Release info

Adversity Raid (2020)
A Commentary by RADIKAL62
iQiyi Retail. Movie: https://uptobox.com/vu2131c16hjc

Tags

other
Published on: 2020-12-01
Downloads: 19
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Awaklah orang seterusnya

jika keluarga awak berlengah-lengah lagi.

Dalam pusingan terakhir perlawanan persahabatan ini,

persahabatan diutamakan

sebelum perlawanan.

Perlawanan dimulakan sekarang!

Pasukan A berada di posisi.

Pasukan B berada di posisi.

Dua orang di bahagian timur.

Empat orang di tingkat satu.

Enam orang di tingkat dua.

Saya tak nampak situasi dalam bilik tebusan.

Pasukan B bersihkan bahagian timur.

Pasukan A tunggu arahan.

Faham.

Pasukan B bertindak.

[Jangan mengejutkan orang yang bersenjata.]

Pasukan A dan B, mara ke depan dengan pantas.

Faham.

Pasukan A memasuki tingkat dua.

Pasukan B berada di posisi.

Pasukan A dah boleh bertindak.

Ya.

Encik Barman, kami datang selamatkan awak.

Senyap.

Senyap!

Lihat ini, Encik Barman.

Ini cincin isteri awak.

Awak terpijak tangan saya.

Kami dah jumpa tebusan, tapi dia diikat dengan rantai besi.

Saya perlukan dua minit untuk keratnya.

- Kalian ialah polis? - Bukan.

Isteri awak mengupah kami.

Bukankah mereka dah sediakan wang tebusan?

Mereka takkan lepaskan awak.

Lagipun, upah kami lebih murah daripada wang tebusan.

[Pasukan A, ada orang bergerak di tingkat dua.]

Pasukan A, ada orang mendekati kalian.

Boleh tembak dari arah saya.

Bagus!

Saya dengar, awak akan tinggalkan sini hari ini.

Selepas awak pergi,

saya tiada lawan lagi di sini.

Semoga berjaya di luar sana.

- Awak dah pulang. - Saya dah selamat.

Echo, awak ada kerja yang perlu dibuat sebentar lagi?

Saya perlu jemput seorang kawan lama.

Saya teringin nak jumpa dia.

Saya juga.

Jangan kembali ke sini lagi.

Boss.

Sembilan Belas.

Awak sangat...

Macam biasa?

Oh ya, bagi saya segelas Grappa berganda.

Terima kasih.

Awak masih ingat.

Boss, saya pernah cuba minuman kesukaan awak.

Rasanya macam sabun pencuci pinggan.

Adakah dia mirip seseorang?

Si Gemuk ialah abang saya.

Adakah saya mirip dia?

Sangat mirip.

Mulut kalian juga sama celopar.

Maaf kerana mengganggu.

Berseronoklah.

Sembilan Belas.

- Berkenaan abang awak... - Tunggu.

Saya bukan abang saya.

Kami sendiri pilih jalan masing-masing.

Dia ada di dalam.

Pergi pastikannya dan tunggu saya di pintu.

Jeneral buat begitu kerana tak percaya pada kita?

Jangan risau. Saya takkan lepaskan peluang ini.

Tindakan Jeneral mungkin dapat bantu saya.

Boss,

saya dah tubuhkan syarikat kawalan keselamatan sendiri.

Sembilan Belas ialah rakan kongsi saya.

Dia pasangan terbaik saya

semasa menjalankan misi.

Dia juga seorang komando yang unggul.

Saya akan perkenalkan

komrad kami yang lain selepas ini.

Saya harap, awak boleh sertai kami semula.

Dengan kemahiran awak itu,

apa yang awak nak buat kalau tak sertai kami?

Saya boleh jadi tukang masak.

Sudahlah, Boss.

Echo beritahu saya,

masakan awak lebih busuk daripada gas yang rosak.

Cik Echo, ada orang nak jumpa awak.

Awak tak nampak saya sedang minum? Saya tak berminat untuk jumpa dia.

Arak dah habis. Sila ikut kami.

Tak nak.

Jangan ganggu kami.

Awak dapat kesan calar di muka awak

kerana awak bermulut celopar.

Kamu semua...

Sembilan Belas, awak balik dulu.

- Lama kita tak jumpa. - Jeneral.

Saya bukan lagi jeneral kalian.

Kalian nak minum apa?

Ini ialah Wisky Highland yang saya baru buka.

Kenapa? Kalian terperanjat?

Ya, Jeneral.

Sudah lama kita tak jumpa.

Rasanya dah hampir lima tahun.

Ya.

Sudah lima tahun kami meninggalkan pasukan operasi.

Minumlah.

Sila minum.

Rasanya memang sedap.

Sudah lama saya tak minum.

Saya tahu awak baru dibebaskan hari ini.

Rasanya Jeneral bukan jemput kami datang minum wisky saja hari ini.

Mari, kita duduk dan berbual.

Perkara ini berlaku secara mendadak.

Jadi, saya nak upah kalian

untuk uruskan satu masalah yang rumit.

Itu bergantung pada masalah yang awak hadapi.

Saya dah fikir dengan teliti sebelum jemput kalian ke sini.

Jadi, saya takkan rahsiakan apa-apa.

Tapi, ini masalah yang sangat sensitif.

Saya harap kalian boleh rahsiakannya.

Jeneral, kami terima atau tolak misi ini

adalah peraturan permainan kami.

Ada orang telah curi maklumat yang sangat penting daripada saya.

Iaitu senarai nama pengintip yang

kami hantar ke beberapa kumpulan penjenayah di kawasan sempadan.

Saya yakin kalian pasti tahu betapa seriusnya hal ini.

Sepanjang masa ini,

kami dah curahkan banyak tenaga untuk tangkap raja-raja dadah ini.

Tapi, muncul yang baharu pula

selepas kita hapuskan yang lama.

Oleh itu, saya tetapkan beberapa peraturan

berdasarkan maklumat yang saya peroleh daripada pengintip kami.

Dengan ini, saya boleh memastikan mereka

saling kawal satu sama lain dan mengurangkan risiko terhadap kami.

Selepas dapati senarai itu hilang,

saya terus bertindak

dan siasat tentang orang ini.

Lagipun, saya yakin senarai itu masih ada dengan dia sekarang.

Tapi, dia tak tahu nilai senarai itu.

Kenapa?

Sebab kawasan sempadan

masih tenang sekarang.

Jeneral.

Ia berkaitan dengan orang dalam?

Tindakan awak mungkin buat dia sedar

bahawa senarai itu sangat penting.

Betul cakap kalian.

Pertama, senarai itu dicuri daripada saya.

Kedua, saya juga mengesyaki ini angkara orang dalam.

Oleh itu, saya siasatnya secara rahsia.

Semua penyiasat ialah orang kepercayaan saya.

Maksudnya, awak nak kami dapatkan semula senarai itu?

Ya.

Di mana dia sekarang?

Dia telah ke sempadan selepas saya dapat tahu jawapan ini.

Khabarnya,

senarai nama itu masih ada dengan dia.

Dia sedang cari pembeli.

Mustahil saya seorang dapat

menyempurnakan misi rahsia ini

di tempat yang begitu sensitif itu.

Lagipun,

kalian perlu bawa balik orang itu secara hidup-hidup.

Sukar untuk kita buat begitu jika dia dah keluar sempadan.

Perlukah kita bawa dia balik?

Orang itu

ialah anak lelaki saya.

Saya tak tolong bayar hutang judi dia.

Saya tak sangka dia akan buat perkara bodoh macam ini.

Dia langsung tak sedar apa yang dia sedang buat.

Jeneral,

tolong benarkan kami berbincang dulu.

Saya mahu terima misi ini

atas sebab alasan kerja dan peribadi.

Apa pendapat awak?

Mungkin saya duduk dalam penjara terlalu lama,

saya tak percaya pada sesiapa.

Tapi, saya akan berada di sisi awak

jika awak mahu laksanakan misi ini.

Jeneral,

kami terima misi ini.

Saya dah agak saya boleh bergantung pada kalian.

Jangan risau.

Saya akan bayar upah dua kali ganda.

Tapi, pihak saya yang akan beri arahan.

Saya harap kalian faham.

Anak-anak buah saya akan beritahu kalian maklumat lanjut

semasa kalian bertindak bersama.

Tapi, saya harap kalian bertindak pantas.

Kalian ada apa-apa soalan lagi?

Boleh saya minum segelas lagi?

Jeneral.

Adakah tindakan kita terlalu berisiko?

Mungkin kami boleh sempurnakannya sendiri.

Kita masih ada kemungkinan itu?

Saya tak boleh ambil risiko dengan sifat ego awak.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left