The first 200 lines.
Injap LH2 rosak yang menyebabkan letupan Apollo 23
telah dihasilkan semula oleh kontraktor baru...
APOLLO 22 86 HARI DI BULAN
...dan lulus semua ujian kelayakan dan penerimaan.
Kami dah bersedia untuk memasangnya di peringkat kedua Apollo 24.
Tapi semasa menurunkan roket,
ada kemalangan kecil di Bangunan Pemasangan Menegak
dan ada kerosakan pada lubang LOX
dan tangki minyak hidrogen cecair.
Peringkat itu harus dibuat semula sebelum ia boleh terbang.
Jadi kami menggantikannya dengan peringkat kedua
yang pada asalnya dibuat untuk Apollo 26.
Tapi itu akan mengambil masa.
Malangnya pelancaran Apollo 24 perlu ditangguhkan...
- Dua minggu lagi. - Dua minggu lagi.
BOHICA.
Maaf. Kami tak dengar yang terakhir tadi.
Saya dengar. Ia hanya benda mengarut yang dikatakan oleh tentera laut, tuan.
- Jangan pedulikannya. - Kata tentera udara yang keji.
Bagaimana dengan kerja baru awak, Buzz?
Awak rasa seronok bekerja di pejabat?
Hanya menggantikan tempat Deke sehingga dia pulang.
Ia bukannya seronok tapi saya ada tempat letak kereta yang baik.
Presiden Kennedy sendiri meminta maaf
dan memastikan pentadbiran melakukan apa yang termampu
untuk membawa awak pulang dengan segera.
Beritahu presiden yang kami hargai sentimennya
tapi kami okey.
Pangkalan Jamestown dah beroperasi
dan akan kekal begitu sehingga kami digantikan.
Kami ada banyak kerja untuk dilakukan.
Malah, kami dah hampir dengan evolusi yang dijadualkan sekarang.
Faham. Houston tamat.
Jamestown tamat.
Rakyat Amerika sejati yang melakukan kerja Tuhan.
Saya hanya dapat bayangkan keadaan mereka di sana.
Itu peralatan yang cantik, Dr. Hartley.
Ya, saya perlu memasangnya.
Bagaimana kalau saya buat untuk awak? Saya pakar bahan letupan di tentera marin.
Macam pernah lihat lelaki itu.
Mungkin kerana kita dah menontonnya lebih kurang 500 kali.
Bukan itu. Dia berlakon dalam rancangan TV yang lain.
John Fiedler. Pelakon watak.
Banyak berlakon dalam rancangan TV.
Get Smart, Courtship of Eddie's Father, Bewitched.
Ada apa-apa tentang TV yang awak tak tahu?
Tiada.
Banyak menonton TV semasa mak saya membersihkan rumah di Memphis.
Dani, boleh hulurkan kotak peralatan?
Ya.
Saya tak tahu jika ia boleh diregang begitu. Ia datang dalam telur kecil.
Semut ini membuat terowong yang sama.
Sama seperti semalam dan hari sebelum itu.
- Ya. - Dan hari sebelumnya...
Saya takutkan isteri saya, menjadi tua.
- "Saya takutkan angsa." - "Saya takutkan angsa."
Jika ingatan saya betul, awak takut untuk masuk ke dalam kereta awak.
"Itu ketika saya takut kepada bahan-bahan upholsteri."
Dia berlakon dalam Lost in Space?
Star Trek.
Sekarang awak cuma menunjuk-nunjuk.
Menunjuk ialah memberitahu awak dia memainkan watak En. Hengist.
Masih tiada isyarat.
Dani, awak pasti awak ada sambungan yang baik pada jalur S
- semasa awak sambungkan talian? - Ya.
Dua lampu hijau. Sambungan yang baik.
Hadiah saya ialah awak tak perlu datang ke sini lagi.
Awak bebas untuk keluar dan berhadapan dengan masalah awak sendiri.
Itu tak mungkin terjadi.
Sebaik saja pakar sakit jiwa mengawal awak, awak takkan jadi lebih baik.
Mereka ada memaksa awak berjumpa pakar sakit jiwa semasa ujian program?
Bukan seorang tapi lima orang pada masa itu.
Ia lebih mudah untuk wanita.
Pakar sakit jiwa kami tanya jika saya pernah mimpi berasmara dengan ayah saya.
Ya.
- Mereka tanya awak juga? - Ya.
- Ya. - Kecuali soalannya,
"Awak pernah bermimpi berasmara dengan mak awak?"
Mereka suka tanya soalan "Pernahkah awak bermimpi berasmara dengan ibu bapa."
Mereka cuma harap satu hari nanti ada orang akan kata ya.
- Ya. Apa maksudnya? - Itu bermakna awak homoseksual.
- Yakah? - Bagi pakar sakit jiwa, itulah maknanya.
Sebab itu awak tak lakukannya secara sukarela.
Betul, tapi...
Tak guna!
Jangan kotorkan dek saya.
Jangan bunuh semut.
Terima kasih kerana menolong, awak berdua. Sangat menghargainya.
...pemeriksaan pada 3,200 kilometer.
- Hi, Bob. - "Hai, Bob."
- "Hai, Bob." - "Hai, Bob."
HAI BOB
DEMI UMAT MANUSIA
Bagaimana temu duga awak dengan Levi Strauss?
Saya tak berjaya.
Hari yang teruk.
Tangan saya asyik menggigil.
Mungkin dia ingat saya penagih dadah.
Apa Dr. Corey kata?
Saya dah batalkannya.
Saya tak perlu seseorang menilai saya,
cuba membuat saya kelihatan gila.
Bukan begitu, sayang. Dia hanya cuba membantu.
Saya tak perlukan bantuan.
Saya perlukan sesuatu selain membungkus barang runcit untuk menyara hidup.
Kita boleh hidup dengan gaji saya, Clay.
Seorang lelaki tak patut bergantung kepada isterinya.
- Ia tak betul. - Masa dah berubah, sayang.
Saya boleh buat lebih daripada membungkus barang runcit.
Sudah tentu awak boleh.
Saya ada ijazah kolej.
Saya mengetuai sebuah platun di Vietnam.
Lelaki di temu duga itu, dia...
Dia tak pandang saya pun. Dia hanya lihat saya duduk dengan tangan menggigil.
Awak akan berjaya selepas ini, Clay.
Saya tahu awak boleh.
Tak dapat menjawab soalan.
Saya selalu keliru.
Fikiran saya terasa seperti berada di dalam sebuah lubang.
Lubang gelap yang menarik saya masuk.
Clayton?
Saya dapat rasa yang ia menarik saya.
Dan saya mahu pergi.
Seperti saya berharap untuk memasuki kegelapan itu.
Pada masa yang sama, saya fikir, "Tak guna."
Kerana saya tahu ada sesuatu di bawah sana yang mahukan saya.
- Clayton? - Ia akan tangkap saya apabila saya leka.
Tak apa, sayang.
Tak apa.
Tiada lubang.
Tiada apa di bawah sana yang mahu menangkap awak.
- Awak harus percayakan saya. - Sayang.
Saya perlu pergi. Okey? Saya dah kehabisan rokok.
- Kita masih ada masa. - Kita berbual minggu depan.
- Okey, saya cintakan awak. - Duduk, Clay. Kita...
Profil psikoanalisis awak menunjukkan kecenderungan terhadap klaustrofobia.
Pelik bagi seorang angkasawan.
Ia hanya ketakutan semasa kecil.
Saya dah pulih.
Mereka kata jawapan saya adalah sulit.
Malah, mereka kata seluruh fail perubatan saya sangat sulit
dan tak perlu risau jika ada orang membacanya.
Ini merisaukan awak?
Tak, ia menjengkelkan saya.
FBI tak mahu menjengkelkan awak, Cik Waverly.
Dah terlambat.
Awak sedar saya ada kuasa untuk merampas pelepasan keselamatan awak
dan singkirkan awak daripada program.
Saya sedar saya berada di sini kerana awak fikir teman lelaki saya homoseksual.
Saya rasa itu mengarut dan menjelikkan.
Larry ialah lelaki Amerika sejati dengan keinginan yang normal
dan saya takkan diam saja sementara awak mencelanya
Kita bukannya mahu bercakap tentang teman lelaki awak, Cik Waverly.
Kita mahu bercakap tentang awak.
Saya?
Saya tak faham cerita awak.
Ia bukannya rumit.
Mak awak mewarisi kekayaan.
Ayah awak menjadi juruterbang pada tahun 20-an.
Dia kenal Amelia Earhart, betulkah?
Dan Charles Lindbergh.
Memulakan syarikat kargo udaranya sendiri pada tahun 30-an.
Selepas perang, dia menjadi jutawan.
Memulakan Cavalier Airlines pada 1948.
Awak mahu jadi juruterbang kerananya.
Awak dapat lesen juruterbang ketika remaja.
MIT, kejuruteraan penerbangan.
Ayah mengambil awak bekerja di Cavalier,
dan awak bekerja di sana sehingga NASA mula mencari angkasawan wanita.
Tak masuk akal.
Awak tak faham kenapa seorang wanita mahu menjadi angkasawan?
Saya tak faham kenapa Ellen Waverly,
waris perempuan, jurutera penerbangan, juruterbang dan sekarang angkasawan,
bersama dengan Larry Wilson.
Dia lelaki yang baik.
Dia seorang homoseksual.
- Awak salah. - Saya tak rasa begitu.
Kenapa? Awak dah tidur dengannya?
Tak, awak?
Itu bukan urusan awak.
Ceritakan tentang ciuman pertama awak.
- Ia ketika di panggung wayang. - Filem apa?
- Ryan's Daughter. - Babak yang mana?
Semasa Rosy dan Mejar Doryan berasmara di padang rumput.
Waktu yang pelik untuk berpaling daripada skrin.
Tumpuan kami terganggu.
Saya tak faham kenapa awak buat begini.
Saya tak buat apa-apa.
Kecuali cuba menghalang awak mencemarkan nama lelaki yang baik.
Awak membantu dia menyorokkan rahsia
yang membawa risiko kepada reputasi, kerjaya dan diri awak.
Kenapa?
Saya tak faham.
Tapi saya akan memahaminya.
Dia tak percaya.
Ia berbaloi untuk dicuba.
Kadangkala cara yang agresif dapat memperdaya mereka.
Berapa lama lagi hal ini akan berlarutan?
Tak tahu lagi. Tapi kita tak boleh gunakan telefon.
Bukankah mereka perlukan waran untuk mengesan telefon kita?
No comments yet. Be the first to leave one.