The first 200 lines.
Selalunya, bila hidup kita berubah, ia akan terjadi bila kita tak jangkakannya.
- Saya akan berkahwin. - Apa?
Minta maaf sebab rampas dia.
Tak guna betul...
Saya ke majlis perkahwinan bekas kekasih saya untuk tunjuk saya masih ada maruah.
Tak sangka kehadiran saya telah menyebabkan
saya lagi disisihkan.
Kamu tahu tak siapa sebenarnya Yoon Min Ji itu?
- Dia ialah anak saudara presiden kita. -Saya kecewa sangat dengan awak.
Sebelum ini, abang bercinta dengan si pelik ini?
Cik Oh, kenapa awak buat macam itu di majlis perkahwinan orang?
- Patutlah orang tak mahu dia. - Bagus juga awak ditinggalkan.
Jangan!
Jangan!
- Jangan! - Maaf, cik!
Maaf! Apa ini?
Ini semua salah kamu.
Kalau kamu tak buat kecoh di majlis itu, saya takkan ada mimpi yang buruk sekarang.
Saya sudah minta maaf. Tak puas hati lagikah?
Mereka akan balik dari berbulan madu esok.
Macam mana ini? Patutkah saya ambil cuti dua, tiga hari?
- Kenapa? Kamu resah sangatkah? -Mestilah resah.
Semua orang di sini sedang bertaruh sama ada saya akan berhenti kerja atau tak.
Mesti pekerja di tempat kamu tak ada kerja untuk dibuat.
Tahu tak apa?
Masalahnya, apa salah saya? Saya ini mangsa juga.
Bukankah mereka patutnya tenangkan saya?
Terima kasih.
Janganlah marah awal pagi ini.
Jangan buat muka masam di pejabat.
- Kamu pandai berpura-pura. -Cakap memang senang.
Maaf!
- Alamak. - Cik tertinggal tadi.
Alamak. Tapi cik tak ingat sayakah?
Won,
- nanti saya telefon kamu balik. -Okey.
- Kamu cakap dengan sayakah? -Ya, saya masih lagi ingat cik.
Biar betul.
Dia cuba memikat sayakah?
Seorang pemuda yang kacak macam ini?
Tak sangka boleh terserempak.
Cik tak ingat saya lagikah?
Entahlah. Saya tak berapa ingat.
Yakah? Terima kasih untuk ini.
Itulah amaun yang betul, Cik Oh.
Bukankah promosi telah dijalankan sepanjang minggu?
Kenapa sedikit sangat ini?
Disebabkan kejadian Goo Yeon Jung itulah.
Apa gunanya jual 100 pasang kasut murah sedangkan kasut 100
dolar masih lagi banyak.
Janganlah risau sangat. Ini sebab Yeon Jung tak datang masa pelancaran.
Jualan rendah bukannya salah cik pun.
Pihak atasan patutnya sedar tentang hal ini.
Mereka patut sedar, bukan?
Sebagai ketua pasukan pemasaran, kamu patut sudah bersedia untuk
hadapi situasi paling teruk macam ini!
Mana saya tahu ini akan terjadi?
Tengoklah.
Sebab kontrak dengan Goo Yeon Jung itu, muka saya terus berkedut.
Tiba-tiba saja. Tahu tak kenapa?
Sebab saya tertekan sangat!
Tolong maafkan saya.
Kamu masih cakap maaf, maaf, maaf!
Macam mana sekarang ini?'
Saya akan buat promosi lagi untuk semua kasut
yang tinggal itu di gedung pasar raya yang lain.
Dan saya akan terus cari Goo Yeon Jung itu.
Saya akan pastikan pelancaran itu berjaya juga nanti.
Cakap memanglah mudah.
Lagi satu. Apa kamu akan buat tentang majlis kahwin itu?
Dengar sini. Jaga tingkah laku kamu itu.
Jangan buat orang lain di sini rasa tak selesa dengan kamu lagi!
Mana pula cermin mata saya?
Tadi ada di sini.
Inilah pasukan pemasaran.
Di sini pula ialah pasukan pereka.
Awak mungkin tak berpeluang untuk bekerjasama dengan mereka.
Sebab awak pelatih di pasukan pemasaran. Mari ikut saya.
Saya kenalkan Cik Oh kepada awak.
Okey.
Cik Oh.
Aduh!
Kita ada pelatih baru di sini.
Helo, Cik Oh. Saya Ki Sung Jae, pelatih baru dalam pasukan pemasaran.
Dia sangat kacak, bukan? Dia dipilih dari banyak calon 20-an.
Mesti HR kita itu hanya pilih pemuda yang kacak saja.
Selamat datang, Encik Ki Sung Jae.
Mulai sekarang, Pembantu Hong akan tunjukkan
semua yang berkaitan dengan pemasaran.
Kalau dia tak ada, kamu boleh cari saya atau Cik Hyun Soo.
Baik.
Macam pernah jumpalah budak itu.
Terima kasih.
- Cik mahu ke mana? -Tak mengapa.
Sung Jae, macam ini.
Tengok ini. Semua bahan di sini amat penting.
Ya.
Jadi awak kena berhati-hati bila awak buat semua ini.
Okey saya faham.
Bahan ini dan bahan yang di sini tak sama. Ingat betul-betul.
Saya cemburu dengan awak.
Perempuan yang dia jumpa semuanya cantik.
Semua ini cuma gambar profil saja.
Awak kena tengok dari dekat. Barulah tahu cantik atau tak.
- Mereka nampak sama saja sebenarnya. -Betulkah?
Jadi awak akan kahwin tahun inikah?
Tapi masalahnya,
mak saya beritahu saya semua perempuan di dunia
ini, tak ada satu pun yang betul-betul sempurna.
Saya rasa mak saya betul.
Nombor satu, Moon Gyu Ri. Orangnya memang cantik, tapi dia tak habis belajar.
Maksudnya dia miskin.
Nombor dua, Lee Hye Jin. Ahli Farmasi. Dia memang ada kerja yang bagus.
Tapi ayah dia sudah pencen pun tahun lepas. Masa depan mereka tak pastilah bagaimana.
Nombor tiga, Kim Ji Won.
Dia sangat bagus dan ada personaliti yang bagus.
Tapi saya tak ada apa-apa perasaan terhadap dia.
Selamat pagi.
Selamat pagi!
Selamat pagi.
Sebab senior suka minum minuman yang manis, ini mocha ais.
Terima kasih.
- Ini pula untuk awak. - Terima kasih.
Ini Espresso. Bukankah awak suka kopi yang pekat?
Untuk Senior Min Guk pula, ini ialah latte bijirin berkhasiat.
Untuk Senior Dong Gun, ini Americano biasa.
- Mata Cik So Eun tajam. - Dia hebatlah.
Woo Jin. Macam mana perempuan macam dia?
Cik So Eun takkan sukakan Woo Jin, tapi dia pasti akan sukakan Won itu.
Kenapa pula?
Ini ada kaitan rapat dengan harmoni yin dan yang.
Dari seorang yang begitu sinis dan dingin macam Won itu,
perempuan yang bijak dan bertimbang rasa barulah sesuai.
Won pula? Awak rasa macam mana?
- Sudahlah itu. - Malu-malu pula.
Rupanya macam ini awak mulakan langkah, ya? Ya.
Ya.
- Selamat pagi! - Selamat pagi.
Selamat pagi.
- Apa ini? Saya mahu kopi. - Ambil saya punya.
- Saya keluar sekejap. - Okey.
Kita kena kerja di luar pejabatkah setiap hari?
Boleh kata macam itu. Jualan ialah salah satu tugas kita yang kita kena pantau.
Okey.
Sung Jae, terima kasih untuk hari itu.
Cik sudah ingat sekarang? Kasut itu, betul tak?
Masa itu saya rasa bersalah sebab tak sempat ucapkan terima kasih kepada awak.
Tapi kita jumpa lagi.
Betullah itu. Terus terang, pagi tadi saya ingat cik ini sebaya saya saja.
Jadi bila saya nampak cik pagi tadi, saya ingat mahu cuba memikat cik.
Bukan, tolong jangan salah faham. Saya cuma cakap saya ingat cik sebaya saya saja.
Apa pun, saya akan tekun bekerja.
Saya memang mahu sangat bekerja dalam bidang pemasaran fesyen.
Kakak, kenapa pilih kasut itu untuk dipamerkan di depan?
Musim cuti akan tiba dalam seminggu lebih lagi.
Sebelum itu, kakak patut pamerkan kasut formal.
Cik Oh, saya pun sudah mahu mati. Nampak kedai SPA di depan itu?
Mereka pun jual kasut juga.
Lagipun, penjual kami yang paling hebat sudah berhenti.
Apa boleh buat? Terpaksalah saya pamerkan pamerkan kasut yang paling laris.
Siapa pengurus di sini? Suruh dia keluar sekarang! Cepat!
Itu pun dia datang lagi.
Macam mana boleh naikkan jualan kalau cuma ada pelanggan macam ini?
- Helo, cik. - Biar saya uruskan.
- Apa saya boleh tolong? - Awak pengurus di sinikah?
- Ya. - Saya mahu duit balik.
Sebab kasut ini sudah pernah dipakai, susah untuk kami pulangkan duit balik.
Saya mahu duit saya. Kasut ini ketat sangat.
Macam mana saya boleh pakai? Maaf, cik. Bahagian mana yang ketat sangat?
Awak ingat saya tipu awak untuk dapatkan duit balikkah?
Harap cik maafkan saya.
- Sekejap. - Aduh.
Apa awak buat ini?
Bahagian atas kaki cik agak tinggi daripada biasa.
Bahagian depan pula agak kecil berbanding bahagian belakang kaki.
Bila cik berjalan, cik lebih tekan ke depan, jadi ibu jari akan sakit.
Kami akan ubah suai kasut ini mengikut bentuk kaki cik sekarang.
Kalau lepas ubah suai dan masih tak muat, kami akan pulangkan semula duit cik.
Terima kasih.
Syabas. Okey, apa yang patut kita buat?
Kita susun balik.
Baiklah.
Jadi kerja sini tiga jam setiap hari sampai kita dapat pembantu jualan yang baru.
Okey?
Okey, tapi awak kena uruskan paparan itu sendiri.
Baiklah, bos.
Tadi saya nampak cara cik meyakinkan betul.
Kadang-kadang kalau kita pujuk secara fizikal, ia lebih berkesan.
Makin saya tengok cik ini, saya jadi lebih tertarik.
Mungkin akan jatuh cinta nanti.
Nah.
- Kamu tak balik lagi? - Ya. Saya sedang tunggu cik.
Tak selamat kalau perempuan tinggal seorang diri.
Saya ada di situ sampai cik balik. Kalau perlu, panggillah saya.
Sebab dia dari generasi barukah?
Berapa umur dia?
Kalau lahir tahun 1990, 26 tahunlah.
- Dia budak mentah lagi. - Itulah saya cakap.
Tapi dia langsung tak rasa kekok dengan saya.
Tadi dia tunggu saya sampai habis kerja lebih masa.
No comments yet. Be the first to leave one.