Good Doctor

Good Doctor (굿 닥터)

Download Malay Subtitle

Specials

Release info

Good Doctor Ep6
A Commentary by Dazai

Tags

other
Published on: 2019-04-14
Downloads: 41
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Dr Pak!

Hei!

Hei!

Mari sini, budak baik. Nama kamu Eun Ok, kan?

Eun Ok, saya akan ubati kesakitan kamu...

- Omo! - Doktor! Doktor!

Apa hal?

Keadaan yang memerlukan rawatan khas.

Macam mana pun, tak boleh ke kamu uruskan seorang budak?

Tak... budak ini ada banyak tenaga.

Dia gigit orang dan juga berbau.

Dia tak boleh faham apa yang kita cakap?

Ya. Doktor tak boleh nak berkomunikasi dengan dia.

Tangkap dia!

Apa?

Hong Gil Nam, ambil satu bekas lorazepam.

Ya.

Dadah itu sangat kuat. Ianya akan merosakkan kanak-kanak.

Kita kena tenangkan dia sebelum boleh buat ujian, kan?

Saya akan tenangkan dia.

Awak nak terluka ke?

Tak mengapa. Saya akan cuba sekali lagi.

Lupakannya.

Saya dah bawa.

Doktor Pak, apa yang awak buat?

Han Jin Uk.

Sekejap. Tolong tunggu.

Mula.

Mari pergi.

Pegang dia kuat-kuat.

Lepaskan saja dia. Lepaskan dia!

Dia dah diperiksa oleh pediatrik ke?

Doktor daripada pediatrik tak boleh berkomunikasi dengan dia, jadi tak ada rawatan yang betul.

Mereka menghubungi saya kerana mereka mendapati ada 'erythema' di sekeliling pusatnya.

Tapi, adakah awak penjaganya?

Ya, buat masa ini saya.

Buat masa ini?

Saya Ketua Bahagian O Hwan Su daripada Agensi Pelindungan Kanak-kanak.

Seseorang melaporkan situasinya kepada kami, jadi kami nak bantu dia.

Kita boleh bincang yang lain kemudian.

Baiklah.

Buat ujian darah dan ultrabunyi dulu,

dan kalau perlu, buat CT abdomen.

Doktor Cha, cepat berikan dia suntikan antibiotik.

Ya. Saya akan lakukannya secepat mungkin dan laporkan kepada awak.

Nasib baik ianya tak terlalu dalam.

Nampak macam awak digigit anjing.

Kenapa awak merangkak ke arah Eun Ok tadi?

Komunikasi binatang.

Awak betul-betul layan budak itu macam anjing?

Jadi, awak nak buat pandangan macam binatang

dan awak merangkak perlahan-lahan tadi?

Yang sebenarnya, untuk samakan frekuensi kami.

Frekuensi?

Ya. Dengan meletakkan hati awak dan hati binatang di tahap yang sama,

ini membenarkan medan elektrik di antara hati binatang dan hati manusia untuk jadi sama

yang akan membolehkan awak berkomunikasi dengan mereka.

Ini prinsip utama yang pertama untuk berkomunikasi dengan binatang.

Hati adalah tempat yang paling banyak arus elektrik lalu didalam badan kita

dan kekuatan arus elektrik dalam hati adalah 100 kali ganda berbanding otak.

- Jadi, selagi kita gunakan hati... - Berhenti!

Saya faham cara awak berfikir tapi, jangan cakap benda begini di hadapan Profesor.

Dan awak... Lelaki jenis apa yang ada tangan begini?

Ini bukannya pencungkil gigi.

Kalau awak lapang, pergilah buat senaman.

Awak tersedu-sedu sejak semalam?

Perut awak rasa tak sedap ke?

Tak ada apa-apa... Tak ada apa-apa.

Kenapa mereka berhenti beri dana? Dan, tanpa sebarang sebab.

Macam mana boleh tak ada sebab?

Semua orang tahu tentang organisasi teruk dalam Dana Hospital Seongwon.

Walaupun Dana Hospital kita tak sebagus yang lain, ianya tak beroperasi dengan teruk.

Ini sangat mengecewakan. Tolong keluar dan dengar semua khabar angin.

Pengarah Eksekutif, awak cakap macam ianya bukan salah awak.

Ketua Yu, macam mana awak boleh cakap begitu?

Saya jenis orang yang akan cakap tentang masalah orang lain ke?

Awak selalu begitu.

Tolong bertenang.

Sekarang bukan masanya untuk bergaduh begini.

Bukan saja U Myeong Group dan kita tak pasti kalau ini akan mempengaruhi syarikat lain juga.

Mula-mula, kita kena uruskan masalah yang boleh menjadi punca kepada hospital.

Contohnya, pemberhentian rawatan dan isu tentang bantahan ahli keluarga.

Dalam situasi ini, bukankah kedudukan kewangan hospital akan sedikit terjejas?

Selain itu, U Myeong Group adalah syarikat yang paling banyak membantu hospital.

Walaupun Dana Hospital wujud, hospital patut ambil langkah yang betul.

Secara spesifik, tolong katakan bantuan jenis apa yang patut diambil?

Bahagian yang mengalami kesusahan patut digabungkan atau dibuang.

Baru-baru ini, bahagian yang ada masalah adalah bahagian pediatrik.

Daripada biarkan mereka terus dalam kesusahan, lebih baik hantar mereka ke cawangan di Ulsan.

Lagipun, memandangkan kawasan itu tak ada pakar pembedahan pediatrik, mereka mesti akan terima banyak pesakit.

Jadi, ada cara begitu.

Cawangan itu mesti berharap itu yang akan berlaku.

Keputusannya akan dipertimbangkan semula lain kali.

Apa yang penting sekarang, isu pekerja berlebihan.

Lebih-lebih lagi orang yang tak mengikut standard hospital.

Isu itu tak sepatutnya kita bincangkan sekarang.

Tapi, ahli keluarga pesakit dah hantarkan petisyen mereka kepada Dana Hospital!

Saya dah cakap yang ini kita tak sepatutnya bincang sekarang!

SQ Group juga dah cakap yang mereka akan berhenti membantu kita.

Mula-mula, pediatrik dan prikiatrik akan buat kiraan

untuk pastikan dengan tepat keadaan fizikalnya dan otaknya.

Dan, Eun Ok didapati menghidap keabnormalan 'urachal'

melalui pemeriksaan eko. Ia juga mengalami jangkitan

yang menjadi punca adanya nanah di bahagian pusatnya.

Ianya tak akan menragut nyawa, kan?

Biasanya keabnormalan urachal takkan mengancam nyawa.

Ia akan sembuh asalkan pembedahan dijalankan untuk membuang fistula itu.

Mujurlah nanah itu tidak terlalu besar. Setelah dia diberikan antibiotik,

dan kalau situasi dah semakin baik, kami akan segera buat pembedahan keatasnya.

Dan, di mana penjaganya?

Ya... dia tiada ibu bapa dan makciknya satu-satunya penjaga dia.

Dia di bawah penyiasatan polis.

Boleh awak terangkan kenapa rupa Eun Ok begitu?

Makcik dia... bela anjing di kawasan kampung

dan nampaknya budak itu dibesarkan di dalam rumah anjing.

Selepas kami menerima laporan dan pergi ke sana, kami dapat tahu yang dia tinggal dengan anjing-anjing yang lain.

Ini juga kali pertama saya melihat penderaan kanak-kanak begitu.

Macam mana mereka boleh buat begitu kepada budak kecil?

Buat masa sekarang, benda yang paling penting adalah untuk stabilkan mental dan fizikal dia.

Apa yang psikiatri kata?

Ia adalah kesan tindak balas biasa akibat gangguan kebergantungan.

Ianya dalam kategori autism

dan nampaknya objek kebergantungannya ialah anjing-anjing yang tinggal bersamanya di rumah itu.

Kita ada wad pengecualian dalam bahagian kita, kan?

Ya, ada.

Siapa benarkan awak masuk tanpa ketuk pintu?

Saya minta maaf sangat-sangat.

Kenapa?

Saya nak jadi doktor Eun Ok.

Saya nak berada di sisinya 24 jam, memberikan dia rawatan.

Hei! Awak patut beritahu saya dulu.

Macam mana awak boleh abaikan yang lain dan terus cakap dengan profesor?

Kita tak bolehlah terus-menerus memberikannya lorazepam untuk menidurkan dan mengurangkan kesakitannya.

Kalau dia diberi sedatif berlebihan, dia akan semakin resah dan terluka.

Disebabkan gaya tidur antara manusia dan binatang itu berbeza...

Pak Si On... ini bukan Bahagian Psikiatri tapi Pembedahan Pediatrik.

Ya, saya tahu.

Tapi disebabkan Eun Ok tak boleh bercakap,

dia perlukan seseorang yang boleh bercakap dengan dia.

Jadi, awak cakap yang awak boleh lakukannya?

Ya. Semasa saya kecil, saya pernah bercakap dengan arnab saya.

Tak susah untuk berkomunikasi dengan binatang.

Disebabkan binatang mengekalkan 'wavelength' mereka di tahap teta,

dan kalau manusia biasa boleh kekalkan 'wavelength' itu...

Cha Yun Seo, biar Hong Gil Nam jadi doktor Eun Ok.

Profesor, saya pun boleh buat juga.

- Saya pasti akan layan Eun Ok-- - Keluar.

Keluar!

Saya pun rasa Eun Ok suka dengan Dr. Pak Si On...

Awak pun keluar.

Awak tak dengar ke saya suruh keluar?

Awak sangat degil!

Bukankah saya dah cakap jangan cerita tentang hal ini di depan profesor, kan?

Dan, perlu ke awak layan Eun Ok macam anjing?

Halangan yang Eun Ok lalui sekarang...

Tindak balas disebabkan gangguan kebergantungan seperti kanak-kanak serigala Siberia,

budak dengan bunyi burung, Vanya Yudin...

Awak sangat memahami itu.

Jadi bukankah awak sepatutnya layan dia macam yang awak belajar dalam buku?

Kesakitan yang tak boleh dipulihkan macam yang ditulis di dalam buku.

Kesakitan saya juga tak boleh dirawat macam dalam buku.

Pengarah selalu membantu saya di sisi.

Dia jadi kawan saya.

Eun Ok tak boleh bercakap, kan?

Dia tak tahu apa yang dia perlukan dan macam mana nak cakap.

Tapi, saya nak lakukannya. Ada kemungkinan saya tahu apa yang Eun Ok inginkan.

Ya, Ketua Jururawat.

Ye Eun?

Beritahu sekali lagi. Apa yang tak selesa dan di mana?

Ianya... di sini, ang-jing ang-jing, wooong woooong, dan ianya sakit.

Ang-jing ang-jing woong woong?

Dia begini sejak beberapa hari lepas.

Tak ada masalah dengan keputusan ujian.

Jadi, adakah disebabkan masalah lain?

Dia tak muntah dan dapat buang angin dengan normal.

Pergerakannya juga biasa, dia makan dengan baik...

Tak ada masalah besar.

Mungkinkah, selepas angjing-ang-jing wong wong,

pada waktu malam tak ada gegaran wong wong, kan?

Ya, betul itu. Betul itu!

Pada waktu malam tak ada wooooong tapi goorooroong goorooroong, sakit.

Bila ada goorooroong goorooroong, kamu tak boleh tidur pada waktu malam, kan?

Ya, betul itu!

Apa yang awak berdua cakap sebenarnya?

Ianya proces pemulihan bahagian luka pembedahan itu

di mana salur darah sedang terbentuk dan badan sedang mengumpulkan protein serta kolagen

dan sebab itu, luka itu sedang sembuh.

Jadi ianya gatal sedikit, dan mungkin akan ada sakit sikit di bahagian dalam.

Ianya akan jadi sangat sensitif, lebih-lebih lagi pada waktu petang.

Jadi, akan ada sedikit sakit.

Doktor ini cakap benda yang betul ke?

Ya, ada kemungkinan.

Memandangkan tak ada yang teruk, kami akan perhatikan keadaannya.

Doktor!

Terima kasih sebab faham apa yang saya cakap.

Tentang yang dulu pun, saya ucapkan terima kasih.

Kalau awak ada teman wanita, awak boleh makan ini dengan dia.

Terima kasih. Terima kasih banyak

sebab membesar macam orang dewasa.

Periksa air kencing U Yeong dan berikan dia 20 ml susu pada waktu yang telah ditetapkan.

More Malay subtitles for Good Doctor

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left