The first 200 lines.
Sub bY VIU
Resynced == ANANG KASWANDI ==
(Semua lokasi, watak, agama dan organisasi,)
(dan insiden dalam drama ini adalah fiksyen.)
Namun begitu,
seseorang yang normal...
tidak akan menggantung potret yang telah dilukis oleh...
wanita yang dia telah bunuh di pejabatnya sendiri.
Adakah saya salah?
Lelaki itu tidak kisah tentang perkara seperti itu.
Apa? Awak kenal dia?
Saya kerap bertemu dengan awak sekarang.
Apa yang bawa awak ke sini hari ini?
Saya mahu tanya awak tentang sesuatu.
Ini adalah Detektif Kang Do Chang, rakan setugas saya.
Helo, saya Kang Do Chang dari Unit Jenayah Ganas...
di Balai Polis Incheon Seobu.
Silakan duduk.
Rasanya ini bukan tentang urusan peribadi...
kerana awak telah bawa rakan setugas awak.
Adakah awak mengenali seseorang yang bernama...
Yoon Ji Sun?
Dia adalah pelajar kolej telah yang dibunuh lima tahun lepas.
Dia seorang pelajar seni.
Saya mengenali dia.
Bagaimana awak berdua bertemu?
Dia telah melukis potret saya,
dan saya telah upah dia untuk lukiskannya.
Adakah awak berdua...
pernah bertemu secara peribadi selain daripada...
ketika awak perlu bertemu dia disebabkan potret itu?
Kami telah makan bersama selepas dia siapkan potret itu...
dan menghantarnya kepada saya.
Dan itu kali terakhir saya jumpa dia.
Nampaknya awak sudah tahu tentang pembunuhan Yoon Ji Sun.
Awak juga pasti tahu bahawa pembunuhnya telah ditangkap.
- Ya. - Jadi awak pasti tertanya-tanya...
kenapa kami bertanya tentang Yoon Ji Sun...
selepas sekian lama.
Kenapa pula saya perlu rasa ingin tahu tentang itu?
Kerana Detektif Kang mengesyaki awak.
Sebagai orang sebenar yang telah bunuh dia.
Kenapa awak fikir begitu?
Kerana saya telah beritahu dia...
- segala-galanya tentang awak. - Tentang saya?
Adakah awak telah bunuh dia?
Adakah awak...
sebenarnya tertanya-tanya jika saya telah bunuh dia?
Ya.
Tolong pergi dari sini.
Di masa akan datang, sila hubungi pasukan guaman saya...
jika awak ada apa-apa soalan.
Saya sudah tiada apa-apa untuk dikatakan.
Mari pergi.
Beritahu mereka saya boleh hadiri mesyuarat makan tengah hari itu.
Saya tidak rasa saya perlu batalkannya.
Apa hubungan awak dengan dia?
Dia sepupu saya.
Jadi awak mengesyaki sepupu awak...
Saya harap Jong Tae tidak lakukannya.
Tapi kita patut tangkap dia jika kita ada bukti kukuh.
Tunggu sebentar.
Saya rasa awak seperti sedang cuba lindungi sepupu awak.
- Kenapa pula begitu? - Kenapa pula awak...
tiba-tiba mula soal siasat dia tentang membunuh Su Jin?
Kita tiada bukti dan kita tidak tahu apa motif dia.
Adakah awak sengaja tanya dia begitu...
untuk beritahunya bahawa kita sedang sasarkan dia dan dia patut bersedia?
Ya, itu sebab kenapa saya beritahu dia.
Dia tidak pernah rasa gelisah atau bimbang...
tentang perbuatan salah dia.
Itu kerana dia percaya tiada sesiapa boleh penjarakan dia.
Saya mungkin orang pertama...
yang tanya dia secara terbuka jika dia ada bunuh seseorang atau tidak.
Jadi jika dia rasa berang dengan apa yang awak katakan...
dan mula lakukan sesuatu...
Itu maksudnya dia memang telah bunuh Su Jin.
Oh Tuhan, si tidak guna yang menjengkelkan.
Mata dia kelihatan...
sangat cantik semasa dia memandang saya.
Awak rasa Jin Seo Gyeong patut uruskan jabatan guaman?
Ya, lagipun kedudukan itu sedang kosong.
Adakah itu okey dengan semua?
Awak semua setuju?
Tuan, rasanya saya masih belum cukup layak untuk kedudukan penting.
Tapi adakah jabatan guaman syarikat lain okey dengan itu?
Mereka akan layan dia dengan teruk jika dia seorang wartawan...
dari kawasan luar bandar.
Namun begitu, dia bekerja di ibu pejabat Harian Junghan.
Siapa yang berani layan dia dengan teruk?
Dia akan lakukan tugas yang hebat.
Saya percayakan dia.
Baiklah. Itu kira-kira sebulan sebelum kejadian itu.
(Unit Jenayah Ganas Dua, Kang Do Chang)
Untuk berapa lama?
Baiklah.
Adakah Cik Yoon Ji Sun telah beritahu awak...
kenapa dia pergi ke New York?
Betul? Dia pergi ke sana bersendirian?
Baiklah, okey.
Saya minta maaf kerana sering mengganggu awak.
Selamat tinggal.
Apa yang awak sedang lakukan?
Ada sesuatu yang saya perlu siasat secara peribadi.
Adakah...
Do Chang tidak pergi bercuti?
Adakah dia sedang lakukan sesuatu?
Bagaimana pula saya mahu tahu?
Saya tidak berminat untuk tahu apa orang lain sedang lakukan.
Dia bukannya orang asing.
Dia rakan sepasukan awak.
Jadi kenapa? Dia bukannya ahli keluarga saya atau sesuatu.
Lagipun, saya suka lakukannya secara bersendirian.
Saya perlu keluar.
Helo, saya telah hubungi awak tadi.
Encik Lee Kyung Ho, bukan?
Awak telah diserang dengan kejam...
oleh Encik Oh Jong Tae baru-baru ini, betul?
Saya berada di sana pada hari itu.
Awak mungkin nampak saya tegur Encik Oh.
Oh, awak masih ingat?
Ya.
Jadi awak telah tinggalkan syarikat itu, betul?
Ya, betul.
Gaji saya lebih kecil sekarang,
tapi ini jauh lebih baik daripada bekerja di syarikat yang teruk itu.
Saya rasa jauh lebih baik sekarang.
Sepatutnya saya berhenti sejak dahulu lagi.
Saya telah buat kajian...
tentang jabatan di mana awak berada,
dan tugas utama awak adalah...
Oh, sebenarnya...
tiada tugas yang telah ditetapkan.
Awak boleh anggap semua orang di syarikat itu...
adalah orang suruhan Oh Jong Tae.
Jadi awak pasti telah uruskan banyak urusan peribadi dia.
Dia cakap Jong Tae ada ramai teman wanita,
tapi nampaknya dia cuma...
ada hubungan dengan Yoon Ji Sun sekitar waktu pembunuhan itu.
Nampaknya, dia juga telah berhenti datang...
ke sebuah lounge yang dia sering kunjungi.
Bagaimana mereka bertemu?
Di sebuah pembukaan galeri.
Ji Sun seorang pekerja sambilan di sana.
Dan saya telah sahkan yang dia memang bekerja di galeri itu.
Saya juga dapat tahu yang galeri itu dimiliki oleh rakan Jong Tae.
Jadi mereka telah mula berpacaran selepas itu?
Yoon Ji Sun telah melawat New York...
enam bulan sebelum pembunuhan itu.
Saya dengar itu kerana ada sebuah pameran,
tapi saya telah periksa rekod ketibaan dan perlepasan dia,
dan Oh Jong Tae berada dalam penerbangan yang sama.
Oh Tuhan, itu maksudnya mereka berdua sangat rapat.
Sudah jelas duit dia buat Su Jin lupa tentang jarak usia mereka.
Selepas itu? Su Jin telah tinggalkan dia?
Awak rasa itu sebab kenapa dia bunuh Su Jin?
- Mungkin. - Kerana Su Jin tinggalkan dia?
Dia tidak kelihatan seperti kurang siuman.
Semasa kecil,
dia ada seekor anjing bernama "Happy."
Dia telah pukul anjing itu sehingga mati kerana anjing itu meragam.
Kemudian dia letakkan gambar Happy dan dirinya di atas meja.
Dia akan pandang gambar itu...
dan sering cakap ini kepada saya. "Saya rindukan Happy."
Semasa kecil, dia fikir...
dia boleh lakukan apa sahaja yang dia mahu di rumah.
Dia sudah dewasa sekarang, tapi dia masih fikir...
bahawa dunia ini adalah milik dia.
Awak sedang buat apa? Awak cakap awak tidak boleh lambat.
Tunggu di luar. Kami akan keluar nanti.
Cepatlah.
Hei.
Jika seorang ahli keluarga atau saudara adalah suspek,
awak tidak boleh terlibat. Itu peraturannya.
Awak tahu...
kenapa saya bercakap tentang ini, betul?
Saya cuma sedang memburu pembunuhnya.
Saya tidak fikirkan tentang perkara lain.
Mari kita buru pembunuhnya.
Saya akan jujur dengan awak.
Awak dalam kedudukan yang teruk.
Jadi apa yang saya harus lakukan?
Saya tidak boleh hidup tanpa Jae Woong.
Jangan risau. Dia adalah peguam yang cekap.
Saya telah bawa beberapa kes kepada dia,
- dan dia tidak pernah kalah. - Baiklah.
Detektif Kang, saya tidak pernah kendalikan kes hak penjagaan.
Encik So. Apa yang awak sering katakan?
Awak jadi peguam untuk mereka yang tiada apa-apa.
Dia langsung tiada apa-apa.
Awak tidak perlu pergi jauh untuk mencari klien.
Sudah tentu, saya akan ambil kes ini,
tapi...
- Adakah awak ada... - Ya?
sesiapa dalam keluarga awak...
yang ada status sosial yang tinggi...
atau ada duit yang banyak?
Baiklah.
Secara objektifnya awak sedang berada dalam posisi yang teruk.
Tolonglah. Kenapa?
No comments yet. Be the first to leave one.