The first 196 lines.
[ Semua watak, lokasi, organisasi dan kejadian ]
Di mana Jang Min-gi?
Dia baru saja dibawa ke bilik pembedahan.
Kita dapat tangkap dia lagi.
Bagus.
Ada orang awam ditembak semasa tangkapan itu.
- Apa yang kita akan... - Kenapa awak di sini?
Bukankah saya larang awak terlibat dalam kes ini?
Pesuruhjaya Polis akan tiba sebentar lagi,
jadi jangan berani cakap apa-apa tentang itu!
Aduhai, mereka hanya pedulikan keputusannya,
tapi bukan prosesnya?
Tak guna.
Tak guna...
- Hei. - Awak siapa?
Hei, itu kamera.
Aduhai.
Cukup.
Saya rasa kamu masih fikir masalah boleh diselesaikan dengan berlawan.
Saya dah beritahu awak masa dah berubah sekarang.
Hei, awak yang bunuh Kang Su?
Kenapa saya nak bunuh Kang Su?
Kami macam adik-beradik.
Awak dah tak boleh buat apa-apa untuk cederakan saya lagi.
Faham?
Ini untuk kamera awak.
- Mari pergi. - Baik, tuan.
Mereka ini takkan naik ambulans.
Marilah.
Ikut sini.
Maafkan saya! Ada pesakit kecemasan.
Ikut arah sini.
[ Balai Polis Geumpyeong Menahan Pembunuh Bersiri Yang Terlepas, Jang Min-gi ]
Petang ini, pada pukul 3:00,
para detektif dari Balai Polis Geumpyeong
berjaya menangkap pembunuh bersiri, Jang Min-gi, yang terlepas
selepas sekian lama memburunya.
Jang Min-gi telah ditembak dalam proses penangkapan
dan kini sedang dirawat oleh pakar-pakar bedah terbaik di Korea.
Sebaik saja dia sedar, kami bercadang untuk menjalankan siasatan
berkenaan dua kes pembunuhan yang berlaku selepas dia melarikan diri.
Bagaimana keadaan Jang Min-gi sekarang?
Doktor kata dia akan sembuh.
Kami dengar ada orang awam juga ditembak semasa tangkapan. Benarkah?
Ya, orang awam itulah orangnya
yang bantu Jang Min-gi melarikan diri.
Dia juga cedera
ketika cuba melindungi Jang Min-gi.
Kedua-duanya akan pulih.
Saya mahu menekankan
bahawa penggunaan pistol dalam proses penangkapan
sangat diperlukan dan wajar.
Tembaklah saya.
Ayuh, tembaklah!
Tidak!
Awak macam mana?
Awak boleh mati.
Mana yang lain?
Mereka menerima rawatan kecemasan.
Mujurlah mereka tak cedera teruk.
Tunggu sekejap.
Helo? Saya di hospital. Ada apa?
Saya sangat lega yang awak tak apa-apa.
Betul cakap dia. Kita dibelasah.
Tapi, mujurlah awak tak kena teruk.
Saya sepatutnya jadi bos kamu.
Tapi akhirnya saya cuma menyusahkan kamu berdua.
Saya sangat malu dengan diri sendiri.
Kamu patut ikut haluan masing-masing sekarang.
- Baik, tuan. - Baiklah.
Budak-budak tak guna itu.
Mereka tak pandang belakang pun.
Hei...
Apa? Ke mana mereka semua pergi?
Itu pun awak.
Pesakit yang awak bawa tadi tak bayar rawatan mereka.
Apa?
Apa...
[ Saya tak bawa dompet. Boleh bayarkan? Saya akan balas balik. ]
Baiklah.
Dia fikir dia burung layang-layang yang balas jasa Heungbu?
Berapa harganya?
Awak rasa lebih baik?
Tak, awak tak boleh bergerak lagi.
Peluru menembusi bahu awak.
Jang Min-gi macam mana?
[ Pembedahan dia dah lama selesai dan sedang berehat di unit penjagaan rapi. ]
Min-gi.
Okey, semua.
Kamu tak dapat balik rumah atau mandi betul-betul.
Saya hargai kerja keras kamu siang dan malam untuk menangkap Jang Min-gi.
Jadi ketua akan tunaikan janjinya
dan belanja kita makan daging mata rusuk panggang!
- Bagus! - Ya!
- Daging mata rusuk! - Daging mata rusuk!
Kita jumpa di restoran daging di seberang jalan.
- Baik, tuan. - Cepat.
- Aduhai, laparnya. - Bagusnya.
- Saya sangat teruja. - Kita makan daging.
Kecur air liur saya.
Hei, Dae-jin.
Awak dah letak perogol bersiri itu dalam senarai dikehendaki?
Oh, ya.
Nama dia Jang Seong-su, bukan?
Boleh saya makan daging mata rusuk dulu?
Ketua bahagian cakap awak pun boleh ikut.
Dia kata awak boleh ikut walaupun awak tak membantu sangat.
Lupakan saja. Saya hanya makan daging bahagian terbaik.
Tempat di seberang jalan itu tak jual daging itu.
- Lemak daging tak penting. - Bodoh.
Lemak daginglah yang penting.
Apa yang penting sekarang ialah asid berlemak.
Aduhai, kalau awak tahu semuanya,
kenapa awak gagal tangkap Jang Min-gi?
Mari sini. Saya akan jadikan pipi awak macam lemak daging.
Saya akan buat apa yang awak minta selepas makan malam.
Aduhai, sudahlah. Jangan terburu-buru.
Saya akan buat sendiri.
Aduhai.
Apa? Kenapa awak datang lagi?
Mak saya telefon.
Saya cakap kami nak makan daging,
jadi dia suruh makan ubat penghadaman supaya boleh makan banyak.
Kalau awak tak nak daging lembu, saya boleh bawakan salad dan bawang putih.
- Pergilah makan. - Okey.
[ Makanan tambahan untuk wanita menopaus, Mula semula ]
Tolong analisis DNA tentang ini secepat mungkin.
Baik, tuan.
Terima kasih.
- Jumpa lagi di janji temu seterusnya. - Okey.
Dia pesakit terakhir saya, bukan?
Ya. Tapi
detektif yang datang tempoh hari itu kembali.
Detektif itu?
Saya sangka kes Cik Lee Seon-mi dah selesai.
Saya nampak dalam berita yang penjenayah dah ditangkap.
Hari ini, saya datang bagi pihak En. Jang Seong-su.
Aduhai, kopi ini mengingatkan saya pada Central Park di New York.
Itu kopi segera dari Korea.
Rasanya tak sama dengan yang di Tasik Park.
Budak lelaki itu macam mana?
"Budak lelaki itu"?
Itu nama gelaran yang luar biasa antara kekasih.
Adakah awak seperti ibu kepada dia?
Awak terlalu berminat dengan hubungan saya.
Budak itu...
Bukan, En. Jang Seong-su
dikehendaki atas pembunuhan Lee Seon-mi.
Apa?
Bukankah pembunuh bersiri yang melarikan diri itu
bunuh Cik Lee Seon-mi?
Satu negara dah tahu.
Pada hari pembunuhannya, En. Jang
rosakkan semua wayar pada kamera keselamatan berhampiran tempat kejadian.
Tambahan pula, apabila kami jalankan ujian DNA ke atas mayat Cik Lee,
kami ada pengesahan bahawa pesalah ialah lelaki dengan nama terakhir, Jang.
Apa yang saya tahu, pembunuh bersiri yang ditahan ialah Jang juga.
Awak mengesyaki dia berdasarkan itu?
Dia boleh jadi rakan subahat.
Jadi kalau awak dapat hubungi dia,
suruh dia memudahkan dirinya dan serah diri
sebelum keadaan bertambah teruk.
Terima kasih untuk kopi segera Korea yang rasa macam
kopi dari New York.
Ya, saya rasa ini kopi segera.
Hei, anak muda. Hari ini hari yang terukkah?
98 kali.
Saya gagal dapat kerja 98 kali.
Nampak macam awak akan cecah 100 kali.
Apa awak cakap?
Maafkan saya.
Adakah masyarakat ini masalahnya?
Atau adakah saya masalahnya? Saya tak boleh bezakan lagi.
Tentulah, awaklah masalahnya. Awak minum pada waktu siang.
Maaf.
Tapi apabila awak masih muda, awak ada tenaga.
Apabila awak dah tua, awak cuma ada lebam-lebam
sama ada di badan atau hati.
[ Parti Terbuka Untuk Ahli Dewan Park Jang-su ]
Hei.
Awak perlu asingkan buku-buku
- yang akan dihantar kepada ahli dewan. - Baik, tuan.
Tuan dah kembali.
- Tuan dah kembali. - Tuan dah kembali.
Apa semua ini?
Masa dah berubah.
Untuk bertahan dalam industri ini, kita patut luaskan kuasa kita.
Semua orang tahu mengelakkan ahli politik.
Tapi awak sanggup bayar dia untuk jadi pembantu dia?
Kita mesti sedar diri dan bertindak sewajarnya.
Sebab itulah kami buat begini.
Kita perlukan lebih daripada penumbuk kita sekarang.
Tae-seong, ingat ini.
Sebaik saja awak terlibat dengan politik, awak takkan dapat hadapinya.
Kita ada masalah. Kedai kita diserbu.
Kang Su telah ditangkap.
No comments yet. Be the first to leave one.