The first 200 lines.
MANISAN DAN SNEK STACY
Pada suatu masa dahulu, ada pembuat kek di Chicago.
Selamat Hari Krismas.
Itu saya, Stacy.
Saya mirip Margaret, yang juga Duchess Montenaro.
Saya berkahwin dengan Putera Edward yang tampan pada hari Krismas,
dan Margaret mengahwini kawan baik saya, Kevin
sebelum dia dimahkotakan sebagai Ratu Montenaro,
yang hampir tak berlaku
kerana sepupunya Fiona, yang mirip kami berdua
dan amat keterlaluan…
Maggie Moo!
…menyamar sebagainya untuk cuba merampas takhta.
Mujurlah Fiona ditangkap dan dihukum
perintah khidmat masyarakat selama bertahun-tahun.
Dia patut dipenjarakan tapi Margaret kata Fiona saudaranya.
Mungkinkah Krismas kali ini lebih menarik daripada kejadian itu?
Mungkin.
Kerana saya akan mempengerusikan
festival Krismas antarabangsa bersama Margaret,
yang merupakan rakan saya yang paling rapat.
Untuk memperingati acara itu,
Vatikan telah meminjamkan Bintang Keamanan kepada kami.
Peninggalan Saint Nicholas yang tak ternilai harganya.
Bintang itu akan dikawal rapi
sehinggalah diletakkan di atas pokok gergasi
apabila pokok dinyalakan pada malam sebelum Krismas.
Itu Kardinal Amoah, dia utusan khas dari Vatikan.
Seronoknya!
Tak sangka, bukan?
Menakjubkan.
- Kita seolah-olah mencipta sejarah. - Awak sedang mencipta sejarah.
Duli Yang Maha Mulia, tuanku,
saya persembahkan Bintang Keamanan.
ISTANA DIRAJA MONTENARO
Kami tak ambil duit. Semuanya akan didermakan.
Ya, ada orang tak datang,
jadi uji bakat akan diadakan untuk menggantikannya.
Selamat tinggal.
Beta dan Stacy akan menguruskannya, jadi kami akan datang.
Terima kasih kerana bertanya. Selamat tinggal.
- Itu panggilan terakhir saya malam ini. - Saya juga.
Kecuali yang ini.
Hei, Liv!
- Selamat Hari Krismas! - Selamat Hari Krismas.
Kami rindu kamu. Bagaimana ujian kamu?
Susah sangat.
Saya suka akademi balet itu, jangan salah faham,
tapi kami terpaksa kerja keras.
- Kamu tentu boleh buat. - Kamu dah hampir ke lapangan terbang?
Sebab itu saya telefon. JFK ditutup disebabkan cuaca.
Kami mungkin akan berlepas dari Bradley.
Beritahu kami, ya.
- Ayah sayang kamu. - Saya sayang ayah.
- Saya lebih lega apabila dia dah pulang. - Ya. Saya pun sama.
Mari sini.
Baiklah, tuanku.
Beta dan Margaret suka kerja bersama.
Beta pasti kami buat lagi.
Masalahnya, sekarang kami terlalu sibuk.
Kami nak tengok corgi itu juga.
- Petiklah kata-kata saya. - Selamat Hari Krismas.
- Terima kasih. Okey. - Baik.
Keseluruhannya, 11 duta, sembilan perdana menteri,
tujuh raja, empat ratu, semua wakil dari Penglia…
Serta loceng yang berbunyi?
Lebih kurang begitu.
Saya gembira kerana awak bantu saya dengan kerja saat akhir ini.
Kita pasukan yang hebat macam Chicago Red Sox kesayangan awak.
Namanya White Sox.
Semuanya sama saja. Secocok.
Kami ucapkan Selamat Hari Krismas
Kami ucapkan Selamat Hari Krismas
Kami ucapkan Selamat Hari Krismas
Dan Selamat Tahun Baru
- Syabas! - Mengagumkan.
- Terima kasih banyak. - Tolong ikut arah ini.
Mungkin penyanyi yodel patut menyanyi dulu.
- Perlukah mereka ada? - Nanti duta Switzerland tersinggung pula.
- Jangan buat sesiapa tersinggung. - Betul.
Maaf kerana mengganggu, tuanku, tapi kita ada
sedikit masalah.
Ini Inspektor Moretti. Dia penguasa polis.
Polis? Bunyinya macam serius.
Malangnya ia serius, tuanku.
Bintang Keamanan telah hilang.
Tak mungkin.
- Bukankah bilik kebal muzium dikawal? - Pengawal telah diberi dadah.
Ada kesan dadah dalam sistem pengudaraan
di pejabat keselamatan.
Tentu ada rakaman pengawasan.
Pencuri padam pemacu cakera keras.
Memang sudah dirancang dengan rapi.
Kami dah beritahu INTERPOL, tapi tanpa bukti, kes ini sukar disiasat.
Berjanjilah yang awak akan mendapatkannya sebelum upacara itu.
Saya cuma boleh buat janji kosong.
Mudah dibuat, mudah dimungkiri.
Aduhai!
Kami mahu merahsiakan siasatan ini sehingga kami tahu lebih lanjut.
- Patutkah kita beritahu kardinal? - Kecurian ini mungkin kerja orang dalam.
Jadi, rahsiakannya selagi Vatikan belum sah tak terlibat.
Percayalah, kami sedang menyiasatnya.
Terima kasih, inspektor.
Peninggalan Saint Nicholas.
Ini skandal antarabangsa yang menggemparkan.
Mari kita cuba bertenang, okey?
Ya, sudah tentu. Bertenang.
- Saya bersimpati dengan awak. - Terima kasih.
Tapi semasa permata Belgravia dicuri,
datuk saya hampir digulingkan.
Awak tak membantu langsung.
Tapi akhirnya permata itu berjaya ditemui.
Ya, serpihannya saja.
Serpihan delima, nilam, berlian ditemui berasingan.
Kawan. Tolonglah.
Tentu ada sesuatu yang kita boleh buat.
Polis sedang menyiasatnya.
Mereka tiada petunjuk langsung.
Nanti dulu. Kalau polis pun tiada petunjuk,
kita perlu cari jalan yang tak tercapai dek minda mereka.
Contohnya?
Kita perlukan seseorang yang ada maklumat yang polis tiada.
Seseorang yang biasa dengan pasaran gelap
dan apa salahnya jika dia juga agak licik.
Agak licik?
Ya, betul.
Kita perlukan orang yang berfikir seperti penjenayah,
akibat tak mempedulikan kesan daripada perbuatannya
dan tak takut melanggar undang-undang.
Kita tak kenal orang sebegitu.
- Fiona. - Fiona.
Sepupu saya sememangnya mahir dalam hal-hal sebegitu.
Saya setuju.
Maaf. Biar saya cuba fahamkan.
Awak nak minta bantuan wanita yang pernah
menyamar sebagai awak untuk merampas negara?
Dia di penjara, bukan?
Fiona dihukum perintah khidmat masyarakat
di Biara St. Michael.
Saya nak jemput dia untuk majlis Krismas sebelum semua ini berlaku.
Yakah?
Saya kasihankan dia.
Dia membesar di sekolah berasrama tanpa jagaan sesiapa.
Saya rasa biara itu telah memperbaiki dirinya.
Mungkin tidak.
Saya tak percayakan Fiona,
tapi Biara St. Michael cuma sejam dari sini
dan polis pun buntu.
Tak wajar rasanya kalau kita tak berbuat apa-apa.
Tak rugi kalau kita cuba.
Tapi kita mungkin kerugian benda yang mudah alih, tapi…
Saya pun tak ada idea lain.
Kev?
Saya akan pakukan barang.
BIARA DAN RUMAH ANAK YATIM ST. MICHAEL
Awak tertinggal satu tempat.
Di mana?
Perpustakaan.
Tempat yang ada buku itu.
Sekarang masa rehat.
Jangan lupa, Fiona Pembroke,
awak masih ada hutang tugas sebanyak 12,042 jam.
12,041 jam.
Apa-apa pun, ketua biarawati mahu berjumpa dengan awak di pejabatnya.
Sekarang!
Garangnya.
Saya dan rahib-rahib lain gembira
kerana Cik Pembroke akan meraikan Krismas dengan tuanku.
Dia saja saudara beta yang ada.
Dia dan ibunya, tapi kami dah lama tak berjumpa.
Beta harap Fiona tak menyusahkan.
Tuhan sayang kita semua.
Maggie Moo!
Ini sangat mengejutkan.
Awak nampak sihat.
Kenapa awak datang ke tempat penebusan dosa saya?
Saya rasa mungkin seronok kalau kita meraikan Krismas bersama.
Perlukah saya mengemas?
Awak akan jadi tetamu kami.
Selepas mempertimbangkannya,
kami mungkin boleh langgar sedikit peraturan dan benarkan awak pulang
untuk meraikan Krismas.
Asalkan awak berjanji untuk pulang sebelum 26 Disember.
Jawatankuasa disiplin akan mengadakan perbicaraan
dan awak perlu menghadirinya.
Kami berjanji akan kembali sebelum tarikh itu, puan.
Saya berjanji.
Kalau begitu,
Cik Pembroke dibenarkan bercuti di istana.
Bunyinya macam seronok.
Terima kasih, inspektor.
Maklumkan kami perkembangannya.
Ada apa-apa?
Petunjuk yang mereka dapat tak membantu.
Kita perlukan berita baik.
Jangan risau, jejaka tegap. Berita baik sudah tiba.
Penghantaran khas.
Jaga dengan cermat.
Reggie dan Mindy? Biar betul.
Fiona setuju untuk bantu kita, hanya jika pembantunya ada bersama.
No comments yet. Be the first to leave one.