The first 200 lines.
Cepat! Mereka dah bangun!
Mari.
SELAMAT DATANG KE ALEXANDRIA
Mari sini!
Mak!
Nicole ada kejutan.
Cuba teka siapa datang?
Agatha.
Tak begitu mudah, budak.
Bahu.
Saya merindui awak juga.
Bagus berjumpa awak, Maggie.
Bagus berjumpa awak juga, Duncan.
- Saya sangka kamu dah mati. - Kami pun sangka kamu dah mati.
Kami tiba di Meridian.
Kami tahu jika awak masih hidup, awak akan berada di sini.
- Dia orangnya? - Sudahlah.
- Ia untuk keluarga saya. - Berhenti.
- Saya punya, okey? - Cukup.
Ayuh, sudahlah.
Semua orang bertenang.
Makanan cukup untuk semua orang.
Seminggu.
Itu saja? Sejak pencarian bekalan terakhir, cuma seminggu?
Kita boleh berjaya.
Bagaimana? Kita baru saja terima dua komuniti baru.
- Tiada tanaman atau simpanan. - Kita boleh berjaya.
Saya dah suruh orang pergi mencari bahan binaan.
Mereka semakin perlahan.
Sukar nak membina benteng
dengan alat rosak dan perut kosong.
Orang kami pemburu yang mahir.
Saya dan Frost boleh bawa kumpulan memburu.
Kawasan ini dah gersang.
Semua haiwan dah lari akibat kumpulan perayau terakhir.
Kita boleh cari kawasan baru.
Tiada masa. Kita perlukan banyak makanan sekarang.
Saya tahu ada satu tempat lain.
Tempat tinggal kami sebelum ini.
Meridian.
Ada banyak makanan, air, tanaman dan haiwan.
Ya, kini dah tiada.
Apa yang berlaku?
Kami berusaha mengumpan perayau pergi dari markas.
Duncan, Agatha dan Frost
mengetuai kumpulan perayau jauh di depan.
Saya patah balik bersama Elijah dan Cole.
Dalam perjalanan balik, kami asyik hadapi masalah
dan kami terkandas di jalan.
Kini, saya mula rasa ia bukan kebetulan.
Tiba-tiba kami dengar bunyi jeritan dari jauh.
Kami berkejar pulang.
Tapi dah terlambat.
Kebanyakan orang kami dah dibunuh.
Selebihnya juga nyaris terbunuh.
Orang yang serang kami...
Kami hanya tahu dua perkara.
Mereka datang pada waktu malam.
Semasa awak nampak mereka, awak dah mati.
Itu sebelum kami tangkap seorang.
Daryl ada bersama saya.
Dia kejar kami seorang diri.
Apa sebabnya?
Sebab mereka tidak ramai.
Mereka ada di Meridian sekarang.
Ada banyak makanan untuk orang Alexandria,
sehingga tempat ini berjaya dibangunkan.
Sebab itu mereka merampasnya.
Kita cuma perlu rampas balik.
Awak nak pergi lawan Hantu? Itu rancangan awak?
Awak ada rancangan yang lebih baik?
Kukuhkan pertahanan Alexandria. Benteng tak stabil.
Perayau boleh masuk.
Ini bukan andaian tapi hakikat.
Alexandria perlukan kita.
Ini demi Alexandria.
Anak saya ada di sini.
Saya juga ada kepentingan di sini.
Ya, tapi jika mereka pernah bunuh semua orang,
apa bezanya kali ini?
Duncan, Agatha dan Frost adalah pejuang terbaik Meridian.
Kini, mereka ada di pihak saya, harap-harap awak semua juga.
Ini seperti mencari maut.
Jika kita tiada makanan, ini tak akan berjaya.
Saya akan pergi.
Siapa nak ikut?
Baiklah.
Negan, berapa lama lagi kita kena rentas bandar?
Kira-kira enam jam, kita patut cari tempat
sehingga hujan berhenti.
Awak tiada hak bersuara.
Betul katanya. Kita perlu cari tempat berteduh.
Tidak, kita tiada masa.
Kita tak boleh teruskan begini.
Ya, jom.
AMERIKA MENEGAH SIFAT PERKAUMAN
Arah mana?
Bukan saya nak berleter,
kita perlu berehat dan tunggu
sehingga hujan berhenti.
Awak tak nak ke sana?
Tidak.
Saya tak peduli.
Arah mana?
Landasan kuning ke utara.
Tukar ke biru di Reagan National dan kemudian merah ke Bethesda.
Berhenti.
Boleh saya bercakap dengan awak?
Apa?
Awak fikir kita berkawan?
Jom.
JIKA TUHAN WUJUD, DIA PERLU MINTA KEAMPUNANKU
Apa itu?
Ribut menolak angin melalui paip dan membuat bunyi mengerang.
Tiada masalah. Kita selamat.
Awak tahu apa bunyi itu sebenarnya?
Itu Tuhan menyuruh kita berpatah balik.
Saya pasti Tuhan akan tanya saya dulu.
Yakah?
Tuhan ada tunjukkan mata baik awak terhadap ini?
Tanda garis air.
Bererti terowong ini kerap banjir semasa hujan.
Jika di bawah sini teruk, di atas lebih teruk.
- Maksud saya... - Itu tak akan berjaya.
Awak nak mengarah kami?
Teruskan bergerak.
Jom. Anjing!
Dengar cakapnya.
- Eugene Porter? - Ya.
Ya, itu nama saya.
Tak perlu gementar, En. Porter,
jika awak berterus terang.
Saya memang terkenal dengan sifat budiman saya.
Jika awak merujuk kepada cara saya bercakap,
ini memang gaya saya.
Gaya saya bercakap.
Kami juruaudit dari Commonwealth.
Awak di bawah penilaian tahap satu.
Jika awak lulus pemeriksaan, awak akan naik ke tahap dua.
Bagaimana jika kami tak lulus pemeriksaan?
Awak akan melalui pemprosesan semula.
- Apa itu pemprosesan semula? - Kita mulakan penilaian.
Apa kerja ibu bapa awak?
Ayah saya seorang jurutera mekanik dan...
Ibu saya guru agama.
Maksud awak si jahanam pertama atau kedua?
Apa kerja awak?
Saya penjaga zoo.
- Saya bekerja di kedai muzik. - Peguam.
- Di mana universiti awak? - Ada apa kaitan?
Cuma prosedur, puan.
Ijazah sarjana muda dari Oxford dan undang-undang dari Harvard.
Tahap pendidikan tertinggi?
Tiga tahun di Universiti Carolina Utara.
Awak tak tamatkan pengajian?
- Saya terpaksa berhenti sebab... - Maksudnya, tidak.
Apa poskod awak?
Siapa boleh ingat benda begitu?
Dari 1978 hingga 1984, poskod saya 75001.
Dari 1984 hingga 1996, poskod saya 76244-0361.
Pada penghujung tahun 1996...
Apa keputusan pemeriksaan fizikal terakhir awak?
Saya tak pernah buat.
Awak pernah mengikuti vaksinasi cacar?
Awak nak tarikh-tarikhnya?
Ada sejarah barah?
Tiada.
Beritahu saya tentang goiter awak.
Ini pertumbuhan tak berbahaya. Saya dah ada sejak kecil.
Dari mana awak dapat duit yang ada pada awak?
Wang kertas dua dolar?
Beritahu kami dari mana awak dapat.
Semasa saya berumur 15 tahun, saya bekerja di restoran piza.
- Maklumlah... - Cerita secara ringkas saja.
Semasa saya tunaikan cek gaji saya di bank,
saya minta wang kertas dua dolar untuk disimpan.
Sebab itu duit gaji pertama saya.
Boleh kembalikan dua dolar saya
selepas sesi soalan ini?
Awak pernah diberkas?
- Tidak. - Ya, tapi bukan...
Ya, semasa tunjuk perasaan pelajar.
- Sejarah penggunaan dadah? - Berikan definisi dadah.
Saya ahli pengasas kesatuan antidadah
dan alkohol di sekolah tinggi saya.
Berapa kali awak buang air besar sehari?
Apa?
Awak lap dengan apa?
Langkau.
Kenapa awak berada di stesen kereta api?
Saya mengembara bersama rakan saya Ezekiel dan Yumiko.
Selama bertahun-tahun.
Mengembara dari tempat ke tempat, kami terjumpa Puteri.
Saya bantu mereka.
Mereka suka saya. Saya pun ikut mereka.
Kami tinggal di tempat yang ada radio yang berfungsi.
Saya berhubung dengan Stephanie.
Kami nak berjumpa, tapi kawan-kawan saya risau, jadi...
Kami berpura-pura ada ramai orang.
Sebab itu kami di kawasan kereta api.
No comments yet. Be the first to leave one.