Release info

[JTBC] 으라차차 와이키키 E19 180416 720p-NEXT
[JTBC] 으라차차 와이키키 E20 END 180417 720p-NEXT
A Commentary by izrin96
🎬Sarikata oleh VIU. 🎥Episod 19-20. 🌱Diselaras untuk video keluaran NEXT. Selamat menonton! 😘❤️🍜

Tags

720p
720
Published on: 2018-04-20
Downloads: 39
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Saya betul-betul minta maaf,

tapi ia peluang yang sangat penting buat saya.

Bolehkah awak memahami hanya untuk sekali lagi?

Baiklah.

Benarkah?

Awak tidak kecewa, bukan?

Tidak, saya tidak kecewa.

Awak tidak menipu, bukan? Benarkah awak okey?

Ya, saya betul-betul okey.

Terima kasih Seo Jin. Saya sangat hargainya.

Jadi saya akan jumpa awak di rumah nanti.

Okey?

Saya okey.

Betul.

Saya betul-betul okey.

Apa?

Awak buat kontrak bersama Hiburan YS?

Ya.

Itu berita baik!

Ia syarikat besar bersama selebriti terkenal.

Akhirnya mereka sedar bakat saya sebagai pelakon sekarang.

Benarkah?

Betul. Seo Jin.

Saya minta maaf kerana menyusahkan awak hari ini.

Tidak mengapa. Ia untuk kerja.

Dan awak hadapi banyak masalah tanpa pengurusan.

Tahniah.

Terima kasih.

Jun Ki,

awak mungkin akan benar-benar jadi terkenal sekarang.

Mungkin saya patut dapatkan tandatangan awak dulu.

Saya sudah berlatih untuk tandatangan saya yang baru.

- Awak mahu satu? - Ya.

Okey.

Jika begitu, saya akan berikan...

tandatangan pertama saya kepada awak.

Lee...

Oh Tuhan, saya tertidur.

Jun Ki, adakah ia belum selesai?

Tunggu sebentar sahaja lagi.

- Jadi saya mahu ke bilik sekarang. - Apa?

Saya perlu belajar untuk memperoleh sijil bakeri saya.

Benarkah?

Bila saya siap ini, saya akan bawa ke bilik awak.

Okey.

Sekarang bahagian "Lee" sudah selesai...

Jun...

Ya, ayah.

Saya mahu tandatangani kontrak itu.

Jangan risau.

Saya akan baca kontrak itu secara terperinci.

Ya. Saya akan hubungi awak selepas itu.

Okey.

Apa yang dia kata? Adakah dia gembira?

Ya. Dia tidak tunjukkannya, tapi saya boleh rasa kegembiraannya.

Saya tidak sangka hari ini akan tiba.

Akhirnya awak dapat ubah kehidupan awak, bukan?

Betul.

Saya telah lalui pelbagai perkara...

sepanjang 10 tahun sebagai pelakon tidak ternama.

Awak memang sudah lalui pelbagai perkara.

- Awak akan berlakon begitu? - Beritahu saya, awak tidak guna.

Saya dipecat semula.

Dengan dakwat begini...

Oh Tuhan, fikir tentangnya sahaja rasa teruk.

- Saya pergi sekarang. - Selamat tinggal.

Ke mana Soo Ah pergi selepas suruh saya jawab...

semua pertanyaan di pusat beli-belah ini?

Du Shik!

- Lihat ini. - Kenapa bising sangat?

- Ada apa? - Saya merekanya sendiri.

Jika kita hanya jual semula produk, kita takkan pergi jauh.

Jadi awak mahu menjual pakaian yang awak reka?

Ya. Awak mahu lihat?

Lihat.

Ia Koleksi Vintaj SS Soorgio Armhany 2018,

Baju Sejuk Berleher-V Ultra. Apa pendapat awak?

Okey,

tapi kenapa bahagian dadanya begitu terdedah?

Leher-V normal sangat biasa dan tidak seksi.

Yang ini garisan leher-V terus jauh ke pusat.

Ia mengutamakan keseksian.

Apa pendapat awak? Bukankah ia hebat?

Ia hebat, tapi saya rasa ia terlalu terdedah.

Tidak mengapa.

Orang sukakan rekaan yang aneh sekarang.

Tapi kenapa awak tidak memakainya?

Apa? Awak mahu saya memakainya? Kenapa?

Awak modelnya.

Kita patut ambil gambar dan muat naik.

Apa? Saya?

Bila, di mana, apa, bagaimana dan kenapa?

Awak patut lakukan apa yang bos awak suruh.

Diam dan ikut saya.

Kenapa saya? Saya sibuk, awak bos yang jahat.

- Ikut saya! - Tidak.

Ia akan dedahkan pusat saya.

Apa pendapat awak? Awak sukakan syaratnya?

Ya, semuanya bagus.

Jika begitu, sila tandatangan.

Perlukan saya?

Lee...

Jun...

- Adakah ia belum selesai? - Jun...

Ki...

Ia sudah selesai sekarang.

Benarkah?

Saya harap dapat bekerjasama dengan awak.

Terima kasih. Saya juga harap dapat bekerja sama dengan awak.

Jadi, lihat di sini.

Anak dan ayah harimau...

hidup bahagia selama-lamanya.

Tamat.

Sol, awak rasa apa yang penting dalam cerita ini?

Yang penting dalam cerita ini ialah "ayah".

Kata "ayah".

Oh Tuhan, awak begitu sukar, bukan?

Sol, tolong kata "ayah".

Sekali sahaja? Tolong?

- Kata "Ayah". - Apa yang awak lakukan?

Tiada apa. Saya sedang bacakan buku untuk Sol.

Apa itu? Ia kelihatan seperti pengemis yang hebat akan memakainya.

Apa? Pengemis yang hebat?

Ia kelihatan sangat hebat jika awak memakainya.

Di mana awak beli itu?

Saya tidak beli ini. Soo Ah merekanya sendiri.

Apa? Soo Ah buat pakaian sekarang?

Ya. Bukan itu sahaja.

Dia mahu saya memakainya untuk publisiti.

Oh Tuhan, Min Soo Ah benar-benar hilang akal.

- Saya sudah pulang. - Helo.

Helo. Bagaimana kontrak itu?

Ia okey.

Apa itu? Ia kelihatan seperti pengemis yang hebat akan memakainya.

Dia kata Soo Ah yang merekanya. Bukankah ia kelakar?

Ia sangat kelakar. Saya boleh nampak pusat awak.

Awak sangat berfikiran terbuka. Oh Tuhan.

Biar betul. Hentikan.

Apa ini?

Kenapa awak berhenti bercakap bila saya tiba?

Awak mengutuk saya, bukan?

Tidak. Kami sedang memuji pakaian awak.

Dia betul. Itu hebat.

Ia buat Du Shik kelihatan lebih baik.

Benarkah? Awak sangat sukakannya?

- Apa? - Apa?

Sekarang, lihatlah awak berdua.

Diam.

Apa ini?

Awak semua kelihatan...

seperti tiga beradik pengemis yang hebat.

- Betul, bukan. - Ya.

Awak nampak hebat dan seksi, Dong Gu.

Kenapa awak buat begitu, Yoon Ah? Ia sangat memalukan.

Apa ini?

Tapi kenapa Soo Ah tiba-tiba mahu mereka?

Saya tidak tahu.

Dia sangat minat,

jadi saya tidak boleh beritahu yang ia aneh.

Oh Tuhan, ia buat saya hilang akal.

Tapi, apa ini? Oh Tuhan.

- Betul, Yoon Ah? - Betul.

Ia agak keterlaluan, bukan?

- Ia... - Hentikan.

Hei, awak semua ada di sini.

Apa ini? Kenapa awak semua senyap lagi?

Awak sedang mengutuk saya, bukan?

Mestilah tidak.

Kami kata baju sejuk yang awak reka nampak hebat.

Betul itu. Ia nampak berkelas. Ia sangat cantik.

Benarkah? Awak begitu sukakannya?

Apa ini? Lengan ini...

terlalu panjang.

Oh, ia sebahagian...

dari Koleksi SS Comel Soorgio Armhany 2018.

Ia dipanggil Bongsan Nombor Lima.

Ia diinspirasikan oleh tarian topeng Bongsan.

Oh, begitu.

Tapi bukankah lengannya terlalu panjang?

Itulah yang penting.

Baju bertopi yang biasa kelihatan membosankan.

Dengan menambah lengan yang terlalu panjang,

saya berikan sentuhan comel kepada baju bertopi.

Apa pendapat awak? Bukankah ia comel?

Ya. Terima kasih.

Sama-sama.

Pakai sahaja setiapa hari jadi orang boleh melihatnya, okey?

- Okey. - Okey.

- Baiklah. - Mestilah.

Helo.

Ya.

Apa?

Saya?

Baik.

Siapa itu?

Ia pengarah agensi saya.

Choi Min Sik sepatutnya lemparkan balingan pertama,

tapi dia demam.

Jadi pengarah mahu saya untuk lakukannya.

- Awak akan lempar balingan pertama? - Untuk permainan profesional?

More Malay subtitles for Welcome to Waikiki (Eulachacha Waikiki / 으라차차 와이키키)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left