Marvel Studios: Assembled

Marvel Studios: Assembled

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Marvel Studios Assembled S01E05 The Making of What If ? DSNP WEB-DL MS
A Commentary by ShasyaLala
Disney Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Published on: 2021-11-25
Downloads: 25
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Galaksi.

Pada matamu, ia hanyalah seratus bilion titik cahaya.

Tapi di tempat kau nampak cahaya,

aku nampak dunia dan kisah yang tak terhingga di dalamnya.

Perkara yang kau gelar takdir hanyalah satu persamaan.

Produk yang boleh berubah, di tempat yang betul dan masa yang tepat.

Atau dalam keadaan tertentu, di tempat yang salah pada masa yang salah.

Bagaimana jika satu pilihan mengubah segala-galanya?

Bagaimana jika setiap realiti berakhir dengan satu detik?

Sertai aku. Terokai jagat berbilang dan tanyakan persoalan,

"Bagaimana jika...?"

Sempurna. Terima kasih.

Kami melihat cara untuk bertumbuh, berkembang,

serta berevolusi selepas Endgame dan memasuki Fasa Empat.

Kami ada banyak idea untuk paparan dan susulan...

KEVIN FEIGE PENERBIT EKSEKUTIF

pada watak sedia ada dan memperkenalkan watak baru.

Tetapi sebenarnya idea Disney Plus

yang membolehkan kami buat sesuatu yang belum pernah dilakukan.

Kami perlu fikirkan idea

yang layak dianimasikan dan tak dapat dibuat di tempat lain.

Kemudian Brad Winderbaum datang ke pejabat saya dan kata,

"Apa kata kita buat What If...?"

"Kita ada ramai peminat sekarang,

"ada ramai orang yang menonton filem kita berulang kali,

"semua orang tahu macam mana sesuatu berlaku.

"Macam mana Iron Man dan Captain America menjadi diri mereka."

Siri What If...? daripada komik

ialah cara yang hebat untuk beri kelainan.

BAGAIMANA JIKA CAPTAIN AMERICA TIDAK HILANG SEMASA PERANG DUNIA KEDUA!

BAGAIMANA JIKA AVENGERS TIDAK PERNAH WUJUD?

BAGAIMANA JIKA FANTASTIC FOUR MEMPUNYAI KUASA SUPER BERBEZA?

What If...? sebagai konsep dan juga komik

sentiasa dibincangkan dalam perbualan.

Saya ingat lagi wacana harmoni paling awal.

Kami akan fikir tentang What If...?

Bukan sekadar mengadaptasi,

BAGAIMANA JIKA DR. STRANGE PENGIKUT DORMAMMU?

tapi berapa banyak kisah hebat berasal daripada komiknya.

BAGAIMANA JIKA DUNIA TAHU DAREDEVIL BUTA?

Serta banyak kisah-kisah itu...

BAGAIMANA JIKA THOR DAN AVENGERS BERTEMPUR DENGAN DEWA-DEWA?

...menjadi daftar karya

dalam kesinambungan utama alam semesta Komik Marvel.

BAGAIMANA JIKA AVENGERS BERLAWAN PERANG KREE-SKRULL TANPA RICK JONES?

BAGAIMANA JIKA LOKI YANG MENEMUI TUKUL THOR?

BAGAIMANA JIKA CAPTAIN AMERICA DIHIDUPKAN SEMULA HARI INI?

BAGAIMANA JIKA DR. STRANGE BUKAN GURU SENI MISTIK?

BAGAIMANA JIKA AVENGERS MENGALAHKAN SEMUA ORANG?

BAGAIMANA JIKA AVENGERS BERJUANG PADA TAHUN 1950-AN?

Bercakap daripada pengalaman sendiri,

dan orang lain juga ada menyebutnya,

What If...? seperti laluan masuk

ke komik berbeza yang jarang dibaca.

Saya suka Ghost Rider semasa kecil.

komik Ghost Rider pertama yang saya baca

ialah "Bagaimana jika kakak Danny Ketch jadi Ghost Rider dan bukannya dia?"

BAGAIMANA JIKA... BARBARA KETCH YANG JADI GHOST RIDER

Kemudian saya fikir, "Hebatnya!"

Kemudian saya baca semua komik Danny Ketch sebagai Ghost Rider.

Saya rasa ramai orang ada pengalaman What If...? yang sama.

Ia memperkenalkan kita pada watak-watak yang jarang dibaca.

NOVA MELETUPKAN PENJAHAT

Apabila diringkaskan, kisah itu jadi baru.

Jadi lebih mudah untuk kisah itu difahami.

Kita tak rasa seperti perlu membaca

60 komik untuk tiba di jalan cerita itu.

Perkara itu unik yang kita boleh alami sebagai pembaca baru.

BAGAIMANA JIKA AVENGERS DIPERGUNAKAN OLEH KORVAC?

Saya masih ingat semasa kecil saya beli komik

seperti komik Conan di New York...

dengan Howard Duck atau perkara mengarut.

Kisahnya seperti Twilight Zone bagi Marvel pada masa itu.

Saya rasa zaman kegemilangannya pada tahun 70-an dan 80-an.

Ia masih ada, tapi kisah pada zaman itu yang amat diingati.

Saya rasa ia tapak ujian untuk kisah tertentu.

Sesuatu yang mungkin berlaku dengan watak berbeza.

Mereka mencubanya dengan selamat dalam satu komik kecil.

Jika kisah itu diminati, mereka boleh teruskannya.

Contohnya, "Bagaimana jika Hulk pintar?"

Akhirnya kisah itu menjadi satu jalan cerita sendiri

dengan Hulk yang bijak dan urusannya.

Perkara ini pernah berlaku dalam beberapa tajuk What If...?

Jadi, ia berasal dari situ. Namun bagi siri kami,

kami tak pinjam apa-apa yang telah dibuat dalam komik.

Kami fikirkan idea baru,

sebab kisah kami lahir daripada MCU.

Kami bukannya mengubah suai watak dalam komik,

kami mengubah suai versi sinematik filem Marvel watak-watak itu.

Saya nampak pencerobohnya.

Lelaki Kaukasia, berusia pertengahan 20-an dengan...

rambut yang menawan.

Apa awak cakap?

Sudah bertahun-tahun kami bekerja dengan Bryan Andrews di Marvel Studios.

Dia yang melukis papan cerita bagi babak aksi kami yang paling ikonik.

Kami bekerjasama dalam Ant-Man 1 semasa dia reka

kali pertama Scott Lang jatuh

ke alam kuantum pada akhir filem itu.

Dia mainkan peranan penting baru-baru ini

sebagai anggota bilik cerita yang memikirkan pengakhiran Endgame,

yang menggabungkan pelukis papan cerita dengan penulisnya, Chris dan Steve.

Sebenarnya semasa saya cadangkan What If...? kepada Kevin,

segalanya berlaku begitu pantas.

Saya telefon Bryan, yang saya kenal dan kata,

"Hei, kawan. Awak nak bekerjasama dalam projek ini?"

Dia jawab, "Ya, dah tentu."

Saya dan adik-beradik saya membesar dengan menggemari animasi.

Namun kami juga membesar dengan menyukai Marvel.

Kami ada buku cara melukis gaya Marvel.

Kami amat meminati lukisan Frank Frazetta dan lain-lain.

Namun semuanya dengan gaya penuh aksi dan pengembaraan yang sama,

atau mitos yang lebih hebat daripada kehidupan sebenar.

Sememangnya komik Marvel satu inspirasi.

Pada pendapat kami ada pelukis yang lebih menyerlah berbanding yang lain.

Contohnya Kirby atau orang lain.

Ada pelukis yang mampu menggambarkan

imaginasi kita dalam panel papan cerita.

Bertahun-tahun selepas itu,

terlibat dalam lakonan langsung, saya fikir

"Saya pernah lukis semua watak-watak itu semasa saya kecil."

Kini saya bekerja untuk Marvel Cinematic Universe

yang sudah dirasakan seperti mimpi yang menakjubkan.

Namun kini saya juga terlibat dalam siri animasi

yang melihat semula watak-watak itu. Saya rasa ia amat sukar dipercayai.

Agak menakjubkan.

Salah satu perkara menarik yang berlaku

dalam proses pembangunan What If...? ialah

bilangan idea yang muncul dan kami masih ada idea baru.

Kami seperti tak boleh berhenti memikirkannya.

Apa yang awak buat?

Mempermainkan masa boleh melemahkan hijab jagat ini.

Paling penting sekali, kisah yang terpilih

semuanya berasaskan watak,

dan semuanya bermain dengan perasaan.

Sebab itulah kami ambil Ashley Bradley sebagai Penerbit Eksekutif kami

dan ketua penulis siri ini.

Jika kita lihat karyanya dalam Trollhunters dan 3Below ,

kita dapat lihat seorang penulis yang walaupun

sains fiksyen dalam kisah itu mengarut,

dia sentiasa cuba mencari jati diri watak itu

dan mewujudkan konflik yang benar-benar mencabar watak itu.

Itulah yang kami cuba lakukan dalam filem,

dan dalam setiap episod What If...?

Saya pernah terfikir kita berdua boleh menakluki dunia.

Kita tak berjuang dalam pertempuran yang sama, Tony.

Dalam minggu-minggu pertama, hanya saya dan penerbit eksekutif lain bertemu

iaitu Brad Winderbaum dan Bryan Andrews. Kami seperti berkampung di situ.

Dua minggu membincangkan kisah untuk diceritakan.

Ada kisah yang ketara.

"Bagaimana jika Thor tak pernah dihalau?" "Bagaimana jika Ultron menang?"

Saya akan bawa kedamaian dalam era kita...

Selepas kami meluahkan idea-idea itu, kami mula membincangkan tentang

"Bagaimana jika Yondu menculik budak yang salah dan bukan Peter Quill?"

Apa yang akan berlaku?

Apa awak buat seorang diri di sana?

Menjelajah dunia.

Seronok bunyinya.

Namun mengapa berhenti pada satu dunia? Kami boleh tunjukkan semuanya.

Sebaik kami tahu jalan cerita utamanya, sukar untuk tidak mengeluarkan idea.

Otak mula meneroka setiap pelosok jagat itu.

Perkara itulah yang menjadikan

proses pembangunan siri ini amat mengujakan.

Kami dapat berbincang dengan orang lain

dan hanya memberi idea.

Sebab hampir setiap peristiwa boleh dibayangkan semula

dan digabungkan semula dalam kisah What If...? yang tersendiri.

Kami terus sedar, kami boleh keluarkan idea yang hebat seperti,

"Bagaimana jika Peggy Carter yang masuk ke dalam kebuk Projek Kelahiran Semula

"menjadi Askar Super dan bukannya Steve Rogers?"

Namun itu hanya permulaan.

Bukan hanya "bagaimana jika", malah ada juga "kemudian apa?"

Dalam setiap cadangan yang kami fikirkan,

setiap idea mengandungi dua bahagian.

Ada bahagian "bagaimana jika" yang merupakan pencetus insiden

dan juga "kemudian apa," iaitu kisah sebenar.

Apa benda itu?

Semasa kami mengembangkan kisah dalam siri ini,

bahagian "kemudian apa" menjadi asas emosi sebenar bagi kisah kami.

Awak wira saya, Steve.

Maksud saya, awak seorang wira.

Awak wira saya juga.

Namun jati diri watak-watak itu mestilah sentiasa sama.

Jika T'Challa di Wakanda atau melepak dengan Ravagers di angkasa lepas,

dia masih lagi raja masa kini dan masa depan.

Kena tunduk hormat? Saya rasa kami patut tunduk.

Ataupun, kami patut melutut.

-Kedua-duanya tak perlu. -Tolonglah.

Dalam dunia mana pun Tony Stark berada,

Pepper Potts ialah destinasi akhirnya.

Ramai orang mahu menumpang populariti Tony Stark.

Tugas saya ialah menghidu niat sebenar mereka.

Dapat hidu apa-apa?

Tidak. Itulah masalahnya.

Steve Rogers, sama ada dia dalam pakaian seragam Captain America,

sama ada dia Steve Kurus atau bukan,

dia sanggup berjuang habis-habisan demi perkara yang dipercayai benar.

Saya perlukan bantuan! Tolong bawa dia keluar dari sini!

Tidak, masukkan saya dalam sut itu.

Biasanya dari situlah kami bermula.

Kami pergi ke arah yang berbeza,

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left