The first 179 lines.
[Semua watak, kumpulan dan peristiwa adalah fiksyen.]
[kita nampak suram sekarang semasa kita lihat diri dalam cermin,]
Nampak tak?
Ia tahu anaknya akan mati, tapi ia masih melarikan diri.
Itulah yang dipanggil naluri.
Kita mesti atasi naluri untuk jadi orang yang hebat. Faham?
Harapan awak memang sia-sia.
Tiada siapa boleh buat begitu.
Sebab itukah awak menolak
tawaran untuk jawatan jurucakap presiden?
Saya tak nak jadi boneka orang atasan.
Awak tak nak jadi boneka atau pihak atasan?
Buang masa saja.
Ia tetap akan disiarkan dalam berita. Putus asa sajalah.
Kata-kata awak sangat menyakitkan.
Betul. Harapan yang sia-sia.
Jadi maksudnya awak perlu umumkan
walau apa pun yang berlaku?
Saya terpaksa. Ini kerja saya.
Etika kerja awak akan menyebabkan ramai orang terluka.
Saya lebih rela mati daripada disakiti. Begitulah betapa saya tak suka disakiti.
Dan tak dapat apa-apa daripadanya pasti lebih teruk.
Kesakitan mesti dihilangkan
sebelum ia bermula.
Itu kesimpulan saya.
Berapa banyak yang awak boleh terima...
Saya boleh terima apa saja.
Itu gerak hati saya.
Bagus. Mari kita lihat bagaimana keadaan
untuk awak dan saya.
[Seo Ki-tae, Pengerusi Kumpulan Jegang, Ahli Kongres Hwang Tae-seop]
kita menerima bom dua minggu lalu.
Salinan butiran akaun dana haram Kumpulan Jegang
dan salinan butiran dana kempen haram
yang syarikat itu hantar kepada Ahli Kongres Hwang Tae-seop.
Pendakwa, polis dan ahli kongres lain juga
sedang cuba mengesan tukang adu itu pada masa ini.
Lebih tepat lagi...
Mereka mencari fail asal yang tukang adu itu ada.
Maksudnya, bila yang asli didedahkan,
ramai orang akan dibuang kerja.
Ia juga bermakna
kita juga akan disingkirkan kalau kita gagal.
Nama tukang adu itu ialah Kim Seok-pil.
Kim Seok-pil itu?
Betul. Kim Seok-pil yang baru-baru ini disoal siasat
kerana menyokong pendakwa.
Saya harus katakan, "tukang adu" adalah istilah terlalu besar untuk dia.
Dia sengaja bocorkan salinannya
untuk jatuhkan semua orang bersama dia
kerana dia tak mahu jatuh sendiri.
Saya mesti katakan, dia memang hebat.
Dia bermula dari bawah
tapi telah menyebabkan orang atasan terlibat sama.
Masalahnya, dia sedang mengedarkan bom itu.
Sebaik saja dia hantar salinannya kepada kita,
dia turut hubungi Pengerusi Seo.
Awak rasa dia mungkin
dah beri dia fail asal?
Ia tetap akan disiarkan dalam berita. Putus asa sajalah.
Pengerusi Seo masih belum ada fail itu.
Saya pasti.
Baiklah. Kalau begitu, Kim Seok-pil mahu
menyebelahi sesiapa yang boleh membantunya.
Apa kita boleh buat untuk bawa dia ke pihak kita?
Boleh tinggalkan kami sebentar?
Mari kurangkan pilihan Kim Seok-pil.
Mari kita buat liputan di penghujung rancangan malam ini.
Masa singkat.
Mengheretnya tak bagus untuk kita.
Ini satu-satunya cara untuk mendapatkan
fail asal dan saksi secepat mungkin.
Percayalah.
Kim Seok-pil akan hubungi kita sebaik saja kita ke udara.
Kenapa tiada orang jawab?
Hei, Pengarah Kwon.
Awak pun tak tahu?
Saya pasti dia akan datang ke sini sebelum berita.
Hei, Pengarah Kwon.
Saya yang letakkan awak di sini.
Sekarang awak duduk atas riba orang lain?
Jangan babitkan hal peribadi.
- Hei! - Itu pun dia.
Hei.
Cerita yang awak usahakan sekarang. Lebih baik awak lupakannya.
Awak bekerja untuk orang lain sekarang?
Tak guna.
Atau tuan awak ubah fikiran?
- Hei. - Tuan.
- Budak ini... - Jaga tekanan darah awak.
Balik sajalah ke pejabat awak.
Biar saya yang marah.
Pergilah naik.
Pergilah. Saya akan cakap dengan dia.
Selamat tinggal, tuan.
[Jabatan Berita, Pejabat Hal Ehwal Semasa 1]
Hei, cubalah faham.
Dia terima banyak panggilan daripada pihak atasan.
Perlahan-lahan, okey?
Kita perlukan fail-fail asal untuk buat apa-apa.
Awak masih belum dapat, bukan?
Bukan awak, bukan?
Jangan tersalah anggap.
Pastikan awak periksa sebelum bertindak, okey?
Baiklah.
- Tak guna. - Jaga diri.
Mari sambung kerja.
- Semua okey? - Ya, semuanya nampak bagus.
Kita ada enam minit lagi.
Minggu ini, dalam The Anchor's Eye.
Hari ini saya nak bercakap tentang kelas.
Kelas.
Maruah dan keanggunan yang perlu dimiliki.
[Laporan Berita Malam tentang Pendakwa Penaja]
Semuanya bermula dengan komputer tablet
di dalam lokar kelab,
yang jelasnya dikosongkan dengan tergesa-gesa.
[Laporan Berita Malam tentang Pendakwa Penaja]
Identiti pendakwa penaja yang dikhabarkan secara meluas.
Orang ramai terkejut
untuk tahu yang duit kotor itu daripada pemilik kelab.
[Penyiasatan khas skandal pendakwa penaja...]
Kita nampak wajah sebenar
masyarakat di mana keadilan telah hilang dan wang adalah keutamaan.
[Laporan Berita Malam tentang Pendakwa Penaja]
[Saya benar-benar minta maaf atas gangguan dan kejutan]
[yang disebabkan oleh skandal tentang pendakwa penaja.]
[Pada masa ini, saya meletak jawatan sebagai Ketua Pendakwa Raya.]
Enam bulan selepas kami melaporkan hubungan yang rapat
antara pemilik kelab Gangnam, Kim,
dan pendakwa berpangkat tinggi,
Ketua Pendakwa Raya meletak jawatan.
Tapi hari ini, ada yang tak ada kelas
menunjukkan diri mereka.
[Anggota kongres empat kali, Pemilik Kelab Kim]
Baek Soo-hyun, tergamak awak...
Apa yang anda lihat sekarang ialah salinan fail
yang mengandungi butiran dana kempen haram yang Kumpulan J hantar
[Salinan fail yang mengandungi butiran dana kempen haram]
kepada ahli kongres empat kali, yang saya perolehi secara eksklusif.
["Bolehkah mendedahkan sesuatu yang kita masih siasat?"]
[Banyak kali saya tanya diri saya sendiri.]
[Namun, salinan ini saja sudah menarik perhatian seluruh bulatan politik,]
[dan ada banyak tekanan untuk menyembunyikan hal ini.]
[Pada usia di mana ramai orang kehilangan apa yang manusia perlu simpan,]
[kami putuskan untuk jadi saluran berita paling berbahaya di Korea.]
[Baek Soo-hyun, "Malam Berita BSN". Terima kasih kerana menonton.]
Aduhai.
Cara yang hebat untuk isytihar perang.
Maafkan saya, ayah.
Tapi saya masih percayakan Soo-hyun.
Ayah tahu.
Kamu selalu kata
kamu tak nak duit ayah.
Jadi kamu tak ada sebarang rungutan tentang ini juga, bukan?
Ya.
Tentu penat merenung semua kertas kerja itu.
Bagus.
- Hebatnya! - Bagus!
- Bagus. - Bagus.
- Bagus. Hebatnya. - Itu sangat hebat.
- Aduhai. - Awak memang hebat.
Bagus!
Tahniah kerana menjadi tular di Internet.
Saya minta maaf tak dapat beritahu awak dulu.
Jangan menipu. Awak sengaja sembunyikan hal ini daripada saya.
Awak mengesyaki saya?
Awak tak patut masuk campur
supaya awak boleh terus bekerja walaupun ada masalah.
Jangan terlalu angkuh.
Apa yang membolehkan saya kekalkan jawatan ini ialah penilaian penonton,
bukan pertimbangan awak.
Baguslah.
Nampaknya awak berjaya dapatkan fail-fail asal itu.
Ada sebab lainkah ia penting bagi awak?
Tiada sebab lain yang penting.
Pengerusi Seo ada hubungi awak?
Telefon saya tak henti-henti berbunyi.
Saya nak balik sebelum bos jumpa saya.
No comments yet. Be the first to leave one.