The first 200 lines.
Keluarkan arahan.
Saya buat apabila dah sedia.
Bersedia, semua.
Cepat sikit.
Serangan hendap!
Tunduk.
Saya tak nampak mereka.
Biar betul.
Terkawal! Bergerak masuk.
Kami takkan sakiti awak.
- Kami nak bebaskan awak, Gus. - Terima kasih. Sekarang nak buat apa?
Hei, dia boleh bercakap.
Ya, tapi kenapa dia tak lari macam hibrid lain?
Jelas sekali dia bukan macam hibrid lain, Pony.
Kita dah lama di sini. Kita perlu pergi.
Gus, kami tawarkan kebebasan.
Pergilah ke mana saja asalkan awak jauhi dia.
Cubalah. Dah beberapa hari saya cuba usir dia.
- Kenapa dia masih hidup? - Dia diikat bersama Gus.
Lagipun, saya ingat awak perlu keluarkan arahan dulu.
Tembak dia.
Tidak, jangan!
Bawa mereka pulang.
Kedua-duanya?
Kita tak pernah biar sesiapa hidup.
Kita juga tak pernah selamatkan hibrid bercakap.
Prosedur Delta. Laluan sungai.
Sekarang.
Kesepian yang indah.
Aimee Eden fikir itulah yang dia mahukan.
Orang Terakhir bakar tanaman.
Kami di rumah ibadat Quaker di Montrose.
Ada orang di sana? Dengar tak?
Namun itu sebelum dia bertemu
seseorang yang lebih istimewa daripada segala kesepian di dunia.
Mak?
Kenapa tiada orang?
Apa?
Lelaki di radio itu,
dia takut akan Orang Terakhir.
Kenapa mereka yang terakhir?
Itu nama saja.
Nama untuk orang bodoh.
Kamu sepatutnya tidur dan bukannya dengar radio.
Tapi kamu dah bangun, jadi pergi bersiap.
Jom beli-belah.
Tunggu!
- Ia dah berat? - Ya, tiba-tiba saja.
BAHASA ISYARAT
Mak?
- Kenapa, Pigtail? - Ada bau asap.
Peronda, lapor diri di pangkalan.
Baik. Saya datang sekarang.
BAHAYA DILARANG MASUK
Syukurlah tak ramai orang yang tinggal.
Ya, syukurlah.
Ini tempat apa?
Ini kediaman kami.
Setiap kali kami rekrut orang, mereka lukis haiwan kegemaran mereka.
Itu lukisan awak?
Ya.
Kenapa tiada lagi sebelumnya?
Saya ahli pertama Tentera Haiwan…
kerana saya penciptanya.
Kejap, mana Abang Jepp?
Awak takkan cederakan dia, bukan?
Segalanya di sini perlukan kebenaran saya.
Saya janji.
Saya lebih rela mati daripada memungkiri janji.
Saya tak mahu awak mati.
Jangan risau.
Ia janji yang takkan dimungkiri.
Sekarang,
sedia untuk lihat tempat terbaik di bumi?
Tengoklah. Bear dah balik.
Kawan-kawan, Bear dah balik.
Tengoklah.
Kawan-kawan, rusa itu.
Dia dah sampai.
Kenapa mereka semua pandang saya?
Belum ada hibrid seistimewa awak,
jadi mereka agak teruja.
Ya, hebatnya.
Di mana ibu bapa mereka?
Kami tak ada ibu bapa.
Tak ada ibu bapa?
Jangan risau, nanti awak tak bingung lagi.
Tegur saja mereka.
Hai.
Hebatnya. Boleh saya sentuh?
Gus raja malam ini.
Awak nak gula-gula?
Abah saya beri saya sirap, tapi ia boleh merosakkan gigi.
Ia cukup berbaloi.
Saya paling suka yang ini.
Rasanya seperti kilat! Ia apa?
Ia gula-gula kenyal masam.
Kotak berkilat itu apa?
Awak tak tahu komputer?
Awak nak tengok benda di dalamnya?
Ya.
Saya akan kembali.
- Apa di dalamnya? - Seluruh dunia.
Sedia? Tengok ini.
Tengoklah!
Saya boleh jadi awak.
Kenapa nak jadi saya?
Apa pula? Kami semua nak jadi macam awak.
Kawan saya, Rusty kata kebanyakan orang benci budak macam saya
kerana kami punca wabak.
Mereka semua bodoh.
Hibrid bukan punca virus itu.
Yakah?
- Jadi siapa puncanya? - Tiada siapa tahu.
Yang pasti, bukan awak.
Disebabkan hibridlah, bumi selamat.
Tengoklah.
Sebelum kemunculan virus itu, bumi dah nazak.
Manusia…
Orang dewasa
merosakkannya demi kepentingan diri sendiri
sehingga ia tandus.
Abah saya kata orang jahat jarah segala yang mereka mahu.
Ya.
Betul.
Sampai sekarang.
Sebelum virus itu muncul, awak tahukah yang air tak berwarna biru?
Ia begitu kerana air dipenuhi sampah.
Langit pun sama.
Namun selepas hibrid lahir,
bumi mula sembuh.
Awak hidup tanpa menjarah bumi dan pastikan ia terus hidup.
Sebab itulah kami bersumpah
untuk melindungi hibrid walau apa jua korbannya.
- Betul. - Ya.
Sebab itukah tiada orang dewasa di sini?
Ahli keluarga saya dibunuh dengan kejam oleh orang dewasa.
Oleh Orang Terakhir.
Mereka mati kerana tiada sesiapa melindungi mereka.
Tapi sekarang,
kita boleh lindungi diri sendiri.
Saya ada soalan terakhir yang penting untuk awak, Gus.
Awak boleh memandu?
Awas!
Kita mungkin tak boleh tahan dia lagi.
Awak nampak saiznya, bukan?
Yang dulu, lagi besar.
Kenapa kita tak boleh bunuh dia sekarang? Daisy dah bersedia.
Dia berbeza. Belum pernah ada hibrid yang melindungi pemburunya.
- Awak tak mahu tahu sebabnya? - Tak.
Awak juga tak perlu tahu.
Dia ada tanda selar itu.
Awak dah lupa siapa ketua awak?
JALAN SEHALA
Abah saya boleh tulis banyak buku di sini.
Awak tulis tentang apa?
Pengembaraan saya dengan Jepp untuk cari mak saya.
Awak nak cari mak awak?
Ya. Okey tak?
Dia nak bawa saya ke Colorado kerana mak saya di sana.
Awak kenal dia? Namanya Birdie.
Birdie?
Nama itu sesuai dengan mak awak.
Maaf, saya tak kenal dia,
tapi kita boleh cari maklumat tentangnya.
Bolehkah?
Simpan rahsia ini, okey?
Siasat tentang Birdie di Colorado.
Beginikah keadaan di sini?
Awak nak sertai kami?
Mungkin saya boleh datang melawat selepas kami dah jumpa mak saya.
Boleh saya tanya sesuatu?
Kalau Jepp nak bawa awak ke Colorado, kenapa awak masih di sini?
Kerana orang jahat tangkap kami, takkan awak dah lupa?
Sebelum kamu datang.
Jepp marahkah kerana kamu terlepas kereta api?
Dia tak ikut saya. Saya pergi seorang diri.
Jadi awak akan naik kereta api seorang diri?
Ya.
Bunyinya agak menakutkan.
Ya, tapi saya pernah keseorangan.
Selepas abah dijangkiti wabak. Saya boleh berdikari.
Berapa lama awak keseorangan?
Entahlah.
Sepanjang semua musim.
Lamanya.
Ya.
Selepas keluarga saya mati, saya juga keseorangan.
Saya agak takut
dan kesunyian.
Kadangkala, saya teruja apabila nampak orang lain
hingga terlupa yang mereka mungkin jahat.
Saya cuma nak berkawan.
Dengan sesiapa saja.
- Abang Jepp kawan saya. - Dia kata begitu?
Tidak, tapi dia tak perlu kata.
Awak nak tahu perkara sebenar?
Dia orang jahat yang ayah awak ceritakan dulu.
Dia Orang Terakhir.
Merekalah yang tangkap awak di pasar
No comments yet. Be the first to leave one.