Chief Kim

Chief Kim (김과장)

Download Malay Subtitle

Release info

김과장-Good-Manager-E01-NEXT-NF
A Commentary by Anangkaswandi

Tags

other
Published on: 2021-08-29
Downloads: 29
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Ketika Raja Sukjong memerintah Dinasti Joseon,

terdapat sekumpulan geng perompak muncul di Chungcheong-do.

Kerajaan berusaha menangkap geng perompak ini tetapi sering kali gagal.

Pada suatu hari,

terdapat seorang gabenor baru dan dia bukanlah calang-calang orang.

Dia boleh bertarung seperti ninja.

Wah, menakjubkan, bukan?

Semasa pengakhiran pertempuran darah itu,

gabenor memenggal kepala ketua perompak.

Bukankah dia patut dinaikkan pangkat serta dikurniakan ganjaran besar?

Namun, perkara tersebut tak berlaku.

Jangan bergerak!

Apa maksud awak?

Dengarlah ini perintah raja, awak penjenayah!

Untuk apa?

Pertama, sikap tak bertanggungjawab dan tak cekap menguruskan pasukan?

Kedua, penggunaan kekerasan berlebihan kepada penjenayah?

Ketiga, terlalu menunjuk-nunjuk?

Semua ini adalah salah. Jawapan yang betul adalah

keempat, penipuan perakaunan!

Perakaunan dan akauntan dah wujud sejak dari zaman purba Joseon.

Raja Sejong menitahkan simpan kira catatan bergu,

tetapi gabenor ini membantah dan menggunakan simpan kira catatan tunggal.

Kenapa? Sebab perbuatan menyeleweng duit akan jadi sukar untuk dikesan.

Tetapi gabenor itu tertangkap dan mendapat hukuman.

Pada zaman itu, jenayah birokratik tiada tolak ansur seperti zaman sekarang.

Awak akan dipaksa meminum racun.

Kepala awak akan terus dipenggal.

Wah, saya sangat bingung sekarang.

Bukankah zaman kini lebih menakutkan daripada zaman itu?

Itulah.

Oh, ya. Bagaimana awak

boleh memiliki pengetahuan yang bertaraf tinggi begini?

Saya? Bagaimana saya nak cakap…

Anggap saja saya memang bijak dengan nombor.

Mesti awak guru matematik.

Hei, Kim Seong-ryong!

- Ya? - Keluar.

Wah, dia nampak hebat.

Aduh, pinggang saya sakit!

- Pergilah balik. - Kenapa pula?

Bukankah saya ditahan untuk siasatan berkaitan cukai tetapi awak suruh keluar?

Saya sedang sejukkan mi semasa kamu pecah masuk

dan tahan saya. Macamlah saya pengganas.

Tiada kata maaf, layan saya macam kenal sangat…

Aduhai, saya betul-betul minta maaf.

Bolehkah awak pergi dari sini?

Tengoklah betapa elok cara awak.

Dapat merasai penghormatan Confucius.

Syabas untuk hari ini.

- Jumpa lagi nanti. - Baik. Jaga diri.

Awak takkan pergi jauh!

SKUAD DETEKTIF 1

Bukankah pihak polis dan LHDN sangat yakin dalam siasatan kali ini?

TANGKAPLAH JIKA BOLEH

- Semuanya dah dikorek tetapi tiada apa. - Sekali lagi?

Bae Deok-po, seorang yang penuh dengan kekotoran. Kenapa selalu begini?

Sebab budak itu dah bersihkan kotoran yang dibuat oleh Bae Deok-po!

Saya tangkap sebelum dia larikan diri dengan bukti tetapi…

Tak guna!

Ketua Kim!

- Bos, awak tak perlu datang ke sini! - Ketua Kim!

Syabas!

Tengoklah muka awak!

Tak guna betul!

Berani menahan orang tak bersalah!

Marilah pergi.

Percayalah, saya akan menghilangkan tekanan awak!

Hei, buangkan ini.

Saya dah tempah tempat yang bagus.

POLIS GUNSAN

Hei, mari sini.

Pergi kitar semula.

Budak-budak tak guna itu.

Siapa mereka nak cari pasal dengan ketua jabatan saya?

Nampaknya mereka lebih bersedia kali ini,

tetapi awak pun tahu saya bagaimana…

Mereka tak setanding dengan awak.

Mereka tak boleh menangkap jutawan yang mengelak bayar cukai,

jadi mereka memilih orang biasa yang menjalankan perniagaan kecil macam saya.

Tak kisahlah berapa kali mereka nak mengenakan kita.

Saya bersedia hadapi!

Mereka semua pasti mati.

Tengoklah. Semangat, bakat dan keberanian dia!

Sebab itulah saya tiada pilihan selain menyayangi dia.

Belajarlah daripada dia, okey?

Baik, tuan.

- Nah untuk awak. - Terima kasih.

Tetapi keberanian wujud semasa dilahirkan, saya tak rasa orang lain boleh pelajari.

Syabas!

Hai!

Selamat petang.

DILARANG MAKAN BANYAK

USAHA KERAS TAK SEMESTINYA MEMBUAHKAN HASIL

JABATAN PERAKAUNAN

- En. Choo! - Mi ayam untuk saya…

Berhentilah mengingau. Pergilah balik rumah jika nak tidur.

Lee, awak dah siapkan deposit untuk suku tiga dan empat tahun lepas?

- Belum. - Hee-jin dan Ki-ok.

- Jumlah laporan gaji? - Belum.

- Sang-tae! - Belum.

Jika semua orang belum siap,

maaf tetapi kita akan balik rumah subuh esok.

Bagaimana ketua kita boleh ambil cuti pada masa begini?

Kita kekurangan tenaga.

Dia mengambil cuti buat kali pertama dalam masa tiga tahun.

Berilah masa dia berehat.

Saya asyik salah mengeja. Saya rasa saya perlukan gula.

Kalkulator. Boleh tambah, tetapi kenapa tak boleh darab?

- Adakah ia juga kurang gula? - Guna ini.

Sang-tae. Pergi belikan makanan yang awak suka untuk kita semua.

Baik, puan.

Hei, tiada masalah. Mari sini.

Ambil ini…

Kenapa poket saya tak benarkan dompet keluar?

Nampaknya poket awak pun ada kepalanya sendiri.

Nah.

- Kek ikan dan sosej untuk saya. - Saya nak susu pisang rendah lemak.

- Kaki khinzir, yang kecil. - Okey.

Hei, tunggu sekejap…

Dah keluar. Sang-tae!

Saya nak kopi panas. Lebih gula.

Terdapat 34 mesej dalam kotak peti suara anda.

Mesej pertama anda.

Awak masih tak nak jawab panggilan saya sampai sekarang.

Ini mesej terakhir saya.

Jika awak tak nak menjadikan kes ini lebih teruk, dengar sini baik-baik, Ketua Lee.

Ada sesiapakah di sana?

Tolonglah saya.

Apa saya patut lakukan?

Ketua jabatan perakaunan syarikat T ditemui mati tergantung pada pokok

berhampiran loji air di Paju.

Dia dijumpai oleh orang awam sebelum nafasnya terhenti dan dikejarkan

ke hospital tetapi masih belum sedarkan diri.

LEE, KETUA JABATAN DI TQ MEMBUNUH DIRI

Pihak polis mengesyaki Lee cuba membunuh diri

berdasarkan penemuan wasiatnya.

Namun, punca sebenar bagi cubaan bunuh diri masih belum diketahui.

PEJABAT PENDAKWA RAYA DAERAH SEOUL TENGAH

- Bila dia akan datang ke Seoul? - Katanya, bertolak pada pukul 4:00.

Dia sepatutnya menghubungi saya pagi ini!

Saya rasa Pengerusi Park perasan dan terus bertindak.

PENDAKWA RAYA HAN DONG-HUN

Jika Ketua Lee tak sedarkan diri, kita tak boleh mendapatkan TQ.

Maafkan saya, Tuan Pengerusi.

Saya tak sangka dia akan berbuat begitu.

Apa awak cakap kepada dia?

Saya minta dia menyerah diri dan mengaku salah seperti yang kita arahkan.

- Maafkan saya, tuan. - Tak mengapa.

Mungkin, hasilnya lebih baik.

Dia amat menyayangi syarikat ini.

Tak semua orang boleh berkorban begitu demi syarikat mereka.

Berikan dia sedikit wang untuk rawatan dan pampasan.

Baik, tuan.

KELUARGA DIUTAMAKAN TQRISME, FAMILISME

Kita semua adalah keluarga.

Bagaimana perkara sebegitu boleh terjadi?

Saya tak boleh percaya.

Saya rasa Ketua Lee bukan orang begitu!

Bagaimana kita boleh tahu? Tiada siapa boleh membaca apa dalam fikiran seseorang.

Ya, awak tak boleh hakimi seseorang pada luaran.

Bukan begitu, dia selalu membelanja saya makan dan beri nasihat baik…

- Saya juga selalu buat begitu. - Lee.

- Ya, puan? - Ketua Lee pun baik kepada awak juga.

Sanggup awak cakap begitu?

Marilah berhenti.

Bersemangatlah semua dan kembali membuat kerja.

Apakah ini? Cuba awak tengok berita ini.

"Ketua jabatan perakaunan TQ yang cuba membunuh diri

disyaki terlibat dalam pecah amanah dan berjudi

selepas audit dalaman."

Apa pula yang mereka merepek ini?

Berjudi? Tak masuk akal sungguh.

Bertaruh untuk suka-suka pun dia dah benci.

Tengoklah. Saya dah cakap, kita takkan tahu isi hati sebenar seseorang.

Tutuplah mulut awak!

- Berhenti jadi menjengkelkan. - Sakitlah!

Tuan, tak perlu menyusahkan diri!

- Bolehkah awak senyap? - Sakitlah!

Tolonglah senyap.

Helo, semua orang!

Cuaca sangat bagus!

Berhenti!

- Terperanjat saya! - Tolonglah tengokkan untuk saya hari ini.

Nasib saya dah ibarat telur di hujung tanduk!

- Saya perlu pergi kerja. - Tolonglah.

Apa yang awak suka? Udang karang, tomyam, gujeol-pan ?

Apa? Apa yang awak mahukan?

Awak fikir saya gilakan makanan?

Kalau awak nak mengelak daripada cukai korporat,

berilah bonus kepada pekerja awak sebab gaji mereka sikit sangat.

Saya pula bagaimana? Tiada apa tinggal untuk saya!

Yalah, saya boleh beri bonus kepada diri sendiri, bukan?

Kenapa awak nak buat begitu?

Beri saja kepada mereka. Lagipun, gaji mereka sikit.

Dah memang tiada jalan!

Saya akan cuba menggunakan imaginasi.

Hantarkan salinan butiran perbelanjaan ke pejabat saya.

Terima kasih, Ketua Kim.

Tolonglah bantu saya, okey?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left