Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill

Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill

とんでもスキルで異世界放浪メシ

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Campfire Cooking In Another World With My Absurd Skill S01E13 CR WEB-DL Bahasa Melayu MS
[Crunchyroll] Tondemo Skill de Isekai Hourou Meshi - 03
A Commentary by Abu3safeer
💢||🅲🆁🆄🅽🅲🅷🆈🆁🅾🅻🅻💢

Tags

webdl
anime
Published on: 2025-10-21
Downloads: 12
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 180 lines.

Dia cuba kaji pisau yang jauh lebih keras dari Mithril.

Tapi, dengan dia macam itu...

Nampaknya dia memang terkesan teruk.

Ya.

Sebenarnya ada sesuatu saya nak minta dia cuba.

Mari kita cuba.

Pisau ini rasa berbeza dari pisau-pisau yang pernah saya guna!

Dan dari mana awak dapat pisau yang menakjubkan ini?

Dengan sedikit bantuan...

Apa awak kata?!

Kalau awak tak kisah, beritahulah saya.

Tak, tak! Apa-apa pun...

Ia sememangnya sangat tajam.

Lihatlah betapa indah potongannya.

Jika saya ada ini,

saya pasti boleh buat uruskan dengan serta-merta.

Baguslah begitu.

Kalau macam ini, awak rasa berapa lama lagi ia boleh siap?

Betul juga.

Saya kena periksa jika saya dah ambil segala ukuran.

Mungkin dalam 3 hari lagi.

Namun dengan badannya besar ini,

api dapur saya mungkin pun tak cukup kuat.

Hei, awak membebel pasal apa itu?

Jangan cakap awak nak biar aku terus menunggu begini?

Cuma mangsa ni pun susah nak urus,

nak buat macam mana.

Betul juga.

Baik, mari pergi dungeon sementara tunggu uruskan ini siap.

Tak, tak! Saya tak nak pergi.

Betul kata Fel itu.

Mari kita pergi cepat.

Aku cuma nak periksa berapa kuat rahmat Dewa Perang ini.

Nampak seperti ia menyeronokkan.

Ini bukannya macam taman tema.

Taman tema?

- Ia rasa sedap tak?! - Boleh dimakan?

Ianya bukan untuk dimakan!

Jangan fikir segala benda ini sebagai makanan!

Kenapa ini, Sui?

Tuan, Sui teringin nak pergi ke dungeon.

Dungeon ini satu tempat berbahaya.

Jadi, lain kali saja—

Saya teringin nak pergi…

Saya teringin nak pergi biu-biu!

- Saya teringin nak biu-biu! - Ketika lawan Tarantula Beracun,

saya dah minta dia untuk tahan diri.

Biu-biu…

Tak boleh buat apa, tapi cuma kali ini saja.

Berjaya!

Terima kasih banyak, Tuan!

Bagus, ia dah ditentukan!

Kalau macam itu, mari gerak ke dungeon sekarang.

Jika awak masuk dungeon ini,

ia bergantung pengembara.

(Episod 15 Sah, Steak Naga Tanah Bertaraf 3 Bintang)

Ada ambil masa tiga hari.

Tapi ada juga ambil masa sebulan berada di bawah itu.

Memang macam itukah?

Dalamnya ada 30 aras.

Dan awak tak tahu apa yang berlaku di dalam.

Paling bagus jika awak siapkan makanan cukup-cukup.

Jika awak pergi ke aras lebih dalam,

awak juga kena ada senjata yang setanding.

Lagipun, belum ada siapa pun yang mampu tawan dungeon ni.

Maafkan saya.

Kami tak jadi pergi.

Selepas fikir balik, kami langsung tak buat persiapan.

Macam itukah?

Tapi saya rasa itu lebih baik.

Sekarang, saya pulangkan semula kad pengembara awak.

Kenapa?!

Awak dah datang sejauh ini dan tak jadi masuk pula?

Cepatlah kita masuk.

Sebab takut ada apa-apa berlaku,

saya nak sediakan bekal makanan dulu.

Jadi, tolong tunggu sikit lagi.

Kamu tak kisah tak dapat makan sedap bila di dalam dungeon itu?

Tak boleh buat apa.

Kalau cakap pasal makanan,

saya dah Fel agak lemah.

Tuan, saya faham maksud awak itu.

Pertama, mari kita pergi beli-belah.

Hebatnya pengikutnya itu.

Serigala Besar, huh?

Dan ada juga naga.

Begitu ramai orang dekat sini.

Seperti dijangka dari 5 bandar teratas dalam kerajaan ini.

Hei, kamu dekat sana itu!

Datanglah singgah di sini.

Sedangkan sayuran yang saya tahu ada nama berbeza di sini.

Sebab harganya murah,

mungkin saya patut beli dan bawa balik.

Apa-apa pun, berapa harga daging ini?

Satu syiling emas.

Eh? Ia memang mahal macam itukah?

Awak kata apa ini?

Daging raksasa memanglah mahal.

Betul juga.

Semua orang makannya dengan begitu selera.

Tapi tak perlu beli sebab Fel dan lain boleh dapatkan saya daging begini.

Kalau begitu beri saya loti, gubis...

robak dan... pawang ini juga.

Baiklah!

Ini adalah dapur magis.

Dan ada 4 dapur.

Awak boleh buat apa dengan benda sebesar ini?

Bukankah ia menghalang saja?

Tak, tak.

Saya boleh masak guna ini.

Selamat datang.

Awak ada mata yang bagus pada dapur magis terkini ini.

Apa pendapat awak pasal ini?

Saya memang sarankan awak cuba ini.

Boleh tahu api ni kuat sampai mana?

Alat ini dilengkapi dengan batu magis terpilih,

kuasa apinya sangat bagus.

Dan sorotan terbesar alat ini, ia miliki ketuhar di sini.

Dengan kuasa api yang ketuhar ini miliki,

awak boleh panggang seluruh Cockatrice dalam ini.

Jika ia boleh memanggang raksasa,

bermakna ia lebih bagus dari dapur saya.

Selain itu jika saya ada ini,

jurang masakan saya semakin luas.

Berapa harganya ini?

Cuma 860 syiling emas.

860 syiling emas?!

Baik, mari belinya.

Sebab jika kita miliki alat ini,

aku boleh makan hidangan sedap yang lain, kan?

Kita boleh makan makanan lebih sedap?!

Jadi, sudah tentu awak patut belinya.

Awak ada duit, kan?

Jadi, beli!

Bil gas untuk dapur mudah alih dah memang tinggi.

- Tuan! - Belilah!

- Belilah ini. - Selepas saya fikirkan baik-baik...

Maaf, saya nak beli ini!

Terima kasih!

Tuan, apa benda semua ini?

Itu periuk separuh saiz.

Besarnya ini.

Sebenarnya, saya teringin nak beli periuk yang lebih besar.

Tapi seperti dijangka, pasaraya atas talian tak jual itu.

Bagaimana pula dengan itu?

Ini adalah makan malam kita!

Bagus, nasi pun dah siap.

Sui, boleh tolong panggil Fel dan lain?

Baik!

Kejap, Sui!

Sebenarnya, ada benda lain saya nak minta tolong awak.

Ini adalah Daging Kerbau Tanduk Berdarah dan Daging Wyvern!

(Daging Kerbau Tanduk Berdarah dan Daging Wyvern)

Seperti biasa, ia sangat sedap.

Sedapnya!

Ia terasa lembut dan sedap.

Sedap!!

Walau saya boleh masak di dalam dungeon,

saya nak buat ia tahan dalam 3 atau 4 hari.

Ikat sini.

Sini.

Hidangan pertama...

Daging Rebus Jeneral Orc!

Hidangan kedua pula Kubis Gulung isi Babi Hutan Merah.

Begitu banyak kerja sampai ke tahap ini.

Dan hidangan ketiga...

saya buat daging tumis dengan lada hijau!

Jika awak guna ini, awak takkan ada masalah sisa perasa berlebihan.

(Daging Tumis Kerbau Tanduk Berdarah dengan Lada Hijau)

Untuk hidangan empat, saya buat Sup Miso Daging Jeneral Orc.

Bagi hidangan kelima, Rebusan Sup Daging Wyvern.

Semua makanan ini pasti mencukupi.

Ini adalah makanan persediaan.

Tuan!

Saya dah buat seperti apa yang awak suruh.

Hebatnya!

Ia juga nampak ada ketajaman yang bagus.

Terima kasih, Sui.

Sekarang saya tak perlu risau pasal senjata untuk masuk dungeon lagi.

Adakah saya ini budak yang baik?

More Malay subtitles for Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left