumat rahsia yang sedang disiasat ini.
Kami benar-benar minta maaf kerana membimbangkan awak...
melalui kebocoran maklumat dalaman.
Kami akan mengikuti prosedur...
untuk menghentikan media...
daripada mengeluarkan maklumat lebih lanjut mengenai isu ini.
Bila awak akan berkongsi maklumat mengenai siasatan itu?
Ada masalah?
Kenapa saya yang harus bertanggungjawab?
Jangan risau. Bukan awak seorang saja.
Dengan jelas saya beritahu awak yang saya tidak tahu apa-apa.
Tapi awak berjumpa dengan Wartawan Jin, bukan?
Apa kaitannya dengan ini?
Kami hanya berjumpa sekejap.
Saya tidak cakap apa-apa yang khusus kepadanya.
Kami sedang memeriksa itu sekarang ini.
Kami akan memaklumkan setelah buat kesimpulan.
Oleh kerana kandungan rakaman itu bermasalah,
awak cuba...
mengalihkan perhatian pada siapa yang dedahkan, bukan?
Awak menggunakan saya...
untuk menutup keseluruhan kejadian, bukan?
Apa kata awak diam saja dan menerimanya?
Jalan yang sempit berada di mana-mana.
Sekiranya awak menentang sekarang,
ia akan jadi lebih sempit.
Apa? Ia ditolak?
Tidak guna.
Apa sebabnya?
"Kekurangan motif"?
Si tidak guna itu.
Oh, awak sudah sedar.
Baring balik.
Jika awak bergerak, luka awak akan terbuka.
- Saya tidak apa-apa. - Awak hampir mati.
- Semestinya awak tidak okey. - Saya betul-betul okey.
Terasa sakit sedikit, tapi itu saja.
Apa yang berlaku?
Adakah Oh Jong Tae menikam awak?
Ya.
Tapi tidak mengapa.
Saya juga menikam dia.
Awak berdua saling menikam, jadi awak seri?
Dia menikam saya dulu, jadi itu takkan jadi masalah.
- Jangan risau. - Kemudian pergi tinggal di hutan.
Di sana, awak boleh menikam balik bila seseorang menikam awak.
Jadi kenapa awak di sini?
Dan kenapa awak mesti jadi rakan sekerja saya?
Awak si dungu.
Awak sudah minta waran tangkap untuk Oh Jong Tae?
Kami sudah buat. Jae Hong mengemukakan permintaan malam tadi,
tapi pihak pendakwaan...
menolaknya pagi ini.
Mereka menolaknya...
selepas Jo Seong Dae mengaku?
Awak betul. Ada seseorang berada di sebalik hal ini.
Tidak mungkin ada penjelasan lain.
Ia Yoo Jeong Seok.
Itu saja penjelasannya.
Yoo Jeong Seok...
Yoo Jeong Seok...
Agensi Polis Metropolitan Incheon telefon.
Mereka mungkin membawa kes itu ke Suruhanjaya Penimbangtara Media.
Itu langkah besar. Mari bercakap lagi jika ia benar-benar berlaku.
Itu tiada masalah, tapi yang mereka lakukan hanyalah...
mencari kebocoran itu dan bukannya mengesahkan kandungannya.
Bukankah kita harus lakukan sesuatu mengenai itu?
Berita sudah diterbitkan, bukankah wajar seseorang bertanggungjawab?
No comments yet. Be the first to leave one.