The first 200 lines.
Hai, Cik Doktor Gigi!
Hai, Cik Doktor Gigi.
Hai, Cik Doktor Gigi.
Cik Doktor Gigi!
Bagus.
Bagus.
Okey.
Mi-seon!
Mi-seon!
- Awak tidur lambat lagi? - Ya.
- Saya pergi dulu. - Tunggu saya.
- Tidak. Lambat jika tunggu awak. - Tiga minit saja.
Si comel.
Sebenarnya, kita boleh menjadi rapat dengannya.
Jika kita dah rapat,
ia akan sembunyikan durinya yang tajam agar kita boleh memegangnya.
Aduh!
Awak memang garang.
Kamu berdua sama.
Landak kecil itu sama macam awak.
Kamu berdua berduri.
Apa yang sama?
Mi-seon, dah tiga minit. Saya pergi dulu.
Jom.
Adakah awak tukar wajah awak?
EPISOD 4
Hari ini dia tiada pula.
Apa?
Tiada apa-apa?
Awak nak makan apa tengah hari nanti?
Nak makan jjajangmyeon ?
Kenapa awal pagi lagi dah fikirkan makan tengah hari?
Bagus betul.
Jjajangmyeon ?
RESTORAN MASAKAN CHINA-KOREA GONGJIN
Kenapa awak nampak muram dari tadi?
Bila?
Sejak makanan kita sampai tadi.
Awak yang cadangkan kita makan ini.
Tiba-tiba awak bertukar selera?
Hari ini panas, saya rasa nak makan naengmyeon .
Kalau begitu, kita makan malam ini.
Sekarang, kemas ini dulu.
Yalah.
Cik.
Awak mengelamun lagi.
Dia sentiasa ada sewaktu tak diperlukan,
jadi di mana dia hari ini?
Hye-jin, bukankah ini dia?
Hei, ini Seong-hyeon.
PENERBIT RANCANGAN BINTANG BARU JI SEONG-HYEON
Patutlah macam kenal.
Awak jarang menonton TV, tapi awak tonton rancangan dia.
Dia senior saya. Saya tonton sebab mahu dia berjaya.
Yalah. Awak sangka saya bodoh?
Awak sukakan lelaki ini.
Saya tak suka dia.
Lelaki dan wanita boleh berkawan biasa.
Kolot betul.
Yalah. Takdir memang kelakar.
Kenapalah dia berkawan dengan Lee Gang-uk?
Kenapa awak bersolek tebal-tebal?
Awak tunggu siapa?
Choi Eun-cheol?
Dia tak datang hari ini.
- Selamat datang. - Helo.
Helo, selamat datang.
Saya tak buat janji temu sebab ini kali pertama ke sini. Bolehkah?
- Ya. - Boleh.
- Sila isi maklumat di sini dulu. - Ya.
- Saya akan tunggu di bilik rawatan. - Baiklah.
Berdasarkan tahap kesakitan awak,
saya agak ada kerosakan di bawah korona gigi yang lama.
Tapi susah nak sahkan hanya berdasarkan X-ray ini,
jadi saya perlu tanggalkan untuk lihat.
Sebaik saja sahkan kerosakan itu,
kita akan rawat kerosakan saraf atau buat implan.
Tapi ada perbezaan kos antara dua rawatan ini…
Saya tak kisah. Saya percayakan keputusan awak.
Terima kasih. Saya akan buat yang terbaik.
Saya dengar ramai pesakit buat masalah kerana kos rawatan gigi.
Sebab itu banyak klinik pasang kamera keselamatan di dalam bilik rawatan.
Tentang itu…
Saya perlukan persetujuan pesakit untuk merakam,
jadi saya belum pasang.
Begitu rupanya.
Doktor, awak agak cantik.
Terima kasih.
Saya lebih suka mendengar bahawa saya berbakat.
Saya tak buat awak tersinggung, bukan?
Tidak. Okey saja.
- Baiklah, saya periksa dulu. - Okey.
Adakah sangat sakit?
Ini kad dan resit awak.
Terima kasih.
- Jumpa esok. - Selamat jalan.
BILIK RAWATAN
Saya suka pesakit yang budiman.
Dia tak kisah kos rawatan dan akan percayakan saya.
Mungkin dia kaya. Saya nampak dia pakai barang berjenama.
Yakah? Adakah duit yang banyak membuatkan kita bersikap sopan begitu?
Bukankah itu agak menyedihkan?
Sebab itulah kita patut cari duit banyak-banyak.
Bagus.
Kenapa awak beli epal?
Awak tak beli buah jika bukan musimnya.
Esok hari memperingati kematian mak saya.
Maaf. Saya terlupa pula.
Awak cukup sibuk, takkanlah awak ingat tentang mak orang lain?
- Saya nak beli ini. - Baik.
Perut awak dah kelihatan.
Perut awak akan semakin membesar, tentu awak kepenatan nanti.
Ini bukan kali pertama.
Hamil tak mudah walaupun kali kedua.
Yalah. Mungkin sebab saya dah tahu bagaimana kesakitannya,
saya dah mimpi melahirkan anak.
Geum-cheol tak sedih sebab anak kedua pun perempuan, bukan?
Langsung tidak. Dia seronok membesarkan anak perempuan.
Dia berlatih ikat rambut dengan anak patung.
Seingat saya, Bo-ra tak pernah simpan rambut panjang.
Ya. Dia tak macam anak perempuan biasa.
Anak orang lain menyanyi lagu "Let It Go" sambil memakai gaun Elsa,
tapi dia pakai baju tae kwan do dan menari macam budak lelaki.
Biarlah. Budak begitu akan berjaya.
Saya harap itulah yang berlaku.
- Kelakar, bukan? - Memalukan.
Apa? Siaplah awak!
Bo-ra, mak dah marah kamu buat begitu, bukan?
Bo-ra akan buat semua gigi susu I-jun tertanggal.
- Sudahlah! - Hei!
Maaf.
- Ini sudah memadai? - Aduhai.
KLINIK PERGIGIAN YOON PUSAT SELAM SKUBA CHUNG-HO
Aduhai. Kamu berdua nak ke mana?
- Helo. - Helo.
Kami dalam perjalanan balik.
Yakah? Saya datang tepat pada masanya.
Jika kamu ada masa, saya nak jemput ke sesuatu tempat.
Ke mana?
Perjumpaan persatuan peniaga iaitu pusat ekonomi Gongjin.
Begitu rupanya.
Semua peniaga di sini menyertai persatuan itu.
Memandangkan awak juga berniaga di sini, awak patut sertai…
Saya samakan klinik macam kedai pula.
Apa pun, untuk tingkatkan keuntungan, awak patut sertai persatuan kami.
Kami memang nak pergi perjumpaan itu,
tapi malangnya kami ada hal lain.
- Ya. - Yakah? Sayangnya.
Saya harap boleh tukar tarikh,
tapi bendahari kami, Ketua Hong cuma lapang hari ini.
- Bendahari? - Ya. Ketua Hong ialah bendahari
dan saya pengerusi.
- Saya akan pergi. - Betulkah?
Ya. Saya akan pergi untuk tunjukkan sokongan sebagai peniaga
dan bantu yang termampu untuk kemajuan komuniti.
Baguslah awak fikir begitu! Baiklah, mari kita pergi bersama.
- Aduhai. - Alamak.
Saya ada hal lain.
Tak apa. Pemilik saja yang perlu datang. Pekerja tak perlu. Pergilah.
Jom, Dr. Yoon. Aduhai, Dr. Yoon!
- Aduh. - Sakitkah? Saya pegang perlahan-lahan.
Biar saya tolong bawa.
Kenapa dengan Hye-jin?
Minum untuk persatuan peniaga!
- Minum! - Minum!
- Dr. Yoon, minum! - Minum!
Bagus.
Sedapnya.
Seperti yang kita tahu, ada terlalu banyak jawatan di Gongjin.
Ketua kampung, ketua zon, ketua kawasan.
Bagi saya antara jawatan itu,
jawatan saya sebagai pengerusi persatuan peniaga
adalah yang paling penting.
Betul. Awak Menteri Ekonomi Gongjin.
Menteri Strategi dan Kewangan.
- Apa? - Apa awak cakap?
Tiada apa-apa.
- Okey. - Apa pun, Dr. Yoon,
memandangkan ini kali pertama awak sertai kami,
apa kata awak cakap sesuatu berkenaan perjumpaan ini?
- Saya? - Ya.
- Cakap apa? - Begini. Saya malu nak cakap,
tapi perjumpaan kami kurang mendapat sambutan.
Tak ramai yang datang seperti dulu.
Jadi saya nak tahu jika awak
ada idea untuk memeriahkannya kembali sebab awak seorang yang bijak.
Ini kali pertama saya datang,
jadi saya tak tahu nak cakap apa…
Cakaplah apa saja yang awak terfikir.
Ya, betul.
Apa kata kita buat direktori ahli berserta nombor telefon?
Apabila ahli yang selalu datang tiba-tiba tak hadir,
jika kita ada senarai nombor telefon, kita boleh berkomunikasi
dengan lebih baik…
Direktori ahli ada di sini. Aduhai.
- Hai. - Awak sangka kami tak buat?
Budak sekolah pun boleh berikan idea yang lebih bagus.
Itu kerana saya ditanya tiba-tiba.
Ketua Hong, kenapa awak lambat sangat?
Hari ini saya cuti.
No comments yet. Be the first to leave one.