Release info

Solomon's Perjury E08 170114
A Commentary by ilovemassu
Terjemahan (Eng-Malay) secara manual oleh saya sendiri. Juga terdapat penambah-baikan daripada sub asal. Maaf jika ada sebarang kesilapan.

Tags

other
Published on: 2017-01-18
Downloads: 32
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Semuanya akan berakhir jika aku pindah sekolah?

Apa yang bermain dalam kepala kau aku tahu semuanya.

Lee So-woo bukan bunuh diri. Saya nampak!

Dia telah dibunuh oleh Choi Woo-hyuk!

Para pelajar tak boleh tahu lebih banyak mengenai kes Lee So-woo.

Hentikannya bila ada peluang.

Macam menembak api ke langit. Supaya seseorang boleh jumpa aku.

Lee So-woo, sila cakap hai.

Ini En. Han Kyung-moon, ketua jabatan perundangan bagi Yayasan Jeong-guk.

Hey!

Tak nak sapa senior kau?

Hai.

Buat betul-betul! Lagi sekali.

Tunduk lagi!

Buat betul-betul!

Terus tunduk.

Senarai Pelajar Dengan Layanan Istimewa

VIP? Apa maksudnya? Pelanggan VIP di kedai?

Woi, tak payah susahkan kami dengan perkara tak penting!

Apa ni? Penjaga, kau mabuk?

Orang-orang bodoh yang sedang berjalan di atas muka dunia.

Aku tak suka tempat begini.

Pakcik datang nak jumpa saya, kan?

Ya. Naiklah.

Pakcik sangat teliti.

Perjumpaan rahsia di tempat yang tiada orang.

Aku nak kau padamkan gambar yang kau muatnaik.

Ini satu permintaan? Atau satu ugutan?

Itu yang terbaik untuk kau.

Ada ramai yang terlibat dengan perkara ini, lebih banyak daraipada yang kau tahu.

Bukan sebarangan orang, tapi orang yang istimewa, kan?

Senarai pengambilan yang tak mengikut peraturan.

Senarai yang hebat!

Anak perempuan ahli politik, cucu orang kaya...

Siapa lagi yang ada?

Aku ada simpan semuanya di telefonku.

Itu semua untuk kamu semua.

Mereka yang membayar biasiswa kamu.

Mereka yang bayar untuk bilik darjah baru.

Mereka yang bayar untuk fakulti guru kita, yang terbaik dalam negara! Itulah caranya kita bertahan sampai sekarang.

Sudah tentu, ianya tidak mengikut polisi.

Tapi tiada siapa yang jadi mangsa.

Jika para pelajar boleh tahan dengan sedikit rasa kecewa,

ini adalah satu sistem yang boleh munasabah untuk kebaikan semua orang.

Aku tak akan mudah percaya dengan dakwaan itu.

Sekolah itu adalah satu perniagaan yang menguntungkan bagi Pakcik.

Mungkin Pakcik suka dengan "sistem yang boleh munasabah" untuk bermain politik.

Tapi bagi kami, tempat itu adalah sekolah kami.

Tempat yang penuh dengan pelajar yang percaya, mereka boleh capai apa saja kalau mereka cuba

sekurangnya di sekolah itu!

OK.

Aku faham apa yang kau rasa.

Tapi...

Jika kau dedahkan senarai itu, apa yang para pelajar akan dapat?

Mereka mungkin akan rasa kecewa bila melihat kepercayaan dan segala usaha mereka

telah dikhianati, walaupun hidup mereka belum bermula.

Kau mahu lukakan mereka dengan dedahkan kebenaran?

Hanya kerana kau mahu buat apa yang betul?

Oleh itu...

Pakcik nak kami berdiam diri seperti binatang peliharaan yang disumbat dengan makanan?

Apa pun tak tahu?

Ya.

Kembali jadi pelajar normal dan naif yang tak tahu apa-apa mengenai perkara ini.

Padamkan tulisan kau di halaman Penjaga Sekolah Tinggi Jeong-guk, padamkan gambar,

dan lupakan apa yang kau tahu.

Aku boleh pindahkan kau ke sekolah lain secara diam-diam jika kau tak mahu belajar di situ lagi.

Mari kita lupakan apa yang terjadi.

Lee So-woo!

Aku sudah padamkan tulisan itu sebelum aku balik dari sekolah tadi.

Aku tak simpan salinan gambar itu.

Tapi...

Apa yang Pakcik nak buat dengan aku?

Pakcik tak takut dengan apa yang mungkin aku buat dengan rahsia itu?

Tak mengapa.

Semuanya dah berakhir.

Kita akan jumpa lagi.

Tak lama lagi.

Tolong ulang balik.

Dia mahu jumpa seseorang, dan dia buat masalah supaya

orang itu akan datang cari dia.

Aku fikir itulah maksudnya.

- Siapa orang itu... - Aku tak tahu.

Dia cakap yang matlamatnya dah tercapai.

Dia sudah jumpa orang itu.

- Ada apa-apa lagi dia cakap? - Tak ada.

Baiklah.

Pergaduhan di makmal sains itu tidak dimulakan oleh defendan.

Pengakuan defenan yang didengari oleh Kim Dong-hyun

bukanlah perasaannya yang sebenar.

Itu hanyalah tanda kemarahan defendan yang selalu dibuatnya.

Itu adalah kesimpulan kami.

Sampai sini saja soalsiasat saya.

(Solomon's Perjury Episod 8)

Han Ji-hoon!

Choi Woo-hyuk masih ada di sini?

Kenapa?

Aku mahu dia ada sewaktu keterangan saksi seterusnya.

Aku tak tahu siapa yang kau nak bawa, tapi dia dah sampai kepada hadnya hari ini.

Dia akan buat masalah jika kau cucuk dia lagi.

Ini adalah saksi untuk Choi Woo-hyuk.

Pihak pendakwa bawa saksi yang menguntungkan pembelaan?

Ak tak cakap ianya akan menguntungkan.

Defendan mungkin akan rasa marah jika nampak saksi, kita tak tahu.

Tapi...

Tanpa mengambil kira tugas kita dalam perbicaraan ini, aku fikir ini merupakan pengalaman

berharga bagi Choi Woo-Hyuk untuk dengar keterangan ini.

Dia perlukan pengalaman ini.

Aku sanggup ambil risiko yang dia akan buat masalah.

Boleh kau bawa dia datang?

Aku minta tolong kau.

Saksi ketiga adalah saksi pihak pendakwa...

Sila masuk.

Itu bukan uniform sekolah kita.

Betullah, mungkin daripada sekolah lain.

Siapa tu?

Aku pun tak tahu.

Kau boleh beri keterangan dengan bersumpah dengan apa yang tertulis di situ.

Angkat tangan kanan dan bacakan sumpah.

Aku bersumpah

aku akan bercakap benar dan tidak akan menyembunyikan atau menambah

apa-apa kepada kebenaran.

Terima kasih.

Peguambela.

Sila nyatakan nama anda.

- Park Hee-jun. - Berapa umur anda?

17 tahun.

Oh tak, 18 tahun.

Tuan Hakim, saya bukan sengaja menipu.

Saya masih tak biasa jadi 18 tahun lagi.

Tak mengapa.

Apa hubungan anda dengan defendan?

Bukan hubungan apa-apa.

Saya pernah jumpa dia sekali sahaja.

Pada musim bunga yang lepas.

Waktu itu, apa yang terjadi

pada hari anda berjumpa dengannya?

Dia belasah saya.

Hyung itu belasah saya.

Hyung:panggilan yang digunakan lelaki untuk lelaki yang lebih tua

Aku yang pukul?

Hyung:panggilan yang digunakan lelaki untuk lelaki yang lebih tua

Saya yang tunjukkan beberapa keping gambar luka anda supaya kami boleh tengok tahap kecederaan.

Boleh saya buat begitu?

Ya.

Bantahan!

Ini tidak relevan!

Aku faham tujuannya tapi pihak pembela tak boleh benarkannya.

Kita tak ada ramai saksi dan bukti.

Kita perlu nyatakan apa saja yang berkaitan dengan kes yang dibicarakan.

Pihak juri ada hak untuk melihat keterangan ini dari beberapa sudut lain.

Ada risiko untuk menggunakan emosi berdasarkan isu yang tak berkaitan.

Apa yang tidak relevan?

Bukankah dia Choi Woo-hyuk yang sama mengakibatkan kecedaraan Park Hee-jun?

Adakah defendan berubah dengan tiba-tiba?

Adakah defendan menyesal dengan apa yang berlaku ketika itu?

Choi Woo-hyuk berada pada tahap yang sama musim bunga yang lalu atau sekarang!

Pendakwaraya!

Saksi ini boleh beritahu kita samada Choi Woo-hyuk mampu melakukan pembunuhan.

Ini adalah soalsiasat asas untuk melihat samada jenayah yang dibicarakan boleh berlaku.

Kau perlu bantah pada penggunaan emosi yang lebih spesifik, jika ada.

Saya tetap mahu mendengar keterangan saksi.

Bantahan Penguambela ditolak.

Sila teruskan.

Anda masih ingat apa yang terjadi pada waktu itu?

Ya.

Maafkan saya.

Saya sedang berjalan dan terlanggar dia. Saya tertumpahkan susu ke bajunya.

Kemudian, apa yang terjadi?

Itu saja.

Itu saja?

Ya. Saya sudah minta maaf tapi

dia terus pukul saya.

Kemudian, sedar, saya sudah berada di hospital.

Hanya kerana terlanggarnya?

Defendan pukul kau sampai tak sedarkan diri?

Ya.

Kau masih ada ingatan semasa dipukul?

Saya tak pasti.

Saya rasa sakit.

Sangat sakit.

Aku sedang berfikir dan tiba-tiba, semuanya jadi gelap.

Apa yang kau rasa bila buka mata di hospital?

Bantahan! Pendakwaraya tanyakan emosinya.

Diterima.

Kalau begitu, saya akan ubah soalan.

Apa yang kau fikir lepas kejadian itu?

Pada mulanya saya rasa takut.

Saya cedera dibanyak bahagian tubuh.

Saya juga mengalami gegaran otak kerana disepak di kepala.

Saya takut itu akan menjejaskan kebolehan saya belajar di masa depan.

Oh, gegendang telinga saya juga pecah.

Ianya sangat sakit.

Saya takut rasa sakit itu tak akan hilang.

- Anda sudah OK sekarang? - Ya.

Say tak boleh ke panggung wayang kerana telinga saya akan berdesing bila

saya dengar bunyi yang kuat.

Sekurangnya ia tak menyakitkan.

Dan...

Apa lagi yang kau fikirkan?

Saya rasa keliru.

More Malay subtitles for Solomon's Perjury

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left