Specials

Release info

Marry Him If You Dare E06 131029 HDTV H264 720p-LIMO
A Commentary by Dazai

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
HD
Published on: 2019-04-15
Downloads: 31
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Apa kita buat di sini, dalam cuaca begini, pada hari ulang tahun kematian ayah?

Adakah wang akan turun dari langit, termasuk dengan kilat?

Hei, adakah payung ini akan menjadi pengalir kilat?Bagaimana kalau berlaku sesuatu dan kita mati terbakar?

Tunggu sikit lagi! Ahjumma itu...WAHHHH OHHH!

Mari kita pergi ke tempat lain sekarang. Cuaca ini sekarang...

Itu...

Itu...kamu tahu itu akan berlaku?

Itu...itu...kau panggil kita ke sini untuk melihat itu, kan?

Kalau kau beritahu awal-awal, aku boleh merakamnya!

Rakamlah.

Lusa nanti, jam 7 pagi,

di stesen kereta api bawah tanah Byeolgok, akan berlaku kebakaran.

Orang yang memakai topi besbol akan mulakan kebakaran.

Disebabkan semua orang di situ telah pulang ke rumah, tiada sesiapa cedera, tetapi...

di stesen kereta api bawah tanah Byeolgok, lebih daripada 100 orang akan terbunuh.

Pergi sana dulu dan merakamnya.

Sebagai eksklusif.

Kau mahu aku percaya benda sepert ini? -Ahjumma, awak sudah gila?

Ini hadiah awak? Kematian orang ramai?

Hei, hei, hei!! Kau nak pergi mana?!

Dia kata ramai orang akan mati! Kita perlu selamatkan mereka!

Ahh, mari sini!

Ahjumma itu agak pelik!

Dia mungkin teka ini akan berlaku setelah melihat ramalan cuaca.

Ramalannya tentang kereta api bawah tanah itu...dia bohong saja.

Segala yang ahjumma cakap adalah benar!

Kamu melihatnya!

Kamu masih tidak mahu percaya cakap saya?!

Saya selalu tidak percaya pada ramalan dan firasat.

Ini bukan ramalan. Ini sesuatu yang benar-benar berlaku...

Kalau benar-benar berlaku, kita perlu menghalangnya!

Sebagai sebuah eksklusif?

Sungguhpun saya mahu buktikan sesuatu,

adakah saya kelihatan seperti orang yang gilakan penyiaran dan kejayaan?

Jadi maksud kamu adalah...

Akan berlaku kebakaran di Stesen Byeolgok.

Bila? - Pada hari lusa, jam 7 pagi!

Jadi kamu orang yang akan menyalakan api itu?

Tak, bukan saya!

Seseorang yang memakai topi berwarna merah!

Jadi kamu patut pergi dan tangkap orang itu!

Cik, berapa banyak botol arak kamu minum?!

Saya tak minum pun! Saya normal.

Aigoo! Kamu memang pandai minum!

Tengoklah, lidah kamu langsung tak terbelit!

Ok, sekarang tengah hujan! Pergi balik rumah!

Pergi, ya!

Ahjussi! Memang benar akan berlaku kebakaran!

Ahh, memanglah!

Maksud saya, kenapa kau percaya cakap tukang tilik nasib itu?

Apa? Seseorang yang memakai topi besbol berwarna merah mulakan kebakaran?

Memandangkan kita sendiri tidak pasti, carikan saja!

Cepat tengok video pada bulan lepas.

Sunbae, adakah aku telah melakukan satu kesilapan?

Maksud aku, terdapat 16 kamera sekuriti di sini.

Kalau aku tonton video hariannya, ia akan mengambil 24 jam x 16 kamera...Ia akan mengambil masa sebanyak 300 jam!

Dalam waktu itu, aku boleh pergi balik pejabat wilayah dan pulang semula ke Seoul.

Pergi melihat rakaman terkini dari minggu ini.

Manalah tahu apa akan berlaku? Bagaimana kalau benar berlaku kebakaran...

Sekejap.

Kenapa?

Aku tanya detektif yang aku kenal sewaktu merakam, " 80 minit mengejar", dan...

dia kata memang 100%sah, ianya percubaan pembakaran.

Jadi, memang akan berlaku kebakaran?

Apa Ahjumma ini? Meremang bulu romaku!

Aku...akan tangkap orang itu.

Saya sudah ke stesen polis, dan...

Aku akan jadi mabuk, kemudian pukul lelaki itu dan kita sama-sama akan ditahan.

Tak penting bagaimana kita dapat menangkapnya, janji aku dapat menahannya, betul?

Habis, kau tak nak muncul di siaran pagi?!

Risaukan tentang penyiaran itu sedangkan ramai orang akan mati?

Memandangkan awak ada imej yang perlu dijaga, biar saya yang pergi.

Kalau dia merbahaya, saya akan menggigitnya ke apa.

Isk, sudahlah!

Aku tak tahulah. Aku tak tahu yang 100 orang akan mati.

Helo? Sayang, sayang, aku ini...

Jangan pergi ke stesen kereta api bawah tanah pada hari lusa.

Paling penting, Stesen Byeolgok.

Betul, jangan keluar pada hari itu!

Dalam keadaan ini, kau boleh terfikirtentang diri sendiri kau saja?

Tentu ada jalan...

Tentu ada jalan untuk menyelamatkan orang-orang itu.

Aku tak tahu pasal ini. Aku tak tahu pasal ini.

Mana boleh percaya pada tukang tilik nasib. Mana boleh percaya pada tukang tilik nasib.

Minta maaf.

Apa kata kita gunakan rancangan ini (bagi menghalang kebakaran itu)?

Kita akan buat siaran langsung bagi latihan kebakaran?

Di stesen kereta api bawah tanah?

Bagaimana kalau buat pada waktu pagi pada hari lusa lusa esok, di Stesen Byeolgok.

Awak kata awak berdekatan, bukan?

Boleh awak berhenti di pejabat stesen itu dan tanya pada mereka?

Tapi sekarang adalah ketika masa sibuk.

Adakah mereka akan berkerjasama?

Tentu mereka akan bersetuju, jika awak yang minta.

Ah...Saya memang agak comel, tapi...

Tapi...tentu susah.

Cubalah dan bercakap dengan mereka.

Saya minta tolong awak!

Semangat kau memang bagus, tapi...

kau memang tak sedar diri.

Kau tahu kenapa kereta api bawah tanah itu dipanggil sebagai " kereta api bagi neraka"?

Tambahan pula, pada waktu masa sibuk pagi , ketika penuh dengan orang...

stesen itu tentu akan benarkan kami melakukannya.

Jadi kamu ada rancangan lain?

Hei! Kau gunakan pertalian kau untuk minta tolong, kan?

Dalam sini, kita juga sedang mencari jalan untuk menjayakannya.

Tapi oleh kerana kita tiada masa lagi, kita akan ikut sesiapa saja yang ada pelan yang bersedia. Okay?

Ya, saya faham.

Saya sudah hubungi CEO bagi kereta api bawah tanah itu dan dapatkan kebenaran.

Tak kisah apa aksi comel atau rayuan yang perlu aku lakukan, ini tentu akan sukar...

Tapi sebab Se Joo minta pada aku...

aku akan dimalukan sekali saja.

Ah! Helo! Ah!

Hi, helo! Ah, helo!

Saya daripada Rancangan Pagi Kim Shin di YBS.

Oh ya, saya sedang menantikan kamu.

Kita akan bekerjasama untuk siaran langsung bagi latihan kebakaran pada hari lusa, jam 6AM-8PM.

Oh, ya, ya...

Ya... - Apa?

Berjaya?

Apa? Seo Yoo Kyeong benar-benar gunakan daya tarikannya?

Apa? Mereka sudah tahu pun? Apa kau cakap ini?

Maksud saya, sebelum saya tanya pun, mereka kata akan melakukannya.

Saya pun fikir ia pelik juga.

Apa kau buat?

Apapun, kau kata stesen itu bersetuju, betul?

Bagus. Bersiap sedia di sana, Yoo Kyeong. Ok.

Perhatian!

Kau semua pergi periksa alatan keselamatan di Stesen Byeolgok.

Kau pergi memantau kawasan itu dulu bersama Seo Yoo Kyeong.

Kau dan Penulis Bae pergi panggil bomba dan ambulans untuk bersedia. Okay?

Juga, keutamaan kita adalah untuk selamatkan nyawa. Ini adalah siaran langsung, dengan rakaman di tempat kejadian.

Dalam stesen itu, dan dari kereta api bawah tanah itu.

Bertenang, dan cepat bergerak.

Kita sekarang ada 31 jam sebelum penyiaran itu.

Apa kau buat? Cepat bergerak, cepat, cepat, cepat!

Siapa di belakang kau?

Berapa tinggi kedudukan mereka?

Orang yang berkedudukan tinggi?

Saya kenal beberapa orang yang panjat Gunung Himalaya...

Semuanya berakhir dengan baik untuk kami.

Menyelamatkan orang, melakukan penyiaran itu dan

mendapat rating penonton yang tinggi.

Penonton?

Nyawa orang ramai dalam bahaya dan kau cakap tentang penonton?

Pengacara Kim, ini adalah stesen penyiaran bagi mengaut keuntungan.

Menyelamatkan orang juga bagus dan melakukan penyiaran itu juga bagus...

Tapi kita juga perlu fikirkan tentang penonton kami.

Akan berlaku kebakaran yang betul?!

Itu rahsia.

Kita berpura-pura ianya latihan. Kemudian, apabila berlaku kebakaran yang sebenar, kita akan terus padamkannya.

Ketua Bahagian, saya minta tolong kamu kali ini saja.

Kamu tak ingat? " Bersiap sedia, 24 jam!" (Rancangan TV yang merakam kecemasan/kemalangan)

Saya yang menulis skrip itu dengan baik!

Tolonglah ahjussi, hantarkan 2 buah ambulans.

Kita sibuk sekarang. Minta maaf. - Ahjussi! Ahjussi!

Air ini mencukupi, bukan? - Ya.

Baik. Mari pergi.

Oh, tapi PD-nim, ini tak bergerak.

Oh, benarkah?

Kenapa ada 2 hos kebakaran saja?

Hye Myeung! - Ya?

Kau tahu satu baki pemadam api yang tertinggal sewaktu kami merakam...

Bawa sini dan tinggalkan di sini.

Oh, tapi sunbae! Itu agak lama.

Adakah kita perlu sampai begini?

Tentulah, kena.

1,2,3!

Wah, kau berdua memang pandai mengelak.

Dengan penuh keyakinan!

Tengok! Ia tak berfungsi...

Dedahkan semuanya ketika siaran itu? Kenapa?

Ia perlu realistik.

Ada orang maklumkan kepada kami akan berlaku kebakaran dan begini cara kita menguruskannya.

Jangan menipu para penonton dan beritahu mereka cerita sebenar.

Kau fikir kita berniat sengaja untuk menipu para penonton? Tapi melihat kepada keadaan ini-

Cukuplah kita dapat menyelamatkan nyawa. Kenapa perlu ada pelan-pelan lain seperti ini?

Tayang siaran di sana seolah-olah kita tak tahu apa-apa dan seperti " Oh apa ini? Ada kebakaran?"

"Ini satu kebetulan yang amat hebat!"

"Kita secara kebetulan ada siaran latihan kebakaran, jadi tolong padamkan aipi itu!"

"Bagaimana keadaan dalam stesen itu? Okay? Leganya!"

Apa ini?

Kita gunakan orang untuk tayangkan sketsa?

Jika kita dedahkan kebenaran, ini tak akan disiarkan pun!

Kalau kita kata rakaman ini dibuat berdasarkan ramalan seorang tukang tilik nasib, jawatankuasa semakan akan menolaknya

Lepas itu kita langsung tak dapat padamkan api mahupun selamatkan nyawa-

Jadi kita perbodohkan para penonton?

Penyiaran berdasarkan fakta dan peraturan asas bagi-

Peraturan itu!

Hei!

Kau sedar tak betapa kau sangat menyusahkan orang lain?

Disebabkan kau, kita semua dipindahkan ke desa.

Sekarang kita cuba lakukan sesuatu dengan berita ini, dan kau asyik nak jaga maruah diri dan cakap tentang peraturan!

Baiklah,

kau boleh keluar!

Kau boleh berdegil dan berkeras dan hidup seperti itu!

Peraturan, peraturan, peraturan!

Peraturan kepala otak kau.

Aku akan ke kereta api bawah tanah.

Tak payahlah.

More Malay subtitles for Marry Him If You Dare

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left