The first 200 lines.
HARI INI
Tuan.
Ada apa, Rolf?
Anak saudara tuan sudah sampai.
Boleh masukkan ini ke dalam kotak?
Pak Cik Máximo!
Hugo! Selamat kembali ke Malibu.
Selamat hari jadi.
Dah berminggu saya tunggu untuk ke sini.
Jadi apa kejutan hebat pak cik rancang untuk saya tahun ini?
Kita akan naik jet peribadi pak cik ke tempat hebat?
Boleh saya beli kasut sniker di Shanghai?
Kita akan melalui satu perjalanan.
Sebab awak dah berusia 14 tahun dan dalam perjalanan menjadi dewasa,
pak cik mahu ceritakan kisah pak cik kepada awak.
Harta pak cik bernilai beratus juta dolar,
tapi pak cik mahu beri saya kisah sebagai hadiah?
Percayalah, Hugo…
kisah yang pak cik mahu ceritakan
lebih bernilai daripada semua duit.
Tapi saya sudah tahu kisah pak cik dari miskin menjadi kaya.
Pak cik membesar di kawasan miskin di Mexico,
pelbagai kisah lagi dan sekarang pak cik pemilik 50 syarikat.
Ya, pak cik ada banyak rumah,
banyak kereta, butler berkulit putih.
Seratus peratus kulit putih. Pak cik suruh dia periksa DNA.
Tapi penting untuk awak tahu cara pak cik mencapai kejayaan.
Awak langsung tak tahu sejarah keluarga kita.
Awak langsung tak boleh berbahasa Sepanyol tanpa
loghat seperti pelajar yang bercuti di Cancún.
Bahasa Sepanyol saya sangat bagus.
Berhenti.
Semua sedih dengar awak kata begitu.
Kisah ini tentang pak cik, tapi ia juga…
Ia juga tentang tempat yang mengubah segalanya.
Kenapa ini lebih bagus daripada Shanghai?
Sikap yang salah.
Mungkin ini akan membantu.
Pak Cik Máximo, bagaimana kisah ini bermula?
Soalan yang bagus, Hugo.
Semuanya bermula di Acapulco.
Semasa pak cik membesar,
Acapulco destinasi untuk orang yang sangat kaya dan sangat terkenal.
Elvis Presley, Liz Taylor, Cary Grant…
Saya tak pernah dengar nama mereka.
Diam. Pak cik sedang bercerita.
Tempat yang menjadi tumpuan utama ialah Las Colinas.
Resort yang paling glamor.
Bagi pelancong, Las Colinas dan Acapulco ialah percutian indah.
Tapi berbeza bagi orang tempatan.
Pada usia lapan tahun,
pak cik buat yang termampu untuk bantu keluarga kita.
Tapi satu-satunya cara untuk ada kehidupan lebih baik
ialah bekerja di Las Colinas.
Sama seperti Don Pablo.
Dulu Don Pablo Bonilla budak jalanan
yang menggunakan karisma untuk dapatkan kerja di Las Colinas.
Tapi bagi pak cik, dia seorang legenda.
Pak cik masih ingat hari dia kembali ke kejiranan lamanya.
Don Pablo! Saya mahu jadi seperti awak apabila besar.
Hati-hati dengan permintaan awak.
Ambillah, ini untuk awak.
Jauhi dia.
Mak sudah kata semua yang dia ada datang dari sarang kejahatan!
Malam itu, pak cik naik ke bumbung bangunan kami
dan beritahu adik yang pak cik akan bekerja di Las Colinas satu hari nanti,
dan semua akan berubah.
Pak cik yakin ia akan berubah.
Masanya dah tiba, ayah. Hari pertama kerja sebenar saya.
Ayah ada nasihat untuk saya?
Okey, mungkin lain kali.
Ayah akan perhatikan saya hari ini, bukan?
Saya tak mahu peluang ini gagal.
Bukan hanya untuk saya, tapi untuk keluarga kita.
Abuelita awak bekerja
membersihkan tiga rumah untuk menjaga kami.
Tapi penglihatannya semakin kabur,
kami tak tahu berapa lama lagi dia boleh bekerja.
Walaupun ayah tiada untuk katanya, kami berdua sangat bangga dengan awak.
Semua rakan sekerja di stesen bas akan sukakan awak.
Máximo.
Saya sayang abang!
Saya akan sediakan makan malam untuk awak apabila awak pulang.
Sebentar. Itu mak saya?
Tak mungkin mak pernah bersikap begitu.
Okey, awak betul.
Gayanya lebih kepada…
Máximo.
Semoga berjaya di tempat kerja.
Berseronoklah menjadi orang tak penting dalam kapitalisme!
Máximo!
Cuba teka.
Masa yang kita tunggu seumur hidup kita dah pun tiba!
Awak sudah hilang teruna?
Itu berita hebat!
Awak bersama siapa? Sepupu ketiga awak?
Jangan kata sepupu kedua. Pelik kalau sepupu yang lebih dekat.
Bukan. Saya tak hilang teruna. Berita ini lebih bagus!
Mungkin sama bagus.
Jiran saya, Tito, ada kawan, Jorge,
yang abangnya, Miguel,
Miguel beritahu yang kawannya, Francisco, beritahu dia
Resort Las Colinas ada keluarkan pengumuman
yang mereka mengambil pekerja baru!
Saya dapatkan temu duga di sana untuk kita pagi ini!
Itu hebat!
Tapi saya tak boleh.
Hari ini hari pertama saya bekerja di stesen bas.
Tapi ini cita-cita terbesar kita!
Bayangkan ibu awak,
matanya sembuh sepenuhnya.
Dia dalam rumah agam besar di tepi laut
bukan untuk membersihkan rumah itu, tapi sebab awak belikan ia untuknya!
Hei!
Pintu pekerja di belakang.
Pergi ke sana!
Saya benci hari temu duga.
Saya tak tahu apa nak tulis.
Apa maksud awak,
awak ialah "Presiden Pengiklanan bagi syarikat hiburan tengah malam"?
Sudah tentulah!
Apa jawatan bagi edarkan iklan untuk kelab tarian bogel terkenal di bandar ini?
Awak menipu, Memo.
Tak, ia dipanggil membungai.
Kita perlu menyerlah.
Máximo Gallardo?
Pergi jumpa Cik Garcia. Pejabat terakhir di sebelah kiri.
Semasa pak cik berjalan di sebelah pemohon lain,
pak cik terfikir cara untuk jadi lebih menyerlah.
Kemudian pak cik nampak namanya di pintu.
Pak cik sedar pak cik takkan rugi apa-apa.
Maaf, Don Pablo?
Kita berbahasa Inggeris di sini.
Nama saya Máximo.
Saya ada temu duga di resort ini.
Temu duga di sebelah sana.
Saya tahu.
Saya membesar di Jalan Arenal sama seperti awak.
Saya masih tinggal di sana.
- Tapi sebab saya di sini hari ini… - Tolong.
Tutup pintu semasa keluar.
Awak pernah beri ini kepada saya,
saya bawanya dalam poket saya sejak itu,
berharap dapat berjumpa awak semula suatu hari nanti.
Sekarang saya dah jumpa,
saya akan keluar.
Siapa nama awak tadi?
Máximo Gallardo Ramos, tuan.
Beri saya borang permohonan awak.
Kami ada lebih daripada seratus pemohon.
Semuanya berbahasa Inggeris dan ada lebih banyak pengalaman.
Kenapa saya perlu upah awak berbanding mereka?
Sebab mereka datang ke sini untuk kerja.
Saya ke sini sebab saya suka tempat ini, sama seperti awak.
Awak bekerja di Las Colinas sejak
ia dibuka pada 12 Mac 1949.
Awak pernah bersama empat pemilik,
tiga ribut taufan, dua pengubahsuaian,
penarikan balik sengkuang besar-besaran 1972,
dan satu serangan teruk pepijat.
Dengarnya, awak hanya pernah ponteng kerja sehari saja.
Susah sanggatkah
untuk adakan pengebumian datuk pada hari Sabtu?
Saya sudah bercita-cita untuk kerja di Las Colinas sejak berusia lapan tahun.
Sekarang saya di sini.
Saya hanya kekurangan peluang.
Kalau awak beri saya peluang, saya berjanji,
awak takkan menyesalinya.
Mak sudah balik.
Hai, mama.
"Mama"?
Awak juga membasuh pinggan?
Máximo Gallardo Ramos, apa awak dah buat?
Ya, Máximo, beritahu mak apa awak buat.
Saya tak pergi kerja sebab dapat kerja lebih bagus…
di Resort Las Colinas.
Mak dah kata jangan sesekali dekati pusat nafsu dan dosa itu!
Ia mengeksploitasikan pekerjanya dan budaya kita.
Ia juga penuh dengan nafsu dan dosa.
Apa ayah awak akan kata?
Mungkin dia akan gembira.
Ayah bekerja keras sebagai pemandu bas, apa yang dia dapat?
Akhirnya dia tertidur semasa memandu dan meninggal dunia!
Sekurang-kurangnya kerja ini beri peluang untuk saya beri kita kehidupan lebih baik.
Akhirnya kita boleh periksa mata mak.
Mata mak tak apa-apa.
Minggu lepas, saya nampak mak berdoa pada salah satu patung aksi tinju saya.
Sebab mak mahu dia menang.
Mak…
mak besarkan saya menjadi orang yang baik.
Saya janji tiada apa-apa akan mengubah saya.
Janji dengan mak awak takkan biarkan tempat itu mengubah awak.
Awak juga akan pakai loket ayah awak supaya dia boleh lindungi awak.
Membosankan! Saya sangka ini akan jadi lebih mengujakan.
Saya tak percaya saya duduk di sini.
Saya tak percaya saya duduk di mana-mana.
Keluarga saya hanya ada satu kerusi.
Helo, kesayangan saya.
Selamat datang ke Resort Las Colinas
yang terkenal dan mengejutkan.
No comments yet. Be the first to leave one.