Mare of Easttown

Mare of Easttown

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Mare of Easttown S01E05 WEBRip x264-ION10
A Commentary by ShasyaLala
HBO Retail.

Tags

webrip
web
x264
BRip
Published on: 2021-05-17
Downloads: 24
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Nenek?

- Drew? - Nenek!

- Tunggu. - Drew, mari sini.

Nenek datang.

Saya tak suka. Gelap sangat.

- Jangan risau. - Tak apa, nenek ada.

- Nenek dah sampai. - Jangan risau, mari.

Mari nenek dukung. Peluk nenek.

Ada lampu suluh?

Ada, dekat singki.

Satu saja yang berfungsi.

Lilin ada?

Rasanya, ada beberapa lilin.

- Penyu saya! - Apa?

Ia ada di atas lantai.

Oh Tuhan, mesti ia buang air di merata-rata tempat.

Okey, pergi ikut moyang kamu.

- Ambil telefon nenek. - Ya.

- Dia tak sengaja cakap begitu. - Ini dia.

- Terima kasih. - Mancis.

- Terima kasih. - Semua orang okey?

- Ada bateri lebih. - Hei, ayah!

Hei, datuk kamu sampai!

- Dia bawa bateri! - Kamu okey?

Ya, kami nak keluar tengok bulan.

- Seronoknya. - Kami nak nyalakan lilin.

Bawa yang itu ke bilik kamu.

Terima kasih.

Semua akan okey, Ryan.

Ini rahsia kita, okey?

Rahsia kita berdua.

Oh, Tuhan.

7522 kepada Delcom. Hantar EMS segera.

Saya di tempat kemalangan di Panel Road.

ID mangsa ialah Betty Carroll.

Tiada nadi.

Macam mana ayah dengan Faye?

Tak begitu bagus.

Saya bersimpati.

Tak apa, kami boleh cari jalannya.

Kami pernah melalui hal lebih teruk, kami boleh melaluinya.

Kamu macam mana?

Ayah rasa ayah jarang tanya khabar kamu sekarang.

Tak apa, ayah. Saya okey.

Itu tak okey, sayang.

Selama ini...

ayah dan mak kamu terlalu sibuk dengan masalah kami...

dan masalah Kevin.

Ayah rasa kami lupa nak tanya keadaan kamu.

Ayah fikir kamu sentiasa okey.

Tak adil buat kamu, Siobhan.

Ayah takkan buat begitu lagi, okey?

Saya ada kenal seseorang.

Kamu kenal dengan seseorang?

Penyu tak guna.

Ini hari apa, Kev?

Hari ini...

Sabtu!

- Ogos. - Ogos.

- 14 hari bulan. - 14 hari bulan!

Betul.

Apa istimewanya hari ini?

Hari ini hari jadi saya!

Angin nyaman dan air yang tenang.

Macam yang dapat dilihat, ada sebuah tasik di belakang kita.

Mari ikut saya, mak!

Kita terjun bersama-sama!

- Satu, dua, tiga! - Dua, tiga! Hei!

Kevin budak yang normal.

Lucu, nakal, aktif.

Dia didiagnosis dengan Tourette sewaktu lapan tahun.

Tak lama selepas itu, dia alami kecelaruan mood.

Dia...

Dia pukul adik dia dan saya.

Dia mudah mengamuk dengan hal remeh.

Kelakuan dia menakutkan awak?

Kadangkala, ya.

Awak ada cuba kaunseling atau gunakan ubat?

Oh, Tuhan.

Apa saja ubat yang dia tak guna? Adderall, Ritalin.

Epitol, Loxitane.

Olanzapine, itulah yang paling teruk.

Badan dia mengembang macam belon untuk pil itu.

Dia akan melutut setiap pagi, merayu supaya dia tak makan pil itu.

Adakah ubat membantu dia?

Ada beberapa yang membantu.

Kecelaruan mood itu...

ada sejarah tentang isu itu dalam keluarga awak selain Kevin?

Ayah saya mengalami kemurungan.

Dia tak pernah didiagnosis secara rasmi, tapi...

mak saya akan suruh dia keluar rumah...

kalau dia perasan angin ayah saya berbeza.

Dia akan tumpang rumah adik dia di Drexel Hill...

selama beberapa minggu dan pulang selepas dah okey.

Awak pula?

Ada mengalami kemurungan?

Ya. Pernah juga.

Kalau difikirkan balik, mungkin saya mengalami kemurungan.

Mungkin saya murung.

Ada satu masa selepas Siobhan dilahirkan...

dan Kevin makin sukar ditangani...

Ya.

Tapi waktu saya membesar, mak saya...

dia tak boleh tahan dengan isu itu.

Dia tertekan menghadapi perangai ayah saya.

Jadi saya tak mahu tambah beban dia lagi.

Dia dah cukup banyak masalah, jadi saya tahan sajalah.

Macam mana ayah awak mengatasinya?

Dia bunuh diri.

Saya baru 13 tahun.

Saya bersimpati, Mare.

Pasti sukar untuk awak menghadapinya di usia yang sangat muda.

Macam mana perasaan awak waktu hal itu berlaku?

Saya rasa macam saya tak cukup untuk dia.

Doktor rasa ini penyakit keturunan?

Apa?

Bunuh diri, sakit mental.

Saya ada baca banyak artikel...

tentang saintis yang fikir mungkin penyakit ini...

diturunkan kepada generasi seterusnya.

Mungkin?

Apa yang awak cari dengan membaca artikel itu?

Harapan.

Harapan supaya cucu saya tak jadi macam...

Macam ayah saya.

Atau Kevin.

Awak risau dia akan jadi macam mereka?

Tentulah.

Saya sangat takut.

Kasihan Betty Carroll.

Dia cuma nak keluar beli bijirin.

Tapi dia diserang sakit jantung dan terlanggar tiang elektrik.

Cheerios telah membunuh dia.

Tak juga, mak.

Pn. Carroll memang akan diserang sakit jantung...

walaupun Cheerios itu tiada.

Tak semestinya.

Mungkin dia ternampak rusa atau rakun di atas jalan.

Ia buat dia terkejut hingga jantung dia sakit.

Drew, pergi tukar ke baju tidur.

Sekejap.

Dah 10 minit kamu kata sekejap.

Pergi salin baju tidur sekarang.

- Pergi. - Okey.

Sekarang.

- Hantarlah bola itu! - Cepat!

- Awak suka? - Ya.

Ya, okey.

- Cantik sangat. - Cantiknya.

Gelang?

Saya dah tonton projek dokumentari awak.

Yakah?

Saya rasa ia sangat hebat, Siobhan.

Saya betul-betul tersentuh. Awak sungguh berani.

Terima kasih.

Saya ada cikgu makmal media pada tahun pertama saya.

Dia seorang wanita bijak yang penuh inspirasi, Meg Frawley.

Dia baru saja naik pangkat jadi ketua Pengajian Media...

di Cal Berkeley tahun lepas.

Saya rasa awak kena cakap dengan dia.

Kamu pasti boleh berbual panjang.

Cal Berkeley, itu di California.

Ya, di California.

Saya dah hantar borang permohonan.

Saya tahu, tapi cakaplah dengan dia.

Kalau awak tak berminat...

maksudnya saya buang masa awak selama 20 minit...

dan saya akan tebus balik.

- Yakah? - Ya.

Macam mana?

Saya akan fikirkan caranya.

Dia sangat gembira.

Dia tak sabar nak cuba gaun itu sepanjang minggu.

Jangan beritahu dia, kami tempah limousin...

untuk bawa dia dan kawan-kawan ke makan malam dan majlis tarian.

- Bagusnya. - Baguslah.

Dia pasti seronok.

Okey, cukup.

Masa untuk tidur. Mari ucap selamat malam.

- Ucap selamat malam. - Selamat malam, Ryan.

- Baiklah. - Selamat malam, comel.

- Gosok gigi! - Tidur lena!

- Selamat malam. - Siapa nak minum bir?

- Boleh juga. - Saya mahu sebotol lagi.

Saya tak mahu.

Lori dah beritahu awak, Mare?

Beritahu apa?

Kami melawat Kenny...

di Penjara Daerah Delaware tempoh hari.

Dia tanya kalau kami boleh terima DJ, anak Erin.

Terima?

Jadi anak angkat?

Apa awak kata?

Kami kata kami akan fikir dulu.

Kenny kena cakap dengan peguam dia dulu.

Buat masa sekarang, DJ masih tinggal dengan Dylan dan ibu bapa dia.

Awak rasa Kenny pernah pukul dia, John?

- Erin? - Ayuhlah.

Kita semua tahu perangai dia.

Ada masanya kami syak hubungan mereka tak baik, tapi...

More Malay subtitles for Mare of Easttown

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left