The first 200 lines.
SIRI ASLI NETFLIX
Janet, awak mengecewakan saya.
Saya ingat awak akan lebih melawan.
Sekarang awak bersendirian di Tempat Jahat,
tanpa sebarang kuasa kerana dipenjara dalam magnet.
Tak mengapalah.
Apa masalahnya sekarang?
Itu bukan cara Michael ketawa.
Ketawanya berbunyi lebih gembira.
Betul cakapnya.
Awak mesti tiru sikap Michael yang bersahaja
supaya seksa ini menjadi.
Masalah saya
ialah saya tak tahu motivasi Michael.
Secara fizikal saya Michael tetapi saya perlu lebih faham.
Penyeksaan ini lebih menjadi
apabila awak bincang "proses lakonan".
Awak tak faham.
Motivasi Michael sebenarnya
sama dengan kawan-kawan saya:
Kesetiaan, empati dan kasih sayang.
Mereka pasti berjaya.
Maaflah, sayang. Mereka takkan berjaya.
Tiada siapa akan selamatkan awak.
- Semakin dingin. - Saya tahu!
Saya dah rasa. Masih tak kena.
Saya terlalu banyak berfikir.
Saya nak tanya bagaimana kita nak selamatkan Janet.
Ada rancangan?
Ya, ada.
Sebenarnya, saya tak tahu rancangan itu akan berhasil.
Mungkin Glenn boleh tolong.
Glenn! Bagaimana kami nak selamatkan Janet?
Dia tak tahu.
Jason, kawan lamaku.
Saya dah pulangkan ingatan selepas mati kepada Eleanor dan Tahani.
Tapi untuk awak, belum lagi, atas alasan tertentu.
Tapi untuk maksimumkan peluang kita ini,
sudah masanya awak ingat semua yang kita lalui.
Bersedia, sebab ini agak mendalam.
Wah!
- Awak ingat semuanya? - Ya.
Kali terakhir di Tempat Jahat, saya buat bom Molotov.
Hebat.
Saya takut awak saksikan ingatan 300 tahun
dan itu saja yang awak ingat.
Saya bagi awak ingat supaya awak tahu apa yang boleh dibuat.
Kawalan naluri amat penting.
Lawan nafsu untuk meletupkan benda walaupun kita terdesak.
Faham?
Ya, saya tahu dan faham.
Boleh tengok ingatan saya semula?
Banyak yang saya lupa.
SEKARANG ANDA MEMASUKI TEMPAT JAHAT
POPULASI MAK KAU
BAB 44
Selamat datang!
Janet tiada buat seketika.
Dia sedang jalani penyelenggaraan rutin.
Saya tahulah.
Pembedahan kosmetik.
Semasa ketiadaan Janet,
apa kata kita kembalikan ingatan hidup silam,
iaitu zaman hidup berdikari?
Kita namakannya Hari Bumi!
Kita tahu Hari Bumi dah ada, tapi apa mereka nak buat, saman kita?
Bersedia untuk aktiviti sederhana yang menyeronokkan.
Kumpulan ini akan mengait.
Kalian pula akan berkebun.
Saya harap aktiviti kita lebih baik.
Kalian berlima akan ke rumah desa terpencil yang indah.
Berenang, main ski air dan sebagainya.
Padan muka, pekebun.
Kenapa saya rasa itu bukan kali pertama
dia jerit perkataan itu?
Lepaskan saya.
Terima kasih kerana selamatkan saya daripada Janet Jahat.
Saya tahu saya banyak menyusahkan awak, Derek memang selalu begitu.
Namun sekarang, saya sedia membantu.
Saya lebih yakin
jika awak tak pegang gelas penuh dengan huruf Scrabble,
tapi awak saja yang kami ada.
Awak boleh kendalikan kejiranan ini, bukan?
Saya tidak direka untuk melakukannya,
tapi, saya memang tak direka untuk buat apa-apa.
Kita mesti bawa manusia itu jauh dari pusat bandar,
agar awak tak terbeban.
Baguslah.
- Okey. - Okey.
Masa untuk pergi. Sedia?
Sudah tentu. Saya lebih yakin apabila awak yang uruskan.
Bak kata ayah angkat saya yang menyebut
pengalaman sebagai peranannya yang bermasalah...
"Awaklah yang berkuasa sekarang".
Awak tahu saja apa nak diucap.
Sekarang, pergi ke rumah desa dan jadi tuan rumah yang baik!
Oleh sebab awak dah sebut,
Michael dan Jason selamatkan Janet dan awak uruskan hal di sini.
Derek pun ada tugas yang penting.
Saya nak jawatan lebih baik.
Bak kata orang Amerika.
"Bagi saya masuk, jurulatih!"
"Bagi saya main, jurulatih."
Kita mesti buat manusia ini bahagia dan sibuk.
Boleh? Beri mereka banyak champagne,
dan sandwic kecil untuk buat mereka terhibur.
Baiklah.
Walaupun saya tak biasa hidangkan sandwic kecil.
Awak ingat saya orang Welsh?
Awak bukan orang Welsh? Entahlah. Tak, bukan?
Kita mesti berhati-hati.
Kita tak boleh dikesan sehingga jumpa Shawn.
Itu saja cara untuk selamatkan Janet.
Michael?
Saya takut.
Saya juga.
Selama kami berjauhan, mana tahu hubungan saya dan Janet berubah?
Mana tahu kalau keistimewaan itu pudar?
Ya.
Saya takut sebab kita berada di tempat kelahiran kejahatan,
dikelilingi berbilion setan yang nak bunuh kita.
Saya rasa kita berdua takutkan sesuatu.
Helo, semua.
Saya dah buatkan beberapa jenis snek.
Cantiknya tempat ini.
Ada sesiapa dah tengok filem The Lake House dibintangi Keanu dan Sandy B?
Saya suka filem dengan keajaiban kecil.
Beri saya kotak perjalanan masa atau ibu dan anak bertukar badan,
atau Sarah Michelle Gellar sebagai cef
dan masakannya sedap sebab ada air matanya.
Saya patut jadi penulis skrip.
Ini pun bolehlah.
Saya cup bilik tidur utama.
- Di mana Chidi, Simone? - Dia tak mahu ikut.
Katanya, berenang di tasik menakutkannya.
Sebenarnya, semua benda menakutkannya.
Jangan risau.
Kalian duduklah dan nikmati sandwic ini.
Saya akan pergi dapatkan Chidi.
Tahani sedia berkhidmat.
Hei, misai lebat, si mata empat...
raksasa lebah.
Itu awakkah?
PEKERJA TERBAIK BEARIMY
Ya.
Tapi itu versi saya yang saya sendiri dah tak kenal.
Di sebalik senyuman itu ialah kekejaman,
kesakitan yang saya lakukan kepada ramai orang dengan perasaan gembira.
Memalukan.
Apalah agaknya yang bakal menanti saya di sini?
Saya faham.
Saya pun rasa sukar nak balik ke sekolah lama.
Terlalu banyak kenangan.
Jentera barang buruk itu pun dah hancurkannya.
Jika kita berjaya lari dari sini, ingatkan saya untuk padam ingatan remaja awak.
Lekaslah. Lekaslah pulang.
Wanda. Awak okey?
Apa?
- Derek? - Hei!
Keadaan tak berjalan dengan lancar.
- Hai awak! - Hai!
Awak kata awak boleh uruskan.
Rupanya, jadi ayah kepada 300 anak
bukannya mudah.
Empat manusia itu masih di rumah desa,
dan kita boleh uruskannya.
- Apa awak buat di sini? - Saya nak jemput Chidi.
Dia tak ikut sama.
Chidi ada di sini? Sekarang?
Itu pun awak, Chidi.
Maaf, saya patut beritahu. Saya tak ikut sebab nak membaca.
Saya takut berenang di tasik, begitu juga ski air...
Kami tahu, Chidi.
Kami tak harapkan awak sertai mereka yang lain.
Kami ada aktiviti solo khas untuk awak.
Sungguh? Aktiviti apa?
Kami sorok beberapa petunjuk di sini untuk satu teka-teki.
Saya suka teka-teki.
Teka-teki sangat seronok, tapi macam kerja sekolah.
Yang ini lebih hebat, sebab selepas awak selesaikan,
awak dapat jawapan tentang kebenaran alam semesta.
Jawapan bocor.
Hai Tahani, awak dah banyak membantu.
tapi di rumah desa itu tiada tuan rumah,
sudah tentu kurang menarik.
Pergilah ke sana.
- Baiklah. - Ya.
- Selamat berjaya, Chidi. - Okey.
Apa petunjuk pertama saya?
Awak dah dapat pun.
Baiklah.
PERSIDANGAN SETAN 100 HARI
Jam ke-52 daripada pembentangan 4,000 jam masa depan penyeksaan.
Dia akan berada di pentas selama 4,000 jam?
Saya rasa kita patut buat Molotov...
- Jason. - Saya tak sebut bom pun.
Molotov boleh bermaksud apa saja.
Ikut saja rancangan kita.
Manusia semakin teruk. Kita mesti buat perubahan.
Kayu cucuk memang bagus, tapi haruskah kayu itu lebih tajam atau lebih panas?
No comments yet. Be the first to leave one.