Squid Game

Squid Game (오징어 게임)

Download Malay Subtitle

Season 3

Release info

Squid Game S03E03
A Commentary by helminuri

Tags

webdl
Published on: 2025-06-27
Downloads: 294
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Staf yang bertugas, sila keluarkan pemain yang tersingkir.

Ulang suara.

Staf yang bertugas, sila keluarkan...

Aduhai.

Hampir kena.

Nasib baik saya suka memburu.

Saya kena belanja awak nanti.

Jangan risau. Saya seronok.

Ayuh.

Kamu berdua berseronok nampaknya.

Saya cedera sedikit. Bagaimana dengan kamu berdua?

Kami baru nak mula.

Saya dengar ada ramai lagi di atas.

- Biar betul? - Ya.

Ayuh.

SQUID GAME 3

EPISOD 3 BUKAN SALAH AWAK

Hei.

Kau nampak rantai aku?

Rantai salib yang berisi pil.

- Tak. - Kau tak nampak?

Saya tak nampak.

Di mana agaknya?

Celaka...

Aku tercicir sesuatu tadi. Aku nak cari benda itu.

Aku nak cari benda itu sekejap.

Awak tak boleh kembali ke sana.

Tolonglah! Sekejap...

Tolong aku.

Aku betul-betul perlukan benda itu.

Celaka! Aku nak cari rantai aku!

Cepat sikit. Kita tak ada masa.

Tapi...

kenapa awak tolong saya?

Kalau kau nak hidup, ikut cakap aku.

Aduhai, sayang.

Anak awak lapar.

Awak nak cuba?

Tahniah kepada anda yang lulus permainan keempat.

Saya akan umumkan keputusan permainan keempat.

Seramai 35 orang pemain telah tersingkir dalam permainan keempat.

Kini hanya tinggal 25 orang pemain.

Jumlah wang hadiah terkumpul setakat ini ialah 43.1 bilion won

dan setiap pemain akan menerima 1.724 bilion won.

Sekarang anda perlu mengundi untuk teruskan permainan atau tidak.

Saya suka melihat dari jauh,

tetapi terlibat secara langsung memberikan pengalaman sangat berbeza.

Susah nak cari perbandingan yang sesuai.

Saya rasa macam orang Maasai yang memburu di belantara Afrika.

Saya selalu memburu di Afrika, tapi pengalaman di sini lebih menarik.

Tak guna, saya...

Saya seorang saja yang tak ikut?

Helikopter datang lambat.

Banyak duit saya habis untuk benda buruk tu.

Awak yakin helikopter awak yang bermasalah?

Atau awak lambat bangun sebab terlalu mabuk?

Awak nak tahu sesuatu?

Kalau awak tak buka mulut,

awak lebih menarik.

Patutlah Pengerusi Oh pilih awak.

Kerja awak sangat bagus.

Selain memberi kami kepuasan menonton,

awak benarkan kami mengambil bahagian.

Saya hanya melaksanakan kehendak Pengerusi Oh untuk menghiburkan tetamu.

Mari kita berikan penghormatan kepada Pengerusi Oh yang hebat.

- Untuk Pengerusi Oh. - Pengerusi Oh.

Tuan. Ini Pengurus 004.

Teruskan.

Kami terputus hubungan dengan bilik operasi.

Turun ke bawah dan periksa sendiri.

EN. CHOI

Helo?

Hwang, saya dah agak.

Saya dah siasat. Ada yang tak kena dengan Kapten Park.

Penduduk di sini tak kenal dia langsung.

Saya dah tanya peniaga pasar dan nelayan.

Saya nak tahu asal usul, keluarganya,

sekolah tempat dia belajar.

Tapi tak ada sesiapa tahu.

Dalam rekod penduduk, dia didaftarkan sebagai Park Yeong-gil.

Tapi tak ada seorang pun yang kenal.

Mereka asyik tanya nama sebenar dia. Awak tak rasa curiga?

Tapi kita tak ada bukti dia yang bunuh pengendali dron itu.

Saya tahu, tapi dia agak mencurigakan.

Awak masih ingat Kapten Ko yang mengemudi bot satu lagi?

Park beritahu kita Kapten Ko penduduk asal Moojin.

Tapi sama saja, tak ada sesiapa kenal dia!

Kawan saya yang tinggal di sini pun tak kenal dia.

Dia macam hantu di sini.

Mari!

Kami dah nampak pulau itu.

Nanti kita berbual lagi.

Okey, saya akan siasat lagi. Awak perhatikan Kapten Park.

Ayuh.

Turunkan dron sikit lagi.

Masa untuk mengundi.

Begitulah nampaknya.

Awak nak tahu pendapat saya tentang undian tahun ini?

Menyeronokkan.

Lebih mengujakan daripada permainan sebenar.

1.7 bilion won lebih sejuta dolar.

Bagi mereka, jumlah itu sangat besar.

Mereka akan berhenti sekarang?

Pemain di bawah sana sanggup membunuh untuk sampai ke tahap ini.

Dalam kepala mereka sekarang,

"Kalau lebih ramai mati, berapa lagi aku boleh dapat?"

Daripada 25 orang, 16 orang memakai tanda bulat.

Selepas pergaduhan dalam gelap tempoh hari,

mereka takkan berani menentang undi majoriti.

Pemain dengan nombor terkecil akan mengundi dulu.

Pemain 039, sila mengundi.

Kalau anda mahu meneruskan permainan, tekan butang O.

Kalau anda mahu pulang, tekan butang X.

Pemain 084.

Pemain 096.

Pemain 100.

Pemain 124.

Pemain 125.

Pemain 149.

Pemain 163.

Pemain 192.

Encik.

Apa kata kita berhenti sekarang?

Saya dah tua. Tolonglah, saya merayu.

Kamu semua, tolonglah.

Tolong hentikan permainan ini. Saya merayu.

Kalau duit kamu tak cukup,

saya akan bagi kamu bahagian saya.

Ambil semua duit saya.

Tolonglah,

saya dah lama hidup.

Saya tak kisah kalau saya mati di sini.

Tapi saya tak sanggup tengok anak kecil itu dan ibunya mati.

Tolonglah.

Saya merayu.

Pemain 192, sila mengundi.

Encik, tolonglah. Selamatkan anak itu dan ibunya.

Saya dah tua! Kasihanilah saya!

Biar anak itu dan ibunya pulang!

Biar mereka pulang...

Periksa identiti mereka.

IMBASAN SELESAI

Identiti mereka yang mati?

Ini Nombor 007.

Ini Nombor 025.

Ikut askar itu.

Di bilik kau pun ada kamera. Hati-hati.

Giliran pengundi terakhir.

Pemain 456, sila mengundi.

Pemain 456 memilih untuk tidak mengundi.

Daripada 25 orang pengundi,

16 orang mengundi O, 8 orang mengundi X dan 1 undi berkecuali.

Berdasarkan undian anda, kita akan teruskan permainan kelima esok.

Sila berehat secukupnya.

Terima kasih.

Betul cakap hos kita.

Saya tak sangka jurang undian sebesar ini.

Saya hampir menangis mendengar ucapan perempuan tua itu.

Sangat menyentuh hati.

Awak rasa dia betul-betul nak serahkan semua duit yang dia dapat?

Mungkin dia dah nyanyuk.

Perempuan gila itu sanggup membunuh anaknya sendiri

semata-mata nak selamatkan bayi dan perempuan yang dia baru kenal.

Saya faham perasaan dia.

Dah banyak kali saya rasa nak tanam anak saya hidup-hidup.

Macam mana?

Nombor 005, 007 dan 025 dah mati.

Siapa yang bunuh?

Tembakan dilepaskan.

Nampak macam Nombor 016 terlibat.

Nombor 016?

Doktor yang keluarkan organ?

Ya, mayat dia tiada di bilik operasi.

Laporkan keadaan askar-askar di bilik mereka.

Nombor 005, 007, 011

dan 025 belum pulang lagi.

Macam mana dengan 016?

Ada di biliknya.

Air tengah surut sekarang.

Kita kena bergerak sebelum arus jadi lebih deras.

Bawa dron ke sini.

Baik, tuan.

Tunggu.

Terbangkan dron balik ke pantai.

Kenapa? Apa yang awak nampak?

Rasa macam saya pernah sampai ke pantai ini.

Kapten Park, boleh bawa kami ke pantai sedekat yang boleh?

Agak bahaya, di sana banyak batu.

Tolonglah. Saya nak periksa sesuatu.

Makanlah.

Saya tahu awak tak ada selera, tapi awak kena makan.

Kalau tak, anak awak takkan selamat.

Jangan lupa minum banyak air.

Maafkan saya.

Semua ini salah saya.

Jangan salahkan diri sendiri.

Mulai sekarang,

dia keutamaan awak.

Fokus pada diri sendiri dan anak awak.

Faham?

More Malay subtitles for Squid Game

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left