The first 200 lines.
Titik perubahan penting dalam hidup saya
adalah apabila saya berhenti merasa takut untuk mati.
Dahulu saya sangka diri saya adalah tubuh saya.
Namun jika saya lihat lebih mendalam,
tubuh saya diperbuat daripada bertrilion-trilion sel.
Jika saya lihat lebih mendalam lagi,
ia diperbuat daripada bertrilion-trilion atom.
Atom tersebut diperbuat daripada apa?
Tiada apa-apa.
Ia hanya lubuk pusar dalam medan tenaga,
dan tenaga bukan benda.
Menurut sains, setiap sel dalam tubuh saya telah digantikan,
tapi Foster sudah lama di sini.
Oleh itu, sifat asas saya berdasarkan definisi,
berdasarkan logik,
adalah metafizikal.
Jika saya metafizikal,
saya takkan mati apabila tubuh fizikal saya berhenti berfungsi.
Itu bukan sekadar pemahaman intelek.
Bagi saya, ia satu pengalaman
di mana saya adalah antena di dalam medan tenaga
yang mendapat bimbingan daripada tenaga
lalu membawanya ke dalam badan
dan dunia fizikal ini untuk memenuhi tujuan hidup saya.
Sains dan rohani,
fizik dan metafizik,
bergabung di sini
dan memarakkan perjalanan saya dalam penerokaan pembaharuan
dan teknologi yang mencerminkan pemahaman ini.
Penggabungan sains dan metafizik ini
menjadi tajuk utama dalam hidup kami selama bertahun-tahun.
Ia berdasarkan pemahaman tentang tenaga,
cara ia bergerak dan saling bertindak dalam kosmos.
Saya percaya lingkaran interaktif tenaga teratur ini
ialah benda yang dicari tapi gagal ditemui Albert Einstein,
iaitu Medan Bersatu.
Struktur tenaga sejagat yang menggabungkan semua benda hidup.
Kisah saintifik yang bersama kita selama 300 tahun ini
yang sebahagian besarnya berdasarkan teori Isaac Newton
telah berubah dengan radikal.
Alam semesta Newton berfungsi seperti mesin
dengan jirim berasingan bergerak dalam kekosongan ruang dan waktu
sambil diperhatikan otak manusia yang terasing.
Melihat alam semesta kita sebagai medan bersambung
bermaksud kita menilai semula benda yang dianggap terasing,
iaitu semua perkara.
Apabila kita mula memahami lingkaran tenaga ini
dan cara berhubung dengannya secara harmoni,
akhirnya kita akan menemui cara bagi semua kehidupan di Bumi
bukan sahaja untuk terus hidup,
tapi berjaya.
Saya Kimberly Carter Gamble.
Saya Foster Gamble.
Pada 2011, saya
dan Kimberly melancarkan filem APA YANG DIPERLUKAN?
Filem tersebut diterjemahkan kepada 27 bahasa
dan salah satu dokumentari dengan penonton paling meluas.
Kami telah mengaitkan perkara yang nampaknya sangat berbeza,
daripada kod kosmos purba
hingga ilmu fizik termaju.
Daripada perbankan tipu dan muslihat politik
hingga penyekatan tenaga baru,
penyembuhan holistik dan fenomena UFO.
Kami menjelaskan penghalang kejayaan manusia
dan strategi penyelesaian untuk membaiki keadaan berbahaya ini.
Corak yang telah ditekankan lebih berkaitan
ekoran daripada gerak balas dunia terhadap COVID-19.
Selepas filem tersebut ditayangkan,
kami dihubungi ramai pembawa pembaharuan dari seluruh dunia.
Ahli sains, pencipta, doktor perubatan dan penyelidik
yang mendedahkan teknologi, ciptaan dan wawasan mereka.
Mereka mendakwa memiliki teknologi serba guna
seperti menyembuhkan barah dan mencapai tenaga percuma.
Elektrik bersih yang banyak diperolehi dari angkasa lepas.
Kami tahu bukan semuanya sah,
tapi kami juga tahu jika hanya beberapa daripadanya betul,
ia boleh mengubah dunia kita sepenuhnya.
Jadi kami menghimpunkan pasukan jurutera dan doktor
serta pakar lain untuk mengembara bersama kami
ke Afrika,
China,
Thailand,
Mesir, seluruh Eropah, Costa Rica, Mexico
dan seluruh Amerika Syarikat untuk melihat ciptaan mereka.
Tumpuan kami berubah daripada kemungkinan kepada hasil.
Kami tak merancang untuk membuat susulan filem THRIVE,
tapi penemuan ulung yang kami lihat sangat besar
dan kami perlu kongsi maklumat ini dengan orang lain.
Dengan planet kaya yang indah,
orang yang baik pada dasarnya
dan teknologi maju,
kenapa kita berada dalam kesusahan yang membawa maut?
Adakah kita belum sedar tentang sesuatu perkara?
Sesuatu yang boleh mengubah kualiti hidup di bumi
dan memastikan kita berjaya?
Mari kita ketahui.
THRIVE ON
mempersembahkan
THRIVE II INI YANG DIPERLUKAN
Ada perubahan besar yang berlaku pada peradaban
apabila akhirnya mereka faham bahawa ada medan asas
yang menyelubungi mereka
dan mereka boleh mencapainya.
Medan Bersatu ini
boleh mula menjelaskan punca tenaga magnet,
punca tenaga nukleus atom
yang memutarkannya hingga kelajuan cahaya selama-lamanya.
Tenaga itu datang dari mana?
Saya percaya kita sangat hampir dengan teori penyatuan sebenar
yang disokong perkiraan relatif yang konsisten.
Kami sudah lama mencuba dengan gigih
untuk mendefinisikan jirim dengan mengkaji jirim.
Sifat jirim, bilangan elektron,
serta bilangan proton dan neutron.
Semua benda itu berkaitan.
Namun bagaimana jika jawapan ringkasnya
adalah dengan memahami vakum sepenuhnya?
Medan Bersatu dan Kesedaran
"Kita mencari skema fikiran paling ringkas
yang akan menyatukan fakta yang diperhatikan." - Albert Einstein
Saya telah mengkaji Medan Bersatu
dan fenomena mencapai tenaga daripadanya
lebih daripada 30 tahun.
Sejak 1997,
saya bekerjasama dengan ahli kosmologi dan pencipta, Nassim Haramein.
Mungkin dia lebih tahu tentang ilmu fizik alam semesta
berbanding orang lain yang saya pernah jumpa,
walaupun dia tidak bersekolah secara tradisional.
Dia dijauhi dan dipersendakan akademik tradisional
tapi saya tak pernah lihat dia dibuktikan salah.
Ruang antara saya dan awak
dan ruang antara segalanya kelihatan kosong.
Biasanya kita memanggilnya ruang kosong.
Tapi ia tidak kosong.
Ruang-masa pada skala tertentu panjang Planck
dikuantumkan dengan unit sfera pengayun Planck,
yang berbilion-bilion kali lebih kecil daripada atom.
Anda boleh memikirkannya sebagai cecair
yang meresap ke seluruh ruang.
Ia sumber medan graviti.
Ia sumber medan elektromagnet.
Ia sumber jirim. Ia sumber cas.
Sekarang kami mula memahami selok-beloknya
dengan lebih mendalam.
Mengeluarkan tenaga daripada Ubiquium boleh dilakukan.
Semuanya di sini. Ia di sini.
Tenaga itu di sini.
Kami tak melanggar sebarang Hukum Termodinamik Kedua.
Kami percaya tenaga latar semua benda di sekeliling kita
penuh kuasa.
Dalam ruang yang sangat kecil,
ada tenaga mencukupi yang beri kita kuasa beribu-ribu tahun.
Saya percaya tahap baru ilmu fizik,
tahap baru teknologi yang muncul di dunia,
yang mengambil tenaga daripada medan asas
adalah teknologi yang cuba untuk mencipta lingkaran resonans
dengan medan asas ini.
Saya gelar teknologi utama
yang saya sedang hasilkan untuk mencapai kawalan graviti
alat resonans.
Ia alat yang cuba
untuk mencapai tahap gandingan resonans yang tinggi
dengan medan kuantum asas yang berada pada sumber realiti.
Walaupun peranti itu belum siap,
saya rasa mereka menggunakan konsep paling maju
untuk mencapai tenaga percuma daripada Medan Bersatu
yang saya pernah dengar atau lihat.
Peranti ini dibina daripada dua gegelung
yang menghasilkan medan magnet dalam geometri bentuk torus berganda
dan ia memutarkan medan itu dalam putaran yang diselaraskan
untuk mencipta ketunggalan yang diharap berpadu dengan vakum.
Kami percaya itu kesannya pada ruang-masa.
Dalam gegelung adalah bekas kristal yang berbentuk sfera
yang mengandungi plasma.
Plasma itu dipaksa untuk berputar
dengan struktur medan elektromagnet
apabila gegelung diberi kuasa.
Kami menghasilkan bintang kecil di dalam bola kristal.
Ideanya adalah akhirnya kami boleh memulakan geometri medan
dalam plasma di dalam bola kristal
dan membuatkannya berputar.
Apabila ia boleh berfungsi sendiri,
buka gegelung, keluarkannya
dan ia menjadi peranti yang boleh berfungsi sendiri
yang boleh menghidupkan kapal angkasa lepas, kereta atau rumah
sementara membuatkan anda sihat.
Ia meniru alam semesta semasa ia mencipta bintang
atau semasa ia mencipta bimasakti.
Langkah seterusnya bagi manusia,
langkah seterusnya dalam evolusi kita,
saya betul-betul percaya, adalah memahami graviti dengan mendalam
dan belajar untuk mengawalnya
supaya kita boleh menghasilkan tamadun angkasa lepas
dan koloni angkasa lepas. Kita boleh meneroka sistem suria,
boleh meneroka bimasakti kita dan mungkin lebih jauh.
Bagi saya, resonans mewakili dunia baru yang sedang muncul.
Berdasarkan cara tenaga berpusat boleh digunakan
untuk memanipulasi dan mengawal manusia serta
cara syarikat mendapatkan tenaga dengan berbahaya dan tidak jujur
betul-betul mendorong kami untuk mencari cara lain.
No comments yet. Be the first to leave one.